Pesanan Luqman Al-Hakim kepada anak-anaknya.
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a Rasulullah s.a.w bersabda: “Sampaikanlah Pesanku Biarpun satu Ayat…”
Hai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagai lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH
Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga.
Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawaduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menhgindarkan maksiat kepada ALLAH.
Hai anakku, seandainya ibu bapa marah kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibu babapamu adalah bagaikan baja bagi tanan-tanaman.
Jauhkanlah dirimu dari berhutang, kerana sesunguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina diwaktu siang dah gelisah di waktu malam.
Selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak berbicara hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahklan batu besar dari tempatnya adalah lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi tetapi ianya lebih berat daripada itu, seandainya engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
Hai anakku, jangalah engkau mengirimkan orang yang bdodoh sebagai utusan. Jika ada siapa yang layak sebaiknya dirimu saja yang menjadi utusan.
Jauhilah sifat dusta, sebab dusta itu memberikan akibat yang merbahaya.
Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan menziarahi orang mati atau hadir di majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, kerana ianya akan mengingatkan kepada kampong akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
Janganlah engkau makan sampai terlalu kenyang kerana sesunguhnya makan yang terlalu berlebihan itu adalah lebih baik diberikan kepada anjing sahaja.
Hai, anakku janganlah terus menelan sesuatu kemanisan dan memuntahkan sesuatu kepahitan kerana manisnya itu belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
Makanlah makananmu bersama sama dengan orang yang takwa dan mesyuarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
Hai, anakku, bila mana engkau mahu mecari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambi dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
Hai anakku bukanlah satu kebaikan namanya bila engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkanya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, pada hal ia masih mahu menambahnya.
Selalunya baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya sesorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
Jadikanlah dirimu dalam segala tingkah laku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
Hai anakku , janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptkan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesunguhya tiada mahkhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
Barang siapa yang penyanyang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya hati menjadi sejuk apabila mendengarkan nasihatnya, hidupkan hati dengan cahaya hikmah daripada mutiara kata-katanya, kerana ianya bagaikan tanah yang subur disirami air hujan.
Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tiada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
Hai anakku usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar. Kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri, kalau bicara usahakanlah bicaramu mendartangkan manafaat bagi orang lain.
Hai anakku, ambilah harta dunia sekadar keprluanmu sahaja, dan nafkahkanlah selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tending dunia ini ke dalam bakul sampah kerana engkau akan menjadi pengemis yang menjadi bebanan orang lain.. Janganlah engkau peluk dunia ini ibarat engkau meneguk habis airnya kerana sesunguhnya yang makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan kamu.

No comments:
Post a Comment