Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Thursday, December 30, 2010

Masih kah kau ingat

Aku sentiasa teringat dikau. Adakah dikau masih ingat daku? Setakat mana dikau ingat. Sejauh mana dikau perlukan aku. Adakah sekadar cuma diwaktu ceriamu. Bagaimana waktu duka ku.

masihkah dikau ingat dikala dikau kecemasan? ketika itu dikau cemas tidak tentu hala. Aku juga tersentak dikala itu. betapa bimbang dan gusarnya. Puas kutanyakan disana sini. pernah hidupku gempar seketika. Tidak ketentuan ketika mengenangkan nasib diri bersama. Akhirnya misteri itu hampir terbongkar. sesudah selesai masalah sengsara itu, dikau kembali ceria. Aku turut gembira. namun dikau semakin jauh ataupun cuba pergi jauh dari ku. Mengapa? Adakah aku tidak diperlukan lagi. Walaupun aku bukan seorang yang berharta, cuma sekadar bersederhana belaka. Mungkin itu membuatkan dikau alpa tentang diriku. Padahal aku sentiasa dekat dihati. Setiap saat, detik aku menyebut namamu. "Bila rindu kusebut namamu"

Masihkah kau ingat? pertama kali ku menyapa dirimu, lesung pipit dan riak wajahmu membuatkan aku tertarik padamu. Ya, aku cuba membayangkan wajahmu yang putih kegebuan. Sekali pandang seperti anak cina.

Masa berlalu dengan pantas, ku ingatkan dikau hilang begitu sahaja. Masihkah kau ingat, perlawaanku untuk kita lunch bersama dengan dua orang sahabatku. Ingatkan dikau tidak sudi, rupa-rupanya dikau sudi menemaniku. Gembira sangat-sangat hatiku

Masihkah dikau ingat kita mandi bersama di Hutan Lipur Sekayu. Dimana air yang dingin terasa hangatnya. Perjalanan yang jauh hanya dirasa cuma selangkah. Wajah dikau terpancar kegembiraan.

Masihkah kau ingat, panas terik kita redahi dan diselang dengan hujan lebat. Teruskan perjalanan ke pantai Marang bermain hujan ditepian pantai. lalu dikau membisikan sesuatu: boleh tak ikut abang sepanjang masa dan kemana-mana sahaja. Kita terus berhubung sehingga kini. Yang pasti aku kerap kali menghantar dikau pergi ke kelas apabila ada masa terluang. Maaf aku tidak melaksanakan impian bersama untuk membawa dikau bersiar di Kotaraya, scuba and snorkling di pulau-pulau dan sebagainya ekoran dari kesuntukan masa dan halangan tertentu.

Masihkah kau ingat dimana dikau pernah diajukan soalan ; pilih aku atau dia? Beliau menyatakan amaran jangan buat lagi. Aku terkedu dan bersedih dan hanya boleh berkata: jika tidak sudi tidak mengapalah. Ini sahaja yang mampu aku lakukan. Masihkah dikau ingat kita kerap ke tempat biasa itu. Lokasi itu sentiasa dalam ingatanku. Masihkah dikau ingat tatkala kita pergi ke dusun bersama family dikau. Sama-sama berkejaran, pabila buah durian gugur, memetik dokong, memetik rambutan, cempedak dan sebagainya.

Masihkah dikau ingat kita pergi melawat kekanda dikau dihospital malahan kita masih pergi bersama dengan adik beradik dikau. Masihkah dikau ingat kita pergi jauh ke Taman rekreasi yang jauh dari daerah kita. Masihkah dikau ingat dengan Kuala Abang? Pantai menarik ketika gerimis menyapa rambutmu.

Masihkah dikau ingat dengan cahaya yang menyinari malam dimana kita bergambar. Salah satu daripada gambar dirakam dan ku jadikan kenangan bersama. Masihkah dikau ingat kita berkaraoke bersama? Masihkah dikau ingat kita lalui detik-detik indah bersama. Berbicara tentang diri, keluarga dan tentang kita. Sama-sama menzahirkan kata-kata hikmat cinta. Pernah diungkapkan perkataan i love you, always thingking of you.

Masihkah dikau ingat dikau menangis kerana sakit yang dialami. namun disahkan dikau selamat. Masihkah dikau ingat aku sentiasa mengingati mu agar sentiasa menjaga kesihatan diri. Semoga cepat sembuh Aku masih mencari siapakah dikau yang aku maksudkan. Owh..jam sudah hampir pukul 4.00 pagi..rupanya aku masih bermimpi.

Menyelusuri Sg Kuantan

Tepat jam 2100 aku menuruni jeti tanpa tangga terus ke dalam bot dan menyusuri serta mudik ke hulu sungai Kuantan dalam kegelapan malam demi tugas bersama rakan sekerja. Tatkala hujan gerimis mula mengundang dan kesejukan yang mengundang dingin sampai ke tulang. Dalam kegelapan malam terpancar keindahan bandar Kuantan dan sepanjang sungai. Terpapar signboard gergasi putih tertulis perkataan KUANTAN di seberang sungai dengan limpahan cahaya berwarna hijau. Puluhan orang sedang leka memancing sepanjang 'Benteng' dengan diselang seli bot-bot nelayan keluar masuk. Terasa nyaman kerana hembusan bayu laut dan juga bayu sungai yang menerpa dan menyapa pipiku.


Lama sangat rasanya aku tidak menggunakan kasut original SWAT, lampu suluh the police, porce bag deuter. Kali ini terpaksa aku gunakan kerana cuaca tidak mengizinkan; lembap dan licin.


Baru kini ku sedar dalam gelap itu ada sinar. Semakin lama semakin jelas, walaupun tiada cahaya bulan atau bintang. Hanya berpaksikan cahaya langit dan lampu limpah dek bot. Cuaca ketika ini sebetulnya akan mengganas dengan angin kencang dan gelora laut. Tetapi pada malam ini agak berlainan, bot aku boleh menerjah arus tanpa sebarang masalah besar. Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan selamat.

Tiada apa-apa yang mencurigakan berlaku. Mungkin semua orang sedang nyenyak dibuai mimipi oleh kejayaan pasukan bolasepak Malaysia dalam kejohanan AFF Suzuki Cup. Mungkin malam ini digunakan sepenuhnya dengan berihat atau bersantai. maklumlah esok cuti peristiwa.
Sesekali kami dikejutkan dengan objek yang terapung. Kekadang terdetik juga didalam hati, menjangkakan perkara yang bukan-bukan seperti buaya melintang, bangkai hanyut dan sebagainya.

Sesekali enjin bot terhenti.. Kami berpandangan sesama sendiri. Biarlah. Apa-apa pun yang kami 'terlanggar', akan kami abaikan. Janji ianya tidak menggangu gugat perjalanan kami. Memang itulah risiko yang terpaksa kami hadapi, 'sampah hanyut', 'balak melintang', 'objek hidup', 'hidupan malam' dan sebagainya kami anggap sebagai iklan sahaja. Jika dilihat dengan mata kasar puluhan objek putih bergerak dipermukaan sungai dikiri kanan bot kami.


Setelah hampir 2 jam kami meronda kelihatan cahaya yang sangat indah dikiri kanan kami. Ku sangkan api rupanya kelip-kelip. Maha Kaya ciptaan Ilahi, aku berpeluang untuk melihat kelip-kelip @ kunang-kunang dengan jelas dan dekat. Ianya sangat indah, pokok bercahaya kelihatan seperti lampu di I-City. Apa yang lebih menariknya aku belajar mengendalikan bot dalam keadaan gelap, dingin, gerimis. Alhamdulillah ujian ini telah kulalui dengan jayanya.

Sunday, December 26, 2010

Lemah dan lesu sesudah pindah...

25.12.2010 - Entah mengapa badan lemah dan lesu sahaja. Pinggang sakit, tekak pun sakit. dan tidur pun tak cukup. Mungkin ekoran dari pindah rumah tempohari. Ialah barang banyak sangat. Pada malam krismas aku, orang umah dan anakku masih packing dan membalut barangan tertentu. Hampir jam 3.30 pagi baru selesai. Pukul 6.00 sambung tugasan kerana lori akan sampai jam 8.30 pagi. Aduhai betapa siksanya apabila nak pindah. Cukuplah tak larat dah kalau nak pindah dalam masa terdekat ni. Bayangkan lori 11 tan tak muat untuk diangkut sekali harung. Ada lagi balance kat rumah Bentong seperti motosikal, akuarium, motosikal kecil (2) set meja makan, bangku panjang (2), bag-bag pakaian, tong biru, bekas air, pasu-pasu bunga, tangga, basikal dan lain-lain lagi. Semasa di Bentong, kawan-kawan ramai yang membantu. Terima kasih diucapkan kepada semua. Terima kasih kepada Belia GLOKAL Kg Baru(Faizam, Bobby, Karim, Tok Empat), terima kasih buat belia Chamang/Kuala Repas (Abg Din, Apai, Dibah, Kak Mon), terima kasih kepada warga RC (Cif Ishak, Cif Lan, Cif Asnari, Salleh, Roslan, Basaroh, Cif Yusop, Din), terima kasih kepada wakil Kelab Ping Pong (Abg Pa dan Rahmat), terima kasih kepada Younger Group (Amir dan rakan-rakan), Puan Siti dan Tn Hj Kamar dan lain-lain. Jasa kalian tidak terbalas. tanpa mereka tak mungkin berjaya proses perpindahan ku ini. Terima kasih yang sudi menyediakan sarapan dan tajaan minuman. Terima kasih juga kepada kaum ibu yang sudi bertukar-tukar hadiah.


Kepada Kak Ngah (kakakku) dan Pak Teh mintak ampun banyak-banyak kerana tidak dapat pergi bersama-sama rombongan ke Johor untuk urusan perkahwinan Liana (kak long) kerana tarikh inilah sahaja yang sesuai untuk berangkat. Alhamdulillah disana selamat disini selesai.

Mula-mula ingatkan muat. lama-kelamaan semasa barang naik ke lori baru terpikir macam tak muat aje. Itupun memang dah padat betul. Tengok barang atas lori, hati cemas dan berdebar. Iyelah maklumlah, lori tu bukan ada pagar (pengadang). Harapakan dihadang oleh papan alas tilam.katil sahaja. Tetapi alhamdulillah barang semua nya selamat sampai, tanpa sebarang kecacatan atau kerosakan. Selamat hari natal juga kepada yang menyambutnya.


Perjalanan ke Kuantan dari Bentong mengambil masa 3 jam. Lori dikendalikan oleh Angah dengan ehsan dan kebenaran Rahmat (satu gang main ping pong) yang hanya dikenakan bayaran RM600. Jikalau orang lain confirm RM1000 lebih. Tetapi memandangkan kawan-kawan maka harga pun harga kawan-kawanlah. Terima kasih juga kepada Sjn Din yang bertungkus lumus menguruskan transport pada peringkat awal hingga akhir. Sentiasa ingat kata-kata beliau: jangan ingat kita nak pi menyembah, lori lain ada, tanpa lori dia kita boleh hidup, boleh juga pindah. Krew-krew marin sudah menunggu disana. Maaf terlewat sejam, terlupa anggaran asal menikut kelajuan kereta. Terima kasih kepada rakan Marin (Cif Md Nor, Cif Zaini, Zainol, Damanhuri, Rosli, Azwa, Shayful). Terima kasih kepada Linda sekeluarga kerana menyediakan mee goreng dan air anggur. Bayangkan dengan cuma kekuatan 7 orang barangan dapat diturunkan dalam tempoh 45 minit sahaja. Sekali lagi aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perpindahan ku ini baik secara alngsung atau tidak langsung. Semasa pindah di Taman Makmur (Perumahan Kastam Ahmad Shah) rasa sunyi sangat mungkin persekitaran memang begitu atau penduduk sekitar tiada dirumah agaknya.

Apabila barangan sudah diturunkan, apa lagi mula sedikit demi sedikit buka kotak dan alihkan barang. Angkat, alih, susun dan simpan. Tidak cukup dengan itu terpaksa menyapu sawang dan habuk dari jatuh samada dari kotak atau dibawah perabut (tak sempat nak buang habuk disana) Bukat setakat itu sahaja berlari pergi ke Mydin dan The Store mencari barang keperluan seperti cable Astro, kabel-kabel Hi-Fi dan sebagainya. Sempat memasang Home Theather. Alhamdulillah bunyi macam biasa, risau juga takut-takut salah pasang. Untuk setting ASREO gagal! kena panggil orang dia juga. Terpaksa guna arial atas TV untuk dapatkan siaran. Mujur boleh dapat TV1, TV2, TV3, TV7, TV8, TV9 dan TV Hijrah. Kat Bentong haram satu chhanel pun tak dapat, itu yang terpaksa amik ASTRO. Ada masa dan ketika, baring meluruskan badan sambil melihat siling. Penat sangatlah tu.. Mahu atau tidak terpaksa teruskan jika tidak rumah bersepah. Rasa-rasa dah sorting barangan yang tak perlu semasa diBentong tetapi banyak juga yang terbawa ke Kuantan. Apa-apa pun hidup mesti diteruskan. Suka atau tidak suka berada disini, terpaksa menyesuaikan dirilah. I'm here Kuantan....

Thursday, December 23, 2010

5A 2B 1C 1D

Tahniah buat Amir Asraf yang telah bejaya mendapat 5A dalam PMR ketika diumumkan hari ini 23.12.2010. Biarpun yang lain tu tak dapat A just sekadar B, C, D tak mengapa. Sudah cukup memuaskan, lagipun dalam tempoh 3 bulan tak belajar akibat kemalangan yang menimpa. 5A1B1C1D tak kesahlah janji Along dah usaha. Masih ada ruang dan peluang untuk membuktikan sesuatu. SPM masih ada. Sekurang-kurang Along masih boleh membanggakan diri Abah, Ibu dan guru-guru. Abah mintak maaf sejak kebelakangan ini tidak dapat memantau sepenuhnya kemajuan dan pembelajaran Along. Lagipun keadaan yang memaksa ianya terjadi. Abah terpaksa berulang alih ke Terengganu-Bentong, Bentong-PJ, Bentong-Kuantan dan sebagainya. Tapi percayalah itu semua tidak menjejaskan kasih sayang dah mengurangkan perhatian terhadap Along. Abah yakin Along boleh buat, itu sebab Abah tak push seperti orang lain. Biarlah ini semua datang dari hati Along sendiri. Hati yang suci murni tanpa dipaksa atau memaksa diri. I know you can do it. Just to it. nanti bila Along dah besar remaja, Along akn faham sendiri keadaan yang terpaksa Along lalui. Buat apa yang Abah suruh bukan ikut apa yang Abah buat.

Abah tidak berjanji apa dengan hasil tersebut. InsyaAllah adalah habuannya. Be yourself. Apa-pun bersedialah dengan budaya Kuantan, tempat baru. Bersedia dengan minda terbuka. Jika perlu compare sendiri Sungai Besar, Shah Alam, Brickfields, Kelana Jaya, Bentong, Raub. Mulai sekarang Along kena tanam azam dan nekad menjelang 2011. selamat Maju Jaya Amir Asraf.

Tuesday, December 21, 2010

Sejarahku II

Bermula pada tanggal 31 November 1992 maka aku telahpun bergelar seorang Pegawai Kastam di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Kalau nak diikutkan hati bukan dengan rela hati nak masuk kerja kerajaan ni. Namun kekangan ekonomi ketika itu sangat mendesak. Gaji masa itu cuma RM 471.00 Zaman kemelesetan ekonomi lah katakan. Aku telah ditempatkan di Pusat Bandar Damansara di Cawangan Cukai Perkhdimatan. Rasa kekok juga kerana pertama kali bekerja secara formal. Apa yang senior arahkan, kena ikut. Bila kita tanya nak buat macam mana? Jawapannya "Macam Biasa".

Selepas itu dalam tahun 1993 aku ditukarkan ke Unit Komputer. Bayangkan masa itu aku seorang yang buta IT. Tak pernah dengar perkataan Dos, Windows, Pagemaker, Lotus 123, dan sebagainya. Namun Alhamdulillah berkat kesabaran dan tunjuk ajar kawan-kawan aku boleh buat. ketika itu unit aku cuma ada beberapa orang sahaja iaitu Azman Mat Dawan, Wan Noraisah Wan Sulaiman, Pn. Noraizan Amran (Boss). Sedar tak sedar masa berlalu sangat pantas.

Aku berulang alik dari Sek. 19 Shah Alam (rumah Kak Ngah) ke Pusat Bandar Damansara dengan menaiki bas selama setahun. Alhamdulillah ada sedikit modal dapatlah beli motosikal Honda kapcai WEW348 itu dengan pinjaman Koperasi Kastam. Ketika ini aku berjinak-jinak dengan memasuki sebarang pertandingan melibatkan penciptaan logo. Banyak peristiwa yang sukar untuk dilupakan. Pernah terlibat dengan kemalangan bersama rakan-rakan. Peristiwa itu berlaku jalan dilingkungan Istana menuju Federal Highway, motosikal yang aku bonceng dengan Halim (sahabatku) telah 'tergolek' dan melanggar divider. Akibatnya kami terjatuh. Apa yang kelakarnya aku sedikit pun tak luka apa-apa malahan siap jatuh betul-betul diatas Halim. Beliau mengalami luka-luka ringan dan pecah gigi. Kawan-kawan yang lain merasa cemas kerana air strawberry (merah) bertaburan diatas jalanraya ingatkan darah. Maklumlah kami baru lepas 'tappauw' KFC dan air strawberry merah. Ekoran dari kemalangan itu aku mengambil keputusan untuk menyewa bilik di Brickfields dari seorang keluarga Cina kacukan India bersama rakan iaitu Ismail. Tetapi ianya tidak bertahan lama kerana apabila menyewa bilik aku terasa amat asing tambahan tak tahan bau colok dan kari kadang-kadang melekat pada pakaian. Sampaikan kawan-kawan perli, pakai pewangi colok ke? Aku terpaksa mengambil keputusan pindah lagi. Kali ini pindah pula ke belakang bangunan YMCA di tingkat atas sekali bersama-sama saudara Bazlan, saudara Ismail, saudara Rosli dan seorang sahabat dari kampung (terlupa nama maaf). Disinilah aku menghabiskan waktu bujangku dengan bersukan. Sesekali layan open Disco (jangan salah faham, dulu disco open kepada public contohnya LA, Boom Boom dll) Itupun pergi ramai-ramai, jalan kaki sahaja, dekat tak jauh mana pun.

Tahun 1994 aku telah menamatkan zaman bujangku. Walaupun aku bercinta banyak, walaupun sering ditipu, dikencing, dianaiya, akhirnya selamat melepasi beberapa dugaan. Aku telah disatukan dengan pasanganku Normala bte Mohd Yusop beasal dari Sg Besar. Terpaksa pindah sekali lagi dialamat bernombor 1-1-4, Blok D, Sek. 20 Shah Alam. Memandangkan isteriku bekerja di tempat lamaku dahulu Kobe Cooper (M) Sdn Bhd. di Hicom Industrial Park, Sek. 26 Shah Alam. Bukan senang hendak memulakan hidup baru. Bayangkan, aku setiap hari berulang alik dari Shah Alam ke Pusat Bandar Damansara. Motosikal pancit jangan ceritalah. Kemalangan kecil berlambak melibatkan aku, masuk longkang, terpercik air, terlanggar orang mabuk dan banyak lagilah. Semasa di Sek.20 aku banyak menghabiskan masa terluang dengan bermain sepak takraw betul-betul tepi Blok kediaman ku. Maklumlah jarak dari tempat kerja jauh. Inilah cara nak mengisi masa terluang. Aku pernah bermain dan berentap dengan bekas-bekas pemain kebangsaan, state player, PDRM player dan sebagainya. Bukanlah pandai sangat sebagai tekong je. Tetapi berhempas pulas dululah baru depa boleh menang.

Sepanjang karier banyak juga pertandingan yang telah dimenangi ataupun disertai. diperingkat kebangsaan ataupun jabatan. Seingat aku, aku telah berjaya mencipta logo Yayasan Kebajikan Kastam Malaysia (YKKM), PEWAKAS KL, logo 1up KL, ke-3 rukun kejayaan KOOP, ke-3 MSKK, ke-6 Pertandingan Melukis Poster Merdeka Preimier dan banyak lagi. Aku juga mula terlibat aktif dengan KPPKSM terutama dalam bidang R&D dan ekonomi. Sering kali terlibat dalam menyediakan muka hadapan majalah perjuangan dan perwakilan Dwi-Tahunan. Juga merupakan Jawatkuasa KPPKSM Pusat - Biro Ekonomi, Sosial dan Pendidikan sejak 1996-2000.

Tahun 1995, masa terus berlalu kawan-kawan datang dan pergi. Bohary Tuah (ganti Azman) dan Tn. Azani Awang (bos baru) merupakan ahli baru. Tahun demi tahun aku telah menampakkan kemajuan kerjaya. Mula menyertai pasukan Bolasepak KLFA Dunhill atas nama KASTAM dibawah kendalian jurulatih Mohd. Salleh bin Zakaria. Bermula cuma sekadar suka-suka kerana ketiadaan penjaga gol. Akhirnya aktif sehingga beberapa tahun. Pernah menjadi juara Liga Dunhill KLFA tahun 1996/1996 dan Naib juara FA Cup Liga Dunhill KLFA tahun yang sama. Pada tanggal 22hb November 1995 aku telah mendapat cahaya mata ABDUL AMIR ASRAF. Anak ku terpaksa ditinggalkan di kampung isteriku di Sg Besar. Setiap minggu aku berulang alik ke sana sehinggalah umur beliau mencapai 5 tahun. Hujan dan panas tu dah biasa sangat. Pernah tertidur dengan isteri tepi semak kerana dua-dua mengantuk sangat. Pernah isteriku yang sedang membonceng tertinggal akibat melambung dek terlanggar bonggol. Sedar-sedar sahaja dah tak ada orang dibelakang motosikal ku. "Abang ni...tak sayang bini ke?" masih terngiang-ngiang ditelingaku.

Tahun 1996 merupakan tahun yang penuh bermakna. Dalam tahun ini aku telah mendapat serba serbi kemasyhuran dan pengiktirafan. Aku telah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) 1996. Terpililih untuk menyertai pasukan tarik tali Kastam. Telah berjaya memenangi pingat emas dalam Pesta Sukan Kewangan Malaysia dari tahun 1996-2000. Terlibat dengan pelbagai sukan dan aktiviti sosial yang dianjurkan oleh Jabatan. Pantang ada hari keluarga, MSKK, Koperasi, Bakiska dsb akulah yang paling banyak dapat hadiah, yelah masa tu muda belia, gagah perkasa he he. Masuk sahaja acara menang. Masuk menang. Buat kali yang entah keberapa, aku terpaksa berpindah lagi ke rumah JKR3504-Kg Kastam Brickfields, Jlln Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur. Tak sangka datang kembali ke Little India @ Bombay Malaysia. Dalam pada itu banyak kenangan yang indah di sini, terutama melibatkan aktiviti perumahan, kenduri kahwin (style kampung) aktiviti ramadhan, main badminton malam (open air) dan sebagainya. Ikutkan hati aku rasa seronok tinggal disini kerana ia betul-betul berada di tengah-tengah kota Cosmopolitan. Semuanya mudah, dekat. Nak pergi Mid Valley, KL Central, KLCC, Berjaya Times Square, Petaling Street, Putra LRT dan sebagainya. I like Kuala Lumpur.

Aku pernah bertugas di Pusat Pelesenan Bersetempat dan Cawangan Latihan serta Pasukan Gerak Q. Pernah dianugerahkan Sijil Penghargaan Inovasi dan Kreativi tahun 1998. Juga pernah dianugerahkan Sijil Penghargaan Sukan dan Rekreasi Soisal 2000. Pernah terlibat sebagai Pegawal Pengiring DYMM YDA ketika sambutan Hari Kstam Sedunia. (tahun tak ingat dah) Semasa berada di Cawangan Latihan macam-macam kerja pernah dilakukan bersama team aku : Tn Hisham, Che Lian, Amir, Abg Hasim, Basha, Cif Patimah tak lupa juga dengan ninja turtle sebuah. Pernah memecut 14okm dari Pusat Bandar Damansara ke Bukit Tinggi atas urusan kerja pada waktu malam dan hampir-hampir kemalangan ketika menuruni bukit di Highway Karak-KL. Itulah antara kisah-kisah yang tak dapat dilupakan. Dalam tahun yang sama aku terpilih untuk menghadiri Kursus Jati Diri di AKMAL Sabah. Disinilah bermulanya karier sebagai pendaki dan telah berjaya selamat sampai ke Puncak Gunung Kinabalu. Setiap aktiviti semasa berkursus diikuti dengan jayanya termasuk aktiviti berakit di Sg Tambolion, terjun jambatan, burung hantu, river crossing, naik kerbau dan kuda, main bola tampar kaki ayam dan sebagainya. Semasa turun dari Gunung Kinabalu mendaki siap berlumba dengan TFasilitator dan Sherpa (Shahidin). Ekoran dari perlumbaan tersebut aku telah terpilih untuk menjadi Jurulatih KEMBARA Gunung Kinabalu untuk 3 tahun (2000-2003) berikutnya. Merupakan Pegawai Kastam pertama dari semenanjung yang dipilih. untuk menjadi fasilitator disana. Telah menghadiri Kursus Bina Tatanegara dengan jayanya di Besut. Juga turut terlibat dengan aktiviti sebagai fasilitator dan jurulatih KEMBARA Akmal ekoran cadangan Tn Amir (Sjn. Poyo @ misai). Sehingga kini aku masih lagi terlibat dengan pendakian Gn. Datuk dan Gn Angsi anjuran AKMAL ataupun persendirian.

Tahun 2002 meninggalkan kenangan yang pahit kepada diri aku, dimana Ayahku Deraman bin Hussin telah kembali ke Rahmatullah. Semoga beliau ditempat dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Beliau telah mengalami gangguaan nyanyuk atau pelupa sejak tahun 2000-2002. Selama itulah aku seringkali berulang alik menjenguk ayahku. di Kampung Kuala Dong, Raub, Pahang. Tahun 2003 juga turut meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada diriku. Sehari sebelum kemalangan aku telah tersesat di Gunung Nuang selama 1 hari 1 malam. Nasib baik ration banyak dan lengkap aku bawa. Bukan apa, terlalu mendesak nak naik gunung secara solo pada waktu petang. Kawan-kawanku telah lama berlepas dan pergi dahulu(Udin, Fadli, Jasrina, ) Ketika itu aku masih ada game volley ball inter section di KLIA. Ketika sesat aku meneruskan perjalanan meredah anak sungai hingga ke hulu tanpa henti seolah-olah tanpa berfikir dan terus berjalan. Setelah tersedar barulah cuba mencari jalan sebenar namun usaha gagal kerana telah gelap (malam) dan hanya disuluhi oleh cahaya rembulan. Barang-barang yang aku bawa terasa semakin berat. Akhirnya aku tak terdaya lagi terus membiarkan mataku terpejam. Esoknya aku teruskan perjalanan. Berpatah balik ke laluan asal mengikuti anak sungai tadi dan alhamdulillah berjaya samapai ke tempat asal. Kawan-kawan telah resah mencari dan menyelamat. (sebarang alat komunikasi terputus). Selang beberapa selepas kejadian aku telah dilanggar pula oleh sebuah kereta Nisan Sunny ketika aku sedang menaiki motosikalku WHT 7781 untuk pergi kerja dipersimpangan Jalan Travers ke Bangsar. Kaki kanan ku telah di hit and run and digilis dan telah mengalami kecederaan parah dan patah kaki kanan. Aku MC selama 3 bulan dan telah di fiber (pasang simen) dari hujung kaki ke pangkal peha. Terima kasih kepada Abang Ja'apar dan isterinya kerana sudi menghantar aku ke hospital. Betapa pilu nya mengenang nasib bila dah terima musibah sebegini, mungkin ada hikmahnya. Ibarat seperti orang gila atau ibarat hidup tak tentu arah dibuatnya. Cuba bayangkan diri ini MC 3 bulan tetapi tinggal dirumah seorang diri, orang rumah kerja, anak kat rumah pengasuh. Setakat patah kaki biasanya sahaja ini luka parah yang terpaksa dicuci di HKL setiap hari. Macam mana aku nak pergi kesana setiap hari? Kadang-kadang merempat terpaksa mintak tolong orang hantarkan, isteri kerja dia cuma boleh cuti seminggu. Hendak naik teksi, belum sempat tutup pintu dah tekan minyak. Mentang-mentang kaki aku berbalut. Setiap saat asyik menjenguk keluar tingkap. Siapalah yang datang? Tak tau nak buat apa. Rasa seperti dunia gelap gelita. Betapa sukarnya dengan memakai kerusi roda, kemudian bertongkat 2 kemudian bertongkat satu. Ketika itu baru tau siapa kawan siapa lawan. Ketika susah tiada yang sudi menjenguk. Tetapi bukan semualah. Dalam kepala cuma berfikir nak cepat sembuh. Puas sudah mengembara untuk mencari bomoh patah. Saiful dan Abg Derislah yang tak jemu-jemu menghantar aku ke Serendah, Janda Baik, Kalumpang dan sebagainya bagi tujuan rawatan. Terima kasih banyak-banyak, jasa kalian tetap dikenang. Ada juga sahabat handai yang perihatin terutama dari Sabah dan Sarawak yang sudi menghantar Ikan terubuk, buah-buahan, DVD dan pelbagai kepada aku. Yang paling menyedihkan ketika nak buang air aduhai sangat seksa... Rumahku tiada tandas duduk semuanya jenis cangkung. Ketika itu juga aku amat terkilan kerana tidak dapat mewakili RC KL dalam Pesta Sukan Kewangan di Sarawak bagi acara kegemaranku Ping Pong. Dalam keadaan kaki kanan masih bersalut fiber hijau pun masih berminat hendak pergi ke Sarawak atas perbelanjaan sendiri. Namun hajat aku ditolak oleh MSKK. Kesian..

Satu demi satu musibah datang menjelma. Kini giliran Abang Longku (ABDUL AZIZ DERAMAN) meninggalkan kami semua. Beliau telah kembali ke Rahmatullah ketika aku sedang menghadiri kursus Landskap Tahap II di Rantau Panjang. Terima kasih kepada rakan-rakan kursus kerana sudi menderma kilat agar aku berjaya menaiki kapalterbang walaupun aku hanya berdiri semasa didalam flight kerana tempat duduk telah penuh. Aku merasa sangat terkilan atas kehilangan beliau. Beliau adalah pemberi semangat kepada keluarga kami dan seorang yang sangat penyanyang. Sangat di sayangi oleh emakku. Beliau merupakan seorang PenguatKuasa DBKL terbunuh ketika bergelut dengan 'tonto'. Kisahnya ada tersiar dalam 999 TV3

Ketika puasa tahun 2003 aku adalah orang pertama pindah dari Perumahan Kastam Brickfields ke E-9-11, Blok D, Kompleks Kastam Kelana Jaya, Aku menguruskan sedikit demi sedikit berseorangan sehingga selesai. Semua operasi RC pun telah berpindah ke Kompleks Kelana Jaya. Tiada lagi pejabat di Pusat Bandar Damansara. Hidup mencabar di kotaraya telah banyak mengajar erti kehidupan wa'ima mengajar bagaimana harus memandu kereta dengan cekap dan selamat.

Alhamdulillah dalam tahun 2005 aku sekali lagi terpilih untuk menghadiri Kursus Sijil Perkastaman di Akmal Melaka, selama 6 bulan. Ramai yang tidak tahu aku sedang berkursus. Rezeki semakin bertambah. Ketika dalam kursus aku telah berjaya dinaikan pangkat kepada Penolong Penguasa Kastam W27 pada 1 hb Julai 2005 dan ditempatkan di Pahang. Aku telah melaporkan diri di RC Kuantan, Pahang dan diarahkan penempatan di Bentong. Tetapi malangnya semasa pulang dari Kuantan kereta BGW 4262 aku telah terbabas dan melanggar divider. Alhamdulillah tiada kecederaan berlaku. Kereta itu mengalami calar yang panjang disebelah kiri. Sehingga kini calar itu masih ada. Dalam pada yang sama, aku jugalah orang pertama pindah keluar dari Kelana Jaya.

Sekali lagi aku berpindah ke RC Bentong dialamat 249, Tmn Bukit Chamang, 28700 Bentong. Aku sempat bertahan disini selama 5 tahun. Aku melakukan aktiviti penternakan ikan patin, telapia, jelawat hasil daripada kolam terbiar yang tidak diusahakan. (banyak modal telah habis dilaburkan sekadar untuk "main-main" sahaja) Sebaik sahaja aku datang ke Bentong aku telah mula mendekatkan diri dengan kegiatan belia disana. Maka aku turut terlibat dengan Persatuan Belia Generasi Baru Glokal, BEWARIS dan sebagainya. Kebanyakan aktivi tertumpu kepada pendakian Gunung Rajah 2007, Bukit Raka 2008, perkhemahan Air Terjun Chamang 2009, Lata Khong, perkhemahan Lata Naning 2007-2009, Ekpedisi Berakit International Sg Pahang 2008 dan sebagainya. Aku juga aktif dalam kejohanan Ping Pong peringkat daerah Bentong/Pahang Barat. Selalu memasuki pertandingan tanpa mengira lokasi, taraf kejohanan. Kadang-kadang menang kadang-kadang kalah. Inilah duniaku ping pong dan rekreasi.

Rezeki bertambah aku telah berjaya mendapat AKC 2007. Rezeki terus datang lagi, ketika sedang dalam lawatan kerja di Cameron Highlands aku telah mendapat berita kenaikan pangkat (memangku) ke Penolong Penguasa Kanan Kastam W32 di Terengganu. Walaupun pada asalnya namaku disebut ke Tg Gemuk. Aku redha atas apa jua ketentuanNya. Tanggal 10hb Julai 2010 aku berpindah seorang diri ke Kuala Terengganu. Sepatutnya aku pergi malaporkan diri pada 10 Jun 2020 namun aku meminta penangguhan kerana anakku baru sahaja mengalami kecederaan parah ketika kemalangan motosikal melibatkan beliau dan 4 orang rakan dan seorang kenderaan tentera. Aku menumpang di rumah bernombor 9, Perumahan Kastam Durian Burong (Mess bujang) bersama rakan saudara Asman Tola. Sesekali makan minum dan tidur kat rumah Dato'Azis sambil menghabiskan beras dan makanan apa yang ada dirumah beliau. (terima kasih yang tidak terhingga buat Dato' sekelurga) Lagipun anak sedang menduduki PMR ketika itu dan terpaksa tinggal di Bentong. Hampir sebulan juga untuk menyesuaikan diri ditempat baru. Hampir setiap minggu berulang alik dari Bentong-Kuala Terenggan sejauh lebih kurang 800km pergi balik. Cuba bayangkan, banyak modal dan masa dihabiskan. Disini aku belajar segala erti kehidupan dan kerja yang agak asing dari serba serbi. Baik dari segi dialek, dari segi kerja, budaya dan sebagainya. Aku ditempatkan di Cawangan Marin. Layanan dan budi bahasa orang Terengganu membuatkan aku suka, khayal dan ceria disini. Sempat juga bermain ping pong di beberapa tempat di Kg Paloh, Seberang Takir, Wakaf Mempelam dan lain-lain. Belum pun sempat jadi profesional dalam permainan ping pong tatkala permainan sedang meningkat naik, tiba-tiba sahabatku (Allahyarham Rizal - tuan punya tempat latihan) telah mengalami kemalangan dan telah kembali ke Rahmatullah. Berita itu diterima ketika sedang beroperasi di Pulau Redang (Redang Mutiara) Sedih dan sayu juga terkilan kerana baru sahaja berjumpa dan berlatih bersama-sama. Selepas peristiwa itu aku serta merta menghentikan sukan ping pong buat seketika kerana sentiasa teringat akan arwah.

Terima kasih kepada semua kenalan di Terengganu yang mengenali aku, lagipun Terengganu memang sahlah "Negeri Cantik, Budaya Menarik, Bandaraya Warisan Persisir Air" Sempat menyambut hari kelahiran ketika bulan ramdhan di Kuala Terengganu. Hampir 50% tempat makan di sana telah di cuba. Kadang-kadang untuk jimatkan belanja terpaksa makan keropok lekor (Losong, Tok Beng, Seberang Takir) dengan teh O. Sempat jua menjelajahi pantai-pantai yang indah, menarik, bersih dan menyamankan. Gadis-gadis disana semuanya lemah lembut dan menawan belaka. Kalau tidak kuat iman, alamat terperangkap atau tergoda. sempat juga belajar beberapa patah perkataan loghat Terenggan seperti "dok dang setarang, berat nanang, aku pung" dan sebagainya. Setiap kenangan indah tetap diabadikan dalam hidup kalian. Sempat jua menumpang kasih dengan mak angkat di Telaga Batin dan Kuala Jenggal. Terima kasih emak dan keluarga (achik, ayu, ani, aina, dll) kerana sudi menjadikan aku sebagai anak angkat.

Semasa disini aku belajar erti kehidupan dan tugas di laut. Berkelana beberapa hari untuk rondaan laut. Memang hebat pulau-pulau di sini: Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Lang Tengah, Pulau Bidung, Pulau Kapas, Pulau Tenggol dan sebagainya. Kulitpun sedikit demi sedikit menjadi kelabu asap. Baru aku tau erti hidup seorang pelaut yang sebenarnya.

Belum pun puas menabur bakti di Terengganu tiba-tiba aku dikejutkan berita kenaikan pangkat ke Jawatan Penguasa Kastam W41. Macam tidak percaya kerana baru 4 bulan bertugas disana. Penempatanku di Pahang berkuatkuasa pada tanggal 29 September 2010 aku melapurkan diri di RC Kuantan, Pahang dan telah diletakkan di Unit Marin. Namun begitu atas arahan aku terpaksa menduduki Kursus Pertuturan Bahasa Manadari Tahap II. Selesai kursus aku terpaksa menduduki satu lagi kursus Induksi Khusus di RC Selangor. Pada 29 November 2010 mula bertugas di Unit Marin, RC Kuantan, Pahang sehingga kini.

Monday, December 20, 2010

Respect each other

Terpanggil untuk menulis. Bukan apa sekadar mengingatkan kembali zaman muda-muda dulu. Dulu pantang disuruh, kerja siap, akan diusahakan dengan segera tanpa berlengah, tetapi zaman sekarang jika tak kena gayanya apa yang kita suruh tu tak akan siap, tak bergerak. Ermm.. beginikah caranya orang-orang muda berfikiran dan berurusan? Sepatutnya kita yang muda ni semakin kreatif, inovatif dan berinasiatif dalam melaksanakan tugas. sebagai orang muda perlu menyahut cabaran dan membuktikan kita boleh melakukan dengan baik. Sepatutnya setiap arahan perlu dipatuhi.

Dari segi hormat menghormati dan respect each other lain pula, Kita perlu hormat sentiasa senior kita tanpa mengira pangkat mereka. Ini tidak hanya berkawan di dalam ruang lingkup sesama sendiri. Tindakan begini akan merenggangkan hubungan antara sesama insan.

Dahulu, nak jumpa senior terketar-ketar, takut terbuat salah.. Sekarang kira beruntung boleh berjumpa, bergaul sehingga ke pengurusan tertinggi, siap boleh berlanggar bahu lagi, tetapi yang muda-muda tidak ambil kesempatan untuk saling bertanya ilmu, saling bertegus sapa. Saya tidak mengatakan kita yang muda ini tidak berbudi atau tidak berbahasa cuma kurang adap dan tatasusila sahaja. sepatutnya yang muda mudi yang terpelajarlah yang menunjukan sikap dan gaya hidup yang hebat. Memanglah, ada juga orang lama yang bersikap kurang ajar atau sikap acuh tak acuh. Kita jangan lawan mereka dan jangan pula ikut rentak sumbang meraka. Gunakan kemahiran berkounikasi yang diajar di Institusi masing-masing.

Saturday, December 18, 2010

tertidur..

Salam buat semua. Sahaja nak berkongsi cerita. Biarpun ribut melanda atau guruh berdentum dilangit. Akhirnya aku tertidur sejak dari jam 10.30 (lebih kurang) kerana kepenatan sangat. Aku tidak tahu aktviti apa yang sedang berlaku. Rasa-rasanya mungkin ada acara membuka hadiah dan mengira duit salam kot. Aku pasti, terasa amat letih sangat badan ini terutama sesudah selesai majlis kenduri kendara sebegini. Inilah masa yang terbaik untuk berjumpa dengan kaum keluarga baik yang datang jauh atau dekat. Tetapi aku ni selamba je, sedikit pemalu, nampak macam tak kesah je. Namun amat berat mataku untuk dibuka. Sesudah sahaja merungkai misteri atau proses rawatan terhadap mak ku yang dikhabarkan ingin dipinang oleh 'orang bunian'. Sukar untuk berkomunikasi dengan alam mistik sebegini. Alhamdulillah ianya selesai sebelum aku tertidur.

Sedar-sedar kebanyakkan saudara mara sudahpun pulang. Ya Allah.. aku tidor mati rupanya. Pengantin baru pun belum bangun. Anak-anak saudara yang kecil masih bergelimpangan, ada yang berbantal, ada yang berpelukan ada yang meniarap mahupun menelentang. Inilah akibat dari kepenatan yang melampau.

Mandi sudah. Sarapan pun sudah.. jumpa lagi

Selesai satu acara

Alhamdulillah.. Akhirnya selesai juga Majlis perkahwinan Nurliana bte Mohd Yusop (anak saudaraku, anak Kak Ngah @Mariam bte Deraman) di alamat 32, Jln Layar 19/35, Seksyen 19C, 40300 Shah Alam. Walaupun aku tidak dapat menyumbangkan wang ringgit berjuta, Namun sekurang-kurangnya aku telah menunaikan tanggungjawabku sebagai Pak Saudara. Sekadar yang termampu. Penat memang penat, namun berat mata memandang berat lagi bahu memikul, Buat Kak Ngah (Mariam) maafkan adikku mu kerana tidak mampu membanting kudrat yang ada 100% maklumlah keadaan tidak begitu mengizinkan. Kebetulan pinggang pun dah 'jem' tak tau kenapa. Yang penting kerjasama.

15 khemah. Wow....luar jangkaan dengan menu rendang Palembang, kari daging, kari ayam, acar timun, kuma dagng, kurma ayam, ayam masak merah, ayam goreng celup tepung, bubur cha cha, ABC, tapai pulut, dadih, kuih cara berlauk, sirap soda, teh o, kopi o, teh tarik..tak cukup dengan itu ditambah dengan mee goreng dan sop tulang/daging hancur. Alhamdulillah tumbang kerbau seekor.

Penat lelah dan peluh yang mengalir rasa berbaloi untuk dikeluarkan. Bermula dari hari jumaat pagi sehinggalah ke hari sabtu malam minggu penuh dengan acara. Bermula dengan akad nikah dan majlis tahlil, (malam berinai) makan sop, majlis perkahwinan sehinggalah ke malam apriasi (makan kambing panggang/bakar). Syukur kepada tetamu, hadirin dan sahabat yang handai tersangat ramainya hadir. Sesekali terdetik dihati cukup ke makanan untuk tetamu? Tetapi itu semua urusan Allah. Selamat pengantin baru Kak Long. Ingatlah pesan Pak Su jaga diri, hiasi peribadi, jaga dan hormat perasaan suami, perasaan keluarga dan penting jangan sombong dengan ahli keluarga. Waima mereka datang dari Perak ke, Pahang ke atau Johor atau dari pelusuk Malaya sekalipun. Amin.

Thursday, December 16, 2010

jiwa kacau..

Hari-hari semakin jauh dari seseorang. Adakah itu cuma anggapan aku sahaja. Erm..tak boleh kubiarkan mindaku bercelaru begini.. Aku cuba untuk mengerti akan apa yg tersirat dalam mindaku ini. Aku sendiri tidak pasti. Adakah umur semakin penghujung senja membuatkan diri ini menjadi sentimental, sensitif, berjauh hati, menyendiri dan sebagainya. Ataupun apa yang aku cuba sampaikan ini tidak kesampaian. Ataupun aku cuma sekadar bercakap dengan diri sendiri sahaja. Ingin ku khabarakan ke seantero dunia namun tidak mungkin ada yang mengerti sedangkan aku sendiri sedang keliru dengan keadaan 'jiwa kacau' aku ini. Aku andaikan seseorang itu mengetahuinya..

Wednesday, December 15, 2010

tetiba teringat..

Tetiba teringat kembali pada tanggal 26 ogos 2010 yang lalu. Kenangan bersama ketika menyambut ulang tahun kelahiranku yang ke 40 (life began at Fourty- orang kata). Tidak lupa saat-saat itu jua first time birthday disambut beberapa kali iaitu sebelum, semasa dan selepas. sebelum 25 Ogos, semasa 26 Ogos, selepas 31 Ogos 2010 (Merdeka Day) Thanks kepada mereka yang sudi menyambut Birthdayku ketika itu. Seumur hidup inilah hadiah terbaik dan terindah. Mungkin tiada lagi, ataupun tak mungkin kembali ke era genap 40-an.

Mungkin mereka yang dinyatakan telah lupa saat-saat itu. Just sekadar mengenang kembali. rasa-rasanya tak salah. Barang diingat segala kenangan lalu bakal membinasakan jiwa andaikata tidak dapat mengawalnya. Yang pasti ianya disambut ketika Ramadhan al-mubaraq. Walaupun ianya tidak semeriah party orang lain cukuplah sekadar berbuka dengan sup ekor, nasi putih, telor dadar dan tambahan Secret Resipi Batu Buruk (chesse cake) + Mc Donalds (union rings, Mc Chicken Berger)

Owh rupa-rupanya tak mengenang kesah lalu. Ayuh teruskan perjuangan dan mulakan hidup baru di tahun 2011 dengan azam baru. Forget it about duka nestapa. wake up man.

Tuesday, December 14, 2010

sesekali...

Lesu, letih, penat semua ada. Al maklumlah setiap minggu terpaksa berulang alik ke Bentong dari Kuantan. Sebelum ini berulang alik dari Kuala Terengganu. Lesu dan penat ni bukan apa, mungkin kerana duduk sorang-sorang maka segala kerja terpaksa buat sendiri. Kadang-kadang datanglah perasaan malas. Kadang-kadang bila terasa sunyi je. Sunyi ini boleh mendatangkan bahaya. Bukan bahaya apa, dugaan terlalu banyak pabila membujang disini.

Mungkin penghujung tahun ini, diriku semakin sibuk dengan perpindahan, kenduri kendara anak buah, kenduri sahabat, anak sekolah dan sebagainya. Apa-apa pun akan kutempuhi dengan jayanya. Selain itu beban dan cabaran tugas sedia menanti dimana-mana.

Kekadang terfikir bilalah dapat bercuti seperti orang lain agar boleh bawa anak isteri, orang tersayang, family, rakan-rakan dan sesiapa sahajalah. Bukan apa, sesekali teringin nak menjejaki ke negara orang. Tetiba je teringan China dan Singapora. he he bukan pa maybe coz dah belajar sikit-sikit bahasa Mandarin, konon-konon boleh la bersembang-sembang. memanglah zaman ICT ni boleh klick mana yang suka namun hajat dihati pasti dipenuhi ketika dan saat yang pasti akan datang. InsyaAllah jika ada kelapangan dan wang ringgit sampailah ke sana.

Oh ya semalam rasa2 macam dah tak ada lagi dalam dunia ni. Gelap dunia kurasakana. Tetiba je sakit satu badan terutama selepas main badminton. Pabila baring rasa cam malas je nak bangun. Sepatutnya badan akan menjadi sihat dan segar. Ini lain pulak jadinyer..perlukah aku meneruskan sukan ini. Main ping pong tak rasa lesu. Tetapi alhamdulillah badanku beransur-ansur pulih. ye tak ye juga macam mana tak lesu tak makan nasi langsung petang sampai ke malam.

Thursday, December 9, 2010

Membiasakan diri dengan apa yang belum biasa

Hampir seminggu aku berada di RC Pahang untuk memulakan kehidupan baru. Pada peringkat awalnya agak sukar untuk aku membiasakan keadaan. Walhal aku sudah biasa dengan keadaan dan suasana di Kuantan. Kenapa ye? Selalunya aku serta merta menyesuaikan diri bak 'sesumpah bertukar warna'. Namun kali ini agak berlainan. Apa yang pasti sokongan dari rakan sekerja dan team amat dihargai. Terima kasih kalian. Kerana kalian aku berusaha untuk menjadi lebih baik dari apa yang aku ada, setidak-tidaknya lebih sedikit dari kebiasaannya. Tambahan pula ianya bersempena Maal Hijrah yang baru sahaja menjelma. Tidak terlambat untuk aku mengucapkan selamat Tahun Baru kepada muslimin dan juga muslimat yang membaca blogku ini.

Banyak perkara baru dan banyak lagi yang bakal kupelajari dirantauan ini. Walaupun dinegeri sendiri tetapi terasa begitu asing sekali. Terkenang kampung halaman, tetapi kampung ku sudah tidak ujud lagi (Kuala Dong), hanya sekadar nama diatas peta. Teringat kampung angkatku Kuala Repas (Taman Bukit Chamang) yang telah kudiami selama lebih 5 tahun. Yang pasti aku akan kembali jua kesana, cuma masa dan keadaan sahaja yang menentukan. Sekali lagi aku mengimbau mula-mula kedatanganku ke Bentong samalah dengan kedatangan ku ke Kuantan (Bukit Pelindung). Sesampai sahaja disini aku memulakan tugas sebagai pencuci rumahku. Menyapu, mengemop, mengelap semua kulakukan. Membasuh lantai, 'menggaras' membuang dan sebagainya. Peristiwa yang sama berlaku. "Bedebuk!" bunyi macam nangka jatuh. Aku jatuh lagi ketika bermain dengan air sambil membasuh rumah. Aduh Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya. Buat sorang-sorang memanglah macam ni.

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabatkku saudara Zulkurnai kerana sudi menumpangkan diriku pada malam permulaan kedatanganku. Kalau tak silap hampir dua malam juga dirumah beliau. Jasa beliau tetap dikenang. Hampir kosong peti ais beliau aku kerjakan. Ops! bukan semua..air sahaja. Tak kiralah air manis ke, air gas ke, air kosong ke habis aku kerjakan.

Yang pasti kini aku akan meneruskan perjuangan dan karierku di Kuantan. Selama mana aku belum pasti. Hanya berserah dan biarlah masa dan keadaan yang menentukan.

Monday, October 18, 2010

kawan oh kawan

Salam buat semua. Agak lama tidak menulis diruangan ini. Mungkin kesibukan dengan kursus membuatkan aku tidak berkesempatan. Tatkala ini aku berasa sangat selesa dan sesuai untuk mengisi waktu yang terluang.
Kali ini aku rasa terpanggil untuk membicarakan tentang rakan ataupun kawan. Sepanjang aku berkursus kali ini, Alhamdulillah aku dapat mempunyai rakan yang baik belaka. Namun ada sebilangan dari rakan-rakan ku sangat kedekut untuk mengeluarkan belanja tatkala keluar bersama. Samada keluar minum petang, tengok wayang ke atau apa sahajalah. Tapi itu semua tak menjadi masalah sangat. Cuma kekadang terpanggil untuk bertanya pada diri sendiri, andaikata aku tidak punyai wang atau serba kekurangan, hendak kah mereka berkawan dengan aku? Bukan apa maklumlah sesetengah tu nak berkawan dengan kita bila ada kepentingan atau ketika kita punyai banyak wang, duit atau ongkos. Sesekali tak mengapalah, asyik kita yang belanja, lama kelamaan kita sendiri turut menyampah. Ini bukan dongengan, ini ekoran dari rasa ketidakpuasan yang automatik datang dari benak kepalaku sendiri.
Itu satu bab, yang menyedihkan apabila aku ni dah tak berapa nak ada maka satu persatu rakan atau kawan menjauhi. Sanggup mereka memberikan alasan 1001 macam apabila ku ajak keluar minum, mereka menolak. Lagi satu jikalau mereka mengajak aku pula, ajak-ajak ayam kerana aku siang-siang sudah declare aku tak berapa nak ada. Dengan sinis mereka mengambil hati, "jomlah kita tong-tong sikit seorang" Hai nasiblah badan. Dapat kawan semuanya materialistik. Selain itu ada juga yang sanggup 'menceraikan' atau memutuskan persahabatan atas alasa aku ni tidak lagi 'meriah' seperti dahulu. Uwaaaa..sedih kan.. kenapa nak berkawan hanya ketika aku ni tengah lebat... teringat kata-kata sahabatku Pak Yim,

"depa ni semua tak leh pakai, masa senang cari kita, masa kita cari depa, depa dok mengelak..lama dah tau.."

Tuesday, September 21, 2010

Kursus Mandarin Tahap II

Betul orang kata dunia kini tanpa sempadan. Tetapi jika semua kemudahan kena 'block' nak buat cam ne. Bayar WiFi mahal-mahal tetapi segalanya kena block. FB, YM semuanya tak boleh aksess. Tak gunalah diwar-warkan WiFi free. Bukan apa sebenarnya aku sedang berkursus di INTENGAH bagi menduduki Kurus Mandarin Tahap 2. Woit..ini bukan kursus sembarangan, ianya diiktiraf dan sangat berguna untuk kemajuan kerjaya. Kenapa pulak Ketua Jabatan tak lepaskan. Sepatutnya ini akan membuatkan Jabatan berbangga kerana dalam beratus ribu kakitangan awam, andalah yang terpilih. Terpilih melaui ujian, periksa dan sebagainya.
Jikalau orang kata boring duk kursus memang diakuilah, bukan apa, dalam minggu pertama ni tidak tahu hendak mulakan dimana? Apakah aktiviti selepas kelas? Nak ulangkaji, otak dah jem semasa dalam kelas tadi. Nak pergi shopping, owh..not my favourite. Tambahan pulak almaklumlah..musim-musim kegawatan poket ni (maklumlah selepas hari raya).
Oh ya nak cerita tentang Kursus Manadari Tahap II ni, ramai kenkawan Tahap 1 tidak dapat hadir, yang hadir cuma Pak Set, Alvin, Zul, Aku, Julia, Nurul, Nadia, Syawiah, Shaha, Risha, dan Lectumy. Yang lain-lain tidak dapat hadir atas alasan anak kecillah, mengandunglah, bos tak kasilah, boringlah, erm tak pe lah biarlah mereka dengan dunia mereka. Yang pasti melalui kursus ini ternyata ianya semakin sukar dan tidak semudah yang dijangkakan. Jikalau tidak ulangkaji, nescaya awal-awal lagi dah boring. Terima kasih kepada Zul kerana mendahulukan RM100.00 buat yuran pendaftaran. Maah lah laoshi kerana aku tidak dapat hadir semasa hari pendaftaran kursus semalam. Lagipun aku ingin menyelesaikan masalah lapor diri di Kuantan, Pahang. Walaupun aku baru sahaja berpindah ke Kuala Terengganu. Pe2pun enjoy..

Tuesday, August 24, 2010

selamat hari lahir sayangku..

Selamat hari lahir buat diriku sendiri..mungkin kali ini hari lahirku yang paling istemewa kerana orang sering berkata live begin at 40
Owh! baru aku tersedar rupa-rupanye aku tercepat 1 hari untuk menyambut hari kelahiranku. alahai dah ade petanda nyanyuk dah ni... Uwaaa.... Semasa blog ini ditulis baru bertarikh 25 Ogos Tak pelah alang-alang dah menulis akan ku terus menulis. istemewanya kali ini ialah aku menyambut ulang tahun kelahiranku di dalam bulan puasa (Ramadhan) dan aku berada di perantauan. Apa yang lebih istemewa beberapa hari nak menyambut hari ulang tahun rezeki datang lagi. Aku berjaya dalam temuduga pada 7.7.2101 di Kuantan tempohari. Tepat jam 8.00 pagi pada tanggal 23 Ogos aku telah memasuki sesawang JPA, lantas dengan mengemukakan no IC maka terpapar disana aku telah BERJAYA. Alhamdulillah. Walaupun lambat aku mengerjakan sujud shukur namun ianya telah kulakukan pada sebelah tengahri menjelang petang.
Disini ingin ku merakamkan jutaan tidak terhingga kepada rakan-rakan dan taulan yang sentiasa mendoakan kejayaanku. Baik secara tersirat, tersorok atau terbuka. Begitu juga kepada lawan-lawan yang sentiasa mengkritik dan tidak sependapat dengan diriku, aku tetap mengucapkan terima kasih kerana dengan cabaran, tohmahan dan kritikan pedas kalian membuatkan aku bangun berusaha. Dengan izin Allah. Sekadar menyebut beberapa nama terima kasih tidak terhingga kepada perorangan yang tertera (maaf kepada yang tertinggal) iaitu Tn Hadzri, Y.H Dato' Hassan, Y.Bhg Dato' Azis, Pn Asiah, Tn Zazuli, Cif YM Engku Bani, warga kerja Bentong, Tn Zulkefli Kassim, Bobby Ipulasin, Family dan juga semua yang terlibat dalam memberikan support dan semangat. Jasa kalian tidak terbalas, hanya Allah jua yang membalasnya. InsyaAllah, mungkin aku tidak dapat menyatakan ucapan ini terus namun doaku sentiasa mendoakan kalian. Kenangan bersama Bentong juga tidak boleh dilupakan.
Rezeki datang ketika aku sedang menabur bakti di Negeri Terengganu (negeri angkatku) tatkala aku tercampak ke Caw. Merin Kuala Terengganu dengan memangku W32 pada tanggal 10.5.2010 yang banyak memberikan pembelajaran baru, pengalaman dan serba serbi baru. Terima kasih juga atas doa anak-anak buahku di Merin. (Cif Din, Alias, Ayah Wan, Fauzi, Soufi, Azuan, Mazlan, Roslan, Wan Saadi, azmi, Saiful, Khairul) Terima kasih jua kepada Cif Ramly yang menghubungi Akasah dan mendoakanku sepemergian ke Mekah (umrah). Seluruh warga Penguatkuasaan RC Terengganu termasuk Pn Sabariah, Kak Sal, Cif Korie, Cif Zamri, Wan Roha, Mek Kiah, Lyiana dan semua (maaf jika tertinggal nama kalian). Begitu juga kepada kenkawan seangkatan Cif Gee, Cif Supian, Cif Wan, Cif Chot, Zila dll. Begitu juga kepada Mak Angkat di Telaga Batin sekeluarga.
Antara kenkawan yang sentiasa memberikan semangat aku hadiahkan penghargaan terima kasih atas sokongan moral dan material buat Salina, Aida, Harun Baba, Aminuddin, Samad, Hashim Tan, Zurainy, Hisham, Sarinah, Syam, Cif Ishak, Hidatul Syuhada, Yeop Zaidi dan lain-lain. Maka pada tanggal 23.8.2010 terlerailah satu simpulan bahawa aku telah berjaya dalam temuduga ke W41. Alhamdulillah. 18 tahun berjuang dan berusaha. Akhirnya impian terlaksana. Jutaan kemaafaan andaikat tidak dapat memasukkan nama-nama kalian. inilah hadiah terbaik dalam kerja aku didalam RC.

Sunday, August 22, 2010

hapi

Kekadang aku kasihan kepada diriku sendiri...kenape? aku pun pasti..tetapi aku kini happy sehapi happynya. Nape? aku saje yang tau. semenjak dua menjak ni, aku berjaya mengenepikan sebarang masalah, halangan yang merungsingkan, perkara remeh. Bak kata Amy Mastura janji kita hapi. Aku berharap tiada lagi kata-kata nakal yang menggugat kehidupan dan kerjayaku. Ada sesuatu yang menghadirkan kegembiraan dalam hidupku. aku dia dan lagu...

Friday, July 30, 2010

Sempat juga ke Kebun

Semakin lama berada di Negeri Terenganu, maka semakin luas perjalananan ku habis segala ceruk cuba kuredah, habis segala kampung ku masuki, habis segala kebun-kebun orang ku redah. Maklumlah musim buah-buahan masa ni. Tetapi awas nanti demam kerana banyak makan durian pulak. Kepada pengemar makan durian tu jangan lupa minum air dalam kulit durian kerana menurut petua jika kita minum air dalam kulit durian maka badan kita akan sejuk sesudah makan durian.
Sedar tak sedar sana durian sini durian. Namun begitu sempat juga aku merayau umah mak angkat kat sini. Pergi kebun beliau kat Lingai dalam kawasan Batu Rakit. Luas juga seluar hampir 3 ekar. Bukan apa rindu kat kampung halaman yang telah tinggal terbiar. Entahlah tak mungkin aku kembali kesana, lagipun dah jadi hutan agaknya. Sebetulnya aku terlalu jauh dengan kampung halaman. Kalau ada ruang terasa ingin bertapak disini memandangkan corak budayanya hampir sama dengan budaya Pahang, cuma dailek sahaja yang berbeza.
Seronok juga walaupun lawatan ke kebun buah-buahan hanya seketika memandangkan masa yang terhad. Ops terlupa pulak, bukan setakat buahan seperti durian sahaja malahan ada pokok cempedak, ciku, dokong, limau, rambutan, pulasan dan sebagainya. Namun aku puas setidak-tidaknya masih ada yang sudi menjadikan remaja purba ini sebagai anaknya. Terima kasih buat anak-anak mak, Syuhada, kak ti dan lain-lain. Semoga lain kali bolehlah kami merasa makan buah-buahan lagi. Sudahlah dapat buah di dalam kebun bawa balik pulak tu, he he.. tak pe rezeki telah dipanjangkan kepada kawan-kawan termasuk Y.Bhg Dato' pun sempat merasai hasil buah-buahan di kebun Linggai.

Monday, July 26, 2010

Kata Hati Ku Berkata-Kata

Dalam suasana kering pantai dan panas Bukit Bidung amat terasa bahangnya. Walauapun beratapkan asbestos namun panas dan bahangnya tetap membakar. Bila ku lihat cermin, mak aiii terbakar dah muka ku..alah sikit je lebamnya. Tetiba sahaja teringat ketika zaman remaja dahulukala, andaikata boleh ku undur masa akan ku isikan zaman remaja penuh dengan aktiviti. Bukan apa bila melihat orang muda zaman sekarang, rindu juga rasanya untuk jadi muda.. Tapi mengapa eik tetiba sahaja dalam hati berkata-kata dan berperasangka pelbagai. Adakah setiap tekaan dan andaian aku itu betul adakah instinct aku benar belaka. Adakah cerita yang aku dengar itu benar? Namun benar atau tidak benar itu adalah hak orang lain. Dan jikalau benar sekalipun apa hak aku untuk berbuat demikian. Kerana setiap rahsia adalah rahsia sesesiapan tidak berhak mengetahui rahsia hati ini. Mustahil setiap orang dalam dunia ini tidak punyai rahsia, mustahil. Tidak teringin untuk menambahkan masalah, namun ia datang jua tanpa diundang tanpa dipaksa, adakah orang lain juga berperasaan begitu. Andailah aku boleh berkata didalam hati dan orang lain boleh mendengar apa yang aku ingin perkatakan, bukankah itu sesuatu yang mustahil terjadi. Jikalau ini boleh berlaku alangkah bestnya.. Jikalau kita hendak marah, suka, benci, meluat, kecil hati, ke apa ke kepada sesesorang..alangkah baik nya dengan kata gerak hati di faham dan dengar..dengan pandang gambar je atau tengok je dah boleh berkomunikasi..bukan jimat kos talian komunikasi? kalau..kalau..seribu kali kalau..

Sunday, July 25, 2010

sesudah melepaskan trigger, lihat perkembang semasa..

Sambil mengosok-gosok mata, aku terpanggil untuk mencoretkan sebaris dua lakunan hidup untuk hari ini. Sebelum itu aku selitkan madah pujangga sebagai renungan diriki sendiri:

"Biarkan dikala ini kita teraba-raba mencari arah, namun petunjuk dan hidayah telah ada didepan mata, cuma mata kita sengaja berbuat tidak nampak. Andaikata mata hati dan mata pancaindera bersatu pasti aku akan berjumpa siapakah diri aku yang sebenarnya."

Sekadar ingin berkongsi kedukaan, kepenatan, kesedihan, kegembiraan. Inilah di panggil perasaan. Perasaan atau mood aku hari ini sangat teruja. Terutama ketika berhadapan dengan sniper tersohor dalam RC Terengganu. Teruja kerana ini pertama kali sejak tahun 2005 memegang senjata william & Smith, Rifle, Glock dan bermacam lagi. Walaupun aku bukan tandingan mereka untuk duduk sebaris dengan penembak tepat. Cukuplah sekadar memberikan tentangan. Alhamdulillah berkat kesabaran dan ketekunan aku tidak berada dikedudukan paling bawah atau paling tinggi. Yang penting semangat kesukanan dan dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberi tanpa sebarang aduan dan teguran.

Bak kata Sir Sazali Rock;

Setakat melepaskan tringger tanpa ilmu, adalah satu perkara yang paling tidak berguna. Biarlah kita memokus (tenang) dengan penuh ilmu. Kalah atau menang adalah adat bertanding. Yang penting safety first. Shooting pun dah abis. Akupun cuba pulang ke rumah untuk berehat. Rupa-rupaya aku tidak pulang ke rumah tetapi singgah sebentar di pejabat dan lantas menukar fikiran untuk pergi ke Festival Gamelon Sedunia, di dataran Shah Bandar Kuala Terengganu.. mulai Namun aku singgah seketika sahaja kerana hujan turun tanpa belas kasihan..sejuk, nak demam rasanya..chow dulu, mata dah pedih ni..

Saturday, July 24, 2010

Beratnya tanggungjawab sebagai LO

Walau penat sekalipun, walaupun tidur tak cukup, walaupun segala-galanya terkejar sana sini namun aku dan krew aku dapat melaksanakan tugas dengan jaya dan lancarnya. Berkat kesabaran dengan jadual yang agak ketat tanpa mengira pagi, tengahari, petang, malam atau tengah malam semuanya lancar seperti yang dijadualkan. Walaupun ada sedikit perubahan disaat-saat akhir namun ianya dapat mengembirakan semua lapisan warga RC dan juga tetamu.
Sejak dari 21 hb Julai hingga 24hb Julai 2010 aku dan krew sentiasa bersedia dan berkorban untuk RC tercinta dan demi KP yang dikasihi. Perawakan beliau yang bersahaja membuatkan kami senang bekerja dengan beliau.
Terima kasih juga diucapkan kepada Bodyguard FBI Alias, Snipper Ruseli dan UTK Samsuri serta Pilot Ngah. Mereka sanggup bertugas bila-bila masa tanpa had masa. Aku kagum dengan kesetiaan mereka dan juga ketabahan mereka. Arahan demi arahan, dilaksanakan tanpa sebarang bantahan. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Tugas sebagai LO nampak mudah tetapi mencabar. Karektor kena tegas, mesra, cekap, peka, pantas menjangka, rendahkan ego, sedia terima arahan, tidak membangkang, networking yang kukuh, cepat bertindak dan bersedia dengan maklumat lengkap. Tanpa perlu dibicarakan tindakan lain-lain yang perlu, pendek kata semua kena tau.
Setiap kesalahan kecil atas tutur kata dan salah maklumat bakal membuatkan satu RC akan terkorban. Mungkin menjadi persepsi yang tidak baik dari kaca mata KP. Tetapi percayalah KP yang sedia ada ni, merupakan KP yang freindly, steady, berpengetahuan tinggi, mempunyai kekuatan networking, tidak pilih kasih dan mempunyai karisma untuk sebagai pemimpin tertinggi lagi utama.
Apa-apapun aku puas kerana telah menyelesaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Walaupun hadirnya aku di KT tidak diketahui sangat. Terima kasih kepada yang mencadang, apapun cabaran dan tugasan disahut dengan jayanya. Biarpun tiada nama ALD didalam buku program namun itu just teknikal error. Anda ceria kami gembira.

Sunday, July 18, 2010

Gembira jumpa kawan-kawan lama

Selamat pagi semua. Kekadang kegembiraan kita datang bertimpa-timpa. Awas sebelum duka nestapa menimpa diri. Bukan apa sesekali kita keluar daerah dan dapat berjumpa rakan-rakan lama itu yang membuatkan kita gembira. Gembira itu sahaja untuk isteri, suami, kekasih atau namakanlah apa sahaja. Kegembiraan ini juga ditujukan kepada rakan karib yang sekian lama tidak bertemu, masing-masing juga seringkali berpindah randah seperti ku. Masing-masing taksub dengan kisah masing-masing sehinggakan tak sedar masa makin mencemburui. Dah lewat pagi lah tu.. Tak apa, bukan selalu keluar makan tengah malam, bukan selalu tidur lewat, bukan selalu bersembang merapu-rapu.. just sekadar berkongsi pengalaman hidup.
Sahabat handai tetap diperlukan walauapapun terjadi. Sahabat handai bukan terdiri berlainan jenis. Berlainan jantina kekadang lebih akrab lebih dari suami, isteri atau kekasih. Lagipun skop perbincangan akan meluas. Jika bersama suami isteri skop akan menjadi sempit. Begitu juga dengan kekasih lagi sempit hanya menjurus mengenai hati, rindu, kasih sayang sahaja. Namun begitu untuk bersama sahabat handai ianya lebih terbuka. Lebih fleksibel tanpa had masa, tanpa mengira imbauan dan imbasan. Betul tak?

Wednesday, July 14, 2010

Jiwa bercelaru kembali

Entah apa yang bermain difikiran. Entah apa yang digusarkan. Rasa seperti ada sesuatu yang tak kena. Tidak tenteram, resah, jiwa kacau, panik, susah hati, cemas, serba salah dan sebagainya. Hendak diluahkan seperti tidak tahu apa yang hendak diluahkan. Perasaaan berdebar sentiasa menghantui. Sesekali merasakan tindak tanduk dan langkah tidak keruan. Bagai diri ini sedang diperhatikan atau diri ini sedang memerhatikan. Bagai diri ini yang bermasalah atau persekitaran yang bermasalah. Tekanan yang datang tidak mengundang bahaya, namun kecelaruan minda yang mengkucar kacirkan perasaan diri. Tidak pernah perasaan berdebar sedemikian rupa. Habis terkeluar segala prasangka negetif dan buruk terhadap diri sendiri. Habis terkeluar andaian dan perspektif melampau minda normal. Habis segala benak dan isi hati berterabur tidak tentu arah. Adakah ini dinamakan stress? Tetapi jika stress apa puncanya. Tetapi ini bukan masalah stress. Maybe juga perihal berkaitan dengan tidak cukup rehat ataupun perubahan budaya kerja serta persekitaran yang baru. Masih sedang mencari siapakah diri ini. Yang dikenal pasti masih sesat didalam kehidupan dan ruang lingkup tersendiri. Tiada mungkin siapa tahu, melainkan diri ku sendiri. Aku tahu.. Ada masanya aku suka bersendiri, ada masanya aku suka apa yang kalian suka, ada masanya aku suka mengelamun, ada masanya aku suka ketenangan, ada masanya aku suka sound of nature. Inilah petanda kadar motabolisme diriki tidak setabil. Why? i'm not sure about that. Maybe i need some rest and some places to hidden. Archhh..

Thursday, July 1, 2010

lama tak berkarya

Salam kembali kepada teman~teman, lama sudah aku menyepikan diri. rupa~rupanya seronok bertugas di negeri Terengganu Darul Iman, negeri cantik budaya menarik, bandaraya warisan pesisir air. Terima kasih atas penerimaan orang terengganu terhadap anak rantau. Terima kasih kepada kenalan baru yang sudi menerima aku sebagai teman, sahabat, rakan atau apajua kesudian lain. Memang best. Pantai yang menarik, apatah lagi pulau~pulau persekitaran. Tidak dapat digambarkan. Terima kasih semua.

Monday, May 31, 2010

Sahabatku pergi tak kembali

Tak semena-mena aku mendapat panggilan dari sahabatku menyatakan bahawa Beliau telah kembali ke Rahmatullah. Allahyarham Zamri Md. Nor telah putus hubungan dengan dunia pada tanggal 31.5.2010. Al - Fatihah..
Beliau seorang yang sangat cukup baik ketika sama-sama menuntut di LSA dan USA di Mahmood School 1988-1989. Walaupun cuma ada dua tahun untuk kami saling kenal mengenali dan bertukar-tukar fikiran. Seorang aktif terutamanya dalam bolasepak. Beliau merupakan seorang pengawas yang sangat dihormati rakan-rakan, taulan dan guru-guru.
Baru terdetik nak kumpul dan cari semula 'gang sekolah' melalui facebook, handphone, friendster dan sebagainya. Itulah Allah lebih menyayangi beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan agar ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Amin..

Sunday, May 30, 2010

Secebis memori di Bentong 2005-2010

Sedar tak sedar bermula 1 Jun 2005 sehingga 2 Mei 2010 hampir 5 tahun aku bertugas di daerah Bentong. Seingat aku 2 minggu sebelum aku menduduki rumah bernombor 249, Taman Bukit Chamang, Bentong aku sendiri sempat baik pulih sendiri rumah, mencuci sedikit demi sedikit, tampal yang mana perlu dan sebagainya. Kekadang tidur atas lantai seorang diri, maklumlah bujang diperantauan. Tetapi itu tidak menjadi kesah. Orang lelaki nih bila penat, kat mana pun boleh tidur. Berkat usaha kuat selama seminggu, aku berjaya membersihkan rumahku sebelum mendudukinya secara rasmi. Setiap hari mengemas, moop, mengilat dan sebagainya. Tetapi orang sekarang, tau-tau sahaja nak semua rumah ok. Usahalah sedikit beb!
Kita lupakan tentang rumah. Bukankah rumah cantik-cantik pun suatu masa pindah juga. Terkejut apabila dikatakan ada kolam ikan terbiar yang tidak diusahakan berhampiran dengan rumahku. Aku ni bukannya minat sangat buat-buat kolam nih. Tetapi tak tahu apa nak buat akhirnya aku membersihkan semak samun dan cuba membaik pulih kolam-kolam tersebut. Akhirnya tidak sia-sia usahaku, ianya berjaya dibaik pulih. Cuma kekurangan air sahaja. Pelbagai usaha telah ku buat untuk menjayakannya. Setelah berpakat-pakat dengan kawan-kawan, dengan sedikit modal kami berjaya mengambil air bukit dengan membuat empangan dan saluran pvc merentasi bukit. Alhamdulillah..air ada, anak-anak ikan pun dilepaskan. Ikan jelawat, ikan pating, ikan baung, ikan bawal piranha (picu) dan ikan telapia dilepaskan. Hasilnya boleh dilihat sehingga sekarang...dahulu belukar sekarang dan terang... Tinggal diBentong boleh dikatakan seperti berada dikaki gunung.(sejuk) Sempat juga kami menjayakan aktiviti sepetang bersama PELAKAS dan warga perumahan ditepian kolam. Pernah juga mandi air bukit kerana ketiadaan air paip. Pernah suatu masa mengejar pencuri kolam yang mana ikan masih terlekat pada mata pancing keliling kampung.
Sepanjang aku berkhidmat di Bentong pelbagai karenah dan pengalaman pahit manis yang aku terima. Macam-macam ada. Sekalipun kita berbuat untuk kebaikan dan kemajuan bersama tetap ada yang tidak suka kepada kita. Tetapi kita tidak boleh menghalang sesiapapun di muka bumi ini untuk membenci diri kita. Yelah..hampir lebih dari 10 perubahan yang pernah dilakukan demi Jabatan tercinta. Kalau tidak silap aku, pengecatan semula Quarters, tar semula di perumahan dan pejabat, pembaikan longkang, pengantian pagar baru, mengadakan taman permainan kanak-kanak, penyediaan wakaf, mendirikan dewan terbuka, naik taraf rumah (lebih luas), pengantian tiles (menggantikan parkir), menaiktaraf dewan terbuka (tertutup), menghidupkan kelab rekreasi kolam, mengadakan sudut cofee corner, naik taraf landskap (pancuran kolam ikan pejabat), anjung seri pejabat dan naik taraf pejabat. Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar menjadi pedoman bagi menangkis tohmahan dan "kata-kata nakal" pihak yang tidak pernah puas hati atau sakit sangat hati dengan aku ni. Apa yang diaorang tak puasa hati atau dengki sangat pun aku tak tau kenapa. Dalam dunia yang pancaroba ini untuk berbuat kebaikan atau kebajikan, kita tidak pernah lari dari tindakan segelintir 'perorangan' yang sentiasa tak puas hati. Ada sahaja aduan, hasutan, PHD dan cucukan. Teruskan janji anda terlibat bahagia.
Selama aku merempat di Bentong ini maka disinilah aku membina empayar rekreasi dan ping pong dengan cara tersendiri. Bercampur bergaul dengan masyarakat tidak akan menggugat kesetiaan sebagai kakitangan awam. Malahan ianya salah satu proses networking hatta tanpa mengira pangkat dan darjah. Oleh itu aku sempat mengenali kawan-kawan di Kg Kuala Repas dan Chamang. Secara tidak langsung pernah melibatkan diri dengan sukan badminton dan sepak takraw bersama-sama mereka. Sempat juga mengadakan beberapa kali kenduri kampung. Berkesempatan untuk mengikuti konvoi bermotosikal (cupchai) ke Cameroon Highlands. (Sg. Koyan-Pos Betau-Bertam Valley-Gn Berinchang).
Antara lain aku juga sempat mengadakan ekpedisi mendaki gunung Rajah beberapa kali bersama Persatuan Penggerak Sukan Dan Rekreasi Bentong sempena hari Kemerdekaan. Sempat mengadakan beberapa aktiviti santai dan rekreasi bersama BEWARIS di Air Terjun Chamang dan mengadakan latihan dan klinik serta pemilihan ke Kejohanan Kayak Kebangsaan di Air terjun Chamang.
Juga aku terlibat dengan persatuan GLOKAL Kg Baru bagi menakluki Gunung Rajah untuk entah ke berapa kalinya. Sempat menerokai Lata Hammer dan Lata Naning yang jauh ke ceruk rimba. Itulah tempat-tempat menarik yang pernah ku temui. Selain aku aku juga berpeluang mendaki dan melawan diri sendiri dengan mendaki Bukit Raka yang terkenal dengan batuan pacak @ tegak 90 darjah yang dianjurkan oleg Pascorp Paper Sdn Bhd. Anda dapat melihat daerah Bentong dari puncak. Yang pasti sebagai orang Pahang, aku telah berpeluang menyertai Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sg Pahang, dari Kuala Lipis ke bandar DiRaja Pekan. Menghilir sungai Pahang melalui beberapa daerah utama yang lengkap dengan kenduri kampung, joget lambak, persembahan kesenian dan pamiran. Antara lain sempat juga menghadiri program setempat dan aktiviti belia yang diadakan di Putra Jaya ataupun di Bera dan juga tempat-tempat lain.
Pernah juga menjadi VIP bagi menggantikan Boss aku iaitu Pn Siti Khalijah, Tn. Hadzri Mohd Sabri dan Pn Asiah bte Taharip. Kerap kali terlibat bagi mewakili mereka dalam Majlis Rasmi mahupun tak rasmi. Dalam pada itu aku pernah juga menjadi bodyguard kepada Y.B Aziz Mat Kiram calon BN di Batu Talam bersama-sama orang kuat beliau. Ketika di Bentong juga aku pernah dimarahi oleh orang kenamaan di khalayak ramai yang mana disinilah dikenali ramai oleh VIP Jabatan. Peristiwa itu berlangsung ketika berlangsung Mesyuarat Pengarah Kastam se Malaysia -Taman Negara. Bagi sesetengah orang, masih tidak senang hati dengan 'keglamouran' ku itu rupanya.
Disinilah juga aku ditikam dari belakang oleh 'musuh dalam selimut', disinilah aku diperlecehkan oleh golongan 'D' dan 'DKK'. Kepada yang faham, fahamlah jikalau tidak..ha ha ha "still remember King of Three Mountain"
Yang pasti aku akan rindukan Genting Highlands, Cameroon Highlands, Janda Baik, Bukit Fraser dan Bukit Tinggi. Terutama apabila pemandangan indah dan berkabus dari atas ke bawah. Apabila sampai sahaja dibandar Bentong ada sudah terlihat sayup-sayup Genting Highlands, Gunung Rajah di Banjaran Titiwangsa dan Bukit Raka mengelilingi kita.
Yang pasti ada juga yang menarik di Bentong untuk dikongsi bersama, kehebatan nasi ayam Pak Hamid, Kedai Kopi Kao Pow (ais krim terhebat diPahang), Restoran Midnight, Dapor Kita, Restoran Ummie, Restoran Dara Tomyam, Mee Kari Mak Lang (dataran Teras) dan yang pasti kedai Mamak TMK (tempat mengeteh - Salleh, Yusop, Ishak, Bat, Mokhtar, Zam, Din dll)
Aku tetap merindui Kelab Belia Bentong, dimana disinilah bakat permainan ping pong kembali mendadak. Jam 5-7 carilah aku disini, tanpa jemu demi menjaga kesihatan diri. Nama-nama seperti Chong, June, Ah Hie, Mr Auw, Abang Din, Mr Chop, Zainal, Osman, Abang Pa, Mat sentiasa dalam ingatan.
Tidak lupa juga kepada beberapa nama besar yang glamour dalam bidang masing-masing iaitu: Sdra Faizam, Bobby, Hakim, Man Cece (BSN) Kocek, Kecik, Jimi, CT, Lex, Mamat, Nipon, Ujang, Mie, Madi barber, Abg Din sekeluarga, Ippin, Kak Yah dan ramai lagi. Maaf kepada yang tidak tertulis, ramai sangat.

datang dan pergi

Semakin lama semakin aku rasa terpinggir dari teman-teman yang pernah suatu ketika sama-sama susah senang bersama. Rupa-rupanya apabila dikhabarkan kita akan berpindah ke tempat lain, perasaan respect atau nilai seorang sahabat telah berkurangan. Manakan tidaknya. Aku kini tidak berguna lagi, bagi mereka kot. Dahulu, jika kita masih ditempat yang ada sekarang, sekejap-sekejap jom pi minum, jom kita mengeteh dulu dan sebagainya. Sekarang usahkan nak mengajak kita, kalau boleh depa malas nak berjumpa atau tersua aku ni. Bukan apa aku ni bukan ada kepentingan apapun bagi depa. Maybe kalau aku ditempat mereka pun akan bertindak perkara yang sama. Tetapi itulah kenyataan ada manusia berkawan dengan kita ni, rupa-rupanya atas kepentingan sesuatu. Adakah kerana aku bukan lagi penilai prestasi kalian, adakah aku hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi di bumi Bentong ini atau kalian memang suka aku pergi sebenarnya? Tak apalah perkara dah terjadi. Mungkin kalian akan berasa gembira. Tatkala selepas pemergianku mungkin kalian baru akan terasa akan kehilanganku. Itu perkara biasa dalam dunia ini, adatlah yang datang dan pergi tetap berlaku. Apa-apapun aku cuma ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas penerimaan baik kalian terhadap diriku untuk sekian lamanya. Harap segala gurauan dan jenaka serta humor yang terkeluar dari mulut ini menjadi hiburan semata-mata tiada kena mengena ke atas yang masih hidup atau mati. Perkara-perkara kecil aku abaikan dan menganggap ianya tidak pernah berlaku. Taat dan patuhlah kepada pengganti diriku. Jangan pertikaikan umur, kelayakan dan pangkat beliau. Yakinlah beliau akan boleh bekerjasama dengan kalian. Sokonglah beliau dengan sepenuh hati. Janganlah kalian menikam beliau dari belakang ataupun menjatuhkan beliau. Setiap pemimpin itu adalah kehebatan dan kelebihan masing-masing. Ianya tidak sama. namun pada masa yang sama setiap orang itu stilll ada kekurangan masing-masing. Jangan sesekali membanding-bandingkan antara aku dan penggantiku. Ingatlah pemimpin datang dan pergi, tetapi sahabat tetap sahabat, Walau apapun terjadi.

melepasi sasaran

Tiada apa yang indah ingin diperkatakan dalam arena Ping pong. Pencapaian sehingga suku akhir setakat ini adalah yang terbaik. Maklumlah Kejohanan Ping Pong Melayu Terbuka anjuran Penjara 2010 adalah bersatus 5 bintang. Pemain-pemain terdiri dari state player dan bekas pemain kebangsaan, kelab, MAKSWIP, MASUM, SUKMA, Super siries dan sebagainya.
Semangat juang dan jitu terlalu kuat dalam diriku membuatkan setiap gerakan, pukulan, footwork, smasing, push, block dan sebagainya semakin pantas dah yakin. Tewas kepada pasukan yang hebat lebih baik daripada menang kepada pasukan yang lemah. Walaupunbagaimanapun sasaran telah tercapai. Suku akhir..ingat pusingan pertama sudah 'bungkus' rupa-rupanya tidak. Tahniah kepada rakan 'sparing partner' Osman, Zainal, abg Pa. Perlawanan menentang Along (abang Syakirin) & Harris suatu perlawananan yang akan dikenang sampai bila-bila. Di sini aku ingin mengatakan pada diri sendiri bahawa senjata block dan serve pinple (gaya chop heavy) adalah menjadi satu kelebihan buat diriku. Biarpun lawan memilikki spin power, tetapi aku boleh block push kemana mana sahaja arah yang aku sukan. Mungkin kita tak sedar akan peningkatan permainan kita, tetapi rakan-rakan tahu akan kebolehan diri kita. Mungkin diri ini ditakdirkan lewat untuk bergelar juara. Tak mengapa tahun-tahun mendatang masih ada. Jika tidak menjadi juara atau pemenang, aku tetap berbangga dengan diriku sendiri kerana berani mencuba... chuo....!

Tuesday, May 25, 2010

kata hati dan hati berkata

Terlalu sukar rupanya untuk menjaga hati. Pantang tersilap kata, hati akan terguris. Mungkin aku terlalu mengikut kata hati menyebabkan ada hati yang terluka. Mungkin aku tidak berhati-hati dalam melahirkan kata-kata. Walaupun kekadang kita berkata tanpa niat untuk menyakitkan hati siapa-siapa, namun kita bukanlah hanyalah manusia biasa yang sering alpa dan lalai ketika berkata-kata. Mulai dan saat ini aku tidak akan berkata tentang apa yang tidak patut dikata. Mulai saat ini aku tidak akan berbicara tentang hati. Jikalau adapun perlu ku berhati-hati dalam setiap tutur kata.
Kepada yang terasa atau tidak boleh menerima segala kata-kata ku, ku pohon ampun dari hujung kaki sampai hujung rambut. Jika itu menjadi satu kesalahan besar, maka tidaklah dapat aku berbuat apa-apa kecuali dengan rendah hati dan diri memohon ampun atas keterlanjuran kata-kata baik secara tidak sengaja. Tiada niat untuk berkatas sedemikian apatah lagi untuk melukakan hati.

Thursday, May 20, 2010

Khas untuk Panglima Berantai

Tahniah kepada Panglima Berantai berjaya menerajui Inderapura dengan cemerlang dan jaya sehingga tersohor dipelusok Kepulauan. Mungkin ini atas usaha Panglima seorang. Mungkin rakyat marhaim tidak banyak membantu. Hairan bin ajaib juga kebal sungguh Panglima, hebat sungguh Panglima dapat memerintah Inderapura dengan makmurnya. Makmur? tidak gunakan dikatakan makmur tetapi rakyat menderita, jika tidak percaya cuba buat ujian kepada rakyaat jelata. Bukan raakyat tidak merasa bangga terhadap kejayaan Inderapura tetapi jangan sampai rakyat memberontak, jangan sampai rakyat mendoakan ketidakpuasan hati mereka, jangan sampai mereka membuakkan kemarahan mereka. Janganlah terlampau taksub untuk mengejar kemashuran, pandanglah lihatlah kebawah. Dunia semata-mata. Apalah guna kemashuran tetapi jiwa rakyat menderita.
Jangan biarkan dirimu asyik dibuai sangjungan, dibelai pujian, dahaga ketamakan. Bersederhanalah. Kita masih ada pegangan agama dan Al-hadis. Baliklah kepangkal jalan, masih belum terlambat, masih ada yang sayang.
Kepada pendekar wa ampu sana wa ampu sini, hentikanlah permainan silat kotormu kelak akan membinasakan dirimu, keluargamu dan keturunanmu. Ingatlah pelanduk sentiasa lupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah lupakan pelandok. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua ia jatuh. Sekebal-kebal Raja Ali Haji tumpas jua dek peluru perak sahabat sendiri. Segagah-gagah Kesultanan Melaka akhirnya tewas juga dek kerana Tun Mendalier dan juga fitnah serta adu domba. Hebat sungguh Inderapura ketika ini, tampak tenang tetapi bergelora.
Jagailah dan perintah seadil-adilnya ke semua tanah jajahan panglima. Tidakkah Panglima suatu masa pernah berguru dan menuntut di tanah jajahan Panglima. Tidakkah sang pendekar pun pernah berguru disana. Mungkin Panglima dan pendekar terlupa disana tempat segala buangan jin dan syaitan serta sumpahan raka kepada penghuninya? Lupakah dengan sumpah dan perjanjian diantara bukit dan laut? Kenapa Panglima berubah, adakah habis madu sepah dibuang, adakah kerana seekor nyamuk habis kelambu dibakar, adakah panglima telah buang tabiat atas tanda-tanda tidak mahu hidup didunia ini lagi?
Sang Rajuna Tapa pernah berpesan sebelum ianya parah melanda lebih baik dirawat luka, kelak apabila busung melanda binasa segalanya. Jangan biarkan susu sebelanga rosak dek setitik nila. Jangan biarkan retak menunggu belah. Jangan kerana hanya seorang pendekar, panglima berhabis-habisan memberikan hak kekebalan dari sebarang serangan. Nescaya pendekar itulah yang akan membinasakan Panglima. Jikapun sudah terlambat jangan terlalu angkuh dengan setiap kejayaan dan kemenangan. Semua itu tidak akan kekal abadi. Hanya Allah sahaja yang Kekal.. Wallahualam...

Selamat tinggal kenangan - Bentong

Memang sedih untuk meninggalkan bumi Bentong, apatah lagi belum puas untuk menabur bakti dan jasa kepada RC Pahang. Namun apalah daya, demi kemajuan kerjaya akan kuteruskan. Biarpun kenangan dan jasa di Bentong hanya sedikit untuk diingati oleh ramai. Tetapi itu tak penting. Sedar tak sedar aku mulai bertugas di Bentong pada tanggal 1 Jun 2005. Tetapi tanggal 10 Mei 2010 aku terpaksa belayar ke Negeri Terengganu Darul Iman.
Berhijrah itu mungkin lebih baik buat diriku. Mungkin aku boleh melakukan lebih baik dari apa yang lakukan sekarang. Bak kata orang "Peluang dan ruang hanya datang sekali sahaja". Ramai yang menasihati diriku untuk pergi ke tempat baru. Jangan berfikir dan menoleh kebelakang lagi. Jangan difikirkan perkara negetif, fikirkan yang positif. Biarkan mereka yang cuba merobek hati, mematahkan semangatku, menzalimiku dan sebagai terjun dengan labu-labunya. Lambat laun tembelang mereka akan pecah juga dan pekung di dada mereka akan terbau sendirinya. Bukan setiap perbuatan yang baik akan dibalas mulia tetapi dosakan sengsara.
Pergilah wahai perwiraku,
Berjuanglah untuk dirimu, keluargamu, agamamu dan negeri barumu..
Rezeki ada dimana-mana,
Jangan dikau mengalah kerana rezeki ada didepan mata..
Selamat tinggal kenangan. Selamat tinggal kolam ikanku, selamat tinggal rakan-rakan dan sahabat yang sama-sama bersusah senang, selamat tinggal dewanku, selamat tinggal KBB, Glokal, BEWARIS, Persatuan mengeteh TMK,

Tuesday, May 18, 2010

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

Teringat pesan orang tua-tua dahulu;

"Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"

Kekadang bila mengenangkan pepatah tersebut memang hati terasa sedih. Mengapa? Kerana walau kita berbuat baik sekalipun, tetapi jikalau kawan main kawan betullah cakap pepatah tu. Buat baik perpada-pada. Ingatlah mereka akan sentiasa mengambil kesempatan diatas kebaikan kita. Bagi yang belum pernah terkena kepada batang hidung sendiri maka akan berkata apalah kau ni, kecik punya hal nak ambil hati dan macam-macam anggapan negetif terhadap diri ku. Sepatutnya sebagai kawan kita sentiasa saling percaya mempercayai dan saling bantu membantu, ini tidak, saling hendak bersaing dan jatuh menjatuhkan. Jikalau bersaing untuk kebaikan tak mengapa, teruskan. Ini dengan takbur berkata siapa boleh lawan Aku, apa dia boleh buat dan banyak lagi kata-kata menyakitkan dan provokasi dikhalayak ramai. Perlukah kita berkawan dengan sebegini.
Ini pula kes yang lain tetapi berkait dengan baik berpada-pada. Apa saja perbuatan baik yang pernah kita lakukakan akan menjadi racun dan duri kepada mereka yang pernah kita buat baik. Segala kebaikan kita disalah tafsirkan. Ditafsirkan sebagai bodeklah, banyak duit rasuahlah, ramai kawan-kawan luarlah dan sebagainya. Tak bolehlah macam itu. Segala kehendak kita layan, kita raikan, permintaan dipenuhi. Atas sebab kerana 'seorang' yang dikatakan hebat, kita pulak yang disalah ertikan. Sudahlah begitu dibezantara (double standard) dan diperlecehkan. Bagi yang belum terkena, diulangi buat baik berpada-pada. Beginikan cara seorang pemimpin yang dikatakan hebat, ditabalkan sebagai cemerlang melayan anak buah? Renungkanlah.
Bukan apa aku cuba buat tak tau sahaja. Tetapi sudah heboh satu Malaya dengan perlakuan dan permainan politik mereka ni. Apa-apa pun aku redha dengan ketentuan Ilahi.

Jamuan Perpisahan Aku dan Ammy

Sayu bila berkumandang lagu Pergi (Aizat) dan Salam Terakhir (Sudirman) semasa jamuan perpisahan aku dan juga Ammy. Sebenarnya fikiran aku bukan dalam majlis tersebut, tetapi dah merewang entah kemana-mana. Walaupun majlis tersebut amat ringkas dan sederhana namun ianya tetap memberi kesan yang mendalam dalam kerjaya aku. Rasa-rasanya ini jamuan perpisahan yang pertama diadakan secara khusus. Sebelum ini ditempat lama, aku pergi tanpa sebarang jamuan rasmi. Hanya jamuan dari kenkawan. Aku tidak berkecil hati sekiranya perpisahan aku ini tidak diambil peduli oleh pengurusan negeri. Biasalah adat dunia, kita cuma insan kerdil bak kata pepatah kita ni mentimun, mereka durian. Arch..lupakan pasal mereka.
Kelihatan Pn Asiah memberikan sepatah dua ucapan ringkas lengkap dengan pantun. Dari nada dan intonasi aku dapat merasakan beliau sebak dan sayu atas permergian aku dan Ammy. Jikalau dibiarkan Pn Asiah berucap lama, nescaya akan banjirlah majlis ini dengan air mata. Dalam pada itu Ammy hanya sempat mengucapkan 2 atau 3 baris ayat dari mulut beliau. Dengan tidak semena-mena beliau mengalirkan air mata tanpa henti-henti. Ada dikalangan yang lain turut redup, pilu dan sedikit mengeluarkan air mata. Tetapi aku masih bertahan. Bukan tak sedih bukan tak pilu tapi terpaksa menahan sebak didada.
Aku sempat mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Asiah dan rakan-rakan seperjuangan. Majlis ini sempat disaksikan oleh ahli-ahli PEWAKAS. Aku juga ingin melahirkan kemaafan andaikat berlaku salah silap, maklumlah aku hanya insan biasa. Mungkin ada yang terasa hati atau tidak suka dengan cara aku bekerja. Aku hanya boleh memohon maaf. Salah silap dari kalian aku maafkan.
Jikalau panjang umur aku akan datang lagi ke Bentong. Biarlah aku pergi dengan bermaruah.

Sunday, May 16, 2010

Terlanjur menulis..

Terlanjur menulis, aku ingin merakam ucapan dan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang mengenali diri ini terutamanya di daerah Bentong mahupun daerah sekitar Pahang Barat. Selama pertemuan dan persahabatan ini terjalin, aku memohon ampun dah maaf andaikata pernah melakukan sebarang kesilapan secara seagaja ataupun tidak. Halalkan makan minum. Aku telah lama memaafkan kalian jika ada diantara kalian yang pernah, akan menyakiti diri ini. Yang pasti selama berada di daerah Bentong sejak 1 hb Julai 2005 aku telah mempunyai ramai kenalan termasukalah gang-gang rekreasi, kembara, sukan, paintball, gang kolam, gang kapcai, gang ping pong dan sebagainya.
Sesuatu yang menariknya, di Bentong kita sentiasa saling kenal mengenal antara satu sama lain. Pusing-pusing asyik jumpa muka yang sama. Cuma aku ingin berpesan kepada yang nak berkawan atas sebab-sebab berkepentingan, hentikanlah perbuatan tu... biarlah kita berkawan tanpa sebarang ada udang disebalik batu. Freinds forever. Andaikata kalian terbaca tulisan ini harap-harap berubahlah. Be nature n natural.

Sekadar melepas coretan..

Salam buat teman-teman. Lama sangat rasanya tidak menjengok laman blog. Bukan bermakna sudah terlupa, tetapi atas kesibukan tugas dan lain-lain aktiviti yang tidak membolehkan aku menulis buat seketika.
Mungkin aku hanya ada masa sehingga 10 Jun 2010 untuk menulis diruangan kali ini. Lagipun selepas tarikh tersebut aku akan berangkat ke Kuala Terengganu bagi bertugas dan mencari rezeki ditempat baru. Selamat tinggal Bentong. Memang susah nak cari tempat seperti Bentong. Bentong adalah satu pekan kecil yang penuh kedamaian, tenang, best, centre dan terlalu sibuk. Sekejap je pusing-pusing satu bandar Bentong selesai.
Kekadang masa amat mencemburui kita. Mula-mula aku sampai kat Bentong aku punyai banyak masa bersama kawan-kawan untuk beriadah, berekreasi bersama-sama. Ketika itu aku ada masa untuk GLOKAL, BEWARIS, Pemuda Kuala Repas, Gang Mengeteh TMK dan lain-lain. Tapi kini tiada lagi.
Apa-apa pun jumpa di Terengganu

Thursday, April 29, 2010

Pendakian Gn Dato' 24 April 2010

Jika diamati betul-betul, saya berada diatas puncak sebelah kiri gambar.


Pemandangan dari puncak Gunung ke bawah.


Tangga terakhir untuk didaki, saya berada ditengah-tengah untuk membantu.


beginilah keindahan alam ciptaan Tuhan

Sempat juga kami bergambar dengan sahabat bari dari KL+Shah Alam


Aku stiil berada dibelakang mereka. Berkepala botak tu..

Salam kembali kepada semua blogger. Persediaan rapi telah dilakukan bagi membawa seramai 92 orang pegawai kanan RC ke Gunung Dato', Negeri Sembilan. Aku bersama 12 orang rakan yang lain dipertanggungjawabkan sebagai Fasilitator untuk memastikan matlamat menuju puncak tercapai dengan selamat dan jayanya. Taklimat dan urusan pendakian telah diberikan.

Tepat jam 8.15 pagi aku bersama kumpulan IV dari kaki Gunung, satu kawasan tadahan air dan sedikit jeram kecil bergerak terus mendaki, tanpa amaran. Saya sempat berpesan kepada peserta agar tidak membuka langkah begitu besar takut-takut atau dikuatiri akan kejang otot. Terasa mengah dan semput maklumlah dah lama x naik bukit @ gunung. Perjalanan terasa penat kerana terus-terusan mendaki. Sesekali aku menyarankan mereka berhenti tetapi tidak lebih dari 2 minit. Jika tidak mereka akan kembali sejuk seperti mulu-mula mendaki tadi.

Apakah binatang yang paling besar sekali?
Jawapanya SE...LADANG? (sambil mendepakan tangan)

Apakah binatang yang paling gila sekali?
Gila Babi -salah, Gila-gila-salah
Jawapannya CRAZY FROG

Kami sampai ke check point pertama (pondok roboh) dengan keadaan baju basah kerana peluh bercucuran. ada yang menyapu yoko-yoko, minyakl cak kapak dan ada yang minum air. Tetapi saya sempat berpesan kepada mereka jimatkan air Setelah beberapa jam kami melalui halangan yang sukar, maka kami sampai ke satu dataran yang sederhana luas untuk melepaskan penat lelah.

Terpaksa menunggu giliran kerana telah bertembung beberapa kumpulan dari sekolah dan persatuan.

Selepas beberapa jam barulah kumpulan kami dibenarkan menaiki 3 tangga besi untuk sampai ke puncak. Subhanallah betapa indah, asyik dan nyamannya pemandangan diatas sana. Sempat juga mengambil beberapa keping foto. Sempat membantu sekumpulan dari KLShah Alam untuk naik ke puncak. Macam-macam gelagat yang diperhatikan, ada yang cepat, sesak nafas, ada yang menggigil, ada yang basah seluar, ada yang diam tak terkata.


Tuesday, March 30, 2010

Budi bahasa amalan kita..

Alahai...masih ada manusia yang tak tau adab sopan santun melayu. Di khabarkan setiap jururawat (lawa, comei berpakaian serba hijau) mempunyai tatasusila dan kelakuan yang terpuji. Tetapi semuanya indah khabar dari rupa. Terpanggil dari kejadian tengahari tadi, saya bersama rakan telah melawat ke Pusat Perubatan UM di wad 5UB malangnya layanannya sangat memeranjatkan. Sehinggakan kami menyapa dan bertanya secara baik dibalas dengan muka masam mencuka. Kita ni seperti pengemis asing. Apalah salahnya, dengan memberikan senyuman walaupun dengan terpaksa. Aduh...sakit sangat rasanya, kita pulak yang terhegeh-hegeh bersopan santun kerana nak menjaga hati mereka. Kami faham mungkin mereka penat, tension dan tertekan dengan tugas tetapi tak boleh berkelakuan seperti itu. Dimanakah hilangnya slogan "budi bahasa amalan kita" Kekadang manusia memandang darjat dan pangkat kot. Kalaulah kami berpakaian segak dan berseragam penuh, mungkin lain layanannya kot....

Sunday, March 28, 2010

Akhirnya..

Akhirnya aku dan cikgu Zainal berjaya menempatkan diri dalam no. 3 terbaik. Selepas berhempas pulas melepasi peringkat kumpulan dan suku akhir hingga ke separuh akhir, aku terpaksa akur miskipun tewas diseparuh akhir kepada team champ. Serting telah membuktikan kesungguhan dan semangat kami. Tarikh 28 Mac 2010 tak akan kami lupa. Walaupun sekadar tempat ke-3 Kejohanan Ping Pong Serting Open (double). Macam tak percaya. Tetapi atas kesungguhan dan keazaman serta kekuatan mental lami dapat mengatasi rintangan. Ianya merupakan satu motivasi kepada kami untuk mengecap kejayaan dimasa akan datang.
Keputusan perlawanan;Lawan Penjara menang 3-1, lawan Budak Spin menang 3-1, lawan Pilihan Serting kalah 3-0, lawan Askar menang 3-1, lawan Palong (1/2 suku akhir) menang 3-1, lawan Pilihan Serting kalah (separuh akhir) 3-0 : 11-9, 11-9, 11-9 [walaupun kalah tipis dari margin tetapi perlawanan tetap menghiburkan, malahan ada yang berkata sepatitnya kami berjumpa di Final. pertemua kali kedua lebih hebat merupakan perlawanan ulangan kumpulan ]

Wednesday, March 24, 2010

Kesah Pengurus Syarikat...yang tidak berperikemanusiaan.

Salam 1 Malaysia. Maaf menganggu minda kalian.
Wajarkah seorang pengurus menyekat atau menghalang orang lain untuk berbuat amal jariah, ziarah kemalangan, ziarah (fisabilillah) antara hidup atau mati, ziarah kematian dan sebagainya. Zalim dan tidak bertimbang rasakah seorang pengurus itu dengan tidak menggunakan budi bicara apabila tidak membenarkan pekerja menggunakan kereta Syarikat. Bagus, bagus betul pengurus sebegini. Inikah yang dinamakan pengurus? berpangkat besar, ada gelaran... Pandai beliau menguruskan syarikatnya. Agak-agaklah. Perkara baik sepatutnya disokong dan direstui tanpa diberi pelbagai alasan. Takkan nak tunggu dah meninggal dunia baru nak pergi menziarahi. Takkan dah meninggal dunia atau dah nazak still nak tunggu selepas waktu kerja atau hujung minggu. Dimanakah nilai seseorang insan? Cuba tuan puan fikirkan barang seminit dua. Kalau nak straight dan terlalu taksub dengan peraturan kerja sekalipun, fikirkan lah nilai kebajikan pekerja. [itu semua dunia belaka, undang-undang (birokrasi) dunia belaka] Ingatlah undang-undang Allah. Adilkah dikau sebagai seorang pemimpin. Renung-renungkan.
Jikalau nak jimat sekalipun jangan lah menyusahkah pekerja. Jikalau nak nama sekalipun janganlah 'kedekut taik hidung masin'. atau bercakap 'ikut sedap gigi sahaja', ini bukan masa untuk berpolitik atau menjaga nama atau mementingkan pengurusan kewangan. Timbang taralah. Disini sudah memperlihatkan ketidakbijakan seseorang itu mengurus, Disini jua telah memperlihatkan pekerja tidak akan menyukai seseorang pengurus itu untuk selama-lamanya. Mungkin sebarang musibah tidak terkena kepada batang hidung pengurus. Kalaulah kena kat batang hidung pengurus tersebut maka pekerja akan berkata tunggu abis waktu kerja atau hujung minggu baru boleh pergi ziarah. Maaf kami tak perlu datang kerana tidak boleh menggunakan kenderaan Syarikat walaupun dalam keadaan kecemasan. Bukan apa teringat kisah drama TV1 beberapa tahun yang lalu.