Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Monday, November 30, 2009

sesekali merapu

Mengapa oh mengapa. Tiba-tiba ku dilamun igauan. Entah apa yang bersarang dalam kepala. Aku pun tak tahu. Bila lagi akan selesai. Kekadang jiwa menjadi tidak keruan tidak tahu mengapa atas sebab apa. Mungkin kerana kebosanan, mungkin kesunyian atau rasa frutasi dan sebagainya. Bak kata orang jangan biarkan lamunan menguasai diri kita. Tetapi kekadang itulah yang sentiasa bergelombang dijiwa. Mungkin tiba masa kita perlukan kedamaian dan ketenangan. Dan pernah ku terfikir untuk mendiamkan diri sebagai ubat kepada segala persoalan dalam minda. Namun keluarbiasaan tersebut dapat dihidu oleh kawan-kawan dan taulan. Mereka turut hairan dengan keadaan sebegini. Apa yang berubah? Aku sendiri tidak pasti. Depa kata aku dah jadi pendiam, dah sombong, dah tak nak berkawan dengan sapa-sapa, dah tak joint depa. Owh..pasal tu. Macam manalah aku joint depa. Depa high taste. Aku ni sapa dimata mereka. Nak ajak kawan-kawan makan depa nak makan tempat best-best je nak pekena stick. Aku ni selera orang kampung je, ulam pucuk ubi cicah belacan dan gulai masak lemak cili api. Tak delah aku bergurau sahajalah. Bukan itu masalah nya tetapi bila kita rasa kita tak berapa nak ada, automatik rasa tak berapa selesa. Arch biarkanlah.. otak ni merapu, bukan leh pergi kemana pun. Abaikan. he he Buat bodo sahaja. Aku bukan menyusahkan sesiapapun . Lantak pilah depa nak kata apapun.

Sunday, November 29, 2009

duit orang..bukan duit kita

Dalam arus kemodenan sekarang kita tetap memerlukan wang atau duit untuk keperluan asas seharian. saya bersetuju dengan beberapa penulis blog yang mengatakan duit bukan boleh beli segalan-galanya. Namun hakikat sekarang lain, kita perlu ada duit untuk mendapatkan perkara yang lain. Bukan bermaksud saya ni hamba duit, tidak.

Sekadar ingin bergkongsi pendapat dan pandangan sahaja. Kepada yang berduit gunakanlah duit secara berhemat dan janganlah membazir dan jagailah duit anda jangan tercicir. Kepada yang tak berduit tu kita diam-diam sahajalah. kenapa pulak tiba-tiba saya bercerita pasal duit ni? Bukan apa, cerita sebenar disebalik duit ni ialah jika kita terjumpa duit orang (tidak diketaui tuannya) janganlah tuan puan ambil. Begini.. kesah ini berlaku pada diri saya beberapa tahun dahulu.

Saya pernah terjumpa duit RM100 betul-betul dihalaman rumah saya. Ketika itu duit RM100 masih diperlakukan. Lantas itu saya terus mengambilnya tanpa berfikir panjang. Maklumlah rezeki terpijak kononya. Tiba-tiba sewaktu saya hendak pergi membeli surat khabar saya terus membayar menggunakan wang tersebut tadi. Secara logiknya mestilah lebihan wang tersebut berjumlah dalam RM99.00 kerana surat khabar hanya RM1.00 sahaja. Betul tak? Entah macam mana tuan kedai telah mengembalikan baki kepada sebanyak RM1.00 dan saya tidak menyedarinya. Apabila pulang masih tercengang-cengang kemana perginya duit lebihan RM99.00 tadi. Pelik kan? Sebab duit itu bukan hak saya.

Saya pernah terjumpa duit sebanyak RM100, lantas saya tetap mengambilnya untuk disimpan sementara. Kebetulan hari itu saya kena pergi bertugas ke Kuantan untuk menjadi Lisson Officer kepada Big Boss saya. Kebetulan saya mengeluarkan wang sebanyak RM1,000.00 untuk bayar bil air api, bil kereta, barangan dapur dan sebagainya. Kemudian saya pergi ke kedai bunga untuk membeli sejambak bunga untuk dipersembahkan kepada Big Boss (atas arahan pegawai atasan) Lantas saya membayar bunga tersebut dengan harga lebih kurang RM48.00 manakala lebihan baki duit dari RM100 tadi saya simpan didalam poket dompet. Sampai sahaja dirumah saya dapati wang saya sebanyak RM1000.00 +RM52.00 telah tercicir atau hilang. Uhuuuu...kerana jumpa RM100 hilang seribu, bermakna Tuhan balas cash 100% on the dot.

Sejak itu kalau terjumpa duit 1 sen or 10 sen saya tak ambil. Kerana jika ianya bukan hak kita jika kita ambil maka Allah akan balas cash. Begitu jugalah dalam kehidupan seharian kita, jika itu bukan harta dan rezeki kita maka ia tetap bukan rezeki kita. Walahualam.

persediaan Hari kematian

Entah mengapa tetiba aku teringatkan persediaan untuk Mati? setiap yang hidup di dunia ini pasti Mati. Perlukah kita minta untuk dimatikan? Tidak perlu kita memohon untuk dimatikan. Tetapi haruslah kita memohon untuk dipermudah dan direngankan saat-saat kematian. Berdoalah agar diri kita dimatikan didalam iman serta sempat dibawa amal-amal yang mulia ke sana. Aku rasa, masa yang kita ada ni tidak cukup untuk membantu saat kematian. Adakah kita bersedia dengan persiapan yang lengkap? Jika belum berbuat demikian, berbuatlah secepat mungkin. Maut ada dimana-mana apabila sampai waktunya. Walaupun kisah Kenderaan ke Syurga (ASTRO Prima) nampak macam lawak namun ianya terselit pelbagai pengajaran untuk kita semua berkaitan dengan kematian. Begitu juga dengan cerita 2010 (Tayangan Pecah Panggung) yang sedikit sebanyak membayangkan keadaan akhir zaman walaupun tidak 100% menepati ciri-ciri bayangan The End of World tetapi sekurang-kurangnya membuatkan kita berfikir apakah dengan datangnya Kiamat maka kita masih sempat untuk melarikan diri ataupun berbuat sesuatu. Kenapa tidak sekarang kita mempersiapkan diri kita sebelum datangnya peristiwa tersebut. Cuba kita renungkan dan fikirkan bersama.

tak tau nak pi mana..

Mungkin semua orang bergembira semasa menyambut Hari Raya Aidil Adha dan melaksanakan ibadat korban. Namun tak semua gembira kerana ada yang menyambut dengan keadaan bercampur baur memikirkan masalah traffic-jem, banjir dan sebagainya.

Bagi aku sambutan kali ini ala kadar sahaja. Al-maklumlah tak tau tak pulang ke mana. Tiada kampung, tiada modal, tiada segalanya. Nak pergi ke Shah Alam, rumah Kak Ngah kena pakai modai lebih. Bukan berkira berkaitan ongkos tetapi memang kali ini terpaksa menahan nafsu menziarahi kerana 'tak berapa nak ada'. Mungkin Kak Ngah bising, kenapa kami tak jengok mak. Tapi aku tau mak faham keadaan kami. Nak pulang ke kampung diRaub, siapa yang ada disana? Rumah tinggal, jiran-jiran dan pindah, kampung dan naik semak samun hampir menjadi belukar. Nak pulang ke Kg Damak, Jerantut Kak Siah belum tentu ada kat rumah. Tak kan nak pergi kesana dengan tangan kosong, walhal keadaan kantung sendiri pun tak cukup. Nak balik ke Sg Besar jauh.... Janjinya semua saudara mara datang berkumpul di rumah. Tapi itulah keadaannya, kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Mau tak mahu maka kami berhari rayalah empat beranak, isteriku, anakku dan emak saudara isteri ku. Nak pergi berjalan jauh tak boleh tinggalkan mak saudara beliau yang dalam keuzuran. Berayalah di Taman Bukit Chamang Bentong Pahang. Akupun turut berkorban dengan berdiam diri di sini.

Tambahan dulu keadaan kesihatanku yang tidak begitu mengizinkan apabila duduk lama dalam kereta. Sakit pinggangku datang kembali. Itulah pasal sapa suruh makan lemang dah pulut banyak sangat. Untuk makluman semua kepada yang tak tahan makan pulut lemang janganlah makan kerana ianya boleh mengakibat angin dan saluran pembuluh darah jadi mengecil lebih-lebih lagi jika dimakan bersama sayuran kekacang, kobis, susu dan serat. Jika perlu rujuk suratkhabar Minguan Malaysia semalam bertarikh 29 November 2009. Ini tandanya faktor umur dan bertambah. Awas banyak makan banyak risikonyer.

Walaupun kami tak terlibat secara langsung dalam acara korban di persekitaran. Bukan tak nak joint tapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Ada juga hamba Alllah yang sudi menghantar daging korban. Dekat 2 kilo, banyak tuh. Terimah kasih, jasa kalian amatlah dihargai. Ada juga hikmatnya bila badan sakit-sakit ni, jadi terpaksalah terperap kat rumah je sambil layan movie 2010, Ninja, Terminator Solv... dan macam-macam lagi. Boring-boring pi pekena canai kat Restoran Tawakkal sambil baca paper sapai abis Sinar harian, Metro, Kosmo, harakah dan lain. Roti satu, teh tarik kurang manis satu, roti telor satu ha ha ha

Sempat gak kami buat barbeque ikan patin, pirahna, jelawat dan ikan talapia bersama jiran sebelah umah (Abg Ishak dan Kak Nor) Depa pun tak balik kemana-mana raya tahun ni. Tapi aku cam biasa, tak makan ikan tuh. Maka digantikan dengan ikan cencaru, sotong, udang. Erg..kenyang. Ops sori

Tuesday, November 24, 2009

Sejauh mana masalah dan penyelesaiannya..

Setiap orang tidak boleh dari masalah. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Jesteru itu cara mana kita mengawal dan menyelesaikan masalah yang penting. Sebagai contoh permasalahan antara invidu dengan individu lain. Pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Samada lambat atau cepat simpulan masalah akan terhurai juga. Langkah pertama kita perlu bersabar dengan sedikit ujian dan musibah serta masalah yang melanda. Ambil masa dan cuba mengkaji mengapa? kenapa? kenapa jadi begini? dan begitu? Muhasabah diri. Jika perlu, cuba bercakap dengan diri sendiri. Tak salah bercakap depan cermin. (dalam hati) Adakah salah tu datang dari diri kita. Jika dari diri kita maka ambilah langkah pertama. Cuba kita rendahkan ego kita untuk samada berbincang, atau berdialog. Tetapi awas bukan bertengkar, ianya buka jalan penyelesaian. Keadaan masih boleh dibaiki, bercakap secara teratur, sebiji-sebiji, nada agak perlahan tetapi jelas.

Manakala jika kita mempunyai masalah lain, kita jangan sesekali lupa kepada Pencipta kita Allah Taala. Kerana setiap masalah merupakan satu cabaran dan dugaan bagi kita. Itu merupakan salah satu ujian Allah. Kerana Allah hendak tahu sejauh masa pengorbanan kita dan kesetiaan kita terhadap Allah. Jangan sesekali berperasangka negetif kelak membawa jiwa kita akan menjadi lebih tertekan. Kekadang kita angkuh dan lalai kerana tidak mahu memohon dan berdoa kepada Allah sedangkan doa adalah merupakan senjata mukminin sejati. Tetapi kena bermunajat dan penuh keyakinan, rendah diri serta keinsafan. Kena yakin dan mengikuti ada berdoa dengan betul, kalau tak yakin bagaimana Allah hendak makhbulkan doa kita.

Kita ambil contoh masalah stress; dalam buku atau internet banyak cara-cara menghilangkan stress tetapi tidak kita tak pernah ambil tahu pun. Apa yang kita tahu jiwa muda hanya nak memberontak dan mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar. "Arch..pergi mampuslah" 'Engkau punya pasallah.." "Bodoh..beruk betul" "Gampang.." Tetapi itu bukan penyelesaian. Tak guna kita melaungkan kemarahan kepada orang lain, sedangkan stress itu ada dalam diri kita. Sekalipun punca stress dari orang lain tetapi ianya tetap masih bersebab dan musabab. Lagi satu kelemahan diri kita ialah sentiasa meletakkan kesalahan dan punca sesuatu maslaah kepada orang lain.

Setiap orang mungkin ada hari tertentu kita akan moddy, tiba-tiba kita rasa orang persekitaran tak mahu bercakap dengan kita. Kenapa? mengapa? cuba tanya kepada diri. InsyaAllah akan dapat jawapan nya. Mungkin kita terlepas cakap membuat orang terasa dan sebagainya. Mungkin bila kita tengah marah tadi, muka macam singa, patutlah orang takut nak bercakap dan berkomunikasi dengan kita. Jadi disini kita ambil pendekatan yang positif jangan terus mengandaikan yang negetif. Tak salah memulakan perbualan terdahulu atau kalau berat sangat mulut tu, hulurkan senyuman. Biasanya jikalau orang senyum kat kita jarang kita tarik muka masam mencuka. Dari situ sudah bermula satu komunikasi untuk menyelesaikan masalah. Mulakan dengan ayat "Ok ke!, sorilah tadi angin angin sikit, tapi sekarang ok dah.." sambil-sambil senyum melawak.

Ada diantara kita yang bermasalah dan telah melabelkan si polan ni susah nak berurusan dan sebagai lantas menggunakan pihak ketika untuk bertanyakan hal atau tugas. Ini tak elok, kerana secara tak langsung mengheret orang ketiga. dari tak tahu apa masalah dan persengketaan maka sekarang dah tau. Jika orang ketiga jenis yang malas nak layan bukan kah haru jadinya. Semua tu boleh diselesaikan secara berhemah. Kaji semula diri, selama mana kita ingin bermasalah, atau dilabel sebagi orang yang bermasalah. Tidaklah hebat seseorang itu jika terkenal dengan orang yang bermasalah ataupun sentiasa memberikan masalah kepada orang lain. Untuk kes ini perlu ada tolak ansur dan sikap tidak mementingkan diri sendiri dan sikap jangan berkira.

Kekuatan untuk menyelesaikan masalah ialah dengan berbincang dengan penuh kesabaran. Sabar adalah kunci setiap penyelesaian masalah. Sanggup memulakan dahulu dan sentiasa merendahkan diri dan merendahkan keegoan diri. Selain itu senyumlah ketika anda bermasalah sekurang-kurang akan terasa lega barang seketika masalah tersebut. Banyakkan menarik nafas sedalam-dalamnya dan lepaskan secara perlahan. Semua ini ada didalam amalan seharian seperti senaman melayu kuno, yoga, sains sukan dan sebagainya.

Tetapi tolonglah jangan jadikan masalah orang lain itu sebagai masalah kita. Banyak lagi masalah yang tak mampu nak diselesaikan. He he janganlah konon-konon nak jadi penyelesai masalah orang (tunjuk terror) , kita pulak terbeban dengan semua masalah mereka. Nahas kita jawabnya.

masih ingat pada teman..

Teman dikaulah tempat ku bercerita sepanjang hari, setiap masa dan ketika. Aku masih perlu untuk bercerita dan berkomunikasi. Walaupun tindakan ku ini kadangkala agak tersimpang dari yang sepatutnya. Bukankah perempuan diciptakan untuk lelaki dan isteri diciptakan untuk suami. Oleh itu ikatan kukuh dan sah membolehkan apa sahaja dilakukan. Tidaklah salah rasa untuk bercerita tentang masalah pada orang yang kita sayang atau percaya sekalipun ianya bukan isteri/suami kita. Kerana adakalanya si suami/si isteri tidak akan faham dan tidak pernah nak mengerti tentang sesuatu topik. Bukan bertujuan untuk membelakangkan mereka. Ada kalanya pabila teringat akan dikau, walaupun diibaratkan seperti cinta terlarang namun aku tidak boleh menipu atau membohongi diri ini bahawa aku sentiasa mengingati kalian. Cuma keadaan dan situasi yang berbeza iaitu ketuka sunyi, ketika bermasalah, ketika malam mencari, ketika hujan, ketika dingin melanda, ketika terlihat foto, ketika duduk depan PC, ketika dipejabat dan kekadang ketika dalam bilik air. (haa..itu gang setan la pulak).

Adalah bohong jika mengatakan diri ini tidak pernah ingat akan diri kalian. Kalian sentiasa dihati, namun kedudukan itu yang membuatkan aku tidak pasti. Perasan bercampur baur, rasa bersalah, rasa keinginan tinggi, rasa takut, rasa sensitif dan pelbagai lagi. Pendek kata halangan seperti kejauhan jarak, keadaan masa dan keluarga.

Dulu pun pujangga pernah berkata 'kekasihku milik orang', 'kekasihku suami/isteri orang.. buat hatiku suami/isteri orang'. Pernah juga ku berkata pada diri 'kenapalah aku dilahirkan cepat, kalau tak mungkin kita akan bercouple sekarang' itu antara kata-kata nakal yang pernah ku lemparkan.


Memaafi dan memohon maaf

Sukar bagi kita untuk memaafkan atas apa jua yang meyebabkan diri kita terasa, terusik, tersinggung, tercalar, sedih, pedih dan sebagainya. Tetapi atas nama tanggungjawab sesama insan kita wajar memaafkan segala kesalahan dan salah laku, salah erti, salah tafsir, salah pandang dan sebagainya untuk kebaikan bersama. Selama mana kita ingin bersengketa pada hal hidup kita bukan semakin lama menongkah arus dan menongkah langit. Rumah kata pergi, kubur kata mari.

Pada kesempatan ketika Muslimin dan Muslimat pergi mengerjakan ibadah haji dan ibadah korban maka secara terbuka saya memaafkan kepada sesiapa yang pernah melakukan kesalahan dan kesilapan terhadap diri ini secara zahir atau batin. Namun begitu jualah diri ini hendaknya berharap agar setiap perbuatan dan salah laku yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja dimaafkan. Begitu juga diri ini yang pernah menyakit hati insan lain sekali lagi menghulurkan kedua tapak tangan dan terima kata-kata hikmat dariku 'please forgive me, please...'

Kepada rakan seperjuangan dan sahabat handai serta taulan sekalian tidak akan rugi menurunkan ego masing-masing bagi menghulur kemaafaan. Takkan hilang bisa ular ketika menyusur di bawah akar. Tak kan hilang maruah seseorang dengan membisikkan 'maafkan aku'. Tidak akan susut satu sen nilai harta tuan dan puan andaikata sekadar mengungkapkan perkataan maaf.

Saya bukanlah orang bijak pandai dapat urusan maaf bermafaan sesama insan ni, tetapi andaikata orang telah meminta maaf tetapi tidak diterima maaf tak tau nak katalah, terserahlah... Semoga Allah jua yang membalas, redha dan terima balasan seadanya. Mungkin hukum karma telah disusun begitu rupa ada masanya kita dibawah ada masanya kita diatas. Telah tersurat di Luh Mahfuz bahawa si Polan bin Si Polan, Si Anu binti si Anu dan lain ditakdir bercakaran sesama sendiri dan disana juga tertulis mereka akan berdamai, ber.... Mana kita tau kan? Setiap amal dan perbuatan dibalas dengan dua cara samada cash atau dividen masa hadapan (akhirat). Jangan dilupa kepada percaya kepada Qadha dan Qadar yang telah ditetapkan. Sebelum saya merapu jauh lagi lebih secara akhir kata ampunkan salah silap diri yang hina ini. Salam Aidil Adha dan selamat hari raya korban.

mengertilah

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk memikul dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima baik buruk yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kesabaran untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan oleh wanita."

"Kau tahu;kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada."

Kepada yang bernama lelaki, supaya mereka sedarlah dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata. Selamilah hati wanita mu.. dan ingat lah...Setiap Wanita itu Cantik.

Monday, November 23, 2009

Ada kau kesah semua tu..

Puas sudah ku menabur budi, emas jua dipandang orang,
puas sudah ku berbuat bakti, wang ringgit dikejar orang,
puas sudah ku berbuat baik, kata nista keji juga dikata orang,
puas sudah bersabar berdiam diri, dinjak orang tidak terperi,
puas kucuba mententeramkan diri, namun kekadang ingin memberontak,
puas sudah memekakkan telinga, sok sek sok sek berbunyi juga,
puas sudah ku menatang minyak yang penuh, balasan tuba diterima balas,
puas sudah menampung benteng, sampai masa roboh jua,
puas sudah menanam tebu, tetapi lalang yang subur,
puas sudah menanam ubi, ubi ditanam tumbuhnya semalu,
puas sudah ku menutup kepala, namun akhirnya diludahi jua,
puas sudah berkata benar, cakap yang berkuasa didengar orang,
puas sudah ku berkawan, ada yang sawan ada yang merawan,
puas sudah menjaga hati, luka didalam siapa yang tahu..
Ada kau kesah semua tu..

singgah di Elektriksola.

Kebetulan aku singgah di Elektriksola kerana menemankan rakan seperjuangan atas tugas rasmi disana. Kelihatan warga kerja berpakaian warna merun. Warna korporat EM (Elektriksola (M) Sdn Bhg) Terasa seolah-olah berada diluar negara kerana kenyamanan udara dan kebersihan persekitarannya. Kantin yang tersergam indah dan ceria jauh lebih baik dari starbucks atau kopitiam. Pelbagai pilihan makan tersedia kalah hotel 3 @ 4 bintang. Tahniah buat Elektriksola.

Bukan lawatan kerja ke sini telah mengingatkan aku kepada Kobe Cooper (M) Sdn Bhd kilang tempatku bekerja dahulu sebelum berpindah organisasi. Hampir sama persekitaran kerja dengan EM. Teringat zaman bawak forklif dan susun-susun kotak. Pernah repair machine AB dan Chiyoda. Tetapi itu semua tinggal kenangan. Yang aku kagum, apabila bercerita tentang syarikat swasta ni ialah tentang keselamatan, kebersihan, disiplin dan ketekunan mereka. Selagi tak berbunyi siren rehat, maka mereka tetap terus bekerja. Tetap berbangga dengan budaya kerja mereka. Alangkah baiknya jika budaya kerja dan budaya ilmu dapat diserapakan ke dalam organisasi ku.

Sunday, November 22, 2009

Positif dan Bersangka Baik

Orang yang berjiwa bersih itu hebat kerana berfikiran positif dan selalu bersangka baik. Berfikiran positif dan optimistik sepatutnya ada pada semua manusia terutamanya orang Islam. Walaupun dugaan datang bertali arus tetapi, bersangka baik kepada Allah Taala itu sangat perlu.

Perkara ini sangat penting terutama bagi seseorang yang ingin menebus kegagalan lalu. Tukarlah pemikiran daripada pesimis kepada optimistik dan positif untuk menjadi orang yang hebat.

Sebagaimana semua manusia maklum bahawa hidup ini tidak semudah bagaimana dikata. ia sentiasa diwarnai dengan air mata dan gelak tawa. pelbagai jenis ragam manusia yang membolehkan manusia tertawa dab pelbagai peristiwa berlaku mengundang tangisan dan air nata. Apa yang pasti, manusia tidak akan dapat melepaskan diri daripada musibah-musibah yang melanda.

Orang-yang mendakwa tidak pernah mengalami masalah sebenarnya merekalah yang bermasalah. Jalan yang paling baik ialah bersabar dan tabah dengan apa jua yang berlaku sambil kembali kepada Allah atas apa yang diturunkan. Jika seseorang bersikap positif, maka diatasinya masalah itu dengan berfikiran yang positif juga.

Ciri-ciri orang yang berfikiran positif @ husnuzhan ialah :
  • Tidak berputus asa
  • Tabah berhadapan dengan kesulitan hidup
  • Menerima dengan reda takdir yang ditentukan ke atas diri.
  • Mewujudkan daya saing sesama sendiri.

Manakala kesan daripada berfikiran positif dan bersangka baik ialah:
  • Menjadikan badan sihat dan cergas.
  • Mudah mendapat ilham
  • Hati dan jiwa bertambah bersih
  • Kejayaan mudah dicapai
  • Hasilnya diberkati Allah
  • Semua orang akan menyenangi cara kita berkerja
  • Hati semakin kaya dan Otak semakis cerdas

berbicara sendiri..

Hari hari yang kulalui terasa semakin tidak seronok. Entah apa yang bersarang dikepala dan entah apa yang membuatkan aku rasa tidak selesa untuk kembali bertugas di pejabat. Yaah... pulang sahaja ke rumahku, inilah duniaku-inilah rumahku syurgaku. Hilang segala durja kencana yang berserabut dalam kepala. Rasa-rasa aku ni tak kacau hidup orang, tak kacau tepi kain orang. Dulu-dulu zaman jahilliyah ada juga mengacau-ngacau ni tapi itu dulu tapi aku tak menyusahkan orang lain. Kini zaman telah berubah. Dahulu... pulang sahaja ke rumah rasa macam panas, segala macam yang tak kena, tetapi kini disebaliknya pula. Aku sendiri hairan semakin lama bekerja mencari nafkah dan semakin lama bertapak di sesebuah organisasi aku rasa seperti semakin lama semakin kehilangan sahabat handai dan saudara mara. Entahlah. Selama mana aku boleh bertahan dibumi Bentong yang sangat aku sayangi, aku pun tidak pasti. Kekadang apabila kita terlalu berbuat baik, orang akan senang akan memijak kepala kita. Bila kita cuba berubah untuk kebaikan semua, dikatakan kita ni berlagaklah, sombonglah, eh eh kita yang begitu atau mereka yang begitu. pelik juga eik. Kekadang yang ada kuasa sedikit tetapi cerita dan lagak mengalahkan perdana menteri pulak. Ini belum termasuk kes serba semua tahu. Ish..apa yang aku mengarut nih.. Tak de kekadang rasa macam malas nak berurusan manusia-manusia di organisasi ni. Hai...brother jangan buat tabiat, abis nak berkomunikasi ngan sapa lak lepas ni? dengan bintang, hantu, syaitan atau....

Bukan cakap seperti sindir menantu. Tetapi kekadang asyik kita je yang nak menjaga hati kenkawan, sahabat, rakan dan taulan tetapi diaorang ada ke dia peduli tentang kita. Jawapannya aku peduli apa. Betul..dalam hidup penuh dengan pancaroba dan materialistik sekarang jangan jadi orang terlalu lurus dan terlalu bengkok. Dan ingat don't trust anybody kerana suatu masa kawan sebginilah yang akan makan kawan. bukan nak mengajar tetapi suruh beringat. 'Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'. Cakap jangan sebarang cakap, cakap siang pandang-pandang, cakap malam pelan-pelan. Bukankah pujangga dahulu telah menyiapkan perumpaan yang baik seadanya. Kerana mulut badan binasa. Ingatlah sekuat mana kita kuat, ada lagi yang lebih kuat. Sepandai dan sebijak mana kita berbicara, adalagi yang petah dan pandai berbicara. Sehebat mana kita berpolitik, ada lagi yang lebih hebat dari kita. Dan sepekara lagi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya suatu masa pasti jatuh jua. Dan yang paling mustajab ialah jangan dilupakan doa. Andaikata ada sebarang masalah atau ketidakpastian mohonlah dari yang Maha Esa. Sesungguhnya doa itu adalah senjata Mukmini. Biarlah orang nak buat apa, biarlah orang nak kata apa, berdoalah sebaik-baiknya.

biarkan

Biar setinggi mana ombak dugaan melanda, biar seganas mana badai masalah menghempas. Turunkan suah ketetapan hati agar kapal tidak berganjak haluan. Biarlah badai dan ombak itu pergi begitu

Perjalanan Merentasi Goh Tong Jaya-Batang Kali-Ipoh-Tapah-Cameron Highlands-Pos Betau-Raub-Bentong

Perjalanan yang sangat memenatkan dalam minggu ini membuatkan pinggangku terasa sengal-sengal dan nyilu. Nak bangun pun macam Robocop. Taklah sakit sangat tapi terpaksa menggunakan seluruh kudrat untuk membangunkan diri terutama ketika nak duduk ataupun ketika bangun. Berdiri ok semacam je. Main ping pong, pun still boleh, cuma terasa sakit ketika nak duduk, nak baring serta nak bangun. Mungkin kesan perjalanan jauh dari Bentong ke Ipoh ke Cameron Highlands pada 18 hb November yang lalu. Apa tidak dirasakan jauh, masa menunggu terlalu lama. Dikatakan akan bergeraka jam 12.00 ditunda kepada jam 1.30. Tunggu punya tunggu jam 5.00 petang baru bergerak. Berapa jam kat kerusi mengadap PC. Terpaksa mengharungi hujan lebat dan terpaksa mengekor lori disepanjang laluan berliku Jalan Genting-Batang Kali. Jam 8.30 malam baru sampai ke Ipoh. Pusing punya pusing akhirnya sampai juga ke destinasi di Hotel Tower Regency, di Ipoh. Mandi, rehat dan sholat terus keluar. Kawan-kawan asyik sebuk cerita Char Koew Teow. Keroncong perut dibuatnya. Cuba hello kawan-kawan, dimana tempat yang paling best nak makan Char Koew Teow, depa boleh kata, "Orang Ipoh tak makan Char Koew Teow, depa makan mee kichap, mana ada kelas makan Char Koew Teow"

Inilah kenkawan, telefon punya telefon dah tido rupanya. Orang Ipoh suka tidur awal eik. Telefon punya telefon kenkawan, "Maaplah yeop, teman nak menidokan anak dulu, pastu nak menidokan anak mak mentua pulak..."

Namun aku ni bukanlah jenis give-up, telefon punya telefon kenkawan, "Sorilah my dear, i tengah kursus, mama ada pulak ni....uhuuu"

Nak tak nak kami redah je bandar Ipoh, semata kerana Char Koew Teow. Akhirnya kami nampak gerai banyak berhampiran Greentown, Dataran Bandaraya Ipoh. Apalagi fullstop. Kami pekena Char Koew Teow sepuas-puasnya, macam tak pernah makan seminggu. Apa yang menariknya tetiba je nama kami tertukar menjadi, Yeop dan Kulup. Apa-apajelah mak cik oi... Lagi satu mak cik Bedah tu terkejut bila aku cakap pinggan saya bocor. Kelam kabut dia datang, "Hah.. macam mana kamu punya Yeop boleh bocor?" Bukan bocor kerana pinggan tu bocor, tetapi nak order satu pinggan lagi. Ha.. ha.. ha.. ha.. mak cik Bedah, mak cik Bedah.

Bila dah semua kenyang mula buat hal, ada yang bergambar berhampiran jam mati ditengah Bandaraya Ipoh dan sebagainya. Aku? Biasalah pi senam-senam sikit, lurus-luruskan pinggang sikit. Alamak! terlopeh.....he he

Tido lambat, esok ada kerja sikit. Selesai tugas masuk ikut Tapah konon-konon nak shortcut, nah ambik kau... jalan penuh liku-liku, corner maut dan berbukit bukau. Kalau tak tahan pasti muntah dan pasti terseceret-ceret. Tiba-tiba nak terkencing, terpaksalah tahan. Itulah pasal masa melintas di Lata Iskandar tadi tak nak membuang, padan muka. Bagi mengelakan rasa boring dan sakit ketika menahan, maka kami bercerita pasal kebun, kebun tak bertuan, kebun taman rimba he he he hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang faham. Nak berhenti tengah jalan nak membuang takut bengkak. Tahan punya tahan sampai juga akhirnya di Bertam. Apalagi melompat berlari ke Petronas macam cerita Terminator III. Puff... lega.

Bila sampai je di Cameron Highlands, masing-masing gila sakan nak beli sayur. Aku? aku bukan giler nak beli sayur, tetapi giler nak cakap mandarin he he. Entah betul entah tidak, tapi yang pasti mereka faham. Tak pasti apa yang aku beli, lagipun sayuran dekat Bentong pun ada. Ops.. cendawan goreng di Cameron Highlands memang sedap. Kalau tak silap nama gerainya Gerai Mak dipersimpangan Hotel Equatorial. Cuaca sangat dingin, gerimis tak henti-henti menjunam di kepalaku yang tiada filter ini.

Selesai sudah episod kerja dan membeli sayuran kami pun pulang. Mahu atau tak tidak terpaksa ikut jalan Lembah Bertam ke Post Betau-Sg koyan-Raub. Cemas dan riasu menghantui benak fikiran. Hujan semakin lebat, boleh ke kami meredah jalan yang belum siap yang disaluti tanah merah tu? Namun pilot kata semua ok InsyaAllah, maka lega sedikit rasa dihati. Namun perjalanan kami tidak semudah yang disangka. Jalannya teruk berlumpur, lecak, berbukit bukau dan berselut. Kekadang meredah lebihan air anak sungai. Tetapi halangan tersebut dapat diatasi dengan jayanya. Hati terubat lega kerana pemandangan di kiri kanan sangat indah dan memukau. Sehinggakan kami turun, untuk menikmati keindahan dan panorama tersebut. Inilah keindahan hutan hujan tropika di sepanjang jalan Cameron Highlands-Pos Betau. Jam 6.00 petang sampai di rumah. Tugas selesai.

Selamat Hari Lahir My Son

Sedar tak sedar Abdul Amir Asraf dah genap 14 tahun semalam. 22 November 1995 yang lampau dikau dilahirkan dengan putih seputihnya. Namun akibat terkena demam kuning maka inilah hasilnya sekarang, sedikit kelabu asap. Apa-apapun tahniah dan selamat hari lahir buat Amir Asraf. Walaupun majlis hanya untuk rakan-rakan sebayanya dan sekelas namun turut hadir jiran-jiran yang menyokong dan memberi semangat dalam setiap aktiviti yang dilksanakan. Sekurang-kurang ada juga majlis, atas permintaan beliau sendiri walaupun majis cuma kecil-kecilan dan kek cuma 'setoet'. Sedar tak sedar, dah besar rupanya Amir sudah tingkatan 2. Tahun hadapan tingkatan 3, PMR tu. Mak we pun dan ada. Bebudak zaman sekarang sms tak lekang dek tangan. Rambut pun ada style masing-masing. Baju dan seluar nak yang branded. Aku tak kesah semua itu, lagipun zaman dah berubah. Zaman aku kecik-kecik tak de peluang nak bergaya seperti anak-anak zaman sekarang. Yang pasti hajat ibunya untuk adakan majlis serba serba kecil-kecilan penuh kesederhanaan tercapai memandangkan kali terakhir kami mengadakan sambutan ketika Amir dalam darjah 5 ketika diKelana Jaya. Manakan tidaknya, memanjang sibuk dan tiada masa bersama family. Kesian juga. Yang pasti aku gembira dapat mengembirakan kalian walaupun kekadang aku seringkali melukakan hati kalian. Terima kasih kepada ibunya kerana menyediakan roti jala, laksa, beehun udang, rojak buah, roti bersalut hotdog, kek tak jadi, muffin, jeruk pelam, jeruk betik, nasi ayam dan air sirap oren bersoda. Beliau yang tak reti nak diam, asal celik mata je ke dapur. Terima kasih. Wahai Abdul Amir Asraf janganlah kau lupa akan tanggungjawabmu terhadap dirimu, keluargamu, bangsamu, agamamu dan negara. Sesuai dengan maksud namamu; Ketua Hamba Yang Mulia.

Sunday, November 15, 2009

Kalau malas ketawa...senyum pun jadi lah....

Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa yang sayang baca tu..?
Isteri: Buku bank abanglah..
Suami: owh..

Cerita 2

Ada kesah seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua katanya. Kebtulan kat rumah tu adalah budak kecil. Budak itu pun terus membuka pintu.
Budak : Derma ape bang?
lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Ada..nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Cerita 3

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Cerita 4

Seorang posmen yang datang menghantar surat seperti biasa;
Posmen : ' Assalamualaikum '
Sameon :' Walaikumsalam '
Posmen :' Ni rumah encik Sameon ye?
Samen :' Ya ini rumah saya'
Posmen: ' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
Sameon : ' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'

Cerita5

Tunang Bedul , Markonah, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Bedul : Mengapa?
Markonah : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya. Tolonglah.
Bedul : Ok. boleh saja. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Markonah : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Cerita 6

Terdapat 3 orang sahabat menaiki motor Modenas dan ditahan polis trafik. Namun pemandu dan pembonceng motor tersebut tidak berhenti. Sambil berkata, '"Sorry lah Tok! dan tak muat, Kami dah bertiga. Kalau campur Tok jadi berempat"

Cerita 7

Kesah Orang Asli Dan Polis di sebuah perkampungan lama di Batang Padang.
orang asli : selamat pagi encik
polis : selamat pagi..
polis : apa hal
orang asli : saya ni.. nak buat repot encik!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau pagi tadi encik!
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terus terkam je..
polis : habis?
orang asli : tak habis encik, tinggal kepala je..

Kesah 8

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Abu terpandang Raju sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Raju.
Abu : Kenapa menangis?
Raju : Saya datang untuk ujian darah.
Abu : Awak takut ke?
Raju: Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Abu, tiba-tiba Raju menangis.)
Abu : Eh, kenapa pula awak menangis?
Raju : Tak dalah saya datang mau ujian air kencing...

Kesah 9

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba-tiba diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

ha.ha.ha.ha.ha..........jangan ketawa lebih-lebih nanti mati dalam ketawa.

madah cinta..

Cinta itu indah..seindah wajah orang yang kita cintai. Tetapi tidak semua cinta terukir akan berakhir ke gerbang perkahwinan. Yang indah sering menyeret manusia ke alam kekecewaan, penderitaan dan tekanan jiwa. Bila terkecewa usah terus kecundang tapi hadapilah ia bersama. Bersama dengan keimanan, bersama kesabaran dan bersama ketabahan. Percayalah dengan penuh keyakinan bahawa segala yang terjadi adalah kehendakNya dan harus menerimanya dengan kekuatan hati yang cekal dan berani. Sesunguhnya cinta tidak semestinya derita atau bahagia tetapi manusialah yang menjadikan begitu dan begini. Lantas menyalahkan hakikat rasa cinta yang terbiar sendiri. Cinta yang sejati ialah tidak mengharapkan balasan setelah berkorban bermati-matian untuk cinta.

Selamat Pagi..

Salam buat kenkawan yang sentiasa mengikuti blog ini. Kadang-kadang tulisan ini ada isinya tetapi kadang-kadang hampes. Terutama pada hari ini. Biasalah hari isnin rasa malas sangat nak kerja. Rasa nak marah pun ada. Kenapa eik. Itulah dinanamakan moddy. Tak elok kita moddy kan? Tapi juga perlu ada rasa sebegitu agar sesekali orang taklah boleh memperlekehkan kita atau menginjaki kepala kita betul tak? Astafirullahal'azim. Tetapi itu semua sekejap je, just a little time untuk nak adjust kesengalan dari hari cuti ke hari kerja. Orang tua-tua cakap jikalau rasa nak marah ke hangin jom kita pi sarapan dulu. Lagi afdal pilah ambiil air sembahyang itu kalau tahap marah giler. Kalau perut dah diisi barulah lega.... Moral of the story..ambillah breakfast sebelum pi kerja or buat kerja. Have a nice day. Jangan lupa berikan senyum anda paling tidak pun pada diri sendiri. Smiles....

Thursday, November 12, 2009

Hanif Herman - Bab II

Masuk sahaja sekolah baru, Sek Menengah Tengku Kudin, Hanif terus dikerumuni oleh 'amoi.' Riuh rendah bertukar idea dan bertanya nama dan khabar. Maklumlah kulitnya putih macam Cina. Akhirnya Hanif berjaya memasuki kelas 4 sains 1, dimana bebudak melayu hanya boleh dibilang dengan jari cuma beberapa kerat sahaja. Faizal, Rozamin, Norazah dan beberapa orang lagi. Tetapi jikalau kelas 4 sains 2 ramailah pelajar Melayu. Ini merupakan tahun pertama Hanif menduduki asrama. Belum pun habis hari pertama persekolahan, Hanif telah terpandang seorang pelajar perempuan yang bernama Ana. Memang cantik, menarik, putih, gebu dan sesiapa yang terpandang pasti tidak berkelip. Tidak terlepas dari mata Hanif sehinggakan beliau sanggup 'skodeng' dari tepi pintu atau celah-celah sisipan tingkap nako. Mata mereka terus bertentangan tanda satu aura permulaan kepada persahabatan.

Rupa-rupanya gerak geri Hanif disedari oleh Norazah yang juga teman satu sekolah terdahulu (Sek Menengah Kebangsaan Dong). Tetapi Hanif cuba mengelak dari mengiyakan kebenaran tersebut. Norazah tau satu ketika Hanif juga turut menaruh hati terhadap beliau namun ketika itu Norazah hanya memikirkan pelajaran semata-mata.

Masa terus berlalu, perhubungan antara Hanif dengan Ana berterusan tanpa disedari oleh rakan-rakan dan taulan. Tambahan pula mereka tinggal diasrama. Walaupun tiada perhubungan asas komunikasi ketika itu hanya berbekalkan surat menyurat pun sudah dikira memadai. Ramai teman-teman tidak mempercayai perhubungan Hanif dan Herma. Bila masa diaorang dating? Bila masa berjumpa. Ada..terutama waktu selepas 'prep' dan juga selepas makan petang di asrama. Tambahan pula Hanif merupakan telah dilantiik sebagai pengawas asrama.

Perhubungan berterusan dengan surat saling berutusan. Maklumlah seorang di Kg Batu Malim seorang di Kg Kuala Dong. Jauh tu. Apabila weekend sahaja ada peluang untuk keluar dari asrama maka pertemuan diaturkan. Tempat perjumpaan antara Hanif dan Ana ialah di Kedai ABC no. 1 ataupun diRestoran Kari Ayam Sempalit. Kelihatan cinta mereka cukup mekar dan suci. Tidak tercalar langsung dengan titik noda atau garis-garis negetif. Keharmonian dan tatasulia perhubungan sangat-sangat dijaga, tiada langsung berlaku sebarang persentuhan kulit atau sebagai. Tetapi zaman sekarang ini lain.

Namun langit cerah tidak selalu indah buat Hanif dan Ana. Kali ini asrama puteri telah digemparkan oleh pencobohan pelajar asrama lelaki. Peritiwa ini berlaku ketika peserta berbahas Bahasa Inggeris seluruh Pahang menginap di asrama puteri Sek Menengah Tengku Kudin Raub. Gempar memang cukup mengemparkan. Hanif merupakan calon pilihan pelajar setelah diadakan public canning pada keesokan malamnya. Selain itu calon lain yang diundi oleh pelajar ialah David Liew. Kedua-dua pelajar ini memang baik dan adalah mustahil mereka melakukan kerja-kerja tersebut.

Dada dan nafas Hanif terus bergetar kerana Cikgu Shafie memanggil beliau ke pejabat. Pada awalnya Hanif hanya diam mencuka. Hanif diarahkan bersumpah dengan Al-Quran jika tidak bersubahat. Jika beliau tidak mengaku maka nama-nama besar sekolah seperti Dwen, Hisyam, Rotten, Zil akan terperangkap malahan satu malapetaka akan berlaku tambahan pula jika perkara sebegini diketahui oleh guru disiplin sekolah. Entah macam mana, Hanif menmdapat idea memohon agar sumpah dengan Al-Quran tidak boleh main-main. Beliau sanggup menerima akibat asalkan nama baik sekolah dan rakan-rakan tidak tercemar. David Liew terlepas.

Suhana menangis seakan tidak percaya Hanif melakukan perkara tersebut. Beliau cuba merapati Hanif tetapi gagal. Hanif seringkali menjauhi dari diri Ana. Seolah-olah perhubungan mereka telah putus sama sekali. Namun dalam hati kecil Hanif terasa amat malu dengan Suhana. Tambahan pula Hanif dikenakan hukuman gantung asrama selama 2 minggu. Namun begitu kelicikan idea Hanif amat dikagumi. Segala surat menyurat berkaitan 'kenakalan' tidak sampai ke keluarganya. Terlebih dahulu telah ditapis oleh kawan-kawannya di kampung. Dimana Hanif tinggal.. sedangkan beliau tidak pulang kerumahnya dikampung? Sedangkan pada hari persekolahan beliau hadir seperti biasa.

Hati Hanif tidak tenteram selagi belum dapat berbicara dengan Ana. Sehinggakan suatu hati empat mata bertentang mata. Suhana menangis tersedu sehinggakan hampir memeluk Hanif. Hanif cepat mententeramkan keadaan dan berlakulah persentuhan pertama sepanjang percintaan tersebut. Hanif menceritakan hal sebenar dimana beliau tidak terlibat tetapi terpaksa berkorban untuk menyelamatkan kawan-kawan. Pada mulanya agak sukar untuk Ana mempercayai namun dalam hati beliau telahpun berkata Hanif tak mungkin berbuat sedemikian tanpa sebab. Mujur konflik ini cepat diredakan. Hanif tahu, walaupun ramai yang membenci yang pasti Suhana tetap sayang padanya. Pertama suatu ketika dalam surat mereka tertulis dengan permulaan Qalam Bismillahirrahmanirrahim (warna merah) dikaulah kekasih awal dan akhir. Indah sungguh rupa-rupanya bercinta monyet. Ayat penuh bunga-bunga dan penuh perasaan.

Episod seterusnya nanti utusan berbalas surat.

sekuat mana kita berusaha..

Ujian merupakan lumrah didalam kehidupan, ada yang diuji dengan sedikit penderitaan di segi kekayaan, ada yang diuji dengan kerenah anak-anak, ada yang diuji dengan kesukaran pekerjaan, ada yang diuji dengan rakan yang mengambil kesempatan, ada yang diuji dengan kekurangan suami/isteri/kekasih/teman, ada yang diuji perasaannya dan ada yang di uji dengan kekurangan anggota tubuh badan. Namun semuanya adalah dari Allah swt yang maha berkuasa dan Allah swt mahu melihat sejauh mana kita bersyukur menerima apa sahaja yang telah ditentukannya kepada kita sebagai hambanya

Apa ertinya seorang yang tidak berjari apabila diberikan cincin, mungkin itu yang kita bayangkan tetapi jika sikudung mengambilnya ia mungkin tidak dapat memakai di jari tetapi boleh menjual untuk mendapatkan kewangan, yang penting apakah kebaikan yang mungkin dapat diperolehi dari apa sahaja yang berlaku. Bukan hidup ini untuk mengeluh, tetapi hidup ini untuk memberikan yang terbaik agar kita dapat merasai akan kebesaran ilahi merasakan walaupun serba kekurangan kita mampu untuk terus hidup seperti seorang yang sempurna.

Adakah kita bersedia menerima ujian dengan penuh ketabahan atau kita menyesali apa yang berlaku? Begitu banyak perkara yang berlaku didunia ini ada penuh dengan kegembiraan dan ada juga penuh dengan kedukaan kerana itulah sebenarnya warna-warna kehidupan yang mencorakkan dunia ini. Kita perlu mencari yang terbaik dan yang terbaik itu hanya akan dapat di jadikan sebagai reality sekiranya kita berusaha untuk mendapatkannya dengan bersungguh - sungguh. Kita hanya mampu untuk berusaha dan yang menentukan samada kita Berjaya atau tidak adalah sebenarnya Allah swt. Kita hanya menyediakan sebab dan natijah atau keputusan adalah milik Allah SWT.

Sekiranya apa sahaja yang diminta akan termakbul atau tertunai, mungkin manusia tidak akan dapat merasai erti kegembiraan, kesukaran demi kesukaran yang kita lalui akan memberikan perasaan kegembiraan setelah kita berjaya melepasi kesukaran tersebut. Setiap kesukaran pasti ada kesenangan, setiap kesukaran pasti ada kesenangan adalah dua ayat Allah didalam Al Quran untuk mengajar kita sebagai manusia yang lemah agar terus berusaha tanpa putus asa, kerana janji Allah SWT pasti benar dan kita selalu dapat mengatasi segala kesukaran setelah kita berusaha bersungguh- sungguh.

Persoalannya sejauh mana kita bersedia untuk mendapatkan apa yang kita mahukan? Sejauh mana kita sanggup untuk merasai kesukaran demi kesukaran yang ada, sejauh mana kita bersedia melangkah untuk membina ribuan langkah seterusnya, sejauh mana kita sangguh di hina sehingga kita membukti kejayaan yang ingin digapai, sejauh mana kita sanggup berkorban untuk mencapai cita-cita dan harapan. Sekiranya kita takut kesukaran, kesukaran pasti akan datang jua, bukan senang nak senang, kalau takut susah, susah nak senang. Kita perlu berusaha dan Allah SWT akan menentukannya, yang penting kita terus berusaha dan berusaha tanda kita percaya Allah SWT maha berkuasa untuk memberikan atau tidak kepada kita sebagai insan yang penuh dengan ujian untuk menguji keimanan. Allah hu 'alam.


sakit gigiku patahkan sendiri

Sejak dari semalam hidupku tak berapa tenteram. Setiap pergerakan tidak selesa. Setiap kali selepas makan, mak aiii sakitnya Tuhan sahaja yang tahu. Masih terasa berdenyut-denyut macam kena cucuk jarum. Beginilah padahnya bila sakit gigi. Sakit, sakit yang teramat sangat. Betullah orang cakap sakit gigi boleh bawa mati. Sakit gigi boleh buat orang marah kerap kali sehinggakan ayam berkokok pun turut dimarahi. Kalau dalam mimpi, jika tercabut gigi dikhabarkan saudara terdekat akan kembali ke rahmatullah. Jikalau sakit gigi tak tahulah apa alamatnya. Betul atau tidak wallahuallam yang pasti dalam realiti hari ini, gigiku sakit sangat Tolong.... Aku tak kira walau sakit sekalipun akan ku cabut sendiri. Nak pergi hospital dah serik. Lagipun masih phobia kisah lama dimana ketika peristiwa cabut gigi 2 tahun terdahulu. masih dalam igauan. Bukan apa habis 'rabit' bibir saya kena ragum pelatih jururawat. Bukan setakat 'rabit' malahan bengkak dah macam bibir negro. Bercakap pun tak boleh keluar, ibarat bercakap tutup mulut. Pipi pun bengkak. Sampaikan terpaksa mengeluarkan air mata. Cuba bayangkan..! 'Rabit' - rabit tu dailek Pahang kuno dari daerah Raub bukan bermaksud arnab tetapi ianya bermaksud koyak, rabak,sobek, sumbing, robek, carik atau kerabit.

Kebetulan hari ini semasa menahan sakit saya cuba goyang-goyangkan gigi. Alamak, gigiku rapuh terus patah. Nasib baik tak berdarah. Tapi maklumlah ianya dah reput rupanya. Sudahlah reput dan tercabut lepas tu saya ramas gigi tu terbelah dua. Rupa-rupa usia sudah menjelang tua. 'Rumah kata pergi bibir kata mari'. Moral of the story kalau sakit gigi cepat-cepatlah pergi jumpa doktor gigi walaupun kosnya mahal RM5-80 setiap sebatang gigi yang dicabut ataupun jagalah gigi seperti menjaga baby. Jangan makan atau minum ketika terlalu panas serta terlalu sejuk (ais) kerana kelak ianya membolehkan pereputan gigi berlaku walaupun anda mengosok gigi setiap hari. Tiada gigi tiada lagi seri dan nikmat makan seharian. Awas jadikan ia satu pengajaran buat semua.

Wednesday, November 11, 2009

Hanif Herman - Bab I

Hanif merupakan pelajar terbaik tingkatan 1 SMKD. Selain dari ini beliau juga merupakan pelajar pintar seluruh tingkatan 1 dalam negeri Pahang. Berkat kejayaan beliau beliau telah dianggap sebagai tokoh, idola sekolah. Amat digilai oleh pelajar sebaya mahupun yang lebih senior. Beliau amat disayangi oleh semua. Jikalau sekarang ada musim AF maka Hanif lah calon juaranya.

Persekolahan telah dibuka, maka Hanif memasuki tingkatan 2. Pada perhimpunan pertama tahun itu beliau sekali lagi telah dipilih sebagai Ketua Pengawas sidang petang. Menggigil beliau, ketika nama diumumukan. Tepuk sorak sorai dari rakan-rakan dan guru membuatkan beliau kembali tenang. Hanif tanpak lebih confident dan bersinar. Tetapi mulai saat itu langit tidak selalunya cerah, ada sahaja cabaran yang mendatang. Oleh kerana beliau telah glamour maka ada sahaja pelajar senior yang tidak berpuas hati dan ingin menduga dan mencuba. Provokasi dari pelajar senior diatasi secara berhemah.

Hasnah Zakaria adalah salah seorang peminat fanatik terhadap Hanif. Terkenal dengan 'Hasnah Korek' . Entah kenapa gelaran diberikan sedemikian rupa, biarkan, lantaklah. Yang pasti Hasnah dan rakan-rakan wanita amat memuja Hanif. Tetapi hanif tetap cool. Hanya mengambil Hasnah sebagai adik angkat sahaja. Walaupun Hasnah amat cun melecun dan baru berada ditingkatan 1 tetapi gerak gaya lagak seperti remaja matang. Bemulalah kesah cinta pandang pertama mereka. Tetapi ketika itu percintaan dianggap murni dan suci. Yelah tiada berlaku sebarang perkara sumbang. Kalau zaman sekarang jangan buat pasal, baru kenal dan hilang segala-galanya. Lagi satu Hanif ni memang budak baik, tak pernah terlintas hihati beliau untuk menyentuh atau memegang mana-mana bahagian kulit Hasnah. Perhubungan ini dianggap istemewa kerana berterusan sehingga beberapa tahun. Tetapi tau-tau sahajalah ketika itu dapat jumpa intai dari luar kelas pun sudah dikira best. Apatah lagi berkirim-kirim surat. Masa tu mana ada handphone, email, yahoo masengger dan sebagainya.

Sedikit demi sedikit perangai Hanif berubah. Beliau terlalu terikut sangat dengan kawan-kawan. Rusdhan, Helmi, Rahman Togok, Halim, Nine dan lain-lain sentiasa menjerumuskan Hanif ke arah perkara-perkara negetif. Pernah satu ketika ketika habis kelas tambahan Hanif dan koncu-koncunyer pergi menyerbu kedai Pak Zailani Jalah. Iyelah kat kedai tu macam-macam ada diibaratkan macam stationery zaman sekarang. Dalam ramai-ramai tu, adalah member ni kaki rembat dan kaki lipat. Kok ye pun nak mengebas tu tengok-tengoklah kiri kanan mentang-mentang masa tu tak de CCTV. Tau-tau je esok Guru Dispilin panggil kena public canning. Yang si Hanif ni mana nak mengaku, buakan dia yang mencuri. Yang menjadi masalah towkey kedai tu kenal si Hanif ni seorang sahaja. Punyalah malu, bengang, rasa bersalah dan sebagainya. Apabila dalam keadaan terdesak, kawan-kawan menghilangkan diri, diam membatu. Hampes punya kawan-kawan. Tetapi memang respectlah kat Hanif ni beliau rela mengambil tanggungjawab dan risiko. Dia mengaku atas bukan kesalahan dan perbuatan dia untuk menjaga nama baik sekolah. Piap! Piap! Piap! bedalah rotan ditengah panas public canning. Hebat budak Hanif ni kalau orang lain kena rotan tu mau terkencing sambil melolong lolong. Maklumlah budak kampung Kuala Dong memang hebat. Dengar khabar dia pernah menuntut ilmu persilatan. Macam cerita Hang Tuah la pulak. Ekoran dari berita Hanif kena rotan heboh satu sekolah dan satu daerah. Apa yang tak seronok tu..sudahlah kena rotan.. kena panggil pulak oleh Cikgu Mohktar. Nah..5 liang perut kena cubit. Masih terngiang-ngiang lagi kata-katanya. "Lain kali buat lagi.."

Akibat peristiwa itu Hanif semakin glamour, bukan dibenci tetapi dianggap sebagai hero. Kesemua guru hairan dengan sikap Hanif yang cool, stedy, macam biasa sahaja. Diibaratkan seperti tiada apa yang berlaku. Sehinggakan guru-guru melabelkan Hanif sebagai master mind atau silent killer. Tetapi itu semua mendewasakan Hanif.

Musim peperiksaan hampir menjelang tiba. Tidak terkecuali Hanif dengan basikalnya. Seorang yang cekal berulang alik dengan basikal dari kampung Kuala Dong ke pekan Dong sejauh 4 km setiap hari demi untuk menuntut ilmu. Hendak tinggal diasrama tidak mampu membayar yuran asrama. Kadang-kadang untuk menampung perbelanjaan beliau, beliau sendiri terpaksa menoreh getah. Jikaklau nak diharapkan dengan pendapatan Ayah dan Ibunya hanya 'cukup-cukup makan' ataupun kais 'pagi makan pagi kais petang makan petang'. namun begitu dengar khabarnya keluarga beliau dahulu adalah orang paling kaya dalam daerah Raub. Siapa yang tak kenal Aki Untung. tetapi oleh kerana ketamakan mak saudara beliau maka habislah segala harta dikikis dan dijual. Tinggallah beberapa keping tanah bendang dan tanah getah untuk diusahakan. Harta seperti wang ringgit, emas perak dan suasa hilang dari pandangan. Jiakalau dahulu hartawan sekarang tiada lagi.. Kesian Hanif.

Apa-apapun keputusan peperiksaan SRP telahpun keluar. Hanif telah mendapat A11 dalam peperiksaan tersebut dimana beliau gagal untuk ke sekolah asrama penuh ataupun MRSM. Beliau kecewa yang teramat sangat. Namun begitu beliau masih layak untuk bersekolah di bandar Raub bagi menduduki tingkatan 4 aliran sains. Bersambung...





Puisi Merapu

Kenapa pagi-pagi dah merapu sana sini
kenapa pagi-pagi dah terbayang macam-macam
kenapa pagi-pagi dan rasa tak puas hati
hanya hati yang pasti...

kenapa tetiba tak tenteram
kenapa tetiba macam nak marah..
kenapa tetiba hangin tak tentu pasal..
hanya kepala hotak sendiri yang tahu..

kenapa resah gelisah..
pasti ada sebab dan musabab..
kenapa perlu rasa pecah kepala..
pasti ada punca segalanya..

Kenapa pagi ia baru datang
tidak semalam atau kelmarin..
kenapa pagi ini...kenapa sekarang
kekadang sakit kekadang sengal kekadang pedih..

kalau aku perempuan..
sudah pasti datang masa tu..
kalau aku lelaki..
sudah pasti datang sembelit...memerut

Jangan marah.....

Tuesday, November 10, 2009

10 K dalam erti sebenar Persahabatan

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah) .

KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, InsyaAllah.

KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.

KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat disimpulkan mengenai persahabatan. Maaf kalau agak membosankan, sekadar untuk berkongsi dari apa jua ilmu yang diperolehi.

"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!"

sekadar peringatan dan luahan

Salam siber buat semua. Kekadang kita rasa selesa apabila berada disuatu tempat dalam tempoh yang agak lama. Manakah tidak kerana kita telah membiasakan diri dan telah berada di zon selesa. Namun ini semua tidak akan kekal lama. Kelak pasti sampai masa kita terpaksa atau dipaksa berhijrah juga berdasarkan faktor-faktor kerjaya dan persekitaran. Kadang-kadang rasa beruntung untuk bernaung dibawah kerajaan Negeri dimana kita tidak perlu pindah atau diarahkan pindah atau bertukar sesuka hati. Namun hakikat ini berbeza apabila kita berada dibawah naungan kerajaan Persekutuan dimana kita telah akujanji bahawa sampai masa dan ketika apabila diarahkan kita terpaksa akur. Suka atau tidak suka itulah hakikatnya. Kita tiada pilihan. Jesteru itu beberapa petua untuk tidak ditukarkan atau dipindah adalah seperti berikut:

Sentiasa menjaga hati seseorang pemimpin. Bukan bermaksud membodek atau lain maksud. Kekadang ini terpaksa anda lakukan. Apa yang mampu kita buat. Kita hanya mentimun mereka diibarat durian.

Sentiasa dan kerap bertanya khabar samada melalui handphone, Yahoo Messenger, email dan sebagainya.

Tidak melakukan perkara-perkara yang mengejutkan atau melebihi daripada seseorang pemimipin.

Jangan sesekali terpijak ekor kucing kelak kucing tersebut akan melompat, menerkam dan mengamuk. Gunakanlah budi bicara sebaik mungkin.

Wang ringgit juga terpaksa dikeluarkan demi menjaga semua ini. walaupun hakikatnya kita memang tak berapa nak ada. Tetapi jangan sampai mengadaikan maruah diri dan kerjaya.

Yang terbaik duduk diam-diam tanpa glamour.

Apa yang pasti kita dikehendaki sentiasa berdoa agar diri serta keluarga dilindungi dari anasir negetif dan hasad dengki manusia serta godaan syaitan dan iblis.

Kurangkan bercakap dan memberikan kenyataan kelak takut-takut atau dikhuatiri setiap perkataan yang dilontarkan akan disalah mengertikan oleh sesetengah pihak.

Jangan terlalu taksub kepada pihak tertentu agar kita tidak dicop sebagai orang kuat lawan kepada pemimpin kita.

Jangan sesekali kita melawan atau memberontak bukan didalam forum atau tempat yang sesuai kelak diri binasa. Kes 3 -4 tahun kebelakang akan menjadi senjata kepada orang-orang tertentu.

Sebelum (DULU) dan selepas (SEKARANG) kahwin

Angkat Beg – DULU Come sayang, let me carry the bag for u. Kesian you... SEKARANG Beg awak pun awak malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah

Tersepak batu – DULU Sayang, intan payung, you ok tak darling? SEKARANG Bodoh punye batu.. Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun tak nampak!

Bila Sexy - DULU Lawanye you pakai baju ni. Seksi! Turn on I, macam nak gigit-gigit you sekarang jugak! ' SEKARANG Ni ape ni, tetek terjojol, nampak longkang! Dengan babat berlipat-lipat! Tak malu eh?

Manja di Public - DULU 'Manjanye sayang i ni. Cium sikit sayang! Firm nye pipi you! Oi! Org tgk ah! SEKARANG Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang tengok?!

Takut Kempunan - DULU You nak makan burger BigMacc? Ok, besok i belikan untuk sayang. SEKARANG Burger tepi jalan pun sama pe! Jangan cerewet ah! Makan je!

Kecantikan - DULU Cantik nye you hari ni. Eye shadow you lawa la! Berseri-seri muka you! SEKARANG Ape ni make up mcm tepung gormak? Wayang Cina pun kalah tau! Bulan-bulan asyik beli make up je!

Kekayaan - DULU kalau you takde banyak duit pun, i tetap sayang you. Kekayaan tak menjanjikan kebahagiaan. SEKARANG Tu la, dulu tak nak blajar betul-betul. Sekarang baru nak menyesal! Ingat I cop duit ker?

Seks - DULU Kalau kita kawin, hari-hari i nak main dengan u. SEKARANG Eh, i penat tau! Ingat i robot ke? Gatal!

Merajuk - DULU Sudahlah sayang, jangan merajuk. Sorry eh Sayang. Memang salah I. I ni memang tak guna! Jangan merajuk lagi ye Sayang.. I minta maaf. I'm sorry eik. SEKARANG Salah awak, awak nak suruh i cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah tak nak mengaku. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak kuasa aku!

Masakan - DULU Sedapnye you masak (walaupun tak sedap) SEKARANG Mak awak tak ajar masak ke? Ni Nasi lemakor nasi basi?

Duit no Problem - DULU Sayang, kita makan dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, sekali skala... SEKARANG Mak oi! Pe mahal! Da la! Mee goreng mamak lagi sedap. Tak mau ah! Abis kan duit I je…

Love pergi love pulang - DULU Bye sayang, I love you too. Muaks! Miss you lah sayang. (Padahal semalam baru jumpe)Ah, ok bye! SEKARANG Tak bole lah. Kawan abang ada ni! Bye la bye la!

Pengorbanan - DULU Takpe Sayang, I tak kisah. I sanggup buat apa saja untuk you. I fetch you later eh? SEKARANG Awak ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja. Apa salahnya you balik sendiri.

Jumpa lambat - DULU Manja sangat ah! Takpe Sayang. Asalkan you selamat sampai SEKARANG Takpe la. Da biasa da!

Terbuang angin- DULU You kentot eik sayang? ha ha haCute la you ni! *cubit-cubit* SEKARANG Ooi, kentot bau tungkit… Makan tak baca doa ke?

Bila suami berpuisi...berkias nak kahwin lagi

Wahai..Isteriku ,

jika engkau bumi... akulah mentarimu.
Aku akan menyinari dikau kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan kilauan ku.
Lantas aku ingat satu perkara bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi, malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...


(Lantas si isteri turut menyediakan satu puisi untuk membalas puisi sang suami tadi.)

Wahai.. Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang suria yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan.... akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

Tetapi itu cuma mimipi mu..
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah berharap untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti....
Cuba lihat siapa dirimu...

Matahari atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja..
please lah.... jangan la nak berangan..nak terang planet..
owh..teringin nak kahwin lagi eik...

Sikap Pengkritik & Yang Dikritik

Sikap Pengkritik/Penegur Yang Baik

  • Ayat-ayat kritikan secara berhikmah.
  • dengan nada merendah diri.
  • bercakap benar dan nada yang sederhana tidak pedas.
  • menegur secara bersendirian jangan ditengah-tengah khalayak ramai.
  • menyelidiki dahulu sebelum menuduh.
  • niat kerana Allah dan sayangkan sahabat.
  • kritikan mestilah jujur dan telus dari hati.
  • bersangka baik @ thinking positive.

Sikap Orang Yang Dikiritik/Ditegur
  • Berlapang dada dan jangan angin dan marah tak tentu pasal.
  • tarik nafas dengan tenang dan hembuskan nafas perlahan-lahan.
  • bersyukur kepada ALLAH.
  • berterima kasih kepada kawan-kawan kerana memberitahu kelemahan diri.
  • membetulkan fakta yang salah.
  • berusaha mengubah ke arah yang lebih baik.
  • menerima segala kritikan dan jangan membuat ulasan serta merta.
  • muhasabah diri dan jika perlu senyum selepas dikritik.
  • tekadkan diri untuk perbaiki diri selepas dikritik.

Kesan buruk apabila takut dikritik atau tidak boleh terima kritikan

  • tidak mahu menerokai sempadan dalaman diri
  • tidak akan berjaya mengapai kejayaan yang hakiki
  • tidak disukai ramai
  • menjadi orang yang sombong dan ego
  • pimikiran akan menjadi streotype
  • tidak tahu kelemahan dan kekuatan diri
  • mencipta ramai musuh dan mengurangkan sahabat

Monday, November 9, 2009

chat terakhir bersama-sama KK Bentong

BoTaK: salam bos..saya memohon ampun dan salah silap sekiranya terdapat salah silap yg disengajaklan atau tidak. Saya juga mohon dihalalkan makan minum kerana tak berapa nak ada. sekali lagi memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan, kekurangan atau ketidakpuasan sepanjang penyeliaan Tuan. Saya mendoakan Tuan berjaya dan cemerlang disana. Ada hikmah terselindung. Selepas Allah turunkan hujan ribut, pelangi indah menunggu disana.

Boss Bentong: salam tuan, memang sya sngat mesra dan senang hati dengan semua staff terutama tuan yang banyak membantu saya, moga ke sana nanti lebih di berkati dan KK Bentong akan datang lebih baik dr saya

BoTaK: InsyaAllah tn pemimpin datang dan pergi patah tumbuh hilang berganti tetapi tak sama seperti tn 1 dlm 1000 pun payah dicari. Apa-apa pun siapa datang tetap dihormati. Tak de dah la Genting, Cameron dll..

Boss Bentong: nanti tengok rentak KK baru mungkin boleh kut

BoTaK: sewaktu dpt berita tu sya terkejut, pilu, sedih tak percaya..x dpt digambarkan..semoga tn tabah, ceria dan bina satu keyakinan baru. tahniah atas kenaikan pangkat ke gred W52..ikut rentak tak de masalah.. tapi tetap terasa kehilangan..

Boss Bentong: sebenarnya saya pun x berapa lena bila dapat tau , seronok ye juga tapi mengenangkan BENTONG dan KAWAN2

BoTaK: banyak saya dpt sms dan telefon bertanya tn..saya cuba berkata rezeki beliau disana, tak leh nak kata apa2..itulah once upon time in Bentong.. hanya mereka yang pernah bekerja di Bentong tau betapa bestnya di sini..

BoTaK: besar juga harapan saya agar tn disana, ada juga pekara2 yang lebih baik & menarik untuk diceritakan kepada KAWAN2 di BENTONG nanti

Boss Bentong: INsyaAllah

BoTaK: Amin..