Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Tuesday, January 3, 2012

Antara DUIT, ruang, peluang dan kebebasan kewangan.

Orang miskin sibuk membicarakan tentang orang lain, orang sederhana "Middle class" sibuk bercerita tentang kereta mewah & rumah besar, manakala orang kaya sibuk memikirkan idea dan jalan yang boleh menjana duit secara halal. Biarpun dimana diri kita, tetapi Ingatlah, kita tetap perlukan duit samada kita miskin, susah, tak berapa nak ada, senang, sederhana atau kaya, semuanya perlukan DUIT. Kita perlukan DUIT untuk segalanya, tetapi awas bukan jadi hamba DUIT. Yang penting usaha dan rebut peluang serta bijak menggunakan ruang. Sesunguhnya ALLAH kekadang menunjukkan jalan secara tidak sengaja melalui hear and say. Maka rebutlah peluang itu, kaji, selidik dan bertindaklah sekarang. Setiap perkara yang baik untuk menjadikan kita senang atau kaya, kenapa kita biarkan ia pergi? Tawakkal itu perlu sesudah kita berusaha, bukan tawakkal sebelum berusaha. Tepuk dada tanya iman. Jalan ada dihadapan, kenapa kita tidak ikut dan sekadar menutupkan mata, sekurangnya lihatlah sebelah mata dan fikirkan tentang masa depan. Awas masa semakin suntuk,takkan kita nak tunggu masa pencen untuk mendapatkan kebebasan kewangan.