Salam buat semua. Beberapa hari ini kita digembarkan dengan pelbagai dugaan Allah seperti tsunami dan gempabumi. Bencana datang menimpa merupakan sati insiden atau kejadian yang serta merta berlaku, komleks dari segi keadaanya, memerlukan penyelesaian melalui penyertaan pelbagai agensi, mengambil masa yang lama. Satu kejadian itu juga melibatkan kehilangan nyawa dan menggangu penerusan kehidupan, termasuk aspek ekonomi dan juga soisal. Kita bertuah kerana tidak sampai arus tersebut ke Bumi Malaysia. Walaupun aku tidak sempat mengikuti secara terus dan penuh nama tetap ada rasa simpati, rasa insaf, rasa terkejut dan rasa terkedu. Sebenarnya jika kita baca buku, banyak pendapat-pendapat dan hujah dari ulama itu semua adalah petanda kedatangan kiamat. Itu semua berlaku atas kehendak NYA yang didatangkan khas bagi menguji umat Islam tentang ketahanan diri dan minda agar memikirkan musibah disebalik itu semua. sama-samalah kita cuba renungkan sejenak apakah sebab ini berlaku dan salah siapa? Wallahualam...Kejadian sebegini seharus dijadikan iktibar dan pedoman. Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada muslimin dan muslimat yang terkorban bencana tersebut.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment