Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Sunday, October 17, 2021

 Lawan Tetap Lawan

Biarpun aku masih berterusan diserang oleh sihir namun aku tidak pernah sesekali mengalah.  Jika tidak dengan rawatan sekalipun mungkin dengan sholat hajat sendiri, jika tidak cukup dengan itu InysaAllah kekanda-kekanda dan sahabat turut bersholat hajat untukku. 

Setidak-tidaknya jika aku tumpas, tumbang atau terlantar nanti aku telah berusaha sebaik mungkin untuk melawan sihir ini. Tidak perlu aku kecilkan skop dan membiarkan kalian meneka siapakah si penyihir-penyihir yang sanggup menzalimi diriku.  Biarlah Allah dan aku sendiri sahaja yang tahu.  Mungkin telah beberapa orang penyihir tumbang akibat dilanyak dan dibedal oleh sang perawat dengan izin Allah, namun masih ada 1-2 si penyihir yang masih berdegil dan sanggup menghabiskan, menggunakan duit untuk mengupah penyihir yang dilaknat Allah.  Apa tidaknya, mereka boleh menggunakan medium sosial whatsup, Insta dan lain-lain mudah simple just bank in.  Entah berapa banyak gambarku di "ketik' Tok Ca, aku pun tak tahu. Entah berapa banyak wang yang dilakukan  oleh penyihirku atas usaha mengupah sihir orang asli, Entah berapa kali kemaluan mereka melecet kerana sanggup mengangkang  diatas nasi panas atau rice cooker? aku pun tak tahu.  memang jijik tetapi aku terpaksa bagitau semua umum tahu ianya bukan sekadr cerita tetapi realiti yang terjadi pada diriku.  Allahuakbar

Ya Allah sesungguhnya aku telah dizalimi..Ya Allah Engkau batalkan sihir-sihir mereka itu kerana Engkau Maha Perkasa.

 "Gua Kena Beb!"

Aku derita aku sengsara. Hampir 3 tahun aku tidak berkarya akibat terkena sihir.  Sihir yang dihantar bukang kaleng-kaleng. Antara syirik yang paling  syirik dan dilaknat Allah.  Antara nya sihir penutup rezeki, sihir pembenci, sihir pengunci nafsu, sihir separuh mati, sihir pemisah, sihir jadi buta dan lain-lain. 

Alhamdulillah dengan sedikit usaha, rawatan dan tawakkal diriku beransur pulih.  namun sejak kebelakangan ini, (1 tahun terkini) terlalu kerap  rawatan telah dibuat namun ada 2-3 sihir yang sukar dihancurkan.  Apabila rawatan dibuat si penyihir menghantar semula sihir tersebut melalui permakanan (nasi kankang, minyak dagu dsb yang diletakan dalam makanan atau minuman.  Kepada sesiapa yang membanca blog ini mungkin saya telah tiada lagi dalam dunia ini.  Mohon sedekahkan Al Fatihah. Semoga si penyihir turut membaca blog ini, kerana si penyihir adalah dikalangan ahli keluarga saya sendiri. Sedih sangat-sangat

Monday, August 20, 2018

Aku Masih Ada

Kekadang hidup ini tidak seindah yang disangkakan. Sekian lama hamba menghilangkan diri.  Orang pernah berkata indahnya hidup bermadu.  Indah memang indah tetapi masalah, keserabutan dan stress hanya Allah sahaja yang tahu.

Shukur Alhamduillah, hamba semakin sihat sejak mengalami 'putus urat' tahun 2015.  Sedar tak sedar sudah 3 tahun berlalu. Hidup ini mesti diteruskan waima apa pun terjadi.

Maafkan kesalahan saya kepada yang mengenali diri hamba ini.

Friday, January 16, 2015

Kehebatan nenek kebayan kesukaan kami..

Kadangkala aku kasihan melihat anak buah yang sentiasa menjadi bahan kemarahan nenek kebayan. Semakin aku cuba menghormati nenek kebayan semakin aku menyampah, meloyakan dan sebagainya. Semakin menjadi-jadi. Agaknya semakin tua macam inilah perangai nenek kebayan. Kadangkala aku sangat kasihan dengan nenek kebayan..tak ada orang nak berkawan dengan dia. Tetapi nenek kebayan semakin melampau. Mari kita lihat kebaikan, nenek kebayan ni; 1) kedekut.. 2) tak pandai amik hati anak buah 3) thingking negatif 4) termakan hasutan boss2 terdahulu 5) taksub kepada tempat lama dulu 6) tak percaya kepada anak buah 7) tak pandai berterima kasih 8) tak reti bahasa 9) dia sahaja yang betul 10)tak boleh 'beta' Cuba lihat pulak kebaikannya: 1) suka menjadi tetamu ketika jadi tuan rumah, ada ka patut? 2) buat deq je..macam x de apa2 berlaku 3) kelam kabut.. 4) tiap2 hari berbakul dapat pahala (asyik kena umpat je) 5) dia je boleh cuti..orang lain tak boleh 6) tang orang lain ikut buku..tang dia? 7) kuat mengadu..dahlah bos makin kuat mengadu.. 8) ha...ini yang terbaik, kuat menukar orang..ramai dah... Sekianlah cukuplah.. Inilah penulisan paling kotor yang pernah tertulis.

Cerita 2014

Salam buat semua.. Maafkan hamba kerana terlalu lama menyepi..atas kesibukkan kerana kekangan masa, tugas, keluarga dan aktiviti seharian. Hamba rasa terlalu jauh dan asing dibumi sendiri. Begitu juga dalam tugas seharian, hamba rasa seperti berada dibelenggu dunia yang terpenjara dan terpersok di Hulu dunia. Apa boleh buat kerana bidang tugasan hamba memang begini.. kerja tanpa mengira waktu dan ketika. Kerja yang mencabar yang penuh kerahsiaan. Tiada lagi masa terluang seperti dahulu. Jika ada pun hamba penuhkan dengan bermain ping pong. Itupun dapatlah menghilangkan stress ketika masalah menjelma. Namun begitu hamba bayak kehilangan masa untuk keluarga. Berapa kali sahaja hamba dirumah, berapa kali sangat hamba bersarapan dirumah. Namun itu bukan masalahnya, hamba akan cuba memenuhi kehendak keluarga. seperti mana kawan-kawan juga memerlukan perhatian hamba, hinggakan tiada masa untuk rakan-rakan waima untuk ber Whatsup, WeChat dan sebagainya. Cuma untuk berfacebook masih ada ruang buat seketika. Hamba pun tak tahu hamba seperti kehilangan sesuatu. Samaada semangatkah atau apakah hamba tidak pasti. Hamba rasa semakin jauh dari seseorang, jauh dari sesuatu.. entahlah...hamba akan mencari jawapanya. InsyaAllah

salam 2015

Setelah sekian lama menyepikan diri hamba kembali. Maaf kerana sudah berkarat dan terlalu lama tidak menulis dan berkarya. Mulai 2/1/2015 hamba telah diarahkan bertugas ditempat lama iaitu Bentong. Jika ada kelapangan ingin sangat beriadah seperti dulu-dulu. Rindu aktiviti naik gunung, santai di air terjun dan join gang belia. Walapun hamba ditukarkan kembali ke Bentong mungkin ada hikmahnya... yang pasti sireh pulang ke gagang.

Monday, October 8, 2012

lama hamba menyepi

Assalamualaikum.w.b.t Salam 1 Malaysia.


Terlalu lama hamba menyepikan diri.  Yelah, bukan apa terlalu lama menghambakan diri terhadap kerja.  Kerja ni bak kata orang tak akan habis sampai bila-bila.  Yang pasti hamba terasa puas sangat apabila kerja-kerja ad-hock mau pun kerja-kerja yang dirancang lama telahpun selamat dikendalikan.  Buka mudah hendak menjiwai sesuatu kerja.  sehinggakan panas teliga apabila kena sound; 

"Aleh! orang lain pun buat kerja juga, tetapi tak lah sibuk sangat macam awak.  Mentang-mentang jadi setiausaha boleh lah buat-buat sibuk"

Berderau darah rasanya.  Apabila buat kerja dikatakan buat-buat sibuk.  Ikut kan hati hendak sahaja disemburkan tetapi biarlah.  Yang menjadi lebih panas, asal jumpa sahaja muka hamba ada sahaja yang tak kena;

"Mana T-Shirt saya?. Mana Juru gambar? Mana bubur kacang? Nak naik kereta apa?"

Apa-apa pun semua itu merupakan asam garam kerja. Yang pasti pabila sudah selesai barulah hamba boleh menarik nafas lega.  Terima kasih kepada rakan-rakan dan dan anak buah yang membantu hingga jaya.  Satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan.  Moral of the story, setiap majlis perlukan perancangan teliti bukan sekadar diatas kertas semata-mata.  For this moment we need money to get all the success.

Jumpa lagi.