Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Monday, June 20, 2011

masa berlalu..

Salam buat rakan-rakan dialam maya. Hari ini hamba meneruskan kursus tanpa pensyarah kerana beliau terlibat dengan majlis yang lain. Gagal memenuhi dan mengisi masa yang terluang. Tetapi apa yang boleh lakukan. Just terkurung dalam bilik kuliah dengan kerja sendiri. Sempat berkenal-kenalan dengan rakan-rakan baru antaranya Wan dan Zack.

Semalam sempat pusing-pusing disekitar Melaka. Pekena otak-otak kempas, roti terbang dan sebagainya. Selain itu juga sempat meraikan sambutan hari lahir buat sahabat yang menghadiri kursus iaitu Sah Rizan..

Saturday, June 18, 2011

Maafkan hamba - Maaf TERBUKA

Hati ini terpanggil sekali lagi untuk mencoretkan sesuatu yang terlalu amat sukar untuk dikeluarkan. Hati hamba merasa amat kecelaruan kerana mengenangkan kisah-kisah silam, kisah semasa dan masa hadapan. Memandangkan factor usia telah semakin mencengkam. Wahai sahabat-sahabatku, kawan-kawanku, rakan-rakanku, teman-temanku, teman tapi mesra ku mahupun taulan, hamba secara secara TERBUKA memohon jutaan kemaafan atas segala kesilapan hamba yang disengajakan atau tidak disengajakan. Andaikata hamba pernah melukakan, mengeciwakan hati kalian ataupun melalui perbuatan dan percakapan hamba. Maafkan hamba, maafkan hamba. Hamba tidak berdaya untuk menanggung rasa kekesalan dan bersalah selagi belum menjelma salam kemaafaan dari kalian. Apa jua yang hamba lakukan terhadap kalian, LIVE Allah jelmakan ibarat skrin TV besar. Oleh yang demikian hamba merayu agar kalian memaafkan hamba. Cukuplah sekadar terdetik didalam hati. Jikalau kalian menyatakan salam kemaafan secara terbuka maka hamba akan lebih yakin, bersemangat kembali. Kecelaruan minda yang dialami mungkin atas factor usia,yang mana kita di dunia ini bila-bila masa sahaja akan kembali kepada Dia Yang Maha Esa.

Mungkin tak perlu hamba jelaskan kepada siapa, wajarlah secara umum, namun kalian diluar sana tahu apa yang hamba maksudkan. Alhamdulillah sekiranya tuanhamba sekalian sudi memaffkan hamba. Ini satu yang paling indah dan bahagia sekiranya hamba dapat dimaafkan oleh tuan hamba sekalian. Pusing punya pusing ayat dan percakapan ianya tetap berkisar tentang kemaafan.
Teringat akan hamba kepada zaman persekolahan (sekolah rendah, menengah rendah & menengah tinggi), zaman masuk remaja, zaman kerja kilang, zaman masuk gomen, zaman dapat rezeki dan terkini. Banyak pengalaman dan rintangan baik yang manis ataupun pahit. Sesetengahnya ada diantara kalian dapat hamba temui selepas 20 tahun berpisah, itupun melalui laman Facebook (ICT). Bukan hamba tidak mahu melayan atau berutusan dengan kalian, namun desakan kerja dan kesibukan semasa tidak membantu kita untuk sentiasa di alam maya. Sekali lagi hamba memohon maaf secara terbuka.
Banyak lah jika ingin dikhabarkan tetapi itu semua biarlah menjadi sejarah sebagai kenangan yang terindah. Yang pahit dan manis tetap ada dan telah tertulis dalam sejarah. Cuma hamba bukan tokoh negarawan atau somebody yang untuk diagungkan.
Buat pengakhiran kata, buat teman-teman istemewa yang pernah bertapak dihati atau singgah dihati ataupun yang sudi berteman (sekelip mata hilang) hamba merayu menyusun jari sepuluh; maafkan hamba, maafkan hamba MAAF ZAHIR BATIN. Kalian tetap di hati.
Sekian, Wassalam.

Al-Fatihah dan selamat hari bapa..

Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian. Hari ini aku terpanggil untuk melahirkan ucapan yang amat bermakna kerana sekian lama Ayahandaku Tn. Haji Deraman bin Hussin telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah untuk beliau. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Tanpa beliau siapalah hamba di muka bumi ini. Abah! Selamat hari bapa. Andainya dikau masih ada pastinya dikau berbangga dengan kehidupan yang anakanda alami sekarang penuh kesederhanaan. Maaf kan anak mu ini, andaikata telah lama melupaimu. Tidak terniat untuk melupai jasamu wahai ayahanda ku. Selamat hari bapa juga kepada semua rakan-rakan dan sahabat yang masih mempunyai bapa. Bagi yang telah tiada (Allahyarham) sekali lagi kita sedekahkan Al-Fatihah.