Jika anda inginkan kelihatan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Senyumlah selalu. Lagipun senyum itu adalah sedekah. Tapi janganlah tersengih selalu. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
- Kisar beberapa jambul nenas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
- Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.
- minumlah air suam senafas segelas setiap kali bangun tidur sebelum gosok gigi.
- Jangan minum air semasa dan selepas makan. Jika nak minum pun 1/2 jam selepas itu.
- sebelum dan selepas bangun tidur buatlah senaman regangan/harimau/kucing.
- Tarikh nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan pabila merasa tekanan.
- Lihat pepohon hijau setiap 2-4 jam sekali.
- Amalkan kehidupan yang sihat, bersenam, berjogging, beriadah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
No comments:
Post a Comment