Kadang-kadang bila dah masuk berumahtangga maka agak sukar untuk kesana sini walaupun masa tetap menunggu didepan anda. Kekadang 'bengong' juga untuk melepaskan diri dari tanggungjawab walaupun untuk seketika. Dalam istilah lain 'curi-curi'. Lainlah masa bujang trang tang-tang dulu. Masa untuk berhibur, 'berjemba' sebenarnya telah lama tamat. Tetapi naluri seorang lelaki tetap mahupun hiburan ataupun ketenangan. Cuma cara dan pendekatan itu berbeza. Sesetengah orang tu suka pergi minum teh @ kopi dengan rakan-rakan, sesetengah suka berekreasi dan bersukan, sesetengah tu pergi jumpa kawan karib, sesetengah tu pergi mana-mana tanpa diketahui. Tetapi semua ini bergantung pada pelbagai faktor samada faktor tempat tinggal, suasana kerja dan sebagainya. Buat masa sekarang rasanya masa itu penuh dan padat. Sehinggakan tiada masa untuk teman-teman, rakan-rakan, taulan-taulan dan sahabat handai... Nak dikatakan sibuk tak lah juga, nak dikatakan tak sibuk boleh tahan. Apa maksud semua ini, yeah.... ini dinamakan konflik diri sendiri.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment