Salam siber dan salam 1 Malaysia. Selamat sejahtera hendaknya. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman berkaitan 'kegagalan'. Setiap yang gagal tidak bermaksud gagal selama-lamanya. Setiap kegagalan itu pasti ada hikmah dan sebab musababnya. Jangan berputus asa kerana hidup kita masih luas dihadapan. Mungkin kita gagal kali ini, tetapi one day kita akan berjaya. InsyaAllah! Bermula dari kegagalan kita membentuk resipi kejayaan masa hadapan. Cuma jangan cepat berputus harap, jangan cepat mengalah. Biarkan apa orang nak kata kita terus maju kehadapan.
Result interview telah dikeluarkan pada hari ini. (talian telefon) Namun laman web SPA masih dapat keputusan rasmi, mungkin belum update data. Walaupun sedikit sebanyak keputusan GAGAL mempengaruhi emosi diri ini. namun ianya beransur-ansur hilang. Tambahan semangat yang telah diberikan oleh seorang rakan telah mengembalikan kecerianku seperti biasa, be cool and be strong. Terima kasih atas nasihat, pandangan dan motivasi tersebut. Setiap kedukaan dan kegagalan adalah ujian dari NYA dan tidak mustahil ALLAH akan megembalikan kecerian dalam bentuk lain. Sesungguhnya rezeki untukku belum ada ataupun belum sampai. Perlu bekerja lebih keras lagi. Kegagalan ini akan membuatkan aku lebih yakin dan bersemangat kembali. Tatkala sebelum ini aku berada dipersimpangan dan kemelut minda samada untuk meninggalkan bumi Bentong secara mengejut atau sebaliknya. Disebalik peristiwa ini masih ada rahmat, masih ada ruang untuk aku menabur bakti di Bentong. Yup..aku masih ada teman-teman, rakan-rakan, sahabat handai dan keluarga. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang mendoakan agar aku tidak pergi dari daerah ini. Mungkin aku masih diperlukan. Aku masih boleh berekreasi di Kelab Belia sambil main ping pong ataupun mendaki serta bercamping dihutan belantara sekitar. Aku juga masih memilikki 'kolam ikan' yang selama ini mungkin aku abaikan. Akan ku bangunkan kembali semuanya. Gagal tidak bermaksud dunia ini akan kiamat. Watch it, i will come back with new strategy. Tahniah kepada kawan-kawanku seangkatan yang telah berjaya. Jangan lupakan kenkawan.
jangan sedih2.. setiap yg berlaku ada hikmahnya.. walaubagaimanapun.. blog ini memang menarik dan colourful... congrats...
ReplyDeleteterima kasih kembali kepada pengirim, hanya dalam doa boleh ku balas jasa kalian
ReplyDelete