Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Monday, February 8, 2010

bila mengenagkan exam dah dekat..

Bila mengenangkan peperiksaan yang bakal dihadapi mula hati berdebar-debar. Yelah dari kecil sampai ke besar tak abis-abis dengan exam. Kalaulah exam tu makin senang tak pe juga ini makin susah dan menyusahkan. Sakit kepala bila mengenangkan exam ni, itulah dulu tak nak belajar rajin-rajin, kalau belajar rajin-rajin boleh jadi bos tak yahlah nak ambil exam2 nih..
Apa-apa pun suka atau tak suka kita kena mula dari sekarang. Kalau berkesempatan buatlah study group. Jika tidak pun beleklah buku tu perlahan-lahan, daripada tak belajar langsung. Jikalau anak-anak kita boleh melakukkannya kenapa kita yang dah otai ni tak boleh buat. Bagi yang muda belia oklah tak de masalah langsung.
Yang kecoh-kecoh pasal exam ni mengapa? Periksa apa? Periksa apa lagi tak lain dan tak bukan periksa PTK lah. 'Periksa Tapi Kandas' eh silap bukan yang itu, Peperiksaan Tahap Kecekapan.

penat dah...

Walaupun tatkala ini diriku ini terasa sangat penat. Penat dengan segala-galanya. Namun begitu inilah diriku yang sentiasa sibuk. Masa itu sangat mencemburui diriku. Manakan tidak, asal sahaja hujung minggu aku tiada dirumah. Terlibat dengan sukan, rekreasi, kenduri, kerja dan sebagainya, Kesian kolam ikan ku dah lama terbiar. Tetapi sekurang-kuranya aku redha dengan keadaan begitu. Jika difikirkan kembali teringin untuk bersantai ditepi pantai, digunung ganang tanpa gangguan. Tetapi bila? Bila? entah lah, kita cuba mengatur masa namun masa telah mengatur kita. Aku redha dimarahi kenkawan kerana tiada masa untuk mereka. Aku juga pasrah kerana hampir separuh teman-teman baru dan lama meminggirkan aku kerana tiada masa untuk mereka. Dulu aku sibuk berekreasi turun bukit naik bukit, selam sungai selam dasar laut, redah hutan masuk hutan, shopping sana shopping sini, kursus sana kursus sini kini..tak lagi. Namun still masih sibuk. Alooo.. aku penat dah...