Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Monday, December 28, 2009

kalimat cinta

Cinta hanya dihayati namun susah disifati. Kehadirannya dirasai tetapi hakikat kewujudannya amat misteri.
Cinta tidak diketahui hakikatnya kecuali hanya dengan merasa keberadaannya - Ibnu Qoyyim
Sebahagian berpendapat semakin semakin cinta didefiniskan ia semakin kabur tetapi jika cinta semakin dinikmati, semakin terasa kehadiranya.
Cinta tidak dapat diterangkan dengan kata-kata tetapi dengan pengalaman - Rumi
Cinta dan percintaan hanya dapat diterangkan melalui cinta - Rumi
Ketahuilah, cinta adalah minuman yang tidak pernah memuaskan pencandunya, maka kenalilah cinta dengan cinta, dan bukannya dengan perantaraan kata-kata. Selamilah hati, maka cinta akan berbicara tentangnya tanpa suara tetapi dengan kelazatan dan keindahan. Biarlah cinta yang mendefinisakan keberadaanya dalam diri pencinta.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

Salam..lama kita tidak berjumpa di arena siber..
Tirai 2009 semakin lama semakin hampir lenyap. Maka 2010 akan menjelma. Apa kita nak jadi. Hanya diri kita sahaja yang tahu. Apakah azam dan nekad kita pada tahun 2010 pun hanya kita yang tahu. Boleh dizahirkan tetapi belum tentu dilaksanakan. Tetapi sekurang-kurangnya perlu ada niat dan keinginan. Tahun baru Hijrah baru sahaja merentasi tahun yang baru. Tahun masehi juga bakal berlaku..
Usah dipertikai tahun yang datang dah pergi, tetapi pertikaikanlah diri kita sendiri, samada kita ingin berubah dari yang kurang baik kepada yang baik atau daripada yang baik kepada yang lebih baik. Tidak cukup dengan niat dan lafaz, ianya perlu dibuktikan. Bukan dengan dengan kata-kata tetapi dengan perbuatan dan perubahan yang nekad.
Selamat menyambut tahun baru 2010 kepada rakan-rakan seperjuangan, rakan-rakan yang mengenali diri ini dan kepada sesiapapun yang singgah dihalaman blog yang tak seberapa ini. Semoga kalian akan lebih bersemangat dan lebih ceria serta dilimpahkan rahmat yang tidak terhingga.
Kepada yang menyambut hari ulangtahun kelahiran pada tanggal 1 Januari 2010 beruntunglah kerana cepar sedar akan usia telah memanjat. Tetapi usah biar usia itu menjadi penghalang untuk kita berubah jadi baik atau lebih cemerlang. Biarpun begitu tak salah berhati muda asalkan tidak menggangu gugat orang lain. Selamat panjang umur dimurahkan rezeki. jumpa lagi

Thursday, December 10, 2009

Perjalanan cinta

Apakah penting definasi cinta untuk mereka yang telah tenggelam dalam alam cinta. Dalam perjalanan cinta, pencinta hanya lebih mementingkan kehadiran cinta bukan perbahasan cinta. Definisi adalah cabang dari perbahasan ilmu, sedang cinta adalah urusan hati pencinta dan dicintai. Biarlah ilmuan dengan alamnya membahas definisi cinta dan biarlah pencinta menikmati cinta tanpa perlu tahu akan definisi cinta.
Tetapi dalam menyelusuri perjalanan ini, mahu atau tidak mahu kita perlu menyentuh definisi cinta, agar ia menjadi bukti akan keagungan cinta yang sentiasa membuat intelektual menjadi lesu dan tidak bermaya.
Apakah itu cinta? Apakah definisi cinta? Apakah hakikat cinta sebenarnya? Persoalan-persoalan yang sering kita bahaskan berkaitan cinta. Ada yang salah tafsir dengan cinta, ada yang mengatakan cinta itu agung dan kelihatan asing dari diri manusia dan memeningkan kepala sesiapa yang membacanya. Ada pula definisi yang diberikan sebenarnya tidak mewakili hakikat cinta yang sebenar.
Jika seseorang itu mengaku dia tahu definisi cinta sebenarnya maka jelaslah ia masih belum mengenalnya. Walauapapun ungkapan tentang cinta, ia masih tidak dapat mewakili erti cinta yang sebenarnya kerana cinta adalah urusan hati. Sesetengah pencinta mengatakan bahawa semakin cinta didifinisikan ia semakin kabur tetapi jika cinta semakin dinikmati semakin terasa kehadirannya. Sesiapa yang merasakan sudah berjaya mendefinisikan cinta pasti belum mengenalnya. Sesiapa yang belum merasakan seteguk sahaja air cinta, masih belum pernah mengenalnya. Sesiapa yang merasa kenyang meminum air cinta, hanya menghiburkan diri, kerana ia belum jua mengenal cinta, ketahuilah cinta adalah minuman yang tidak pernah memuaskan pencandunya. Maka kenalilah cinta. Cinta bukan hanya dengan perataraan kata-kata. Selamilah hati maka cinta akan berbicara tentangnya tanpa suara tetapi kelazatan dan keindahannya. Biarlah cinta yang mendifinisikan keberadaanya dalam diri para pecinta.
Jika aku harus meneruskan keteranganku tentang cinta, walaupun seratus kebangkitan, belum juga sempurna - Rumi.

Sakit pingang bila nak baik..

Sakit...sakit..sakit..itulah perkataan yang aku ingaukan setiap malam beberapa hari yang lalu. Mungkin kesakitan yang aku alami telah terbawa ke dalam mimpi. Duduk salah, baring pun salah. Apabila terkena sakit pinggang ni..uhaiiii Tuhan sahaja yang tahu betapa sakit yang teramat sangat. Mungkin orang ramai tertanya-tanya kenapa engkau ni asyik sakit pinggang je. Memanglah mereka tak pernah kena sakit..terutama sakit pinggang. Ini semua bukan yang aku pinta. Namun ini semua kesan daripada perbuatan lasak masa lampau. Aku pernah terjatuh dari buai (Hammock) camping sebanyak 2 kali. Betul-betul tali hammock itu terputus dan terlucut menyebabkan aku jatuh terus tanpa sempat berpaut atau berpegang. Pingganglah yang mula-mula terhempap ke tanah. Ketika itu aku ni muda belia gagah perkasa, manalah tau kesannya pada masa sekarang. Sengaja aku nak berkongsi kesakitan ni, apabila sakit nak bungun dari tidur punyalah seksa. Nak tido pun seksa dimana terpaksa merebahkan badan secara perlahan. Begitu juga ketika membongkok dan mencangkung rasa macam pinggang ni nyilu dan mencucuk-cucuk. Memang buruk atau hodoh ketika aku cuba mengambil sesuatu barangan yang terjatuh. Terkangkang dan 'termenungging' he he. Tak dapat digambarkan. Kalau nak diceritakan pasal ubat dah bermacam-macam ubat yang aku ambil. Ubat hospital; biasalah ubat tahan sakit dan ubat sapu 'methyl salicylate ointment'. Ubat tradisonal, erm..macam-macam herba dah aku telan, tongkat ali, herba dan sebagainya. Minyak angin dan minyak urat macam-macam jenis dah aku sapu..dah naik melecet dah kulit pinggang ni. Sebut je, minyak tomoi, yoko-yoko, koyop, minyak cap lada, minyak hijau, may first dan lain-lain.
InsyaAllah aku akan pergi urut pinggangku ini beberapa hari lagi. Lagipun tengah-tengah sakit sangat tak berani nak biarkan pinggang ku ini dijamah oleh tukang urut. Biarlah derita ini kutanggung sendiri. Inipun mungkin hasil dari musibah masa lampau. Al-Kisah....

Friday, December 4, 2009

Aduhai Virus...

Aduhai virus, kenapalah engkau pi serang PC aku dan juga rakan-rakanku. Yang hairannya boleh pulak orang tu hackers seolah-olah aku yang hantar virus tu..Dah 4 hari aku kebulur tak melantak internet ni. Huhhh..menyusahkan orang betul.. terpaksa uninstall Yahoo Mesengger, uninstall Antivirus dan download semula. Tinggal satu cara lagi belum buat. Iaitu Format..

Hati mana yang tak sakit, hati mana yang tak sedih, member-member semua complain aku yang hantar virus dan mereka tertanya-tanya aku hantar apa...?????..tak faham dan macam-macam lagi. Nak jawab dan balas virus tu dah hackers PC aku..camner aku nak balas... uhuuu..

Seharian ku mencuba menyelesaikan masalah ini. Siap panggil pegawai IT lagi. Cik Aida tolong pulihkan PC gua. Inilah duniaku, inilah nyawaku. Apa-apa pun tak best kalau tak layan internet seharaian, banyak info & kerja tersangkut.

Pesanan untuk kenkawan, jika terima melalui YM add yang tak pasti atau mencurigakan jangan klik.. itu Virus.. awas sekadar mengingatkan...

Wednesday, December 2, 2009

Penawar hati

Jauhilah kebisingan kerana ia menyebabkan keletihan, jauhilah orang yang gemar mencaci dan menghina kerana ia membawa penyeksaan.

Tidak semua yang kita nampak bercahaya itu berlian, selalunya kaca, kalau kaca sifatnya mudah pecah dan terluka.

Jangan jadikan kesusahan dan kesedihan anda sebagai hal yang penting untuk diperkatakan kerana hal itu akan menjadi penghalang untuk mencapai kebahagian.

Sesunguhnya kehidupan ini adalah satu perjuangan dan orang yang berjuang tidak pernah kenal putus asa.

Jadilah seorang yang mampu mengubah musibah menjadi anugerah.

Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah dusta.

Kecantikan abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Memang kalau tiada kesakitan, orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan. Oleh itu sakit dan pedih adalah tangga kejayaan.

Jangan ditanya siapa orang itu, tetapi tanyalah siapa temannya. Kerana teman saling mencontohi.

Jika kamu berada di rumah orang, jagalah matamu, jika kamu berada ditengah orang ramai, jagalah lidahmu dan jika kamu berada dalam majlis jamuan, jagalah perangaimu.

Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha dengan tangannya sendiri.

Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun untuk orang dungu.

Selamat hari Lahir Boss

Sebak dadaku bila melihat Bos mengeluarkan air mata. Jarang dan susah untuk beliau mengeluarkan air mata, maklumlah beliau akan terbang ke Kuching, Sarawak. Tak taulah berapa lama beliau mampu bertahan disana. Satu majlis suprise diadakan bagi meraikan Hari Lahir beliau telah diadakan pada hari ini. Hinggakan majlis terbehenti seketika...

Makan tidaklah mewah sangat sekadar nasi lemak sebungkus sorang. Ada juga pulut kuning dengan rendang. Tetapi apa yang menariknya kek sampai dua biji. Boleh tahan meriah. Dalam kesedihan tersebut sempat juga kami menghiburkan Bos dengan bergambar beramai-ramai di Anjung Seri dan didalam bilik beliau. Kelihatan Bos amat ceria tetapi terharu. Sempat jua beliau menghantar SMS tanda terima kasih:

"Salam..tuan hamba,terima kasih tidak terhingga kerana bersusah payah mengadakan majlis yang sangat bermakna hingga saya naik sebak, semoga ALLAH memberkati tuan/puan sekeluarga. Amin..."

Apa yang pasti terima kasih kepada Pn Asiah, Pn Aida, Pn Sabarina, En Salleh, En Ishak, En Asnari, En Sabri, Pn Hanisah, Pn Hamizah, Kak Siah, En Aziz atas kerjasama ad-hock dalam menjayakan majlis pada pagi ini. Tanpa kalian pincanglah segalanya.