Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Friday, January 16, 2015

Kehebatan nenek kebayan kesukaan kami..

Kadangkala aku kasihan melihat anak buah yang sentiasa menjadi bahan kemarahan nenek kebayan. Semakin aku cuba menghormati nenek kebayan semakin aku menyampah, meloyakan dan sebagainya. Semakin menjadi-jadi. Agaknya semakin tua macam inilah perangai nenek kebayan. Kadangkala aku sangat kasihan dengan nenek kebayan..tak ada orang nak berkawan dengan dia. Tetapi nenek kebayan semakin melampau. Mari kita lihat kebaikan, nenek kebayan ni; 1) kedekut.. 2) tak pandai amik hati anak buah 3) thingking negatif 4) termakan hasutan boss2 terdahulu 5) taksub kepada tempat lama dulu 6) tak percaya kepada anak buah 7) tak pandai berterima kasih 8) tak reti bahasa 9) dia sahaja yang betul 10)tak boleh 'beta' Cuba lihat pulak kebaikannya: 1) suka menjadi tetamu ketika jadi tuan rumah, ada ka patut? 2) buat deq je..macam x de apa2 berlaku 3) kelam kabut.. 4) tiap2 hari berbakul dapat pahala (asyik kena umpat je) 5) dia je boleh cuti..orang lain tak boleh 6) tang orang lain ikut buku..tang dia? 7) kuat mengadu..dahlah bos makin kuat mengadu.. 8) ha...ini yang terbaik, kuat menukar orang..ramai dah... Sekianlah cukuplah.. Inilah penulisan paling kotor yang pernah tertulis.

Cerita 2014

Salam buat semua.. Maafkan hamba kerana terlalu lama menyepi..atas kesibukkan kerana kekangan masa, tugas, keluarga dan aktiviti seharian. Hamba rasa terlalu jauh dan asing dibumi sendiri. Begitu juga dalam tugas seharian, hamba rasa seperti berada dibelenggu dunia yang terpenjara dan terpersok di Hulu dunia. Apa boleh buat kerana bidang tugasan hamba memang begini.. kerja tanpa mengira waktu dan ketika. Kerja yang mencabar yang penuh kerahsiaan. Tiada lagi masa terluang seperti dahulu. Jika ada pun hamba penuhkan dengan bermain ping pong. Itupun dapatlah menghilangkan stress ketika masalah menjelma. Namun begitu hamba bayak kehilangan masa untuk keluarga. Berapa kali sahaja hamba dirumah, berapa kali sangat hamba bersarapan dirumah. Namun itu bukan masalahnya, hamba akan cuba memenuhi kehendak keluarga. seperti mana kawan-kawan juga memerlukan perhatian hamba, hinggakan tiada masa untuk rakan-rakan waima untuk ber Whatsup, WeChat dan sebagainya. Cuma untuk berfacebook masih ada ruang buat seketika. Hamba pun tak tahu hamba seperti kehilangan sesuatu. Samaada semangatkah atau apakah hamba tidak pasti. Hamba rasa semakin jauh dari seseorang, jauh dari sesuatu.. entahlah...hamba akan mencari jawapanya. InsyaAllah

salam 2015

Setelah sekian lama menyepikan diri hamba kembali. Maaf kerana sudah berkarat dan terlalu lama tidak menulis dan berkarya. Mulai 2/1/2015 hamba telah diarahkan bertugas ditempat lama iaitu Bentong. Jika ada kelapangan ingin sangat beriadah seperti dulu-dulu. Rindu aktiviti naik gunung, santai di air terjun dan join gang belia. Walapun hamba ditukarkan kembali ke Bentong mungkin ada hikmahnya... yang pasti sireh pulang ke gagang.