Salam siber. Tahukah anda? Bercakap pun ada adabnya. Jangan cakap sebarang cakap, maaf bercakaplah. Berikut ada beberapa adab-adab ketika bercakap. Bila dah ada adab maka bercakaplah seberapa kerap dan mahu kalian;
- Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada samar-samar.
- Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap dibelakang. Ini adalah untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
- Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan, maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu @ potong stim.
- Jika seseorang sedang bercakap di depan orang yang sedang sakit perkara sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberi semangat dan harapan.
- Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya. Faham-faham lah.
- Jangan bercakap secara berkumam mulut (makanan masih ada dalam mulut)
- Jangan bercakap mengenai orang lain, membuat fitnah serta mencaci maki orang. Senang ceritalah mengumpat, mengata @ menceritakan hal.
- Jangan memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama. Paling-paling tidak pangillah Pak Cik, Uncle, Encik dll.
- Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak disukainya.
- Jangan bercakap tentang sesuatu anda sendiri yang tak pasti.
- Jika bercakap, berilah kepada orang lain bercakap pula, maka giliran kita menjadi pendengar setia.
- Jika boleh ketika bercakap jangan 'meneran' atau mengayakan mimik muka seperti dalam lakonan. Biarlah percakapan itu bersahaja.
- Jangan terlalu beremosi ketika bercakap. Contohnya; membulatkan mata, menghentak meja dll.
- Jangan bercakap secara meniru gaya orang Inggerris, India, China dsb.
- Jangan sesekali bercakap mengenai perkara lucah atau 18SGX didepan wanita.
- Jangan sesekali berbisik berdua apabila berada dihadapan ramai orang.
setuju sangat...fikir dulu sebelum bercakap, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata...apa ha! badan binasa ke? aisey... sori terlupa pulak saya peribahasa ni..ni lah dia contohnya tak pikir dulu sebelum bercakap...hehehehhe
ReplyDelete