Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Thursday, October 22, 2009

sangka baik

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

persahabtan..

Kawan itu ibarat buku.. tak tau apabila tak dibaca.. bila dibaca belum tentu kita faham.. jikalau kita faham belum tentu kita ingat.. maka cukuplah sekadarnya apa yang kita tahu.. faham dan ingat.. yang penting kita menghargai apa yang kita perolehi..

Bila sahabat kata Suka tida semestinya dia CINTA..
Ini kerana anda teman yang layak disuka..
Bila teman cemburu, tidak semestinya dia CINTA..
Ini kerana , anda teman yang hebat pabila menjalinkan persahabatan..
Bila sahabat katakan rindu, tidak semestinya dia cinta..
Ini kerana dia rindu pada teman yang sebaik anda..
Maknanya diri ini berhak kata suka pada anda..
Cemburu bila anda ketepikan diri ini..
Rindu bila anda lupakan diri ini..

Apakah ini erti sebenar jalinan persahabatan..
.

Wednesday, October 21, 2009

Manfaat Berjalan Kaki

Salam Sejahtera.

Berikut adalah perkongsian untuk anda sekalian. Moga info ini berguna. Mungkin ini bersesuaian dengan wanita ataupun lelaki yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

RAMAI wanita yang beranggapan senaman di gimnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat, tetapi tidak membabitkan sebarang kos.

Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.

Ini bukan sekadar andaian, tetapi terbukti menerusi beberapa kajian termasuk kajian di Belanda membabitkan 5,209 responden dalam tempoh 46 tahun. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang. Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu:

  • Berat badan stabil
  • Menurunkan berat badan
  • Risiko elak serangan jantung
  • Angin ahmar atau strok
  • Mencegah kencing manis
  • Mencegah osteoporosis
  • Meredakan sakit lutut
  • Tekanan
  • Kanser

Tips Senaman Berjalan Laju

  • Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa
  • Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata
  • Langkah betul - Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju
  • Gerakkan lengan ketika berjalan
  • Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu
  • Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman

terkenang kedamaian..Pantai Tanjong Rhu


Terkenang ketika bersantai di sebuah pantai peranginan pada suatu masa dan ketika ...jauh fikiran melayang


anak-anak ikan baracudda berkeliaran jinak..


Tanjung sebuah pulai kecil...juga tempat keluang (spesis kelawar besar) tidur disiang hari. Tetapi fotonya tidak begitu jelas. Maklumlah hanya menggunakan kamera auto sahaja.


pulau batuan kapur..tengok betul-betul..anda fikirlah sendiri


ketika mengelapkan kulit dibawah panas sinaran mentari...di sebuah jeti persendirian.


sekali pandang seolah-olah kepala king kong..anda boleh tafsirkan sendiri..


berlatar belakang Pulau gersang bakau.. warna t-shirt sama dengan hutan bakau..


pantai memutih lagi damai..unik dan abstrak.. batuan pulau 3 segi


disebalik duri ada pantai yang terdampar dan pulau nan jauh..dalam maksud yang tersurat dan tersirat.. kalau tak ada laut dan pulau..bayangkan anda berada digurun..


ha...bercakap pun ada adabnya..

Salam siber. Tahukah anda? Bercakap pun ada adabnya. Jangan cakap sebarang cakap, maaf bercakaplah. Berikut ada beberapa adab-adab ketika bercakap. Bila dah ada adab maka bercakaplah seberapa kerap dan mahu kalian;

  • Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada samar-samar.
  • Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap dibelakang. Ini adalah untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
  • Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan, maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu @ potong stim.
  • Jika seseorang sedang bercakap di depan orang yang sedang sakit perkara sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberi semangat dan harapan.
  • Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya. Faham-faham lah.
  • Jangan bercakap secara berkumam mulut (makanan masih ada dalam mulut)
  • Jangan bercakap mengenai orang lain, membuat fitnah serta mencaci maki orang. Senang ceritalah mengumpat, mengata @ menceritakan hal.
  • Jangan memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama. Paling-paling tidak pangillah Pak Cik, Uncle, Encik dll.
  • Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak disukainya.
  • Jangan bercakap tentang sesuatu anda sendiri yang tak pasti.
  • Jika bercakap, berilah kepada orang lain bercakap pula, maka giliran kita menjadi pendengar setia.
  • Jika boleh ketika bercakap jangan 'meneran' atau mengayakan mimik muka seperti dalam lakonan. Biarlah percakapan itu bersahaja.
  • Jangan terlalu beremosi ketika bercakap. Contohnya; membulatkan mata, menghentak meja dll.
  • Jangan bercakap secara meniru gaya orang Inggerris, India, China dsb.
  • Jangan sesekali bercakap mengenai perkara lucah atau 18SGX didepan wanita.
  • Jangan sesekali berbisik berdua apabila berada dihadapan ramai orang.

Tuesday, October 20, 2009

Landskap kami..



Inilah hasil landskap yang telah diusahakan sedikit demi sedikit bagi menampakkan seri organisasi. Tetapi mereka tak paham landskap sebegini. Mereka tidak tahu betapa sukar untuk menjaga, memulih, memantau dan memupuk. Mereka kejam kerana tidak memberi pengiktirafan. Bukan pengiktirafan sebenarnya yang kami pinta sekadar mohon untuk diberi peluang untuk mengembalikan kepercayaan dan tanggungjawab yang telah diberikan. Orang diluar sana mengiktiraf, "woih..cantiknya" "owh..hebat landskap ni". Mereka arif tentang ilmu tumbuhan hijau dan belantara. Namun seni olahan dan gubahan tiada dalam jiwa kalian. Cuba kalian amati betul-betul, burung ruak-ruak/anak bangau seolah-olah macam real. Betul tak?


Apalagi lagi yang mereka mahu. Kami mampu melakukan lebih lagi tanpa wang ringgit kalian. Sejarah telah membuktikan bahawa tulang empat kerat kadang-kadang mampu mengejutkan kalian. Penghasilannya bagus namun keputusan tidak selalu menyebelahi kami. Kami mampu bangunkan landskap kami sendiri. Biar apa pun tema yang kami berikan, namun kalian tetap tidak mahu mengerti ataupun sengaja tidak mahu mengerti. Tak mengapa kami terus menambahbaik dan menatang ia seperti membelai keluarga kami sendiri. Pelbagai jenis tumbuhan disediakan bagi menampakkan seri. Ada yang diambil khas dari hutan lepas, ada diambil dari orang persaorangan dan sebagainya.


Beginilah perubahan demi perubahan untuk kebaikan dan kencantikan. Namun usaha kami tidak pernah dihargai. Datang melawat pun tidak. Adakah kami ini dikatakan kuno, konsep lama? datang, silakan datang kita berdebat tentang landskap semula jadi di sini. Tidak ada guna menjadikan kami kambing hitam. Owh..mungkin kami terlupa pemenangnya telah tercatat disana. Cuba lagi tahun hadapan. Yang pasti kami telah menyediakan panorama dan kedamaian semula jadi bila anda berkunjung ke sini.


Jajaran pohon 'bonzai' diatur sepanjang tembok penghadang dan disulami dengan rumput karpet. Maaf kerana terlupa nama saintifik tumbuhan tersebut.


Digambarkan dari pelbagai arah dan menyatakan bahawa gambar ini bukan bukan super inpose. Pohon kipas gergasi (nama melayu) yang bisa meredupkan atau membentuk teduhan serta mengindahkan kolam ikan dan pancuran air.


Nah...inilah wajah tukang kebun yang sentiasa mengisi masa lapang bersama dedaunan hijau yang merimbun. Siapa dia tak penting. Tak adalah..gambar diatas tiada kena mengena dengan tukang kebun ia sekadar gambar hiasan sahaja. Orang lain sebenarnya yang jadi tukang kebun tu. Inilah saat yang paling best dan paling rilek. Setiap titis peluh yang jatuh berderai atau terjurai itu memberikan gandaan pahala yang tidak ternilai. Pabila menjelang Malam Lailatul Qodar setiap tumbuhan yang kita sayangi atau jagai akan mendoakan sejumlah pahala dan rezeki yang berpanjangan.


Ini pula merupakan pandangan dari 3 penjuru mengambarkan organisasi kami mempunyai landskap yang menarik untuk ditontoni dan dipelajari. Itu belum dilihat dalam persekitaran pejabat lagi. Ada banyak tema dan konsep yang kami sediakan. Ada konsep 'bali,' tema 'kau milikku', konsep 'rimba menghijau', tema 'landskap kitchen' dan sebagainya.

8 sikap Wanita disukai oleh Lelaki

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah. Bukan manja yang sengaja diada-adakan.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak ramai...

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona…

Awet muda..

Jika anda inginkan kelihatan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Senyumlah selalu. Lagipun senyum itu adalah sedekah. Tapi janganlah tersengih selalu. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:

  • Kisar beberapa jambul nenas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
  • Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.
  • minumlah air suam senafas segelas setiap kali bangun tidur sebelum gosok gigi.
  • Jangan minum air semasa dan selepas makan. Jika nak minum pun 1/2 jam selepas itu.
  • sebelum dan selepas bangun tidur buatlah senaman regangan/harimau/kucing.
  • Tarikh nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan pabila merasa tekanan.
  • Lihat pepohon hijau setiap 2-4 jam sekali.
  • Amalkan kehidupan yang sihat, bersenam, berjogging, beriadah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Monday, October 19, 2009

Rahsia..

Aku, dikau dan dia selalu dihimpit kesunyian. Kenapa perlu berasa sunyi. Bukankah dikeliling anda penuh dengan rakan-rakan dan taulan baik yang dekat mahupun yang jauh? Betul..namun ada kalanya kita perlu rasa sunyi, kesunyian, kesepian dan keseorangan. Kenapa saya bekata demikian? Kerana apabila kita terasa sedemikian, maka kita akan meransang minda dan otak kita untuk berfikir dan terus berfikir. Bertanya dan terus bertanya pada diri sendiri. Dan akhirnya kepada Allah jua kita berserah sambil menyerahkan segalanya. Berdoalah dan memohon diri diatas sejadah.

Tidak kira apa pangkatmu, apa kerjamu, apa darjatmu, apa rezekimu, kita pasti perlu masa untuk bersendiri dan adakala kita memerlukan ruang lingkup kehidupan yang dipanggil RAHSIA. Ataupun dengan nama lain hal-hal personel ataupun peribadi. Rahsia merupakan satu sulit, asrar, sir, makhfi, tersembunyi, tersorok, senyap-senyap, diam-diam, gelap dan sebagainya. Sebagai seorang individu rahsia itu merupakan hak paling utama. Tiada siapa yang boleh paksa dan dipaksa serta memaksa orang lain untuk membuka rahsia seseorang. Apatah lagi rahsia itu meliputi satu maruah dan harga diri. Kita tidak boleh membuka keaiban orang lain. Oleh itu jangan sesekali membuka keaiban diri sendiri yang seringkali diumpamakan 'membuka pekung didada sendiri'. Hanya orang yang hilang akal dan hilang kewarasan yang sanggup mendedahkan segala keburukan diri. Namun begitu, individu zaman sekarang mudah untuk memecahkan rahsia daripada menyimpan rahsia. Mereka tidak cukup untuk mempunyai jatidiri rahsia peribadi. Lebih teruk dari itu zaman sekarang ramai pengorek rahsia, dan pengossip rahsia. Kalau tak percaya tengok industri hiburan dan sistem syariah kita sekarang. Betul tak? Terpulang. Ini cuma satu pertanyaan umum. Lagipun rahsia merupakan satu amanah untuk diri sendiri mahupun penyimpan rahsia. Rahsia tetap rahsia, walau apapun yang terjadi sehinggalah keluar perumpamaan; 'biar pecah diperut jangan pecah dimulut'. 'Biarlah rahsia' bak kata penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza.

Seperti mana yang kita tahu, setiap orang punyai rahsia baik pemimpin, orang kebanyakan, suami, isteri, rakan taulan, pak imam dan sebagainya. Hanya Allah jua yang mengetahui. wallahualam.

Life Is...

Sesekali teringin berbicara dalam Bahasa Inggerris pulak. Bukan apa pun cuma sekadar memaparkan kembali kata-kata motivasi yang pernah popular (Ispirational - a positive idea) berkaitan hidup ini:


Life is a challenge - MEET IT

Life is a gift - ACCEPT IT.

Life is an adventure - DARE IT.

Life is a sorrour - OVERCOME IT.

Life is a tragedy - FACE IT.

Life is a duty - FERFORM IT.

Life is a game - PLAY IT.

Life is a mystery - UNFOLD IT.

Life is a song - SING IT.

Life is an opportunity - TAKE IT.

Life is a journey - COMPLETE IT.

Life is a promise - FULLFILL IT.

Life is a beauty - PRAISE IT.

Life is a struggle - FIGHT IT.


menerobos dan meneroka sempadan diri

Sebenarnya diri kita sebenarnya mampu melakukan wonders lebih dari apa yang kita sangkakan. Apa yang minda kita mampu bayangkan, kita mampu memilikkinya. Tetapi diri kita sering diselubungi tembok yang menghalang kita dari mencapai cita-cita tersebut. Bukan diselubungi misteri. Ayuh marilah kita sama-sama meruntuhkan tembok itu dan menerobos sempadan diri. Kenali kekuatan dan insafi kelemahan diri. Kadang-kadang kita takut gagal. Sejarah lampau juga menghantui langkah kita. Mungkin kita jahil tetapi tidak semestinya kita jahil selama-lamanya. Atau sasaran terlalu kabur untuk anda fokus atau impian terlalu rapuh atau keazaman kurang perkasa. Di satu segi mungkin kita kekurangan sumber. Mungkin juga hati anda bersarang dengan sifat bodoh sombong atau pentingkan diri. Jikalau ini dapat diatasi, maka anda boleh terbang di angkasa untuk memfokus sasaran atau matlamat baru. Tidak salah untuk memasang impian. Kehebatan diri anda perlu diekploitasi. Baiki diri. Saya berpesan pada diri saya sendiri begitu juga dengan rakan-rakan sekalian. Ayuh kumpulkan rakan-rakan dan ajak sama membina suasana yang memberangsangkan. Tingkatkan produktiviti dan networking serta berbaik sangka dengan orang lain. Sesekali cuba ruangkan masa sambil berfikir sejenak, kita ni nak jadi apa for future. Tidak mungkin masih ditakuk lama seperti ini selama-lamanya. Sekurang-kurangnya mesti ada perubahan dan kesudahan. Tangkap semua peluang yang ada dan datang dan akhirnya berdoalah kepada Tuhan

Sunday, October 18, 2009

Nikmat yang terabai..

Kita biasa mendegar keluhan begini, “ Banyak kerja sungguh. Bilalah ada masa lapang? Boleh bersama-sama keluarga. Kasihan anak-anak yang ditinggal-tinggalkan…” " Bilalah boleh jumpa kawan-kawan lama.." Atau sungutan sebegini, “Asyik sakit saja. Bilalah hendak sihat? Seronoknya tengok orang riang cergas ke sana sini’’.

Sihat dan kelapangan adalah cubaan Allah SWT ke atas manusia. Sebenarnya kita sering beroleh dua nikmat ini tetapi ada kalanya kita sering menggunakannya dengan cara yang tidak diredai. Malah sering pula mengabaikannya dengan sengaja. Tubuh yang sihat tidak digunakan untuk beribadat dan beringat-ingat dengan pesanan Allah. Sementara masa yang terluang dibazirkan dengan tujuan sia-sia. Inilah dua kerugian yang sering dilakukan manusia seperti yang dinyatakan di dalam hadis. Seorang sahabat Abdullah ibn Abbas r.a berkata, Rasullullah bersabda yang bermaksud,

“Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan”. (Riwayat Bukhari).

Hal yang sama dinyatakan Rasullullah dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Ibnu Omar berkata : Rasulullah telah memegang bahuku seraya bersabda:

“Anggaplah dirumu di dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Jika engkau berada diwaktu petang, jangan tunggu sampai pagi. Jika anda di waktu pagi, jangan tunggu sampai petang. Gunalah peluang masa sihat sebelum datang sakit. Dan gunalah peluang masa hidup sebelum tiba mati."

hargailah masa depanmu..

Jika direnung-renungkan masa yang telah pergi aku akan menyesal seumur hidupku kerana membiarkan ianya pergi tak kembali, pergi tak berganti, pergi tak terulang kembali seolah-olah ia pergi tanpa nesan. Jika aku menitiskan air mata darah sekalipun, ianya mustahil akan datang kembali. Masa yang telah terlepas tidak boleh digamit semula.
Jadi, apa harus kita lakukan? Jangan ulangi kesilapan lalu. Cuba baiki diri dalam apa jua aspek kehidupan. Berjanjilah kepada diri, jangan ulangi kesilapan, jangan diungkit perkara lepas, jangan ditangisi kepemergian masa lampau, jangan diungkit cerita semalam. Andaikata ianya menyakitkan hari biarkan, biarkan ia pergi. Andaikata ianya menusuk kalbu biarkan ia bersemadi. Andaikata ianya menambahkahkan kecelaruan minda biarkan ia berlalu. Biarkan... relakan.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali oranq-orang yang beriman dan beramal solleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Oleh itu jangan biarkan diri diperangkap oleh masa. Maka rancanglah, jadualkanlah, kuasailah masa. Buatlah sesuatu demi masa depanmu. Jangan biarkan dirimu menjadikan hamba masa. Jangan jadikan dirimu seperti aku. Jangan kau relakan dirimu dari mengikuti jejak langkahku yang telah membazirkan masa sekian lama. Hargailah masa mu.....

Friday, October 16, 2009

ampun ya..ampun

Ampun dah maaf kepada kenkawan sekalian. Kadangkala sibuk tak menentu. Pohon ampun dah maaf kekadang tak sempat nak balas yahoo masengger, facebook, group yahoo ataupun e-mail. Bukan disengajakan. Kalau tak berjawab atau berbalas tu bukan apa, bukan benci bukan tak sudi, bukan tak suka, cuma tak sempat nak letak sign sibuk ke, keluar ke dan sebagainya. Kadang-kadang bos panggil, so terpaksa meninggalkan PC buat seketika. Kekadang dok kat pantry jap pekena teh, kopi or apa-apa yang patutlah. Kekadang merawan minda di anjung seri sambil melihat pemandangan rimba yang penuh kehijauan. Kekadang dok sembang seketika dengan rakan seperjuangan. Asyik kerja-kerja je, rehatlah seketika. Kepada yang berkecil hati, saya menyusun sepuluh jari ampun ya ampun, tanpa niat. Kepada yang tersinggung, saya meminta ehsan agar dimaafkan, juga tanpa niat.

Terima kasih atas kritikan yang membina dan juga pujian. Ianya amat memberi makna yang sangat mendalam, melalui penulisan didalam blog ini. kalian juga boleh berkongsi idea dengan saya. jasa kalian dikenang seumur hidup. Tanpa kalian siapalah saya.

Thursday, October 15, 2009

sikap orang kita

Perjalanan semalam ke Kuantan banyak mengajar erti kehidupan dan sikap manusia. Kita pernah diajar dan diwar-warkan agar berhemah dan berbudi pekerti tinggi. Kita dicanangkan dengan slogan "Anda Ceria Kami Gembira". Kita juga pernah disarankan agar memuliakan tetamu dan mengutamakan pelanggan. Tidak kiralah pelanggan dalaman ataupun luaran.

Tetapi berlainan dengan apa yang kami hadapi semalam. Kasihan mereka yang datang dari jauh dengan pakaian yang cantik-cantik, bercorak batik dan sebagainya tetapi tidak mendapat layanan yang sepatutnya. Ermm.. mungkin mereka beranggapan kami sebagai warga organisasi (walaupun datang dari jauh) maka pandai-pandailah nak hidup, kot. Apalah salahnya jika diringankan mulut untuk menyebut dan menyapa. Apalah salah jika melirikkan dan mengerdipkan mata, apalah salah jika menghulurkan tangan, apalah salah sekiranya menghadiahkan senyuman walaupun sekadar terpaksa. Terdapat perbezaan yang ketara dari segi sambutan dan protokol diantara dipejabat kami dan perjabat mereka. Apakah kami sebagai warga tidak layak untuk diraikan. Minta maaf bercakap. Perkara sebegini telah lama berlaku, dan seharusnya pihak yang berkenaan sedar. Sepatutnya dalam setiap majlis baik yang kecil, sederhana atau besar mestilah ada sekurang-kurang seorang dua penyambut tetamu. Ini tidak, biarkan tetamu bertaburan ke sana sini. Terdapat tetamu yang hadir awal tidak tahu arah tuju. Apakah hilang darjat kita dengan menyapa, tolong tunjukkan tempat mereka. Kita kena ingat ada pelanggan yang first time hadir ke majlis kita. Ada juga tetamu yang bergelar Tan Sri, Dato Sri, Dato dan sebagainya. Sekurang-kurangnya MC mengumumkan hadirin mengambil tempat. Tiada inisiatif ataupun semua buat-buat tak tahu sahaja. Mungkin mereka berpendapat bukan tugas aku, aku bukan kenal dia dan sebagainya. Bukan begitu sebagai tuan rumah, tidak kira siapa kita, perlu ada rasa gembira, ceria dan bersemangat untuk meraikan mereka. Perkara sebegini sangat-sangat perlu diambil kira, memandangkan kita telah gah dengan slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' people first achivement now. Sekadar bercerita bukan untuk mengajar. Namun jika tidak ada orang yang memaklumkan kita tidak akan sedar tentang kelemahan kita. lagipun ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan nama organisasi kita. Jika perkara kecil ini tidak diendahkan terpulanglah. Jika orang kerdil bercakap, hanya dianggap sebagi suara picisan, hanya ampun dan maaf jua dipinta. Saya juga sayangkan organisasi, anda juga sayangkan organisasi. Tiada terniat untuk meguris hati sesiapa dan membuatkan orang tersinggung. Sekadar mengingatkan, sekadar memperjelaskan agar ianya tidak berterusan. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Apa yang perlu ditekankan disini, tentang sikap orang Melayu kita sebenarnya peramah dan sopan santun. Orang melayu kita memang cantik, menarik dan debam. Namun kekadang atau seketika budi bahasa amalan mulia tidak menjadi kenyataan. Kemanakah hilang nilai murni bangsa kita. Lebih-lebih lagi orang disebelah pantai timur. Jikalau saya silap harap dimaafkan tetapi cuba renung-renungkan seketika.

Wednesday, October 14, 2009

Sekurang-kurangnya..

Sekurang-kurangnya masih ada orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda dan sekurang-kurangnya ada orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara tersendiri.

Sekurang-kurang sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti ANDA.

Sekurang-kurangnya senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

Sekurang-kurangnya setiap malam masih ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

Sekurang-kurangnya diri anda amat bermakna dalam hidup seseorang tetapi anda tidak tahu seseorang itu menyayangi diri ANDA.

Sekurang-kurangnya kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

Sekurang-kurangnya anda seorang yang istimewa dan unik.

Sekurang-kurangnya apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, masih ada hikmah sebaliknya.

Sekurang-kurangnya sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka..

Sekurang-kurangnya apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

Sekurang-kurangnya kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.

Sekurang-kurangnya anda tidak takut meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

Sekurang-kurangnya jika sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupun punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.


nasi lemak tempoyak

Salam sejahtera kepada semua. Hari ini merupakan 'rezeki harimau'. Maklumlah sarapan pagi hari ini di pantry macam-macam ada. Nasi lemak sambal tempoyak, 'cekodok' cicah kuah keropok lekor, nasi kerabu dan kuih 'berger Malaysia'. Kenapa dipanggil rezeki harimau? Yelah banyak sangat makanan lagipun tengahari nanti kena pergi ke Kuantan pulak untuk jamuan hari raya manakala sebelah petang jamuan hari raya kat rumah DO pulak. Makan, makan makan. makanlah sebelum kenyenag he he. Mana ada, kami makan sampai habis..

Kebetulan ramai yang bersarapan serentak. Apalagi meriah la bergosip sana sini sambil mengusik jiwa ketawa. Terpancan kegembiraan di riak wajah masing-masing. kalau nak joint kami datanglah ke pantry kami yang tak seberapa besar tetapi meriah, ceria dan gempak.

Tuesday, October 13, 2009

bergotong-royong seketika..

Tiada apa yang menarik untuk diperkatakan pada hari ini. Shukur kerana saya dapat meluangkan masa untuk kerja-kerja amal dan gotong royong. Walaupun tidak semua dapat hadir merengankan tulang dan meyumbangkan kudrat namun gotong royong tetap diteruskan seperti biasa. Ala..bukan gotong royong besar-besaran sekadar membaik pulih landskap pejabat yang sedia ada. Mana yang kurang elok dipandang mata diperindahkan. Mana yang terlebih semak diterangkan. Mana yang tiada, diadakan. Semua kelihatan gembira dan ceria. Sama-sama membongkok, mencangkung, mencangkul, menungging, merangkak dan sebagainya.
Sepatutnya amalan sebegini diteruskan agar tidak lapuk ditelan zaman. Banyak kebaikan berbanding keburukannya. Disamping mempereratkan silturrahim ianya juga menyihatkan badan dengan pengeluaran peluh yang berjujut-jujut keluar. Selain itu dapat juga berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan. Konsep gotong royong masih relevan untuk dijadikan pengikat kemesraan antara sesama insan. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesra-mesrakan.
Mungkin kita tidak sedar selama ini landskap kita ni cantik dan menarik namun terdapat segelintir rumput rumpai yang mencacatkan keindahan. Antaranya rumput asing ditengah-tengah rumput karpet. Tumbuhan seni ditepi pasuan bunga. Ada juga 'bendasing' yang menumpang dicelah-celah tumbuhan renek, bonzai dan lain-lainnya. Bagi saya konsep 'dikau milikku' amat sesuai kerana pejabat adalah milik sesiapa sahaja yang bernaung dibawahnya. Ditambahan pula dengan slogan rimbunan semulajadi. Kerja-kerja diteruskan, saya terus berundur kerana disana sudah ramai mandurnya, pakarnya dan pekerja. Kehadiran kami jua amat dihargai dan sempat menjamah sarapan yang telah disediakan. Selamat menjamu selera kepada semua dan jangan lupa nasi dagang, kari ayam, kari ikan dan tidak lupa pencuci mulut agar-agar dan durian. Memang sedap. Terima kasih, budi kalian tetap disanjung tinggi. Selamat jalan kepada yang bakal meninggalkan Bentong dan selamat berkhidmat kepada yang masih setia kekal menabur bakti dibumi Bentong, Pahang.

Monday, October 12, 2009

minat Nor Kasih..bacalah

Nur Kasih

Sinopsis :
Di Mesir, Aidil bersolat menadah tangan untuk berdoa. Di Australia, Adam sedang belajar dikelilingi kawan-kawan dan tin-tin beer, hilai ketawa. Ustaz Hassan dikejutkan isterinya Hjh Khadijah lalu doktor menerangkan apa yang telah diketahuinya. Hayatnya telah sampai ke penghujung. Penyakit yang dihidapinya tidak dapat diubati lagi. Dia senyum dengan tenang dan menutup matanya lagi. Aidil mengucapkan selamat tinggal kepada kawan sekuliahnya setelah mereka tamat pengajian. Aidil menerima panggilan telefon dari Hjh Khadijah menyampaikan berita tentang ayahnya. Adam pulang ke hostel dan mendengar suara ibunya dari mesin pesanan suara, dia kaku tiada reaksi. Di stesen keretapi Kuala Lumpur Aidil menunggu ketibaan Adam. Tiada bayang-bayang Adam. Aidil kecewa dan menaiki keretapi. Adam tiba dan duduk di sebelah Aidil. Mereka berpelukan, keretapi meluncur laju. Aidil dan Adam tiba di Kuala Kangsar dan pandangan mereka tertumpu pada seorang gadis jelita, Nur Amina.

Di Mesir, Aidil bersolat menadah tangan untuk berdoa. Di Australia, Adam sedang belajar dikelilingi kawan-kawan dan tin-tin beer, hilai ketawa. Ustaz Hassan dikejutkan isterinya Hjh Khadijah lalu doktor menerangkan apa yang telah diketahuinya. Hayatnya telah sampai ke penghujung. Penyakit yang dihidapinya tidak dapat diubati lagi. Dia senyum dengan tenang dan menutup matanya lagi. Aidil mengucapkan selamat tinggal kepada kawan sekuliahnya setelah mereka tamat pengajian. Aidil menerima panggilan telefon dari Hjh Khadijah menyampaikan berita tentang ayahnya. Adam pulang ke hostel dan mendengar suara ibunya dari mesin pesanan suara, dia kaku tiada reaksi. Di stesen keretapi Kuala Lumpur Aidil menunggu ketibaan Adam. Tiada bayang-bayang Adam. Aidil kecewa dan menaiki keretapi. Adam tiba dan duduk di sebelah Aidil. Mereka berpelukan, keretapi meluncur laju. Aidil dan Adam tiba di Kuala Kangsar dan pandangan mereka tertumpu pada seorang gadis jelita, Nur Amina.

Pandangan Aidil dan Adam membuat Nur berpaling. Aidil mengalihkan pandangan dan mengajak Adam mencari teksi. Nur menghantar temannya, Nabila yang melanjutkan pelajaran ke universiti. Rasa terkilan terpancar diwajahnya. Hati Adam berbisik sangkanya tidak akan pulang lagi. Hjh Khadijah gembira akan kepulangan anak-anaknya. Aidil menapak ke masjid mencari bapanya dan dia melihat Nur berjalan ke masjid. Melihat bapanya, Aidil sebak dan salam tangannya. Selepas solat, Ustaz memberi salam pada imam Abu Bakar sebelum melangkah pulang bersama Aidil. Adam resah, dia mengucup tangan Ustaz, kelu tidak tahu bagaimana memulakan bicara. Hubungannya dan ayahnya sudah lama renggang. Ustaz bersyukur dia sempat melihat anak-anaknya sebelum dia pergi. Ustaz menyoal Aidil siapakah wanita solehah yang menjadi pilihannya? Aidil menjawab Nur Amina pilihannya dia mempunyai ciri isteri mithali. Tanpa diduga, Ustaz melakukan sebaliknya menghantar rombongan meminang Nur Amina sebagai isteri kepada Adam.

Tindakan Ustaz Hassan mengejutkan semua. Nur belum bersedia untuk menjadi seorang isteri kerana ingin meneruskan pelajarannya. Pak Imam berkata jodoh telah ditentukan. Adam cuba menolak, tapi dihalang ibunya. Aidil tidak mengerti kenapa ayahnya telah membuat keputusan ini. Dengan lembut Ustaz Hassan berkata Aidil anak yang soleh yang dapat memilih calon isteri dengan tepat, yang dapat membimbing keluarga. Adam tidak dapat melakukan semua itu. Dia perlukan seorang isteri mithali, Nur Amina di sampingnya. Upacara perkahwinan Adam dan Nur berlangsung, dalam sekelip mata tiga hati berkecai. Aidil yang mengharapkan cinta Nur, Nur yang mahukan meneruskan pelajarannya, dan Adam yang mahu mengahwini teman wanitanya, Katrina. Tapi ada yang gembira. Sarah yang telah lama menaruh hati pada Aidil gembira kerana ikatan kekeluargaan mereka semakin rapat dan seterusnya dapat merapatkan dirinya dengan Aidil. Aidil menjadi saksi pernikahan adiknya, walaupun hatinya sendiri remuk.

Malam pertama Adam dan Nur, Adam berterus-terang ini keputusan ayahnya dan dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Nur. Mereka hanyalah mangsa keadaan dan penceraian akan berlaku pada masa yang sesuai. Nur terkejut, malu, marah dan kecewa. Ketika Adam 17 tahun dia kacak dan cerdas. Sewaktu Nur 13 tahun dia menjual kuih kanak-kanak nakal datang mengejeknya dan Adam menyelamatkannya. Aidil tidak dapat tidur terdengar esakan perlahan Nur. Hari esoknya Nur dan Adam berpura seperti segalanya adalah baik-baik belaka. Aidil meminta Adam supaya tidak mensia-siakan Nur. Adam menjelaskan dia telah menerangkan semuanya pada Nur pada masa yang sesuai “lakonan” ini akan dihentikan dan mereka akan menjalani hidup masing-masing. Hjh Khadijah dapat merasakan apa yang sedang berlaku dalam rumahnya ada tiga insane yang terluka. Dia berbincang dengan suaminya adakah tepat keputusan yang telah dibuat? Ustaz yakin keputusan ini terbaik untuk semua. Ustaz Hassan akhirnya meninggal dunia.

Setelah pemergian Ustaz, Adam berkeputusan untuk kembali ke Australia tapi hatinya berat. Adam nekad beritahu ibunya dia mahu sambung pengajiannya. Ibunya merelakan pemergiannya bersama Nur. Adam beritahu Aidil keinginannya untuk pergi ke Australia tanpa Nur. Aidil marah akan perbuatan Adam. Nur terdengar perbualan itu. Adam masuk ke bilik, mengingatkan Nur akan janji mereka, Nur berkata dia tidak pernah bersetuju. Adam marah dan tegur mereka seperti langit dan bumi, berbeza dari segala segi. Hati Nur tertusuk akan kata-kata Adam. Paginya, Nur tinggalkan rumah dan ucapkan selamat tinggal pada keluarganya. Dia biarkan mereka berfikir yang dia akan pergi bersama Adam. Dia terima sepucuk surat, pinjaman pendidikannya telah pun diluluskan. Adam mengucapkan selamat tinggal pada ibunya. Bila Ibu menanyakan Nur, Adam mahu berterus-terang, tapi Aidil berjaya berdalih. Dia kunci rahsia mereka dan teruskan hidupnya mengharapkan cinta yang tidak tiba.

Di Australia, Katrina anak kacukan tidak pernah hidup sebagai seorang Muslim. Selepas kematian ibunya pada usia 10 tahun, dia kehilangan satu-satunya kaitan dengan Islam. Dia jatuh cinta pada Adam kerana dia mengisi kekosongan hatinya sejak kehilangan ibunya. Adam mahu tinggalkan semua pengalaman pahit di Malaysia dan mulakan hidup baru. Dia menikahi Katrina dan berteraskan cinta istilah agama tidak pernah muncul dalam kehidupan mereka. Adam hanyut dengan hidup ini, dan lupa dia masih beristerikan Nur. Nur berhijrah ke KL dan berjaya menjejaki temannya. Nur menceritakan segala-galanya dan meminta temannya itu merahsiakan perkara sebenar. Kos pendidikannya tidak cukup untuk sara hidupnya. Nur mengajar mengaji untuk menampung perbelanjaannya. Aidil meneruskan kerjayanya di mahkamah syariah negeri. Ibunya merasakan kemurungannya dan menasihatinya supaya merelakan. Ibu menawarkan untuk mencari jodoh buat Aidil, tapi dia belum bersedia.

Nur tidak pandang lelaki lain kerana dia masih seorang isteri. Dia dicap sombong tapi Nur tidak pedulikan cakapan orang, matlamatnya hanya sebuah ijazah. Adam dan Katrina terus hanyut dalam dunia mereka. Mereka dikenalkan kepada penuntut baru dari Malaysia, Nur namanya. Adam pucat dan Katrina pelik akan reaksi suaminya. Rupanya bukan Nur Amina. Rasa bersalah menyelubungi Adam. Dia melupakannya dengan minum arak. Kuliah Nur hampir selesai, dia akur masa untuk berterus-terang dengan keluarganya. Aidil dijemput memberikan ceramah di UIAM. Dia bertemu dengan Nur yang cuba melarikan diri tapi Aidil berjaya menegurnya. Nur malu dengan apa yang terjadi. Aidil kata dia telah merahsiakan semuanya. Dia harus selindung perasaannya yang sebenar dan berkata dia lakukannya atas rasa tanggungjawab. Sejak pemergian Adam, tiada berita. Dia sendiri hantar e-mail gembira pada ibunya, seolahnya dari Adam dan Nur. Setelah itu Aidil dan Nur berutus surat dan ini eratkan persahabatan mereka.

Adam kini seorang arkitek yang berjaya, tetapi merasakan jiwanya kosong. Dia gembira Katrina mengandung, fikirnya zuriat akan mengisi jiwanya yang tandus. Tetapi mereka terlibat dalam kemalangan yang teruk, kandungan anak Katrina mati dan dia akhirnya tidak dapat mengandung lagi. Adam dihukum penjara 3 bulan kerana memandu dalam keadaan mabuk. Nur berjaya di menara gading, dan Aidil cuba menghubungi Adam untuk membebaskan Nur dari ikatan yang tidak bertali ini tapi Adam tidak dapat dihubungi. Tiga bulan di penjara, Adam sedar hidupnya yang jauh terpesong. Sebaik bebas, Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia, Katrina yang kemurungan setelah kehilangan bayinya, bersetuju.

Adam menghantar e-mail pada abangnya yang dia akan pulang, tapi Adil tidak buka pesanan tersebut hingga beberapa hari selepasnya. Sebaik membaca e-mail tersebut, Aidil bergegas ke kampung untuk menghalang Adam dari cerita perkara sebenarnya pada ibu. Aidil berkongsi pada Adam apa yang berlaku sepeninggalannya dan rayu Adam menyimpan rahsia sementara waktu. Adam memperkenalkan isterinya Katrina pada Aidil yang tersentap, tapi masih cuba senyum. Pada hari yang sama, Nur juga pulang ke kampong ingin berterus-terang pada bapanya. Nur terperanjat bila diberitahu oleh adiknya Sarah, Adam ada di rumah ibunya sekarang. Nur bergegas kearah rumah Adam dan bingung kenapa dia meneruskan kepura-puraan ini. Adam pinta Nur berikan peluang untuknya menebus kesalahannya dulu.

Aidil memberitahu Adam tidak adil baginya untuk muncul semula dan harapkan untuk kembali dengan Nur, terutama kini dia sudah beristerikan Katrina! Adam mengakui yang dia memerlukan Nur. Hidupnya kini terumbang-ambing. Dia menceritakan pada Aidil kehilangan anaknya. Aidil simpati, berbelah bagi, dia mahu adiknya pulang ke pangkal jalan tetapi dia takut kehilangan Nur sekali lagi. Nur mengadu pada Aidil yang dia keliru, tetapi Aidil nasihati untuk megikut kata hatinya. Sarah melihat perbincangan mereka dan rasa cemburu menyelubungi dirinya. Adam bertanyakan Nur kali kedua tapi jawapan Nur tetap sama. Tidak. Nur memberitahu Adam mungkin belum masanya untuk jelaskan Ibu perkara sebenar, dan ia tidak bermaksud dia akan menerima Adam. Dia sudah ada tawaran pekerjaan di KL dan dia akan teruskan hidupnya seperti selama ini tanpa Adam. Sementara itu Katrina tertanya-tanya apa yang telah berlaku dan bila dia akan berjumpa dengan keluarga Adam.

Nur bekerja di sebuah firma arkitek. Selang beberapa minggu, dia diberitahu akan mendapat bos baru. Bagai terhenti jantungnya bila mendapati bos tersebut adalah Adam. Nur ingin meletakkan jawatan, tapi Adam menghalangnya. Kalau begitu sekali Nur membencinya hingga tidak sanggup memandangnya, maka dia yang akan pergi. Nur hairan, kenapa Adam lain benar dari dulu. Nur buat keputusan untuk meneruskan kerjanya. Adam semakin tertarik dengan isterinya ini. Sementara itu hubungannya dengan Katrina semakin renggang. Katrina mahukan belaian suaminya, tapi Adam semakin menjauhkan diri. Adam mula mendekatkan diri dengan tikar sembahyang.Katrina bingung. Mana suaminya yang dikahwini dulu? Siapa lelaki Muslim yang mahukan dia bertudung dan bersembahyang ini? Katrina semakin kemurungan. Nur dan Adam tidak dapat mengelakkan diri bila dihantar untuk melihat tapak projek terbaru disebuah kawasan peranginan, dan mereka semakin rapat.

Sebaik Nur dan Adam pulang dari tempat peranginan tadi, Aidil mengunjungi Nur. Ingin tahu khabarnya.. Nur berkata dia semakin membiasakan diri dengan kehadiran Adam. Dia mengakui merindui surat-surat Aidil, yang banyak memberinya kekuatan. Sarah datang mencari Nur di tempat kerja, terkejut mendapati Nur dengan Aidil. Perasaan cemburunya membuak. Nur terkejut melihat Sarah. Sarah pinta penjelasan. Sangka Nur, Sarah ketahui tentang dirinya dan Adam. Dia ceritakan segalanya dan pinta Sarah merahsiakannya. Rasa cemburu Sarah mendorongnya untuk memusnahkan ikatan persahabatan antara Nur dan Aidil. Dia menulis surat tak bernama pada Adam yang Nur dan Aidil berhubungan sulit. Adam berdepan dengan Aidil dan Nur. Nur bersumpah tidak pernah menduakan suaminya. Di sudut hati, Aidil menangis mendengar kenyataan Nur. Tapi dia mengiyakannya pada Adam, mereka tidak pernah melebihi batasan sebagai saudara. Adam meminta maaf pada Nur dan Aidil.

Adam dan Nur semakin rapat. Adam berkongsi impiannya bersama Nur. Dia mahu mereka membina hidup baru bersama dikelilingi oleh tawa anak-anak . Hati Nur yang dulu terguris, yang dulu menolak cinta, akhirnya mengakui yang dia juga menyimpan perasaan sayang pada lelaki bernama suami itu. Aidil nasihati Adam supaya tidak melukakan lagi hati Nur. Jika dia ingin memiliki Nur semula, buatlah dengan niat yang ikhlas. Nur mendapat tahu yang Adam mempunyai isteri yang lain Katrina. Katrina merayu padanya supaya tidak merampas suaminya. Katrina jelaskan apa yang telah berlaku, dan Adam cuma inginkan zuriat, itu saja. Dia tidak mencintai Nur, sebagaimana dia mencintai Katrina. Nur kecewa lagi dengan Adam. Dia membawa diri, pergi dari KL. Adam memarahi Katrina kerana melukakan hati Nur. Tanya Katrina, haruskah dia berdiam diri sementara suaminya dirampas perempuan lain? Adam berterus-terang yang Nur itu isteri pertamanya. Katrina rasakan dunianya runtuh dan melarikan diri meninggalkan Adam.

Setahun kemudian, Nur bekerja sebagai agen di Mekah menguruskan jemaah Malaysia. Jiwanya tenang dan telah belajar melupakan Adam. Sewaktu dia mengiringi jemaah, dia terdengar suara memberi salam. Kelihatan Adam berdiri di depannya, berihram dan kepala yang bercukur. Nur hampir tidak mengenalinya, dia menyapa dengan baik dan gembira Adam terpanggil untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Adam menjemput Nur ke hotel dia menginap, Nur menolak dengan baik. Hatinya sudah tertutup untuk Adam. Adam pinta Nur datang untuk ibunya yang sudah mengetahui perkara yang sebenar. Ibu teringin sangat untuk berjumpa dengan Nur. Nur serba-salah, terngiang nasihat majikannya, Ummu Majid yang dianggapnya seperti ibu angkatnya bahawa tiada masalah yang akan selesai dengan melarikan diri. Aidil datang berjumpa dengan Nur, sampaikan hajat ibunya untuk bertemu dengan Nur. Nur akur tapi meminta supaya Adam tidak berada di situ. Aidil kata Adam telah benar-benar berubah kali ini.

Nur sebak dan terus bersalam dan memeluk Ibu. Aidil senyum hiba dan Adam memerhati, matanya berkaca. Nur mengalah akan pelawaan Ibu makan malam bersama. Nur kata dia harus pergi segera, tapi Adam pintanya jangan lari setiap kali berjumpanya. Bukan niatnya untuk mengejar jika pintu hati Nur terbuka untuk terima Adam akan berada di sisi Nur. Jika hatinya masih tertutup dia akan menunggu. Nur terharu tapi begitu takut dikecewakan lagi oleh suaminya itu. Adam pinta isterinya memaafkan semua perbuatannya yang lalu dan berhasrat untuk berjalan ke Masjidil Haram bersama isterinya. Nur menggelengkan kepala, Adam kecewa tapi redha. Aidil melihat dan bersuara ke Nur kembali pada Adam, jodohnya dan Adam sudah tertulis. Dia sebak akan segala pengorbanannya. Ibu berdoa kepada Ilahi, berikanlah kebahagiaan pada Aidil yang selama ini telah berkorban, berikanlah dia cinta seorang isteri. Sebaik airmata Ibu jatuh ke tanah, pandangan Aidil bertembung dengan seorang gadis yang berabaya dan niqab, sinaran matanya menusuk ke hati Aidil.

Gadis tersebut ditemani oleh bapanya dan berjalan menuju ke hotel yang sama tempat Aidil menginap. Sebaik melangkah masuk, ibu mengenggam tangan Aidil, dan berkata dia bangga punyai anak seperti Aidil. Dia bersyukur kerana pengorbanan Aidil, Adam kini kembali ke pangkal jalan. Ibu mahukan yang terbaik untuk Aidil dan dia percaya yang terbaik jugalah dimiliki Aidil. Aidil senyum, mengerti ibunya. Mata Aidil melirik kearah gadis tadi, dan Ibu tersenyum. Ibu nasihati Adam supaya membebaskan Nur. Kata Adam dia tidak akan berbuat demikian kecuali dipinta sendiri oleh Nur.Dia masih menaruh harapan.. Adam terima sepucuk surat dari Nur yang sudah memaafkannya dan dia juga pinta supaya Adam memaafkannya. Dia sedar dia bukan isteri yang sempurna dan mengizinkan Adam untuk mencari penggantinya. Adam membalas surat Nur dia tidak akan mencari pengganti diri Nur. Baginya Nur isterinya hingga ke akhir hayat. Dia menamatkan suratnya dengan sebuah doa.

Setahun kemudian, Adam kini telah membuka firma arkiteknya sendiri yang membuat pengkhususan dalam senibina Islam. Dia terkejut bertemu dengan Nur Amina yang sudah pulang ke Malaysia. Adam bertanya jika Nur kembali untuk selamanya. Dan sudah temui kebahagiaan yang dicari? Nur angguk. Nur tanya kenapa Adam berhenti menulis email pada Nur. Sangka Adam Nur tidak pernah membaca surat-suratnya, tidak. Nur kata dia membaca setiap satu daripadanya. Adam menjemput Nur pulang ke kampong bersamanya untuk majlis pernikahan Aidil. Aidil bersyukurAdam dan Nur bersatu. Adam berterima kasih atas pengorbanan abangnya. Adam dan Nur kembali ke bilik mereka menghabiskan malam pertama mereka dulu. Setelah bertahun lamanya, ini kini malam pertama mereka dalam erti kata sebenar.

Suasana masih riuh rendah dengan hilai tawa orang kampung menyediakan majlis. Adam dan Nur diusik kerana kemesraan mereka. Nur memujuk Sarah yang kecewa kerana Aidil akan melangsungkan pernikahan dengan orang lain. Kata Nur jodoh ditangan Tuhan. Kata Sarah,.Aidil pilih Aliya kerana dia anak orang kaya. Nur menegur Sarah. Nur mengucapkan tahniah pada Aidil, dan Aidil mengharapkan kebahagiaan buat Nur dan Adam. Nur harap akan berjumpa Aliya dalam masa yang terdekat. Menurut Aidil, Aliya menerima dia seadanya. Sarah menasihatkan Nur supaya berhati hati agar tidak kecewakan lagi oleh Adam tapi Nur semakin yakin dengan keputusannya, Adam pilihan terbaik untuknya. Mereka saling berbalas pandang, dan tersenyum. Majlis berlangsung dengan penuh meriah.. tetapi tiba seorang tetamu yang tak diundang..Katrina.

Adam dan Nur terkejut dengan kehadiran Katrina yang kini berhijab. Katrina menceritakan kisah hidupnya, selepas dia meninggalkan Adam, untuk menenangkan diri setiap malam berpesta, bertukar pasangan, mabuk. Di Jakarta dia mengenali seorang wanita yang membimbingnya dekat pada Islam. Nur menjemput Katrina untuk tinggal dengan mereka untuk sementara waktu. Ibu bertanya pada Nur dan Adam siapa Katrina sebenarnya. Nur cuba berdalih, tapi Adam tidak mahu membohongi ibunya lagi. Ini Katrina, isteri keduanya yang dinikahi di Australia. Dibalut perasaan bersalah terhadap Katrina, Adam sedia menerimanya kembali, dengan izin Nur. Katrina menyatakan pada Nur dia tidak ingin merampas hak sesiapa, hanya berkongsi kasih seorang suami. Nur angguk dan memeluknya. Katrina berkata, sungguh mulia hati Nur, dan semoga Allah S.W.T. melindunginya sentiasa.

Adam, Katrina dan Nur belajar hidup bermadu. Katrina merasai dia mengganggu kebahagiaan Adam dan Nur dan selalu mengalah. Adam cuba bertindak seadil adilnya. Dia berkongsi masalah dengan Aidil. Dia merasakan jalan yang terbaik adalah untuk menceraikan Katrina, tetapi rasa tanggungjawabnya menebal. Dia yang seharusnya membimbing isterinya itu, bukan dilepaskan supaya mencari jalan sendiri.. Kata Aidil, dia harus mendengar kata hatinya sendiri. Aidil dan Aliya hidup bahagia walaupun Aidil risau Aliya tidak dapat menyesuaikan diri dengan rumah kampung mereka. Sarah cuba memasang jarum dalam kehidupan mereka, dan bercerita padanya Aidil sebenarnya cintakan Nur. Terkejut Aliya. Dengan selamba Sarah bercerita, Aidil sebenarnya sepatutnya mengahwini Nur, tapi atas permintaan akhir arwah Haji Hassan, Adam yang dikahwinkan dengan Nur tapi cintanya pada Nur tidak pernah padam. Aliya dihambat rasa cemburu. Dia minta Aidil berterus terang.

Kata Aidil itu semua cerita lama tiada lagi wanita lain dihatinya selepas berjumpa dengan Aliya. Aliya masih belum pasti, Aidil cuba meyakinkan Aliya tapi hubungan mereka terus renggang. Adam memberitahu Nur dia akan melepaskan Katrina. Nur memujuknya supaya jangan, dan bersabar. Sewaktu menunaikan solat subuh bersamasama, Katrina pengsan, mereka cuba menyelamatkannya, tapi terlambat. Menurut doktor dia meninggal kerana brain aneurism. Semuanya terkejut, tiada. Adam, Nur dan keluarga di pusara Katrina. Seolah telah menjangkakan kematiannya, Katrina meninggalkan sepucuk surat kepada Adam dan Nur, supaya berbahagia dan supaya tidak lupa yang nur kasih sebenarnya, adalah Kasih kepada Nya..

Sarah semakin rancak meracuni fikiran Aliya supaya Aliya melihat sendiri keakraban Aidil dan Nur. Sarah kata pada Nur, menurut Aliya, Aidil masih simpan perasaan terhadapnya. Dan ini meretakkan hubungan mereka. Nur pinta berjumpa dengan Aidil untuk penjelasannya. Aidil berkata dia hanya simpan perasaan terhadap Nur sebagai seorang adik. Aidil mengiyakan dia pernah menyayangi Nur dahulu. Tanpa pengetahuan mereka, Sarah dan Aliya mendengar perbualan mereka. Pucat lesi muka Aliya. Adam juga ada mendengar perbualan itu. Sambung Aidil, Nur seorang wanita yang sempurna, dan sangkanya dia akan dikahwinkan dengan Nur, sebaliknya yang berlaku. Dia rela berkorban melepaskan wanita yang disayanginya untuk adiknya. Aliya tidak dapat mendengar lagi, lalu pergi. Adam sebak mendengar pengakuan abangnya dan pergi juga. Aidil berkata perkara yang lepas sudah dilupakannya. Jodoh Nur bersama Adam, dan dia bersama Aliya itu sudah tertulis. Nur lega akan penjelasan Aidil, dan Sarah tersenyum sendiri.

Aidil mendapati Aliya telah pulang ke rumah ibu bapanya. Dia cuba berjumpa tapi Aliya mahu bersendiri. Sarah berkata Aliya tidak tahan dengan cara kampung dan rindukan kemewahannya. Hancur hatinya Aidil sampai bila pun dia tidak akan mampu memberikan kemewahan sebegitu pada isterinya. Dia berjumpa dengan Adam yang tidak belas kasihan. Adam bertanya jika Aidil jujur cintanya pada Aliya. Aidil terhina ditanya begitu. Nur juga perasan yang Adam menjauhkan diri. Adam ditugaskan ke Mumbai, sebelum berlepas dia pinta maaf pada Aidil atas semua kesalahannya yang terdahulu. Setelah pemergian Adam, Nur terkejut bila dikhabarkan Mumbai diserang pengganas, dan hotel Adam telah ditawan. Nur dan Aidil cuba mendapatkan kepastian dari Wisma Putra, tapi tiada berita. Ibu juga tidak putus-putus berdoa untuk keselamatan Adam. Nur berkeputusan untuk ke sana, setelah Adam disahkan ada dibiliknya pada masa ia diserang. Tetapi mayatnya tidak ditemui dan dia diklasifikasikan sebagai hilang.

6 bulan kemudian, ibu bertanya pada Nur sampai bila dia mahu hidup sendiri. Kata Nur, Adam menunggu Nur lama dan Nur akan tunggu dia seumur hidupnya. Aidil hilang akal, kehilangan Adam dan Aliya. Nur memujuknya supaya berjumpa Aliya. Aidil dan Aliya bertemu dan Aidil rela melepaskannya jika itu yang dia mahu. Aliya sedih, tanya kembali apakah itu yang diinginkan Aidil? Aidil keliru. Kata Aiya dia tahu Nur bersendiri mungkin Aidil mahu mengahwininya. Aidil menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, dan Aliya juga. Mereka akhirnya mendapat tahu yang ini semua adalah angkara Sarah. Aidil dan Aliya kembali bersama. Sewaktu Aidil bersembang dengan ibunya mereka melihat keadaan Nur senyum bersedih. Tanya ibu, kalau ditakdirkan Adam telah pergi, sanggupkan Aidil mengahwini Nur? Aliya mendengar soalan itu. Aidil berkata dia tidak sanggup menduakan Aliya. Aliya terharu.

Aliya merapati Nur dan memberitahunya yang dia mengizinkan Aidil mengahwini Nur jika itu takdir mereka. Nur menggeleng cintanya hanya pada Adam dan dia akan tetap menjadi isteri Adam. Setiap hari Nur menulis email pada Adam. Dia bercerita pada Adam segala-galanya yang berlaku dalam hidupnya seperti yang dilakukan Adam dahulu. Walaupun dalam surat Nur cuba ceria, sebaik selepas menulis, dia menitiskan air mata. Adam turut menitiskan airmata sambil membaca email di Mumbai. Adam kini bermisai dan berjambang. Soal temannya tidak mahu pulangkah dia? Kata Adam, buat pertama kali dalam hidupnya, dia mahu berkorban untuk abangnya, dia mahu Aidil bahagia. Sarah yang melihat kakaknya menulis surat setiap hari pada Adam merasa cukup bersalah. Tanpa pengetahuan Nur, Sarah mula menulis surat untuk Adam.

Nur menghabiskan masa dengan anak-anak di masjid. Suatu hari, Aidil melihat Nur menangis, airmata berlinangan di pipi. Aliya mendekatinya mengingati perbualan mereka yang dia mengizinkannya. Aidil merapati Nur dan berkata dia sanggup menjaga Nur. Nur memandang Aidil, kemudian Aliyadan Nur menggeleng perlahan. Nur membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tidak mahu lagi menjadi penyebab renggangnya hubungan Aidil dan Aliya. Dia ke stesen keretapi, dihantar Aidil dan Aliya. Sewaktu keretapi berhenti, seorang lelaki berjambang turun. Nur, Aidil atau Aliya tidak sedar akan ketibaannya. Nur bersalam dengan Aidil dan Aliya.. Tudung Nur terbang di tiup angin dan dia menaiki keretapi. Dalam keretapi, Nur memandang keluar, Adam tiba disisinya sambil memberi salam. Nur terkejut, memandangnya, bersyukur.. dia tahu Adam akan pulang juga ke pangkuannya. Mereka berpelukan.

Sunday, October 11, 2009

duit.. duit..

Duit duit dimanakau duit? Duit duit hutang ku membukit. Ada yang kata dollar ada yang panggil baht ada yang panggil pound ada yang panggil Ringgit. Semua itu duit. Orang dah berkata, no money no talk. Ada duit abg disayang, tak de duit abg terbang. Ada duit semua jadi. Duit segala-galanya duit tetapi awas jangan jadi hamba duit. Semua orang susah bila tak de duit. Ada duit hala ada duit haram. Orang Cina cakap tak de hal janji wang, tak kira itu halal ka.. haram ka.. janji ada wang. kalau mahu cepat kaya pi main skim cepat kaya tapi awas kalau kena kapor jangan menyesal kemudian hari. Orang kata pinjam dengan Along cepat dapat tapi sakit mau bayar. Orang kata pinjam ngan chetti puas hati, tapi awas dia datang minta kalu, jangan pulak cabut lari. Paling-paling tidak dan selamat, pinjamlah pada koperasi. he he

Tak apalah wang ke, duit ke, money ke semua tu sama sahaja. Pandai-pandailah jimat wang. Bagi yang tiada buatlah cara yang tiada. Bukan duit penyebab segalanya. Jangan kerana duit kita putus sahabat. Jangan kerana duit kita boleh membanggakan diri. Ingatlah duit tidak boleh dibawa mati. Ingat jangan harus dilupakan fakta ini sebahagian wanita dan lelaki hancur kerana DUit. Dunia bergelora kerana duIT. Nak makan pakai pun perlu ada duit maka pandai-pandai cari duit halal dan menguruskan duit. Jangan biarkan duit menguruskan kita.

bila perasaan bersastera..

Bila kita sendirian dirantau orang, serba serbi kita teringat pada semua kenangan. Tatkala mendengar deruan ombak yang memecah ke pantai. Disulami dengan renyai-renyai hujan membasahi bumi. Alangkah indahnya panorama pagi menjelang mentari terbit, begitu juga tatkala panas terik dengan pelangi yang terbias. Pandai sungguh bijak bistari pujangga dahulukala berkata-kata, antaranya:

"Jikalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepian pantai."

"kalau kail panjang sejengkal, jangan diduga lautan dalam"

"Tuhan turunkan pelangi indah sesudah guruh berdentum dilangit dan hujan lebat ditengah hari"

Terpanggil dengan kata-kata tersebut saya ingin mengulas mengikut pendapat saya sendiri. Bak kata orang jika kita tak nak bermasalah janganlah mencari masalah. Jikalau kita sendiri yang cari masalah makan kenalah bertanggungjawablah keatas setiap masalah tersebut- Berani buat berani tanggung. Terlampau halus bahasa kiasan orang dahulu. Tetapi zaman sekarang mana ada kias-kias lagi. Budi bahasa amalan mulia.

Bak kata orang kalau belum bersedia dengan sebarang masalah jangan libatkan diri dengan sebarang masalah. Biarpun masalah itu datang dari orang yang bermasalah mahupun dari dalam diri kita yang bermasalah. Kekadang masalah datang tanpa diundang.

Bak kata orang setiap dugaan yang buruk, tak baik akan digantikan dengan pelangi indah dan sinar cahaya disuatu masa nanti. Tidaklah selama-lamanya guruh petir setiap hari, pasti ada sinar untuk kebahagian.

tiba-tiba teringat Lata Naning


ketika menjadi 'kerbau balau' di Lata Naning


tengah syok membersihkan mainstin


gambar lilin dan api pun jadi


nampak tenang je


embun pagi dan sesawang lelabah

Bila berat badan dah bertambah terutama selepas hari raya ni maka mulalah teringat kat hutan rimba. Mulalah teringat nak berekreasi semula. Bila dah ada masalah bersarang dikepala mulalah nak berikhtiar 'berkhalwat' bersunyi-sunyian di Lata Naning. Kalau diikutkan hati hendak sahaja pergi sorang-sorang sambil tidur dalam hammock, makan maggie, roti ngan sardin & telor, masak sendiri sorang-sorang tanpa gangguan. Bangun pagi-pagi berkabus dan dingin je. Tapi mana boleh pergi sorang-sorang dibuatnya, disembunyikan oleh bunian nanti baru tau. Lagipun fitness masih kurang untuk pergi seorang diri. Kalau..seribu kali kalau pun tak pe..

pulang dari Kuala Terengganu

Kawan-kawan telah bershopping sakan di Pasar Payang dan juga di Nor Arfa Batik. Aku bersama Tajri dan Matmin biasalah just 'jalang-jalang cari makang'. Sempat merasa nikmat 'durian kunyit' @ 'musang king' sebiji dengan RM38. (2 kg) Nikmat terasa sampai ke malam; panas, pening, bergelora semua ada. Oleh kerana modal tak berapa nak ada, aku hanya melihat warga tua berniaga batu permata. Puluhan penjual keropok jangan ceritalah, lalu sahaja, "abang adik mari beli kerpok leko, rasa dulu sebatang dua.." Rasa-rasanya kenyang perut kerana asyik mencuba keropok lekor yang berlainan tuan. Sendawa entah berapa kali dah.


Kelakar melihat kawan-kawan yang pergi ke Kompleks Nor Arifa Batik. Tengok itu nak beli, tengak sana nak beli. Aku? setakat belilah kain masjid terapung (RM20) adalah. Tapi agak menarik dan cantik dipandang mata. Bagaikan timbul benangnya. Bagi wanita ianya boleh dibuat kain kebaya, bagi lelaki boleh dijadikan baju batik lengan pendek.


Sebelum pulang kami sempat berhenti secara mengejut digerai 007 (direkmen oleh Pengurus Besar TTI) untuk beli keropok leko (pendek) panas lagi. Boleh dimakan secara direbus atau pun digoreng. Tetapi rasa sedikit menyesal, kerana pantai Batu Buruk hanya beberapa meter di belakang Primula beach Ressort dan The Sumai Hotel tetapi tidak berjaya kami injaki. Maklumlah siang berbengkel malam hujan. Yang pasti pantainya memang indah, menarik dan mengasyikkan. Itupun baru tengok dari dalam bas. Jilkalau pergi melepak dipantai, tak taulah mungkin tak mahu pulang ke Bentong.

Kami bergerak pulang dari Kuala Terengganu jam 2.00 petang dan sampai di Bentong jam 9.30 malam manakala kawan-kawan di Kelaja Jaya dalam pukul 10.30 malam Itupun kami tidak ikut Kemaman terus shortcut Bukit Besi, tetapi penuh dengan likuan dan selekoh. Maklumlah lori dan kereta orang kampung banyak. Maka perjalanan menjadi slow. Terima kasih kepada Bas Persiaran Kopetro keran sudi menghantar ke Bandar Bentong, kalau tidak mungkin turun tepi jalan ajelah.

Saturday, October 10, 2009

Taman Tamadun Islam (TTI)

Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke Taman Tamadun Islam Terengganu (Edutainment Park). Lebih kurang jam 2.45 petang kami diraikan oleh kakitangan TTI dengan mesra. Taklimat rengkas diberikan beserta 'pasport' setiap seorang. Kami menaiki 'tram' (ala gerabak keretapi) mengelilingi TTI di Pulau Wan Man. Sempat singgah di monumen Masjid Negara Malaysia, Masjidil Haram, Mekah dan Kubah As Sakhirah, Palastine. Selebihnya kami lihat dari 'tram' sahaja. Terdapat 21 menomen Islam. Terpegun seketika dengan hasil tangan anak Terengganu. Monument tersebut melebihi 90% hampir sama dengan asal. Cuma dari segi material dan saiz sahaja yang berbeza. Dari lembah gurun Arab ini, cetusan Tamadun Islam telah berkembang ke benua-benua di seluruh dunia dengan masa separuh abad setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Penyebaran Islam dengan cepatnya tersemarak dari Afrika hingga ke Eropah dan dari India hingga ke China. Ia telah berkembang menjadi satu siri tamadun yang hebat membentuk sebuah masyarakat yang kompleks dengan latar belakang etnik yang perlbagai. Ia disatukan oleh kepercayaan yang sama yang dikuatkan oleh rangkaian ribuan masjid. Taman Monument TTI menawarkan pelawat-pelawatnya pengalaman unik. Memaparkan monument Islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global lagi sofistikated.

Walaupun agak kepenatan, namun tetap merasa puas dengan pengalaman melawat 21 antara monumen Islam terhebat yang pernah didirikan di Malaysia;

1. Kudus Minar, Central Java, Indonesia.
2. Pattani Central Mosque, Thailand
3. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam.
4. Taj Mahal, Agra, India.
5. Badshahi Mosque, Lahore Pakistan.
6. Kubbah As Sakhrah, Palastine.
7. Great Mosque of Samarra, Iraq
8. Sheikh Lutfallah Mosque, Iran.
9. Abu Naasr Parsa, Afghanistan.
10.Al- Harram Mosque, Mecca
11. Aleppo Citaadel, Syiria
12. Mosque of Mohamed Ali, Eygpt
13. Naabawi Mosque, Madinah
14. Suleyman Mosque, Turkey
15. Great Mosque of Qairawan, Tunisia
16. The Palace of Al-Hambra, Grenada Spain.
17. Kalyan Mineret, Uzbekistan.
18. Great Mosque of Agadez, Niger
19. Kul Sharif Mosque, Kazan, Rusia
20. Xian Mosque, China.
21. Masjid Negara, Malaysia


Selepas itu kami juga berjaya pergi ke Masjid Kristal. Sekali lagi kami terpegun dengan senibina dan keindahan masjid tersebut. Itulah keindahan bumi Terengganu, Malaysia. Wallahuallam..

Friday, October 9, 2009

rahsia hati wanita

SENSITIF: bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

CEREWET: bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM

IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah.

PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .

MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insane yang bernama LELAKI, namun juga sesame kaum.

EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus

SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan.

dari Bentong ke Kemaman ke Kuala Terengganu

Sebentar tadi baru sahaja sampai di Hotel Sumai di Kuala Terengganu jam 5.45 petang. Sebuah hotel baru bersebelahan dengan Hotel Primula Beach Resort. Bilik 701 (apartment suite). Mengadap laut lepas. Best, tenang dan nyaman. Suasana redup dan mendung disertai dengan rintik-rintik dan kekadang renyai. Ibarat hujan petang tetapi langit masih cerah. Jumpa kenkawan lama dalam bas, bersembang sampai tak terasa jauhnya jarak Bentong dengan Kuala Terengganu. Berhenti di R&R Maran untuk melepaskan hajat. Sampai di Kemaman, kami berhenti Sholat Jumaat dan makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan.

Agak lama tidak melalui jalan pantai, tetapi pemandangan masih mengasyikkan walaupun bas bergerak dengan laju. Sempat juga menjeling ke kiri kanan jalan. Didalam hati berkata, Terengganu pesat membangun kalau nak dibandingkan dengan Pahang. Terasa macam nak berhenti je kat situ nak lepak-lepak kat pantai. Sesampai je kat hotel welcome drink telah tersedia, apalagi basahkan tekak sebelum naik ke bilik untuk rehat seketika

Thursday, October 8, 2009

Bahagia..

Bahagia? Apakah yang dimaksudkan oleh bahagia. Mengikut Kamus Tesaurus Bahasa Melayu Dewan 1998 dan kamus lanjutan Federal publications 2003 ianya bermaksud: damai (bebas dari gangguan), riang, sejahtera, makmor, puas hati,sentosa, aman, tenteram, senang, beruntung, selesa (rasa enak dan puas), lega, sakinat. Peaceful and happy. State of being full of contentment, everlasting, cheerfulness.

Mengapa kita nak bahagia? Kadang-kadang orang tak boleh bagitau apa jawapannya. Kerana dia memang nak bahagia. Perkataan bahagia telah merangkumi segala jawapan yang paling lengkap bagi maksud yang pelabagai. Masih ramai tertanya-tanya mengapa tak bahagia sedangkan anda sudah ada semuanya. Bahagia itu sendiri adalah subjektif dan jikalau kesemua erti bahagia diperolehi barulah sebenar-benarnya kita akan berasa bahagia. Menjawab persoalan tersebut, lafaz dengan mulut belum tentu bahagia, kerana hati dan minda sebenarnya yang patut bahagia.

Dan sudah tentulah kebahagian sejati merangkumi kebahagian didunia dan diakhirat.

Wednesday, October 7, 2009

baca personaliti melalui rambut

Rambut Lurus - bijak, seorang yang happy bergaya, cemburu dan pandai dalam pengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

Rambut Kerinting Tebal - kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantik, banyak pergaulan tetapi susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung.

Rambut Kerinting Negro - bijak, ego, cemburu buta, romatik, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.

Rambut Ikal Mayang - bijak, berfikir sebelum bertindak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.

Rambut Halus/Lembut - bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan pekerjaan dengan bersunguh-sungguh.

Rambut Sikit - bijak, sentiasa berfikiran negetif pada seseorang, ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

Rambut Perang - kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

Rambut Tebal - bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

Rambut Kusut - sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan.

Rambut Beruban - kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri.

Rambut Tiada (botak) - sendiri fikir he.. he.. he.. maaf tiada dalam kamus personaliti. Nampak macam garang tetapi seorang yang sensitif, manja, romantis, tetapi sedikit baran, keras kepala dan bijak menyesuaikan keadaan.

Agak-agaknya anda dimana? Janganlah marah kat saya pulak. Jika ada sikap yang tak kurang baik tu kita boleh ubah. Mungkin betul apa yang ditulis, mungkin ada yang tak betul. Tetapi kebarangkaliannya hampir 80% betul. Betul tak? anda sahaja yang tahu. Biarlah ia menjadi rahsia, kan..

Semalam terkena Exzos...pedih! panas! perit!

Itulah orang kata jangan angkat motor tu. Nak juga angkat, degil! Adoi panas, panas. Itulah pengalaman kena exzos motosikal. Nah..ambik kau..melecur kat kaki kanan sebesar duit kertas RM1. Uhuuuu...sakit pedih. Apa lagi kelam kabut cari petua nak ilangkan pedih dan panas akibat melecur tadi, maka teringatlah petua orag tua-tua dulu. Jikalau terkena air panas, api dan sebagainya yang seangkatan, ubat yang paling mustajab: ialah:-

ambil madu asli dan bubuhkan ke tempat yang terlibat atau ambil susu pekat kemudian bubuh ke tempat yang terlibat atau bubuhkan mana-mana ubat gigi ke tempat yang terkena air panas atau api atau minyak panas tersebut. Ataupun ambil telor putih lumurkan ke tempat yang terkena.

Jikalau tak sempat sangat, just sapukan minyak gamat. Tetapi apapun anda ikhtiarkan maka kesannya lambat hilang dan bakal mendatangkan parut.

Petua Popular Tradisional

1. Darah Tinggi
Ambil kelapa muda satu gelas, campurkan serbuk kopi satu sudu teh dan garam jantan (garam buku) satu ketul, kemudian bancuh lalu diminum.

2. Kencing Manis
Ambil pokok belimbing tanah (bukit) direbus dan minumlah 2 kali sehari

3. Penyakit Batu Karang
Ambil rumput manis. Tumbuk hingga hancur, dicampur sedikit gula air, kemudian ditapis dan minumlah airnya atau minum air rebusnya.

4. Tersangkuk tulang ikan di Tekak
Ambil minyak kelapa (minyak masak) kemudian lumurkan ke lubang dubur (punggung) @ kepalkan nasi letakkan dalam senduk, selawat 3 kali dan telan perlahan.

5. Senggugut
Minumlah air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih semasa kedatangan haid atau sebelumnya @ minum air coke coca-cola sejuk.

6. Uluran
Minumlah air rebusan buah dan akar pokok kor (terdapat dikawasan bukit)

Rujukan ubat-ubatan Tradisional Melayu dan Doa-doa penawar penyakit [rahsia kebaikan surah Al-Fatihah]

Bisikan liar..nafsu lawan akal

Sudah kukatakan dahulu lagi. Jangan berpaut pada dahan yang rapuh. Jangan percaya pada khabar-khabar angin. Jangan percaya sekalipun cable sebesar peha. Engkau ni sentiasa dipermainkan, engkau sentiasa menjadi mangsa. Engkau ni baik sangat. Masih terngiang-ngiang ungkapan kata akal kepada nafsu. Apa yang engkau dapat? Bukankah pernah kukatakan engkau bila perlu dicari, bila tak diperlukan bye bye baby. Apa yang engkau dapat. Sekalipun cable besar peha jika mereka tidak mahu tolong, tak usahlah engkau melolong sana sini. Hentikanlah. Bukankah, sudah kukatakan buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Engkau tak tahu apa yang ada dalam rencah kerjaya dan kehidupan masa hadapanmu. Penuh likuan penuh ranjau.

Usah diharap budinya orang, kelak kita akan kecundang. Usah diharap janji kata, kelak binasa jiwa merana. Usah diharap bantu simpati, kelak jiwa sakit hati, usah dikenang perkara silam, kelak membuat fikiran kelam, usah diharap bantuan orang, kelak nanti dicaci orang, usah menaruh harapan menggunung, kelak sakit badan menanggung, usah diharap balasan budi, kelak sengsara sampai mati, usah ditangisi perkara terjadi, kelak menyesal setiap hari, usah mengharap pada yang tak pasti, kelak diibarat meroyan sendiri.

Lain kali, dengar! dengar!

Jangan percaya, kata-kata manis umpama gula. jangan cepat terpedaya dengan janji manis ditepi bibir. Selagi tiada black and white janganlah buat andaian sendiri. Cukuplah....dengarlah nasihat diri dan jangan ikut sangat kata hati.

Selepas ini pandai-pandailah berdikari.. Percaya pada diri sendiri dan berusahalah serta bertawakkalah.

Tuesday, October 6, 2009

kenali dia...

Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita tahu siapa dia.

60 petua jalinkan kebahagian pasangan

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan abadi. dalam melayari alam berumahtangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Namun begitu setelah dikupas, diolah dan dinyatakan berulang kali maka terdapat 60 petua rengkas untuk dijadikan amalan pasangan suami isteri mahupun bakal ke jinjang pelamin untuk mereka melayari bahtera rumahtangga. Kepada pasangan kekasih juga boleh mengambil iktibar yang baik dari kajian Datuk Dr Fadzilah Kamsah.

1. doa yang sentiasa berterusan.
2. patuh pada ajaran Islam
3. murah dengan puji-pujian.
4. murah dan ringan tulang dengan khidmat.
5. murah dengan belaian kasih sayang.
6. murah dengan sentuhan manja (ceria)
7. mencari kebaikan pasangan.
8. cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. berfikiran terbuka, boleh tegur menegur.
13. berani mengambil risiko emosi -tegur/perubahan
14. menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. sentiasa tolak ansur dan senyum
16. menghormati & mengambil kira 'gerak batin' intuition perempuan
17. sedar perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
18. mengubah diri untuk meransang perubahan pada pasangan.
19. sanggup berkorban demi pasangan
20. tidak mengejar kebendaan semata-mata
21. hormati hobi, kegemaran, makanan & citirasa pasangan
22. berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. hormat perbezaan dalam diri pasangan
25. sentiasa bermaafan sebelum tidur
26. meletakkan hak kepada pasangan
27. sentiasa berbaik sangka terhadap masa depan.
28. tidak menjadi hamba kepada pasangan
29. berubah slow-slow untuk tingkatkan kebahagian.
30. mengawal marah dengan berbuat perjanjian.
31. cari penyelesaian dengan win win situation.
32. menghormati sifat semulajadi pasangan.
33. muhasabah hubungan & mencari punca masalah.
34. memahami peranan 'pasangan'
35. hubungan perasaan sesama pasangan
36. jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah @ benci didalam hati.
37. bentuk kod kasih sayang dan anda berdua sahaja yang tahu.
38. sengaja rancang untuk baiki hubungan dengan pasangan.
39. 7 kali puji 1 teguran.
40. sebut I Love You sepanjang masa.
41. banyakkan bergurau dan bermesra.
42. sentiasa berterus terang.
43. beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. elakkan salahkan pasangan.
46. cari titik pertemuan.
47. selesaikan segala masalah hari ini juga.
48. lebih banyak memberi dari menerima.
49. minta nasihat, pandangan atau maklumkan balas daripada pasangan
50. sentiasa bersemangat -bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dsb.
51. seimbangkan hubungan emosi, ekonomi, sosial & spiritual.
52. jangan berjauhan terlalu lama. (kecuali terpaksa)
53. tidak terlalu mengongkong. (memaksa, mendesak)
54. tidak bertindak bersendirian (berbincang)
55. humor atau lawak dari masa ke semasa.
56. minta bantuan untuk memecahkan kitaran negetif.
57. berwawasan dan sentiasa pandang ke depan.
58. tidak meminta yang bukan-bukan.
59. elak mendera pasangan apa cara sekalipun
60. redha dan shukur dan tawakkal kepada ALLAH.

Kemungkinan besar ada lagi petua yang lebih bernas untuk ditambah dan diadunkan. Tepuk dada tanya iman anda. Adakah anda memilikki semua ini.? Sekurang-kurangnya anda telah mendapat sebahagian pun sudah dikira mencukupi dan bagus sekali. Renung-renungkanlah.