Salam siber buat semua. Kadang-kadang sedih melihat mereka yang dibasmi kemiskinan tegar dan kebuluran disana sini. Sudah menjadi resam dunia apabila dijemput secara rasmi tak mau datang, bila tak dijemput macam-macam alasan dan kutukan. Bukan apa saje teringat ketika majlis berbuka puasa di Coffee Terrace, Hotel Genting. Berapa kerat je orang kita yang hadir selebihnya bukan muslim. Kekadang terpanggil dihati ini, apalah salahnya korporat besar sebegini menjemput dan menaja orang miskin, orang susah, orang kampung, anak-anak yatim dan orang daif. Setakat mana yang mereka boleh habiskan. Tidak akan rugi dan bengkrap sesebuah koporat hanya dengan bersedekah. Lagipun ALLAH telah menjanjikan habuan yang paling berharga bagi sesiapa yang bersedekah dibulan Ramadhan yang mubarak ini. Sedangkan kita yang sihat segar bugar ni pun setakat makan ala kadar sahaja. Maklumlah itu semua nafsu belaka. Terima kasih kepada rakan-rakan yang turut hadir. Kepada 'yang tak pernah' nak menjemput tu dan yang 'tak pernah nak sembawa', faham-fahamlah di dalam dunia ini ada pelbagai lagi tempat yang menarik bukan hanya tertumpu pada satu tempat sahaja. Nak jemput kawan-kawan lain segan la pulak, lagipun orang jemput kita takkanlah kita nak jemput orang lain pulak kan. Yang pasti kalau ada kelapangan datanglah ke Coffee Terrace, macam-macam ada Chinese food, Nyonya baba food, Malay food (penang style, Johor style, Pahnag style etc), Indian food, Western food, Japanese food, Mamak food, Indon food etc. Bagi yang tak biasa datang memang best kerana banyak sangat pilihan, ada sate, otak-otak (tanpa daun kelapa), sushi, salmon, laksa, roti nan tandori dan tersangat banyak. Sepanjang-panjangnya semua ada makanan sampaikan 'rambang mata' dan sangat menyelerakan. Ini belum termasuk pencuci mulut dan sebagainya. Macam-macam buah ada. Pelbagai jenis kek, kuih dan ice cream. Alamilah kenikmatan tak terperi di Coffee Terrace.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment