Terasa sebak didada dan hampir mengalirkan air mata. Bukan apa, semalam saya sempat berbuka dengan anak-anak yatim disekitar Bentong di Surau Kg Baru, Bentong anjuran pemuda dan puteri UMNO, GLOKAL dan penduduk setempat. Sempat juga saya menyelami perasaan mereka ketika majlis penyampaian hadiah raya. nampak macam gembira tetapi didalam hati siapa yang tahu. maklumlah mereka sudah ketiadaan emak dan bapa. Apa yang menarik dari muda sampai yang tua turut memeriahkan majlis berbuka puasa tersebut. Tanpa mengira pangkat dan kedudukan semua hadir. Manakala tetamu istemewa ialah Y.H Dato' Tontawee D.O Bentong dan Tn Syed YDP Bentong. Selebihnya adalah ketua-ketua jabatan berhampiran. Inilah keistewewaan di bulan Ramadhan dimana ramai hamba Allah yang menghulurkan sumbangan makanan dan kewangan. Macam-macam ada. Nasi Beriayani, daging kurma, sambal udang, ayam masak merah, acar nenas, acar merah, sate dan keropok. Manakala minuman seperti sirap, teh bunga dan air mineral disediakan. selepas sholat tarawikh ada more. Lemang, rendang ayam, martabak mini, bubur lambuk, huih donat, muffin, cendol dan teh tarik. Mewah bukan? Tak cukup dengan itu kawan-kawan ajak pergi mengeteh kat Restorak TMK pekena air kelapa blended pulak. Senak perut.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment