Perasaan tak tenteram datang lagi. Bahaya betul bila tiba dok berangan ni. Macam-macam dalam kepala ni cukup berserabut. Macam wayang gambar lak, satu satu keluar kat skrin otak ni. Bukan bermaksud aku tak ada kerja, cuma rehat seketika. Maklumlah asyik kerja, kerja, kerja. Sesekali datang idea, apalagi terus buat latihan jari dan minda. Yeah.... kenapalah tiba-tiba fikiran aku ni kusut. Yelah... dah lama rupanya aku dok di Bentong ni sejak 2005 lagi. Banyak lagi barang-barang pindah belum dibuka kotak dan plastik. Kalau tak pindah pun lagi baik tapi kalau terpaksa pindah aku pun terpaksa redhalah. Bukan setakat gundah gulana, maklumlah aku dah selesa menetap disini tiba-tiba instinct berkata-kata, Latif dan tempah 'kotak', Latif dan boleh packing barang sikit-sikit. Uhuuuu..kena booking lori la pulak. Hai.. diri sendiri dah berkata begitu. Ini kira kes berat. Kenapalah nak pindah? Manalah tau kot-kot orang tak suka. Maybe dah lama sangat kat sini. Walaupun belum ada kesahihan nak pindah namun perasaan waspada dan bersedia menghadapi kemungkina mesti ada. Bila dikenangkan Bentong bagi aku adalah tempat yang paling aman, selesa, tenteram, damai tanpa banyak banyak kerenah. Penduduk disini semuanya ramah dan berbudi bahasa tanpa mengira bangsa dan jantina. Walaupun aku tak kenal mereka namun mereka tetap kenal aku. mengapa eik....? ialah aku ni rambut tak ada, sudahlah tu 'botak' pula. Jadi senang orang kenal aku. Nak buat jahat apatah lagi. Dari jauh orang dah nampak. Harap-harap aku kekal lah disini, lagipun belum puas menabur jasa dibumi Pahang ini. Kadang-kadang jangkaan kita pun tidak selalu tepat.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
abg..pakai la rmbut ari tu...ensemm...heheh
ReplyDeleteha ha ma acih, tapi rambut tu dah kasi kat anak rossa
ReplyDelete