Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Monday, September 14, 2009

Kejam.....

Kejam sungguh. Puas ku pupuk kubelai dan ku manja. Ada juga orang sanggup pisahkan kita. Dikau sentiasa kusiram dengan kasih sayang. Kubajai dengan baja mesra. Kenapa mereka curi kasih kita. Siapalah yang gatal tangan merungkai dan mencabut dikau dari gengamanku. Selama ini aku tidak tahu dan tidak menyangka ada orang lain yang meminati dikau. Wang ringgit bukan segalanya. Betapa susah untuk aku mendapatkan dikau. Puas sudah ku tabur budi. Senang-senag sahaja diaorang mencabut, muncuri dan melarikan buah hati ku. Kurang ajar, tak sivik, kalau nak mintalah cara elok cara baik. Tak kan sepohon kelapa gading pandan pun nak curi. Baru ianya bertunas dan bercambah daun baru tiba-tiba 'malaun' pergi korek kelapa pandan ganding gua yang gua tanam tepi kolam. Ches! aku tak halalkan dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment