Entah mengapa dan dengan tiba-tiba sahaja hati ini berdebar-debar. Tak tahu punca sebenarnya. rasa seperti marah keciwa dan bersedih semua ada tapi semuanya 50-50. nak dilontarkan nak diluahkan tidak tahu apa dan mengapa nak dilontar. Aku sendiri pun tak pasti. Nak dikatakan masalah hati bukan kot. Nak dikatakan masalah duit, dari dahulu lagi aku memang tak berapa nak ada. Ya Allah, mengapa jadi begini. Nasib baik bulan puasa kalau tidak dah lama aku 'mentekedarah' nasi ke apa-apa yang boleh dimakan bagi menghilangkan perasaan berdebar dan stress sebegini. Aku ni lain sikit, kalau aku marah ke, susah hati ke, 'larau' ke aku akan menjadi king of food. makan dan terus makan tanpa perasaan, maybe itulah pasal badan aku ni asyik mengembang tak pernah surut. Kadang-kadang aku terfikir, apa kesah apa aku peduli perihal orang lain.. tapi aku lain sekali aku 'terjebak' sekali dan sekali aku 'carring' aku akan selesaikan sampai sudah till the end. Lagipun it's not the end of world. Ya Allah sekali lagi aku memohon agar aku diberikan petunjuk, apakah sebab musabab aku jadi begini. Mungkin lapar agarknya. Semalam dan sebelumnya ok je. Takkan sebab berpuasa. jantung berdebar dengan bunyi dug! dug! fikiran melayang-layang dan tangan mengigil. Maybe sejuk sangat kot. maklumlah aircond melampau-lampau sejuk ni. Aku cuba gak melompat sana melompat sini bagi ilang sejuk. sama je. Yang pasti hanya Dia Yang Maha Mengetahui.....Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menempuh masalah ini. Dari sekecil-kecil masalah hingga ke sebesar-besar masalah...
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment