Jam sudah hampir menunjukkan dinihari pagi. Tiba-tiba terpanggil untuk menzahirkan perkataan kawan. Mungkin kalian dah jemu dengan perkataan kawan yang pernah aku perkatakan sebelum ini. Tapi tak mengapalah, sekadar menceritakan perihal kawan kepada kawan-kawan. Buat masa sekarang bila-bila masa sahaja kawan boleh menjadi lawan, kawan boleh menjadi ancaman. Mengapa pulak? Lagi mau tanya. Orang sekarang berkawan ada sebab musabab, ada tipu muslihat. Ada juga yang nak berkawan atas sebab kita punya wang, punya harta, punya kedudukan. Bila dah dah tak de semua tu, ermmm bo layan.... Tapi aku bukan ada semua tuh. (tak berapa nak ada) Bukan semua tu jahat dan tak baik seperti yang aku perkatakan tadi, ada, yang baik ada cuma segelintir sahaja. Mengapa aku katakan begitu? Ialah mula-mula kawan, lama-lama dah tak kawan. Dulu baik buruk tak tau, sekarang bukan setakat tau tapi dah hafal. Jikalau seseorang itu ingin berkawan dengan ikhlas ianya tidak akan membuat seorang lagi kawan berduka, bersedih, mengugut, mengongkong, memaksa, mendesak dan sebaginya. Kawan seharusnya tempat untuk teman berbicara, bertukar pendapat, meluahkan isi rasa dan sebagainya. Rupa-rupanya semakin lama berkawan semakin sukar untuk menerima sesorang itu sebagai kawan mahu pun lebih dari kawan. Apakah benar kata pujangga makin lama berkawan makin makin jiwa tertekan. Apakah semakin lama bersama hilang nikmat berkawan. Yang hairan bin ajaibnya semakin lama berkawan bukannya semakin bersefahaman tetapi lama-kelamaan semakin suram. Kita ni berkawan bukan untuk sehari dua tetapi untuk selama-lamanya. Bak kata orang masa berkawan semuanya jadi ehsan. Agak-agaknya kalau berkahwin dengan kawan-kawan, macam manalah ragam dan lakonan. Tak sama kan. Ada orang cakap buat je isteritu macam kawan. Apa kata buat je kawantu macam isteri. Tak boleh kan. Apakah sudah lama berkawan sedikit punya hal pun nak simpan-simpan? Apakah sudah lama berkawan sudah makin 'bercempawan'? Tak kot... perasaan je kot. entahlah... Jangan dah lama berkawan kepala makin sawan. Hati-hati berkawan takut-takut kawan main kawan. Ramai... tapi kalau tak berkawan, kita nak jadi apa? Takkan nak berkawan dengan kucing, ikan, burung atau hantu ke. Kekadang terfikir gak tak payah berkawanlah. What the hell! Tetapi kita hidup ini perlu berkawan perlu bermasyarakat kan. Jikalau tak berkawan, maka jadilah seperti kera sumbang yang dicat mukanya. Tiada siapa yang sudi mendekati lantaran terus mati beragan sendirian mencari kawan, begitulah dengan kita. Takkan nak berkawan melalui sms, email, yahoo massenger, skype, facebook, my friendster, my space dan lain-lain je. Ini dah dikira kawan cyber. Iyalah masa dah berubah. Tetapi, tahukah kalian? Musuh yang paling utama dalam kehidupan seharian, bisnes,peribadi adalah kawan. Betul ker? Dah banyak terjadi. Ada juga orang tua-tua berkata, jangan gelak kuat-kuat dengan kawan (terlalu gumbira) takut-takut nanti suatu masa bersedih dalam tawa. Wallahu'alam. Kawan, apalah erti kawan jika hidup tak keruan. Yang pasti kena pandai pilih kawan. Kepada kawan-kawanku yang masih sudi berkawan denganku, terima kasih banyak-banyak. Jasa kalian aku kenang sampai ke Syurga. Tak sangka ketika umur menjelang 40an ni masih ada yang sudi nak berkawan. Terima kasih bebanyak. Kepada yang tak sudi berkawan, nak buat cam ner dah muka dan perangai aku ni asyik meraban agaknya. See you all in Paradise. InsyaAllah. Mungkin selepas ini kalian akan terkenangkan dan rindu mukaku yang bulat dan kepalaku yang tak tumbuh-tumbuh rambut. Arch! persetankan semua ini. La..dah habis coretan ni, pi buat keje, asyik dok baca blog je. jangan marah.....kalau marah nanti kena jual, nanti cepat bekedut dahi tuh..cenyum kit...camtulah...
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Tuesday, September 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment