Tip top tip top, lip lap lip lap maka masa tidak boleh diundurkan lagi. Andainya boleh ku ulang masa kembali, alangkah indahnya hidup ini. Barang apa jua belum dilaksanakan kan ku laksanakan. Begitu juga segala yang kurang baik akan dibaiki. Begitu juga zaman persekolahan akan ku lakukan dengan bersungguh-sunguh. Akan ku score markah exam begitu cemerlang. Tapi itu andaikata. Sayangnya masa tak boleh diundur. Itu sebab aku sekarang seperti apa yang ada sekarang. Tidak seperti kawan-kawan lain yang telah berjaya dalam hidup dan kerjaya. Ada yang jadi bank manager , usahawan, pegawai tinggi kerajaan, eksekutif swasta dan lain-lain lagi.
Andaikata ku dapat ulang zaman remaja, alangkah indah. Akan kuperbetulkan kesilapan lampau. Akan kubaiki segala perhubungan, percintaan dan kekeluargaan. Akan ku isi masa tersebut dengan penuh pengertian dan kasih sayang.
Andaikata dapat ku ulang zaman kanak-kanak, alangkah bestnya dan akan kubuktikan sesuatu pada diriku, keluargaku dan masyarakat. Betapa putih dan sucinya hatiku ketika itu. Mungkinkan aku ingin menjadi 'budak' yang soleh dan warak. Agar aku bisa disayangi dan disenangi oleh semua.
Andaikata dapat ku ulang zaman pra matang, mungkinkah aku terus belajar di menara gading sampai ku genggam ijazah. Malahan ke tahap yang tertinggi sekalipun. Mungkin aku telah menjadi kebanggaan keluarga mahupun masyarakat.
Andaikata dapat ku ulang zaman belia. Akan ku kumpul wang berjuta untuk bekalan masa hadapan. Jikalau tidakpun biarlah puluhan ribu ringgit. Akan ku halang semua sikap boros, tamak dan enjoy ku. Akan laksanakan ia siang malam demi mencapai cita-cita.
Andaiku dapat ku ulang saat indah. Akan ku kekalkan sampai bila-bila. Namun ketika itu aku tidak cukup matang untuk bergelar kanak-kanak, remaja, belia dan pasti kematangan seorang yang bernama lelaki belum hadir. Setiap itu sudah tertulis ketentuan. Masa tidak mungkin dikembali. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian memang satu penyesalan. Ada orang kata masa itu emas dan juga masa itu nyawa. Yang penting bersyukurlah kita kerana kita masih mempunyai masa untuk bernafas dan mengabadikan diri kepada Nya.

emmmm...nice....
ReplyDelete