Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Friday, September 11, 2009

salam kemaafan - maaf zahir batin

Salam blogger dan salam 1 Malaysia. Selamat menyambut hari lebaran yang tidak berapa lama sahaja lagi. Disini saya ingin mengambil kesempatan kepada semua yang pernah mengenali diri ini untuk memohon ampun dan maaf andaikata selama ini ada menyakitkan hati, termakan dan terminum, terumpat dan terkata, terpegang dan tersentuh. Maaaf zahir batin atas apa-apa jua perlakuan yang pernah dilakukan. Begitu jua diatas dosa-dosa lampaui. Sebagai manusia biasa, sekali lagi saya ingin menzahirkan maaf secara terbuka atas apa-apa kesilapan mentafsir, ketidaksengajaan kata-kata dan segala macam bentuk perbuatan dan perlakuan yang tidak senonoh yang pernah saya lakukan diatas muka bumi ini. Begitu juga saya akan sentiasa memaafkan kalian semua dari sekecil-kecil salah silap sehingga sebesar salah laku.


Setiap apa yang berlaku itu adalah ketentuanNya. Dan segala yang baik itu datang dari ALLAH taala dan yang buruk itu semestinya dari diri saya yang hina ini. Semoga kita berjumpa lagi dilain masa jika diizinkan ALLAH. Semoga amalan kita semua diterima Nya. Amin!

2 comments:

  1. hii..sekampung kite weh
    owk beghaye kemane nanti??

    ReplyDelete
  2. hai..koi terpaksa beraya di Sg Besor weih..turn bini koi...apa leh buat

    ReplyDelete