Salam siber. Hari ini aku ingin berkongsi melepas perasaan dan sering tertanya mengapa masih ada orang sakit hati pada diri ini?'. Aku rasa ianya sudah tidak tertahan lagi dalam benak kepala ini. Kat mana aku nak mula? Dipendekkan cerita. Ada dikalangan rakan sekerja tidak puas hati kepada diriku yang tidak sebijak ini. Ini biasalah berlaku dalam kehidupan alam Melayu yang terkenal dengan Falasah PHD (perasaan hasad dengki). Apatah lagi berlaku kepada melayu celup @ melayu campur @ masuk melayu. Dikhabarkan orang seperti aku tidak layak duduk dikerusi empuk yang ada sekarang. Dikhabarkan aku tidak pandai melaksanakan tugas yang diamanahkan. Aduan, sungutan dan tak puas hati hari-hari terkeluar. Aku tak pernah kacau pun hidup dia. Aku tak pernah ambil tahupun 'dalam kain' dia. Kenapa dia pulak yang lebih-lebih. Kalau gentleman sangat datang jumpa aku, cakaplah apa yang tak puas hati. Jangan cakap belakang belakang. Kalau tak puas hati sangat, aku ni apa-apa pun boleh buat, kalau bertinju pun sanggup. Itupun kalau dah melampau sangat. Kalau nak diikutkan ketika zaman jahilliah dulu, dah lama aku belasah dia ni. Puhhh.. lagaknya memang 'A' class. Cakap jangan ceritalah, semua tau dan dia sahajalah yang betul. Kadang-kadang terfikir gak. Kenapa tak berani cakap depan depan. Sikit-sikit mengadu kat Bos, dia ingat Bos to bodoh ke? Cakap tak serupa bikin. Korang taulah siapa yang selalu cakap berbelit-belit macam ular ni. Tak payah nak diperjelaskan lagi. Sejarah telah membuktikan, sejak zaman kesultanan Melaka lagi, lama dah. Eiiii harap-haraplah engkau baca apa yang aku tulis ni. Sedarlah sedikit. Ubahlah sikap sebelum terlambat. Dulu beriya-iya sangat nak tukar, Tak juga tukar-tukar, last-last orang lain juga yang kena tukar. Blahlah..cakap semua orang boleh cakap. Cakap ini tak boleh, itu tak boleh. Apa yang boleh.? Cakap tak makan itu dan tak makan ini tapi bila free balun gak. Cakap pandai itu pandai ini, bila disuruh buat macam-macam alasan dibagi. Podahh....itu semua tektik lama beb. Complain orang nombor satu bila Bos suruh wakil dia, 'sorilah bos saya ada hal ini ada hal itu' Kalau tak dijemput, mengadu; 'Bos pasal apa saya tak da nama, asyik dia je?' Mamat ni belum kena buku ngan ruas agaknya. Kalaulah dia kat tempat besar baru tau langit tu tinggi ke rendah. Baru ada jawatan sikit berlagak nak mampus.. nak kena jemputlah, protokolah, bila kita jemput ikut protokol jual mahal pulak. Pakai seluar baju bukan boleh sembarangan pakai tetapi hari-hari, minggu-minggu pakai yang sama je. Takpelah maybe dia banyak pakaian warna sama kot. Itu hak dia biarlah. Tapi dengan aku ini lain, lain kali jangan cakap tak serupa bikin. Sebab dinding, pintu, tingkap semua boleh bercakap. Belum cerita pasal hati busuk lagi. Orang punya buat semua salah. Ayoyooo apa cerita ni. Kalu ikutkan sakit hati aku aku belasah dia ni. Mengenangkan kawan-kawan je, depa dok kata jangan labu jangan labu. Siapa yang makan cili akan terasa pedasnya. Ha ha jangan salah faham semua cerita adalah rentetan dari Novel Maniam Oh Maniam. erm..buat suspen je.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Halo-halo..heheh kecian..biasala kat memana pun ade orang jaki..cume serius atau tak aje tahap kejakian tu..pedulikkan dia...tak berkudis pun kita dengan kata-kata mereka tu..erk tapi sape yang jaki kat hang tu? takde keje lain ke dia? heheh
ReplyDeleteheheheh..ma acih atas sokongan...jadikan ia sebagai satu kekuantan mental dan fizikal..
ReplyDeleteBawalah bersabar. Tenangkan fikiran, buat tak tau je. Lama-lama dia yang jadi gila kerna kita x ikut rentak dia. Banyak-banyak baca doa nabi yunus supaya terlepas dari bala.
ReplyDelete