
Tiada apa yang istemewa pada tarikh indah ini. Yang pasti aku dan rakan-rakan telah menyelesaikan tugas-tugas penganjuran Majlis Berbuka Puasa di Taman Bukit Chamang dengan jaya dan cemerlangnya. Semuanya gembira tanpa sebarang cacat cela. Walaupun penat tetapi berbaloi. Walaupun terdapat segelintir warga kerja yang curi tulang dan terlalu mementingkan status. Takpelah
maybe dia
takut gatal atau
kotor tangan dengan menolong ataupun membantu kami.
Biarkan.. biarkan... kambing hitam dengan perangainya. (sampai hati biarkan kami begini, kami pun ada perasaan beb!) Arch.. pedulikan itu semua. Takkan kerana seorang dua nak rosakkan malis dibulan mulia ini. Yang pasti kami sendiri tetap puas walaupun berhempas pulas dari pagi sampai tengah malam. Bermula dengan persiapan
add-hock semuanya tetap lancar dengan kemas. Walaupun kebetulan hari ini memang semua sibuk, namun persiapan tetap diteruskan dengan pembersihan dewan, penyusunan kerusi meja, hiasan, persiapan makanan dan sebagainya sehingga selesai. Terima kasih tidak terhingga kepada warga kerja yang bertungkus lumus menyediakan persiapan. Begitu juga kepada
hamba Allah yang telah menyumbangkan wang ringgit dan tenaga untuk menjayakan majlis ini. Makanan memang
'A' class. Mengapa aku cakap begitu. Yelah.. pelbagai jenis makan tersedia. Mari kita tengok m

enunya. Masakan kampung tetapi itu yang membuatkan semua orang terkenang.
Masak lemak cili api ayam, daging kichap, sambal udang petai, sayur campur, sambal belacan, dadih keladi, dadih jagung, tapai pulut, mertabak, karamel, cucur badak, kuih melaka, agar-agar laici, warna, puding keledek, tepung pelita, kek pisang, tembikai, apple pink (besar), limau (gred Argentina), teh tarik, teh 'o' dan air oren. Wow banyaknya! Selepas sholat Tarawikh dijamu more dengan
bubur kacang dan
kopi 'o'. Mewah dengan makanan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua penyumbang, tetamu, warga kerja dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Sela

ma 4 tahun aku berada di Bentong inilah majlis yang paling
best, paling
great, paling meriah, yang penting kerjasama dan semua gembira termasuk boss dan big boss. Tetamu dianggarkan seramai 100 orang memenuhi 2 kanopi dan
extra tempat duduk di bawah-bawah
porce rumah warga yang didatangkan khas 1 bas dari Kuantan, Tg Gemuk dan Temerloh. Walaupun kuantiti tidak ramai seperti majlis-majlis besar namun semangat kekitaan, suasana kampung, mesra dan ceria adalah antara faktor yang menjayakan majlis ini. Riak wajak tetamu yang hadir termasuk big boss begitu ceria, seronok dan kagum dengan semua persiapan, perjalanan majlis dan keenakan masakan chif Mek Nah & Yusop. Tahniah untuk semua. Kami tidak gilakan pujian tetapi sedikit pujian big boss telah memberikan kami semangat untuk masa hadapan. (senyum sambil kembang punggung terima pujian) Tetamu dan warga akan sentiasa mengingati malam berbuka puasa di Taman Bukit Chamang, Bentong kerana mereka dibekalkan dengan beg goodies istemewa yang berisi surah Yassin, dadih, kek, air mineral, buah limau dan
big apple dengan
Ingatan Tulus Ikhlas Dari RC Bentong.

No comments:
Post a Comment