Makan, makan, makan itulah nikmatnya dibulan Ramadhan al-mubarak ini. Apa tidaknya selalu dimurahkan rezeki. Ada sahaja hamba Allah yang sudi menjumput dan mempelawa kami. Alhamdulillah dan terima kasih. Kali ini Majlis Berbuka Puasa ditaja oleh Awana Genting Highlands bagi tujuan meraikan anak-anak yatim dati Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah. Makanan yang disajikan memang 'AA' class, bukan nak bodek tapi kenyataan. Macam-macam ada; nasi putih/nasi goreng, masak merah ayam halia (kecil), ikan tenggiri masak kichap, rendang tok kambing, kari daging leper2, udang (besar) sambal manis, sotong goreng (potong halus2), lemak/sum2 tulang masak lemak cili api, sambal ikan bilis, ikan bakar (macam2), bubur lambuk, sup lembu/kambing/ayam/perut, steamboat, cha kuew teow dan macam-macam lagilah. Kuih? Ya Rabbi bermacam sampai tak kenal jenis kuih. Air pun sama, original fresh; fresh orange, jambu, tembikai, kelapa limau, teh tarik dll. Pencuci mulut jangan ceritalah berlambak-lambak. Yang pasti seronok tengok gelagat anak-anak yatim yang begitu seronok dan bersemangat untuk berbuka secara beramai-ramai. Meriah dan terharu. Sempat juga selepas sholat anak-anak tersebut mengadakan persembahan nasyid bertemakan puasa dan aidilfitri. Kehadiran tetamu telah mengambarkan kemeriahan dan kejayaan majlis tersebut. Terima kasih buat En. Rudin Salim dan Zariman. Kami hanya menumpang 'tui' atas perlawaan tersebut. Tahniah kepada Awana Genting Highlands atas usaha murni tersebut.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment