Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Thursday, September 10, 2009

Penawar Hati

Salam blogger salam 1 Malaysia. Salama Ramadhan dan salam aidil Fitri yang bakal tiba. Hari ini saya ingin berkongsi serta memaparkan kata-kata berkaitan penawar hati. Marilah bersama kita membaca dan menghayati dan menyelami apa yang tersirat dan tersurat disebaliknya. Renung-renungkan.

"tidak semua yang kita nampak bercahaya itu berlian, selalunya kaca, kalau kaca sifatnya mudah pecah dan terluka"

"Janganlah jadikan kesusahan dan kesedihan anda sebagai hal yang penting untuk diperkatakan kerana hal itu akan menjadi penghalang untuk mencapai kebahagian"

"Sesungguhnya kehidupan ini adalah satu perjuangan dan orang yang berjuang tidak pernah kenal putus asa"

"Jadilah seorang yang mampu mengubah musibah itu menjadi anugerah"

"Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah dusta"

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."

"Memang kalau tiada kesakitan, orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan. Oleh itu sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan"

"Jika kamu berada di rumah orang, jagalah matamu, jika kamu berada ditengah orang ramai, jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majlis jamuan, jagalah perangaimu"




No comments:

Post a Comment