Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Friday, September 11, 2009

Saja suka-suka dengan sedikit senyum tawa


1.Bunuh Setan
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.

'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.

Kata si suami: 'yerr kerr?'

Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa.. Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
'takpe...tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan....bang'.
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'


2.Pak pandir menunjukankan kepandaiannya
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
'Bentuk macam taik...' Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
'Lembik...macam taik.'
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu
taik tu, lepas tu dia berkata,
'Bau macam taik.'
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...

'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'

3.Mamak dapat anak
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya
Ali: Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali:Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak:Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: Lerrrrrr.??? ??...kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha…

4.kisah 2 ekor burung.
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja,
datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini....??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharaga $1000 itu ialah pencipta lagunya.


5.Anak siapa??
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy :Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah :Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy:Tapi mengapa?
Ayah :(Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu,suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy :Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu :Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi :Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu :(Separuh berbisik) Hmmm....Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy :Ha!!??!!

No comments:

Post a Comment