Jam sudah hampir menunjukkan pukul pagi. Tiba-tiba terpanggil untuk menzahirkan perkataan kawan. Mungkin kalian dah jemu dengan perkataan kawan yang pernah aku perkatakan sebelum ini. Tapi tak mengapalah, sekadar menceritakan perihal kawan kepada kawan-kawan. buat masa sekarang bila-bila masa sahaja kawan boleh menjadi lawan, kawan boleh menjadi ancaman. mengapa pulak? Lagi mau tanya. Orang sekarang berkawan ada sebab musabab, ada tipu muslihat. Ada juga yang nak berkawan atas sebab kita punya wang, punya harta, punya kedudukan. Tapi aku bukan ada semua tuh. Bukan semua tu jahat dan tak baik seperti yang aku perkatakan tadi, ada. yang baik ada cuma segelintir sahaja. Mengapa aku katakan begitu? ialah mula-mula kawan, lama-lama dah tak kawan. Dulu baik buruk tak tau, sekarang bukan setakat tau tapi dah hafal. kalau seseorang itu ingin berkawan dengan ikhlas ianya tidak akan membuat seorang lagi kawan berduka, bersedih, mengugut, mengongkong, memaksa, mendesak dan sebaginya. Kawan seharusnya tempat untuk teman berbicara, bertukar pendapat, meluahkan isi rasa dan sebagainya. Rupa-rupanya semakin lama berkawan semakin sukan untuk menerima sesorang itu sebagai kawan mahu pun lebih dari kawan. Apakah benar kata pujangga makin lama berkawan makin makin jiwa tertekan. Apakah semakin lama bersama hilang nikmat berkawan. Apakah sudah lama berkawan sedikit punya hal pun nak simpan-simpan? Apakah sudah lama berkawan sudah makin 'bercempawan'? Tak kot... perasaan je kot. entahlah... Jangan dah lama berkawan kepala makin sawan. Hati-hati berkawan takut-takut kawan main kawan. Ramai... tapi kalau tak berkawan, kita nak jadi apa? Takkan nak berkawan dengan kucing, ikan, burung atau hantu ke. Takkan nak berkawan melalui sms, email, yahoo massenger, skype, Facebook, My Friendster, My Space dan lain-lain je. Ini dah dikira kawan cyber. Iyalah masa dah berubah. Yang pasti kena pandai pilih kawan. Kepada kawan-kawanku yang masih sudi berkawan denganku, terima kasih banyak-banyak. Jasa kalian aku kenang sampai ke Syurga. Tak sangka ketika umur menjelang 40an ni masih ada yang sudi nak berkawan. Terima kasih bebanyak. kepada yang tak sudi berkawan, nak buat cam ner dah muka dan perangai aku ni macam See you all in Paradise. InsyaAllah. Mungkin selepas ini kalian akan terkenangkan kepalaku yang tak tumbuh-tumbuh rambut. Arch! persetankan semua ini. La..dah habis coeretan ni, pi buat keje, asyik dok baca blog je. jangan marah.....kalau marah nanti kena jual, nanti cepat bekedut dahi tuh..cenyum kit...camtulah...
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Tuesday, September 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment