Salam aidil fitri... puas sudah bercuti dan merantau dimerata-rata tempat.. dari Selayang (1 malam) ke Sg Besar (2 hari) ke Sg Nibung ke Tg Karang patah balik ke Sg Besar ke Saremban (2 malam) balik ke Bentong kemudian ke Jerantut dan ke Raub. Bayangkanlah betapa siksa dan jauhnya perjalanan. Itu belum termasuk pergi ulang alik ke bandar untuk beli barangan dan persiapan. Penat...sangat penat kali. Tetapi bila dalam keadaan tak berapa nak ada, seronok gak. Bukan apa, tak perlu sangat nak beli secara mengila seperti tahun-tahun terdahulu. Apa yang menariknya, nasib baik keluarga faham akan keadaan kami yang sangat kritikal dan meruncing.
Ingatkan dapat tol free dari Bentong melalui tol Bentong dan tol Gombak. Hampes! salah haribulan ke apa ke, malas tak fikir. Bayar ajelah RM8 habis cerita. Ingatkan nak bergerak pukul 4 pagi dari Selayang. Ermm baring punya baring sedar dah pukul 6 pagi...Akhirnya sampai di Sg Besar jam 10 pagi.. Yeah yeah esok hari raya. Gedebak gedebuk buat persiapan di Sg Besar. Punyalah ramai umat manusia macam ulat taik. Nak bergerak pun tak boleh. nak bisisng-bising pun dah tak boleh, lagipun dah terperangkap dalam ribuan orang, ada yang nak beli barang basah dan kering, nak beli daging, itu ini dan sebagainya.. Duduk dalam kete, pasang aircond dengar lagu..settle bab ini, sebelum menjelang senja.
Lepas sahaja Maghrib, dentum sana dentum sini. Tak terkawal macam pesta. Malahan bukan pesta lagi tapi macam perang dunia ke-3. Extra baganza siapa pasang meriam buluh. Sakit kepala sakit ati semua ada. Diibaratkan semua penguatkuasa dalam Malaysia bercuti, baik polis, kastam, majlis perbandaran, RELA dan sebaginya. Aku tak marah depa nak bakar duit tapi janganlah baling kat umah mak mentua aku. Kalau baling kat umah mak mentua aku, aku boleh tahan lagi. Ni aku tengah sedap-sedap melepas, berdentum atas atap jamban. Mak..aiii terbantut beb. Memang kurang ajar betul. Aku cancel melepas terus buat satu misi skodeng. Jeng, jeng, mamat mercun baling dan terus baling tak tentu arah. Apalagi aku dengan berkain tuala direct pi menghambat mamat yang main mercun tadi. Nasib agak menyebelahi diri ku, kerana selipar yang dipakai telah terpelanting. Tuala still dipinggang. Jikalau terlucut memang 'suei' bagi sesiapa yang ternampak. Lintang pukang mamat tu, dekat sejam tak dengar bunyi mercun kat umah mak mentua. Jantung berdetup kencang, marah, bengang semua ada. Selepas itu bunyi mercun sampai ke pagi, tak berdaya melawan takdir. Aku biarkan sahaja.
Tepat jam..5 pagi si kenit, Dania anak buahku telah buat hal, "Pak Ngah bangun, bangun sahur. " Melompat aku bangun terkejut, bertuah punya Dania, ari ini kan hari raya. Mandi sunat aidilfitri, jamah makanan, sholat aidilfitri dan terus ke Sg Nibong ke rumah Pak Long (abang mak mentua). Sebelum tu sempat gak bersalam-salaman dengan keluarga sampaikan ada gak yang hujan air mata. Aku? aku steady.. teringin gak nak kuar air mata tapi tak boleh2 keluar. he he. Terus pergi ke rumah Kak Long (kakak anak mentua) belasah makan pulut dengan rendang ayam kampung. Pastu tu pekena air gas brand org kg lak..sendawa kekenyangan. Sebelah petang sedekah Al-Fatihah dan Yassin di kuburan arwah Pak Mentua. Keadaan tanah yang becak dan berlumpur lagi berselut maklumlah hujan di pagi Syawal. Habis terpecik lumpur di baju melayu biruku.
Raya belum selesai.. teruskan perjalanan ke rumah sahabat lama, (Makmur dan Kak Ros). Dah besar panjang anak daranya dah16 tahun dan 19 tahun. Rasa cepat betul masa berlalu, last jumpa Syafikah (Mimi) ketika dia tingkatan Satu (drjh. 4). Bila dah besar, comel, cantik, lawa..itulah anak kawan-kawan.. anak sendiri bila nak besar? Itulah orang kata, kita ni dah tua dah... Sempat makan lemang , rendang dan laksa. Pulang....rehat sambung lagi keesokannya.

No comments:
Post a Comment