Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Wednesday, September 30, 2009

Pakai baju_seluar warna apa?

Salam penuh warna warni. Hari ini gatal tangan nak berkongsi pasal warna. Betul atau tidak belum pasti dan tiada kesahihannya. Kecenderungan untuk memilih warna sedikit sebanyak akan memberikan gambaran awal tentang si pemakai pakaian berwarna seperti dibawah, wallahuallam...


Biru - seorang yang mempunyai jiwa sensitif dan mudah tersentuh jiwanya tetapi masih boleh bertolak ansur.


Merah - seorang yang sukakan pengaruh dimana beliau suka akan 'kuasa' dan suka bercakap banyak serta cuba mempengaruhi orang lain dengan percakapannya.
Kuning - seorang yang mempunyai semangat yang kental dan sentiasa mempunyai motivasi diri yang kuat.


Hitam - seorang yang berpegang teguh pada perinsip hidup dan kelihatan tegas dalam kehidupan.


Hijau - seorang yang bijak dan pandai menganalisa sesuatu perkara atau masalah.

Jangan bersedih

Salam ceria salam 1 Malaysia. Sesukar mana kehidupan kita, sesedih mana hati kita, seduka mana perasaan kita jawapannya be happy don't worry. Abaikan segala persoalan yang selalu menghantui minda kita. Bawak bertenang seketika. Tarik nafas tinggi-tinggi dan lepas. Bak kata orang ambil masa seminit dua untuk mengosongkan minda kita. Tak percaya cubalah. lagi bagus kalau dapat merenung keindahan alam terutama pepohon dan rimbunan yang hijau bagi menghilangkan stress dan tekanan mata kita. Jikalau ada kolam ikan ke air pancut ke lagi bagus..

Suka atau tidak suka kita kena terus lalui hidup ini. Mungkin sukar untuk mendapat kebahagian yang diingini ataupun dikecapi. Never give-up. Banyak buku-buku dipasaran bagi menaikkan kembali semangat dan motivasi serta jati diri diri. Jangan biarkan diri kita dibelenggu keresahan yang tak menentu. Yang tidak tahu hujung pangkalnya. Jadikan masa terluang itu menyeronokkan, jangan fikir benda-benda yang bukan-bukan. Thingking positive. Sibuk-sibukkan diri agar anda tidak lagi bersedih, tension dan mengelamun. Jangan lupa berdoa pada NYA. Jikalau anda cuba senyum pada diri anda nescaya anda akan ceria tetapi iika anda muncung pada diri anda sendiri, keluarga atau rakan maka hidup anda akan tetap muncung. Silap-silap leh sangkut hanger he he he he. Jangan terlalu ikutkan hati nanti mati dan jangan terlalu ikutkan rasa nanti binasa.

Tuesday, September 29, 2009

kenkawan

Jam sudah hampir menunjukkan dinihari pagi. Tiba-tiba terpanggil untuk menzahirkan perkataan kawan. Mungkin kalian dah jemu dengan perkataan kawan yang pernah aku perkatakan sebelum ini. Tapi tak mengapalah, sekadar menceritakan perihal kawan kepada kawan-kawan. Buat masa sekarang bila-bila masa sahaja kawan boleh menjadi lawan, kawan boleh menjadi ancaman. Mengapa pulak? Lagi mau tanya. Orang sekarang berkawan ada sebab musabab, ada tipu muslihat. Ada juga yang nak berkawan atas sebab kita punya wang, punya harta, punya kedudukan. Bila dah dah tak de semua tu, ermmm bo layan.... Tapi aku bukan ada semua tuh. (tak berapa nak ada) Bukan semua tu jahat dan tak baik seperti yang aku perkatakan tadi, ada, yang baik ada cuma segelintir sahaja. Mengapa aku katakan begitu? Ialah mula-mula kawan, lama-lama dah tak kawan. Dulu baik buruk tak tau, sekarang bukan setakat tau tapi dah hafal. Jikalau seseorang itu ingin berkawan dengan ikhlas ianya tidak akan membuat seorang lagi kawan berduka, bersedih, mengugut, mengongkong, memaksa, mendesak dan sebaginya. Kawan seharusnya tempat untuk teman berbicara, bertukar pendapat, meluahkan isi rasa dan sebagainya. Rupa-rupanya semakin lama berkawan semakin sukar untuk menerima sesorang itu sebagai kawan mahu pun lebih dari kawan. Apakah benar kata pujangga makin lama berkawan makin makin jiwa tertekan. Apakah semakin lama bersama hilang nikmat berkawan. Yang hairan bin ajaibnya semakin lama berkawan bukannya semakin bersefahaman tetapi lama-kelamaan semakin suram. Kita ni berkawan bukan untuk sehari dua tetapi untuk selama-lamanya. Bak kata orang masa berkawan semuanya jadi ehsan. Agak-agaknya kalau berkahwin dengan kawan-kawan, macam manalah ragam dan lakonan. Tak sama kan. Ada orang cakap buat je isteritu macam kawan. Apa kata buat je kawantu macam isteri. Tak boleh kan. Apakah sudah lama berkawan sedikit punya hal pun nak simpan-simpan? Apakah sudah lama berkawan sudah makin 'bercempawan'? Tak kot... perasaan je kot. entahlah... Jangan dah lama berkawan kepala makin sawan. Hati-hati berkawan takut-takut kawan main kawan. Ramai... tapi kalau tak berkawan, kita nak jadi apa? Takkan nak berkawan dengan kucing, ikan, burung atau hantu ke. Kekadang terfikir gak tak payah berkawanlah. What the hell! Tetapi kita hidup ini perlu berkawan perlu bermasyarakat kan. Jikalau tak berkawan, maka jadilah seperti kera sumbang yang dicat mukanya. Tiada siapa yang sudi mendekati lantaran terus mati beragan sendirian mencari kawan, begitulah dengan kita. Takkan nak berkawan melalui sms, email, yahoo massenger, skype, facebook, my friendster, my space dan lain-lain je. Ini dah dikira kawan cyber. Iyalah masa dah berubah. Tetapi, tahukah kalian? Musuh yang paling utama dalam kehidupan seharian, bisnes,peribadi adalah kawan. Betul ker? Dah banyak terjadi. Ada juga orang tua-tua berkata, jangan gelak kuat-kuat dengan kawan (terlalu gumbira) takut-takut nanti suatu masa bersedih dalam tawa. Wallahu'alam. Kawan, apalah erti kawan jika hidup tak keruan. Yang pasti kena pandai pilih kawan. Kepada kawan-kawanku yang masih sudi berkawan denganku, terima kasih banyak-banyak. Jasa kalian aku kenang sampai ke Syurga. Tak sangka ketika umur menjelang 40an ni masih ada yang sudi nak berkawan. Terima kasih bebanyak. Kepada yang tak sudi berkawan, nak buat cam ner dah muka dan perangai aku ni asyik meraban agaknya. See you all in Paradise. InsyaAllah. Mungkin selepas ini kalian akan terkenangkan dan rindu mukaku yang bulat dan kepalaku yang tak tumbuh-tumbuh rambut. Arch! persetankan semua ini. La..dah habis coretan ni, pi buat keje, asyik dok baca blog je. jangan marah.....kalau marah nanti kena jual, nanti cepat bekedut dahi tuh..cenyum kit...camtulah...

kenkawan

Jam sudah hampir menunjukkan pukul pagi. Tiba-tiba terpanggil untuk menzahirkan perkataan kawan. Mungkin kalian dah jemu dengan perkataan kawan yang pernah aku perkatakan sebelum ini. Tapi tak mengapalah, sekadar menceritakan perihal kawan kepada kawan-kawan. buat masa sekarang bila-bila masa sahaja kawan boleh menjadi lawan, kawan boleh menjadi ancaman. mengapa pulak? Lagi mau tanya. Orang sekarang berkawan ada sebab musabab, ada tipu muslihat. Ada juga yang nak berkawan atas sebab kita punya wang, punya harta, punya kedudukan. Tapi aku bukan ada semua tuh. Bukan semua tu jahat dan tak baik seperti yang aku perkatakan tadi, ada. yang baik ada cuma segelintir sahaja. Mengapa aku katakan begitu? ialah mula-mula kawan, lama-lama dah tak kawan. Dulu baik buruk tak tau, sekarang bukan setakat tau tapi dah hafal. kalau seseorang itu ingin berkawan dengan ikhlas ianya tidak akan membuat seorang lagi kawan berduka, bersedih, mengugut, mengongkong, memaksa, mendesak dan sebaginya. Kawan seharusnya tempat untuk teman berbicara, bertukar pendapat, meluahkan isi rasa dan sebagainya. Rupa-rupanya semakin lama berkawan semakin sukan untuk menerima sesorang itu sebagai kawan mahu pun lebih dari kawan. Apakah benar kata pujangga makin lama berkawan makin makin jiwa tertekan. Apakah semakin lama bersama hilang nikmat berkawan. Apakah sudah lama berkawan sedikit punya hal pun nak simpan-simpan? Apakah sudah lama berkawan sudah makin 'bercempawan'? Tak kot... perasaan je kot. entahlah... Jangan dah lama berkawan kepala makin sawan. Hati-hati berkawan takut-takut kawan main kawan. Ramai... tapi kalau tak berkawan, kita nak jadi apa? Takkan nak berkawan dengan kucing, ikan, burung atau hantu ke. Takkan nak berkawan melalui sms, email, yahoo massenger, skype, Facebook, My Friendster, My Space dan lain-lain je. Ini dah dikira kawan cyber. Iyalah masa dah berubah. Yang pasti kena pandai pilih kawan. Kepada kawan-kawanku yang masih sudi berkawan denganku, terima kasih banyak-banyak. Jasa kalian aku kenang sampai ke Syurga. Tak sangka ketika umur menjelang 40an ni masih ada yang sudi nak berkawan. Terima kasih bebanyak. kepada yang tak sudi berkawan, nak buat cam ner dah muka dan perangai aku ni macam See you all in Paradise. InsyaAllah. Mungkin selepas ini kalian akan terkenangkan kepalaku yang tak tumbuh-tumbuh rambut. Arch! persetankan semua ini. La..dah habis coeretan ni, pi buat keje, asyik dok baca blog je. jangan marah.....kalau marah nanti kena jual, nanti cepat bekedut dahi tuh..cenyum kit...camtulah...

Monday, September 28, 2009

Jamuan Hari Raya Dan Bermula - Open House

Baru nak diet dah ada jemputan open house secara rasmi mahupun tak rasmi. Tak pergi kang dikatakan tak mau bercampur dengan orang. Pergi kang perut terus membutang. Apa-apapun tahniah kepada saudara Rossedi dan juga saudara Zulkurnai kerna sudi menjemput kami sekeluarga. Yang pasti mungkin selepas ini akan ada lagi. Ops sebelum terlambat nak menjemput kenkawan ke rumah pratikal Ema di Lurah Bilut pada hari jumaat ni jam 3 ptg hingga jam 9 malam berwakilkan aku. Datang jangan tak datang.

Sabtu - petang
Tanpa disuruh tanpa diajak
kami sekeluarga mengikut Zul yang nak
Pergi kerumah Kak Nor dan Cif Ishak
Semuanya happy sambil terbahak..
(kelas gitu..bukan sirap tapi Rebena..)

Ahad - senja
makan bihun dengan tom yam

cukup rasa cukup selera
Zul dan Linda dah jemput semalam
aku belasah apa yang ada...
(Patutlah sedap pakai oren twister)


Isnin - malam
mee kari atau bihun kari

Ema dan Rossedi memanggil rezeki
enak dan lazat tidak terperi
sekali makan nak lagi....
(hasil air tangan bonda tercinta... rindu masakan mak)

Sunday, September 27, 2009

jauh merantau...

Salam aidil fitri... puas sudah bercuti dan merantau dimerata-rata tempat.. dari Selayang (1 malam) ke Sg Besar (2 hari) ke Sg Nibung ke Tg Karang patah balik ke Sg Besar ke Saremban (2 malam) balik ke Bentong kemudian ke Jerantut dan ke Raub. Bayangkanlah betapa siksa dan jauhnya perjalanan. Itu belum termasuk pergi ulang alik ke bandar untuk beli barangan dan persiapan. Penat...sangat penat kali. Tetapi bila dalam keadaan tak berapa nak ada, seronok gak. Bukan apa, tak perlu sangat nak beli secara mengila seperti tahun-tahun terdahulu. Apa yang menariknya, nasib baik keluarga faham akan keadaan kami yang sangat kritikal dan meruncing.

Ingatkan dapat tol free dari Bentong melalui tol Bentong dan tol Gombak. Hampes! salah haribulan ke apa ke, malas tak fikir. Bayar ajelah RM8 habis cerita. Ingatkan nak bergerak pukul 4 pagi dari Selayang. Ermm baring punya baring sedar dah pukul 6 pagi...Akhirnya sampai di Sg Besar jam 10 pagi.. Yeah yeah esok hari raya. Gedebak gedebuk buat persiapan di Sg Besar. Punyalah ramai umat manusia macam ulat taik. Nak bergerak pun tak boleh. nak bisisng-bising pun dah tak boleh, lagipun dah terperangkap dalam ribuan orang, ada yang nak beli barang basah dan kering, nak beli daging, itu ini dan sebagainya.. Duduk dalam kete, pasang aircond dengar lagu..settle bab ini, sebelum menjelang senja.

Lepas sahaja Maghrib, dentum sana dentum sini. Tak terkawal macam pesta. Malahan bukan pesta lagi tapi macam perang dunia ke-3. Extra baganza siapa pasang meriam buluh. Sakit kepala sakit ati semua ada. Diibaratkan semua penguatkuasa dalam Malaysia bercuti, baik polis, kastam, majlis perbandaran, RELA dan sebaginya. Aku tak marah depa nak bakar duit tapi janganlah baling kat umah mak mentua aku. Kalau baling kat umah mak mentua aku, aku boleh tahan lagi. Ni aku tengah sedap-sedap melepas, berdentum atas atap jamban. Mak..aiii terbantut beb. Memang kurang ajar betul. Aku cancel melepas terus buat satu misi skodeng. Jeng, jeng, mamat mercun baling dan terus baling tak tentu arah. Apalagi aku dengan berkain tuala direct pi menghambat mamat yang main mercun tadi. Nasib agak menyebelahi diri ku, kerana selipar yang dipakai telah terpelanting. Tuala still dipinggang. Jikalau terlucut memang 'suei' bagi sesiapa yang ternampak. Lintang pukang mamat tu, dekat sejam tak dengar bunyi mercun kat umah mak mentua. Jantung berdetup kencang, marah, bengang semua ada. Selepas itu bunyi mercun sampai ke pagi, tak berdaya melawan takdir. Aku biarkan sahaja.


Tepat jam..5 pagi si kenit, Dania anak buahku telah buat hal, "Pak Ngah bangun, bangun sahur. " Melompat aku bangun terkejut, bertuah punya Dania, ari ini kan hari raya. Mandi sunat aidilfitri, jamah makanan, sholat aidilfitri dan terus ke Sg Nibong ke rumah Pak Long (abang mak mentua). Sebelum tu sempat gak bersalam-salaman dengan keluarga sampaikan ada gak yang hujan air mata. Aku? aku steady.. teringin gak nak kuar air mata tapi tak boleh2 keluar. he he. Terus pergi ke rumah Kak Long (kakak anak mentua) belasah makan pulut dengan rendang ayam kampung. Pastu tu pekena air gas brand org kg lak..sendawa kekenyangan. Sebelah petang sedekah Al-Fatihah dan Yassin di kuburan arwah Pak Mentua. Keadaan tanah yang becak dan berlumpur lagi berselut maklumlah hujan di pagi Syawal. Habis terpecik lumpur di baju melayu biruku.

Raya belum selesai.. teruskan perjalanan ke rumah sahabat lama, (Makmur dan Kak Ros). Dah besar panjang anak daranya dah16 tahun dan 19 tahun. Rasa cepat betul masa berlalu, last jumpa Syafikah (Mimi) ketika dia tingkatan Satu (drjh. 4). Bila dah besar, comel, cantik, lawa..itulah anak kawan-kawan.. anak sendiri bila nak besar? Itulah orang kata, kita ni dah tua dah... Sempat makan lemang , rendang dan laksa. Pulang....rehat sambung lagi keesokannya.

Thursday, September 17, 2009

lepas perasaan

Salam siber. Hari ini aku ingin berkongsi melepas perasaan dan sering tertanya mengapa masih ada orang sakit hati pada diri ini?'. Aku rasa ianya sudah tidak tertahan lagi dalam benak kepala ini. Kat mana aku nak mula? Dipendekkan cerita. Ada dikalangan rakan sekerja tidak puas hati kepada diriku yang tidak sebijak ini. Ini biasalah berlaku dalam kehidupan alam Melayu yang terkenal dengan Falasah PHD (perasaan hasad dengki). Apatah lagi berlaku kepada melayu celup @ melayu campur @ masuk melayu. Dikhabarkan orang seperti aku tidak layak duduk dikerusi empuk yang ada sekarang. Dikhabarkan aku tidak pandai melaksanakan tugas yang diamanahkan. Aduan, sungutan dan tak puas hati hari-hari terkeluar. Aku tak pernah kacau pun hidup dia. Aku tak pernah ambil tahupun 'dalam kain' dia. Kenapa dia pulak yang lebih-lebih. Kalau gentleman sangat datang jumpa aku, cakaplah apa yang tak puas hati. Jangan cakap belakang belakang. Kalau tak puas hati sangat, aku ni apa-apa pun boleh buat, kalau bertinju pun sanggup. Itupun kalau dah melampau sangat. Kalau nak diikutkan ketika zaman jahilliah dulu, dah lama aku belasah dia ni. Puhhh.. lagaknya memang 'A' class. Cakap jangan ceritalah, semua tau dan dia sahajalah yang betul. Kadang-kadang terfikir gak. Kenapa tak berani cakap depan depan. Sikit-sikit mengadu kat Bos, dia ingat Bos to bodoh ke? Cakap tak serupa bikin. Korang taulah siapa yang selalu cakap berbelit-belit macam ular ni. Tak payah nak diperjelaskan lagi. Sejarah telah membuktikan, sejak zaman kesultanan Melaka lagi, lama dah. Eiiii harap-haraplah engkau baca apa yang aku tulis ni. Sedarlah sedikit. Ubahlah sikap sebelum terlambat. Dulu beriya-iya sangat nak tukar, Tak juga tukar-tukar, last-last orang lain juga yang kena tukar. Blahlah..cakap semua orang boleh cakap. Cakap ini tak boleh, itu tak boleh. Apa yang boleh.? Cakap tak makan itu dan tak makan ini tapi bila free balun gak. Cakap pandai itu pandai ini, bila disuruh buat macam-macam alasan dibagi. Podahh....itu semua tektik lama beb. Complain orang nombor satu bila Bos suruh wakil dia, 'sorilah bos saya ada hal ini ada hal itu' Kalau tak dijemput, mengadu; 'Bos pasal apa saya tak da nama, asyik dia je?' Mamat ni belum kena buku ngan ruas agaknya. Kalaulah dia kat tempat besar baru tau langit tu tinggi ke rendah. Baru ada jawatan sikit berlagak nak mampus.. nak kena jemputlah, protokolah, bila kita jemput ikut protokol jual mahal pulak. Pakai seluar baju bukan boleh sembarangan pakai tetapi hari-hari, minggu-minggu pakai yang sama je. Takpelah maybe dia banyak pakaian warna sama kot. Itu hak dia biarlah. Tapi dengan aku ini lain, lain kali jangan cakap tak serupa bikin. Sebab dinding, pintu, tingkap semua boleh bercakap. Belum cerita pasal hati busuk lagi. Orang punya buat semua salah. Ayoyooo apa cerita ni. Kalu ikutkan sakit hati aku aku belasah dia ni. Mengenangkan kawan-kawan je, depa dok kata jangan labu jangan labu. Siapa yang makan cili akan terasa pedasnya. Ha ha jangan salah faham semua cerita adalah rentetan dari Novel Maniam Oh Maniam. erm..buat suspen je.

hati-hati dijalanraya

Assalamualaikum..

Orang lain dah pun balik beraya kat kampung. Ada yang dah bercuti awal. Tetapi ada juga yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Yelah diaorang ada kampung halaman. Aku? bagi aku tak de makna semua tu. Pagi-pagi lagi aku gerak dari rumah awal-awal pagi. Mak ai... nak melintas dari Kg Kuala Repas/Chamang ke bandar Bentong punyalah susah. Kereta bertali arus tanpa henti-henti. Itu belum lagi waktu kemuncak atau petang. Sabar ajaelah. Punyalah ramainya org balik beraya ke Kelantan. Bentong gak jadi mangsa. Asal raya sahaja traffic jam. asal traffic jam je raya. Biasanya aku pergi ke pajabat dalam 5 minit sahaja. Tapi pagi, mencecah 1/2 jam. Tapi apa-apapun selamat pulang berhari raya kepada pengguna lebuhraya. Hati hati dijalanraya.

Monday, September 14, 2009

Kejam.....

Kejam sungguh. Puas ku pupuk kubelai dan ku manja. Ada juga orang sanggup pisahkan kita. Dikau sentiasa kusiram dengan kasih sayang. Kubajai dengan baja mesra. Kenapa mereka curi kasih kita. Siapalah yang gatal tangan merungkai dan mencabut dikau dari gengamanku. Selama ini aku tidak tahu dan tidak menyangka ada orang lain yang meminati dikau. Wang ringgit bukan segalanya. Betapa susah untuk aku mendapatkan dikau. Puas sudah ku tabur budi. Senang-senag sahaja diaorang mencabut, muncuri dan melarikan buah hati ku. Kurang ajar, tak sivik, kalau nak mintalah cara elok cara baik. Tak kan sepohon kelapa gading pandan pun nak curi. Baru ianya bertunas dan bercambah daun baru tiba-tiba 'malaun' pergi korek kelapa pandan ganding gua yang gua tanam tepi kolam. Ches! aku tak halalkan dunia akhirat.

Sunday, September 13, 2009

kehidupan

Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagian sepanjang masa, kadangkala manuisa diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati. Jika kita tidak berusaha untuk menyelamatkan diri serta keadaan maka kita akan lemas dengan nafsu. Keriangan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.

Sepetang di Awana Genting Highlands

Makan, makan, makan itulah nikmatnya dibulan Ramadhan al-mubarak ini. Apa tidaknya selalu dimurahkan rezeki. Ada sahaja hamba Allah yang sudi menjumput dan mempelawa kami. Alhamdulillah dan terima kasih. Kali ini Majlis Berbuka Puasa ditaja oleh Awana Genting Highlands bagi tujuan meraikan anak-anak yatim dati Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah. Makanan yang disajikan memang 'AA' class, bukan nak bodek tapi kenyataan. Macam-macam ada; nasi putih/nasi goreng, masak merah ayam halia (kecil), ikan tenggiri masak kichap, rendang tok kambing, kari daging leper2, udang (besar) sambal manis, sotong goreng (potong halus2), lemak/sum2 tulang masak lemak cili api, sambal ikan bilis, ikan bakar (macam2), bubur lambuk, sup lembu/kambing/ayam/perut, steamboat, cha kuew teow dan macam-macam lagilah. Kuih? Ya Rabbi bermacam sampai tak kenal jenis kuih. Air pun sama, original fresh; fresh orange, jambu, tembikai, kelapa limau, teh tarik dll. Pencuci mulut jangan ceritalah berlambak-lambak. Yang pasti seronok tengok gelagat anak-anak yatim yang begitu seronok dan bersemangat untuk berbuka secara beramai-ramai. Meriah dan terharu. Sempat juga selepas sholat anak-anak tersebut mengadakan persembahan nasyid bertemakan puasa dan aidilfitri. Kehadiran tetamu telah mengambarkan kemeriahan dan kejayaan majlis tersebut. Terima kasih buat En. Rudin Salim dan Zariman. Kami hanya menumpang 'tui' atas perlawaan tersebut. Tahniah kepada Awana Genting Highlands atas usaha murni tersebut.

Maafkan..aku


Maafkan....
Jika matamu berat memandangku,regangkanlah kakimu pergi dariku.
Jika bibirmu terpaksa sanyum padaku, relakanlah mukamu untuk berpaling dariku.
Jika susah untuk dikau melupakan kesilapanku, senangkanlah lidahmu untuk menghinaku.
Tetapi, andainya 1 hari nanti telingamu mendengar berita tentang kematianku, Ikhlaskanlah tanganmu mengusung jasadku dan bisikkan padaku yang dikau telah lama memaafkan aku.
Moga kalimat terakhirmu itu menjadi pelita dikubur gelapku, menjadi bantal dilena panjangku..

Friday, September 11, 2009

salam kemaafan - maaf zahir batin

Salam blogger dan salam 1 Malaysia. Selamat menyambut hari lebaran yang tidak berapa lama sahaja lagi. Disini saya ingin mengambil kesempatan kepada semua yang pernah mengenali diri ini untuk memohon ampun dan maaf andaikata selama ini ada menyakitkan hati, termakan dan terminum, terumpat dan terkata, terpegang dan tersentuh. Maaaf zahir batin atas apa-apa jua perlakuan yang pernah dilakukan. Begitu jua diatas dosa-dosa lampaui. Sebagai manusia biasa, sekali lagi saya ingin menzahirkan maaf secara terbuka atas apa-apa kesilapan mentafsir, ketidaksengajaan kata-kata dan segala macam bentuk perbuatan dan perlakuan yang tidak senonoh yang pernah saya lakukan diatas muka bumi ini. Begitu juga saya akan sentiasa memaafkan kalian semua dari sekecil-kecil salah silap sehingga sebesar salah laku.


Setiap apa yang berlaku itu adalah ketentuanNya. Dan segala yang baik itu datang dari ALLAH taala dan yang buruk itu semestinya dari diri saya yang hina ini. Semoga kita berjumpa lagi dilain masa jika diizinkan ALLAH. Semoga amalan kita semua diterima Nya. Amin!

Sepetang bersama anak-anak Yatim

Terasa sebak didada dan hampir mengalirkan air mata. Bukan apa, semalam saya sempat berbuka dengan anak-anak yatim disekitar Bentong di Surau Kg Baru, Bentong anjuran pemuda dan puteri UMNO, GLOKAL dan penduduk setempat. Sempat juga saya menyelami perasaan mereka ketika majlis penyampaian hadiah raya. nampak macam gembira tetapi didalam hati siapa yang tahu. maklumlah mereka sudah ketiadaan emak dan bapa. Apa yang menarik dari muda sampai yang tua turut memeriahkan majlis berbuka puasa tersebut. Tanpa mengira pangkat dan kedudukan semua hadir. Manakala tetamu istemewa ialah Y.H Dato' Tontawee D.O Bentong dan Tn Syed YDP Bentong. Selebihnya adalah ketua-ketua jabatan berhampiran. Inilah keistewewaan di bulan Ramadhan dimana ramai hamba Allah yang menghulurkan sumbangan makanan dan kewangan. Macam-macam ada. Nasi Beriayani, daging kurma, sambal udang, ayam masak merah, acar nenas, acar merah, sate dan keropok. Manakala minuman seperti sirap, teh bunga dan air mineral disediakan. selepas sholat tarawikh ada more. Lemang, rendang ayam, martabak mini, bubur lambuk, huih donat, muffin, cendol dan teh tarik. Mewah bukan? Tak cukup dengan itu kawan-kawan ajak pergi mengeteh kat Restorak TMK pekena air kelapa blended pulak. Senak perut.

Saja suka-suka dengan sedikit senyum tawa


1.Bunuh Setan
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.

'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.

Kata si suami: 'yerr kerr?'

Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa.. Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
'takpe...tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan....bang'.
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'


2.Pak pandir menunjukankan kepandaiannya
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
'Bentuk macam taik...' Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
'Lembik...macam taik.'
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu
taik tu, lepas tu dia berkata,
'Bau macam taik.'
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...

'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'

3.Mamak dapat anak
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya
Ali: Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali:Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak:Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: Lerrrrrr.??? ??...kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha…

4.kisah 2 ekor burung.
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja,
datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini....??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharaga $1000 itu ialah pencipta lagunya.


5.Anak siapa??
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy :Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah :Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy:Tapi mengapa?
Ayah :(Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu,suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy :Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu :Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi :Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu :(Separuh berbisik) Hmmm....Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy :Ha!!??!!

Thursday, September 10, 2009

Penawar Hati

Salam blogger salam 1 Malaysia. Salama Ramadhan dan salam aidil Fitri yang bakal tiba. Hari ini saya ingin berkongsi serta memaparkan kata-kata berkaitan penawar hati. Marilah bersama kita membaca dan menghayati dan menyelami apa yang tersirat dan tersurat disebaliknya. Renung-renungkan.

"tidak semua yang kita nampak bercahaya itu berlian, selalunya kaca, kalau kaca sifatnya mudah pecah dan terluka"

"Janganlah jadikan kesusahan dan kesedihan anda sebagai hal yang penting untuk diperkatakan kerana hal itu akan menjadi penghalang untuk mencapai kebahagian"

"Sesungguhnya kehidupan ini adalah satu perjuangan dan orang yang berjuang tidak pernah kenal putus asa"

"Jadilah seorang yang mampu mengubah musibah itu menjadi anugerah"

"Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah dusta"

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."

"Memang kalau tiada kesakitan, orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan. Oleh itu sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan"

"Jika kamu berada di rumah orang, jagalah matamu, jika kamu berada ditengah orang ramai, jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majlis jamuan, jagalah perangaimu"




Mengapa Wanita Tak suka BIDADARI

Salam petikan diambil rakan-rakan yag tak pernah jemu untuk menghantar artikel berbentuk ilmiah, motivasi dan sebagainya. maka saya siarkan di blog saya yg tak seberapa ini. Jikalau ada masa bacalah. Just free.

"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"


Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,
"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm.. kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only. ;-j

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..".

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.

"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu. Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya). Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali! Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)

..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. ;-j

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~

Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!

Wednesday, September 9, 2009

09.09.09

Tiada apa yang istemewa pada tarikh indah ini. Yang pasti aku dan rakan-rakan telah menyelesaikan tugas-tugas penganjuran Majlis Berbuka Puasa di Taman Bukit Chamang dengan jaya dan cemerlangnya. Semuanya gembira tanpa sebarang cacat cela. Walaupun penat tetapi berbaloi. Walaupun terdapat segelintir warga kerja yang curi tulang dan terlalu mementingkan status. Takpelah maybe dia takut gatal atau kotor tangan dengan menolong ataupun membantu kami. Biarkan.. biarkan... kambing hitam dengan perangainya. (sampai hati biarkan kami begini, kami pun ada perasaan beb!) Arch.. pedulikan itu semua. Takkan kerana seorang dua nak rosakkan malis dibulan mulia ini. Yang pasti kami sendiri tetap puas walaupun berhempas pulas dari pagi sampai tengah malam. Bermula dengan persiapan add-hock semuanya tetap lancar dengan kemas. Walaupun kebetulan hari ini memang semua sibuk, namun persiapan tetap diteruskan dengan pembersihan dewan, penyusunan kerusi meja, hiasan, persiapan makanan dan sebagainya sehingga selesai. Terima kasih tidak terhingga kepada warga kerja yang bertungkus lumus menyediakan persiapan. Begitu juga kepada hamba Allah yang telah menyumbangkan wang ringgit dan tenaga untuk menjayakan majlis ini. Makanan memang 'A' class. Mengapa aku cakap begitu. Yelah.. pelbagai jenis makan tersedia. Mari kita tengok menunya. Masakan kampung tetapi itu yang membuatkan semua orang terkenang. Masak lemak cili api ayam, daging kichap, sambal udang petai, sayur campur, sambal belacan, dadih keladi, dadih jagung, tapai pulut, mertabak, karamel, cucur badak, kuih melaka, agar-agar laici, warna, puding keledek, tepung pelita, kek pisang, tembikai, apple pink (besar), limau (gred Argentina), teh tarik, teh 'o' dan air oren. Wow banyaknya! Selepas sholat Tarawikh dijamu more dengan bubur kacang dan kopi 'o'. Mewah dengan makanan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua penyumbang, tetamu, warga kerja dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Selama 4 tahun aku berada di Bentong inilah majlis yang paling best, paling great, paling meriah, yang penting kerjasama dan semua gembira termasuk boss dan big boss. Tetamu dianggarkan seramai 100 orang memenuhi 2 kanopi dan extra tempat duduk di bawah-bawah porce rumah warga yang didatangkan khas 1 bas dari Kuantan, Tg Gemuk dan Temerloh. Walaupun kuantiti tidak ramai seperti majlis-majlis besar namun semangat kekitaan, suasana kampung, mesra dan ceria adalah antara faktor yang menjayakan majlis ini. Riak wajak tetamu yang hadir termasuk big boss begitu ceria, seronok dan kagum dengan semua persiapan, perjalanan majlis dan keenakan masakan chif Mek Nah & Yusop. Tahniah untuk semua. Kami tidak gilakan pujian tetapi sedikit pujian big boss telah memberikan kami semangat untuk masa hadapan. (senyum sambil kembang punggung terima pujian) Tetamu dan warga akan sentiasa mengingati malam berbuka puasa di Taman Bukit Chamang, Bentong kerana mereka dibekalkan dengan beg goodies istemewa yang berisi surah Yassin, dadih, kek, air mineral, buah limau dan big apple dengan Ingatan Tulus Ikhlas Dari RC Bentong.

Monday, September 7, 2009

sepetang di Coffee Terrace

Salam siber buat semua. Kadang-kadang sedih melihat mereka yang dibasmi kemiskinan tegar dan kebuluran disana sini. Sudah menjadi resam dunia apabila dijemput secara rasmi tak mau datang, bila tak dijemput macam-macam alasan dan kutukan. Bukan apa saje teringat ketika majlis berbuka puasa di Coffee Terrace, Hotel Genting. Berapa kerat je orang kita yang hadir selebihnya bukan muslim. Kekadang terpanggil dihati ini, apalah salahnya korporat besar sebegini menjemput dan menaja orang miskin, orang susah, orang kampung, anak-anak yatim dan orang daif. Setakat mana yang mereka boleh habiskan. Tidak akan rugi dan bengkrap sesebuah koporat hanya dengan bersedekah. Lagipun ALLAH telah menjanjikan habuan yang paling berharga bagi sesiapa yang bersedekah dibulan Ramadhan yang mubarak ini. Sedangkan kita yang sihat segar bugar ni pun setakat makan ala kadar sahaja. Maklumlah itu semua nafsu belaka. Terima kasih kepada rakan-rakan yang turut hadir. Kepada 'yang tak pernah' nak menjemput tu dan yang 'tak pernah nak sembawa', faham-fahamlah di dalam dunia ini ada pelbagai lagi tempat yang menarik bukan hanya tertumpu pada satu tempat sahaja. Nak jemput kawan-kawan lain segan la pulak, lagipun orang jemput kita takkanlah kita nak jemput orang lain pulak kan. Yang pasti kalau ada kelapangan datanglah ke Coffee Terrace, macam-macam ada Chinese food, Nyonya baba food, Malay food (penang style, Johor style, Pahnag style etc), Indian food, Western food, Japanese food, Mamak food, Indon food etc. Bagi yang tak biasa datang memang best kerana banyak sangat pilihan, ada sate, otak-otak (tanpa daun kelapa), sushi, salmon, laksa, roti nan tandori dan tersangat banyak. Sepanjang-panjangnya semua ada makanan sampaikan 'rambang mata' dan sangat menyelerakan. Ini belum termasuk pencuci mulut dan sebagainya. Macam-macam buah ada. Pelbagai jenis kek, kuih dan ice cream. Alamilah kenikmatan tak terperi di Coffee Terrace.

Thursday, September 3, 2009

Andainya dapat ku ulang masa..

Tip top tip top, lip lap lip lap maka masa tidak boleh diundurkan lagi. Andainya boleh ku ulang masa kembali, alangkah indahnya hidup ini. Barang apa jua belum dilaksanakan kan ku laksanakan. Begitu juga segala yang kurang baik akan dibaiki. Begitu juga zaman persekolahan akan ku lakukan dengan bersungguh-sunguh. Akan ku score markah exam begitu cemerlang. Tapi itu andaikata. Sayangnya masa tak boleh diundur. Itu sebab aku sekarang seperti apa yang ada sekarang. Tidak seperti kawan-kawan lain yang telah berjaya dalam hidup dan kerjaya. Ada yang jadi bank manager , usahawan, pegawai tinggi kerajaan, eksekutif swasta dan lain-lain lagi.

Andaikata ku dapat ulang zaman remaja, alangkah indah. Akan kuperbetulkan kesilapan lampau. Akan kubaiki segala perhubungan, percintaan dan kekeluargaan. Akan ku isi masa tersebut dengan penuh pengertian dan kasih sayang.

Andaikata dapat ku ulang zaman kanak-kanak, alangkah bestnya dan akan kubuktikan sesuatu pada diriku, keluargaku dan masyarakat. Betapa putih dan sucinya hatiku ketika itu. Mungkinkan aku ingin menjadi 'budak' yang soleh dan warak. Agar aku bisa disayangi dan disenangi oleh semua.

Andaikata dapat ku ulang zaman pra matang, mungkinkah aku terus belajar di menara gading sampai ku genggam ijazah. Malahan ke tahap yang tertinggi sekalipun. Mungkin aku telah menjadi kebanggaan keluarga mahupun masyarakat.

Andaikata dapat ku ulang zaman belia. Akan ku kumpul wang berjuta untuk bekalan masa hadapan. Jikalau tidakpun biarlah puluhan ribu ringgit. Akan ku halang semua sikap boros, tamak dan enjoy ku. Akan laksanakan ia siang malam demi mencapai cita-cita.

Andaiku dapat ku ulang saat indah. Akan ku kekalkan sampai bila-bila. Namun ketika itu aku tidak cukup matang untuk bergelar kanak-kanak, remaja, belia dan pasti kematangan seorang yang bernama lelaki belum hadir. Setiap itu sudah tertulis ketentuan. Masa tidak mungkin dikembali. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian memang satu penyesalan. Ada orang kata masa itu emas dan juga masa itu nyawa. Yang penting bersyukurlah kita kerana kita masih mempunyai masa untuk bernafas dan mengabadikan diri kepada Nya.

Wednesday, September 2, 2009

Resah datang lagi...

Perasaan tak tenteram datang lagi. Bahaya betul bila tiba dok berangan ni. Macam-macam dalam kepala ni cukup berserabut. Macam wayang gambar lak, satu satu keluar kat skrin otak ni. Bukan bermaksud aku tak ada kerja, cuma rehat seketika. Maklumlah asyik kerja, kerja, kerja. Sesekali datang idea, apalagi terus buat latihan jari dan minda. Yeah.... kenapalah tiba-tiba fikiran aku ni kusut. Yelah... dah lama rupanya aku dok di Bentong ni sejak 2005 lagi. Banyak lagi barang-barang pindah belum dibuka kotak dan plastik. Kalau tak pindah pun lagi baik tapi kalau terpaksa pindah aku pun terpaksa redhalah. Bukan setakat gundah gulana, maklumlah aku dah selesa menetap disini tiba-tiba instinct berkata-kata, Latif dan tempah 'kotak', Latif dan boleh packing barang sikit-sikit. Uhuuuu..kena booking lori la pulak. Hai.. diri sendiri dah berkata begitu. Ini kira kes berat. Kenapalah nak pindah? Manalah tau kot-kot orang tak suka. Maybe dah lama sangat kat sini. Walaupun belum ada kesahihan nak pindah namun perasaan waspada dan bersedia menghadapi kemungkina mesti ada. Bila dikenangkan Bentong bagi aku adalah tempat yang paling aman, selesa, tenteram, damai tanpa banyak banyak kerenah. Penduduk disini semuanya ramah dan berbudi bahasa tanpa mengira bangsa dan jantina. Walaupun aku tak kenal mereka namun mereka tetap kenal aku. mengapa eik....? ialah aku ni rambut tak ada, sudahlah tu 'botak' pula. Jadi senang orang kenal aku. Nak buat jahat apatah lagi. Dari jauh orang dah nampak. Harap-harap aku kekal lah disini, lagipun belum puas menabur jasa dibumi Pahang ini. Kadang-kadang jangkaan kita pun tidak selalu tepat.

Teka Teki Teka Tekuk

Soalan:
1. Bagaimanakah untuk menyedapkan HATI ayam?
2. Burung apa yang tak bela anak?
3. Apabila masuk TEGANG apabila KELUAR kendur?
4. Bila sampai masanya, jumpa hari ini manusia semua akan berasa takut, Apa?
5. Kita tidur dia bangun, kita bangun dia tidur, apa bendanya?
6. Banyak-banyak buah, buah apa yg ada DARAH?
7. Diikat dia bergerak tak diikat dia diam?
8. Makin dongak makin tinggi?
9. Di dalam perpustakaan, buku ini kita tak boleh dibaca?
10. Akar di air batang didarat?



jawapan ada dibawah (ha ha ha..jangan marah)










Jawapan :
1-Jangan disembelih
2-Belatok
3-Stokin
4-hariMAU
5-Tapak kaki
6-buah HATI
7-Kasut
8-hidung
9-Buku LIMA
10-Pelita

Salam siber..

Salam siber. Cuaca di Bentong terang dan cerah tetapi tidak begitu panas. Hari ini keadaan diri telah berasa stabil seperti di bulan-bulan terdahulu. Perubahan iklim dan perubahan puasa menyebabkan diri rasa letih, rasa penat, rasa mengantuk, rasa malas dan sebagainya. Memanglah apabila kita berpuasa badan kita rasa lesu kerana air didalam badan kita telah tersejat. tapi itu tidak boleh dijadikan sebab untuk tidak ceria. Ceria-ceriakan hidup anda. Jangan bersedih. Be happy be don't worry.

Entah mengapa

Entah mengapa dan dengan tiba-tiba sahaja hati ini berdebar-debar. Tak tahu punca sebenarnya. rasa seperti marah keciwa dan bersedih semua ada tapi semuanya 50-50. nak dilontarkan nak diluahkan tidak tahu apa dan mengapa nak dilontar. Aku sendiri pun tak pasti. Nak dikatakan masalah hati bukan kot. Nak dikatakan masalah duit, dari dahulu lagi aku memang tak berapa nak ada. Ya Allah, mengapa jadi begini. Nasib baik bulan puasa kalau tidak dah lama aku 'mentekedarah' nasi ke apa-apa yang boleh dimakan bagi menghilangkan perasaan berdebar dan stress sebegini. Aku ni lain sikit, kalau aku marah ke, susah hati ke, 'larau' ke aku akan menjadi king of food. makan dan terus makan tanpa perasaan, maybe itulah pasal badan aku ni asyik mengembang tak pernah surut. Kadang-kadang aku terfikir, apa kesah apa aku peduli perihal orang lain.. tapi aku lain sekali aku 'terjebak' sekali dan sekali aku 'carring' aku akan selesaikan sampai sudah till the end. Lagipun it's not the end of world. Ya Allah sekali lagi aku memohon agar aku diberikan petunjuk, apakah sebab musabab aku jadi begini. Mungkin lapar agarknya. Semalam dan sebelumnya ok je. Takkan sebab berpuasa. jantung berdebar dengan bunyi dug! dug! fikiran melayang-layang dan tangan mengigil. Maybe sejuk sangat kot. maklumlah aircond melampau-lampau sejuk ni. Aku cuba gak melompat sana melompat sini bagi ilang sejuk. sama je. Yang pasti hanya Dia Yang Maha Mengetahui.....Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menempuh masalah ini. Dari sekecil-kecil masalah hingga ke sebesar-besar masalah...

Tuesday, September 1, 2009

30 dalil kenapa tak nak kahwin sekarang!

1."Duit dah tak ada". Padahal duit disimpan untuk membeli pakaian yang berjenama.

2. "Nak beli kereta mewah dulu baru nak kahwin". Padahal kerja bertahun dan penat lelah tetapi masih tak cukup nak beli kereta mewah.

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati". Padahal memilih sangat,tak mau yang gemuk, kurus sangat pun tak suka.

4."Tak datang seru lagi kot". Padahal awek atau pakwe keliling pinggang.

5."Banyak sangat halangan". Padahal diri belum bersedia.

6."Belum bersedia la". Padahal cukup segala syarat2 nya.

7. "Ilmu tak cukup la". Padahal dah ada master atau PHD.

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri". Padahal tak pernah usaha untuk tingkatkkan diri sendiri dan mencari ilmu secukupnya dan tak pernah mencuba pun.Padahal Allah dah berfirman yang bermaksud Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan bergitulah sebaliknya.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan". Padahal tak reti pon nak bercinta.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la". Padahal tak buat kerja apa pon.

11."Busy la, banyak keje nie". Padahal pentingkan kerja daripada menunaikan sunnah nabi.

12."Jodoh tak sampai lagi kot". Padahal jodoh dah ditentukan Allah cuma perlulah berusaha.

13."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" . Padahal memang dah lumrah alam sebab marah tandanya sayang.

14."Ye lah memang la marah tu tanda sayang tapi saya tak suka la, lepas tu dia heret kita kehulu kehilir". Padahal suka bagi muka kepada orang tu dan tak terangkan dengan jelas apa yang kita suka dan tidak suka.

15. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka". Padahal tak pernak ambil tau tentang apa yang disukai oleh org yang kita sukai. Sedangkan kita selalu buat perkara yang org lain tak suka.

16."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la". Padahal banyak baca buku2 novel yg berunsurkan sedemikian.

17."Lelaki nie suka pasang ramai org sangat". Padahal ramai artis2 lelaki yang dipujanya dan bila jumpa lelaki kacak mula nak terhegeh-hegeh.

18. "Lelaki memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak". Padahal pentingkan diri- sendiri.

19. "Nak carik yang solehah/soleh lah". Padahal diri tak pernah solat dan quran tak pernah nak baca. Kuliah agama selalu uzur je.

20. "Suka yang pakai tudung labuh je". Padahal masih pakai seluar pendek,mandi masih ikut style koboi.

21. "Nak dapat yang berkekalan sehingga ke akhir hayat". Padahal suka cemburu, suka boros, suka pada yang cantik saja, suka pada yang kaya saja.

22. "Masalah la". Padahal dah tahu WORLD IS STAGE OF PROBLEM.

23. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la". Padahal belajar2 tak pernah nak lulus. Asyik mengabaikan pelajaran sebab dating selalu. Memang dah dungu dah... .

24. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya". Padahal bunga bukan sekumtum kumbang bukan seekor..

25. "Tak mau la bercinta, dok seorang lagi seronok, tak lah dikongkong, tak akan terluka, jimat duit sikit". Padahal mengeluh bila kesunyian, dan mula nak feeling gila-gila. Cemburu tengok orang kahwin. Pantang tengok perempuan atau lelaki cantik.

26. "Payah la nak jaga hati masing-masing". Padahal makan hati banyak sangat,sensitive sangat, lepas tu banyak makan sarang tebuan, lepas tu suka sangat main hujan, main api, main mata, main2.dan sebagainya.

27. "Dah usaha dah, dah mandi bunga dah, dah cukup semua syarat2, tapi satu pon tak lekat. Memang dah tak ader jodoh kot". Padahal tak ada keyakinan diri, tak ada kerpercayaan pada org lain. Suka dengar cerita daripada org lain, suka buat orang yang kita sukai meluat, perangai macam setan, suka berjudi, suka tikam nombor ekor dll .

30. "Ramai sangat la yang suka mana satu nak pilih nie susah lah". Padahal tau boleh kahwin sampai 4, ikut sunnah... ... ... ...

Rahsia Lelaki

Hidup Lelaki Lebih Mudah Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Inibukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki Suka Membisu Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan Paksa Lelaki Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

7. Lelaki Pentingkan Kejujuran Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.

8. Lelaki Tidak Suka Dikritik Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang .....".

10. Lelaki dan Ego - Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.

11. Sahabat Yang Paling Baik Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

12. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurangnya ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi ujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting s ebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samada sebelum atau selepas seksual, kekecewaan akan melanda wanita.

13. Lelaki Suka Menyelerak Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang vmemulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak

Rahsia Wanita

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan be! rkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dantulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajakkeluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicarioleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki aka! n sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpasebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya!. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Nikmat berbuka dan bersahur telah Allah tarik kembali. Ini bermakna usia telah meningkat. Dahulu sewaktu kanak-kanak, waktu berbukalah dan bersahur adalah saat-saat yang paling dinantikan. Sekarang janji ada nasi dan sedikit lauk pauk pun dah kira ok. Semuanya nafsu belaka. Oleh yang demikian janganlah sengaja nak pergi ke baazar Ramadhan. Alamatlah macam-macam nak dibeli. Tetapi semua akan membazir dan tak mampu dihabiskan. Cuba beli ala kadar sahaja. Bukankah lebih jimat. Kata tak nak jadi kawan syaitan. Bagi aku, aku tak kesah. Waima berlaukkan nasi panas dan ikan masin pun aku terima. Janji ada air. Jangan minum ais banyak-banyak kelak lesu badan. Kalau tak percaya cubalah. Seelok-eloknya minumlah air panas untuk mengelakkan kelesuan.