Salam je buat semua. 2 minggu tak jengok ofis. Rindu tersangat rindu. Kerja? biasa kerja tak pernah habis. Tup tup dapat berita bos kena tukar pulak. Oomak aii..dah lah kena tukar, jauh pulak tu Sarawak.. hilanglah tempat bergantung. Hilangnya seorang pemimpin yang disegani dan dihormati. Tetapi yang herannya, ada orang lain naik pangkat kena tukar dekat sahaja, paling tidak pun sebelah negeri sahaja. Apalah diaorang ni, jauh bos kena belayar. Lepas ni siapalah yang bakal mengisi kerusi panas di sini. Dikhabarkan disini tempat sumpahan Mahsuri berlaku sekali lagi. Di sini juga tempat buangan dan macam-macam yang negetif. Semuanya tak bagus, semuanya tak baik. Ada sahaja yang irihati dan berhasad dengki. Apalah diaorang ni cakap ikut sedap gigi sahaja. Bila dah pindah dan bermasyarakat disini baru tau best ke atau tak best.
Yang pasti pemimpin datang dan pergi. 'Yang patah tumbuh yang hilang berganti' namun tak sama dengan pemimpin yang sekarang. Nak cari 1 dalam seribu memang susah. Namun apakan daya, kuasa ditangan mereka. Selagi ada kuasa maka kami insan kerdil hanya bersuara didalam hati. 'Nak dilauh mati bapak nak ditelan mati mak'. Nak disendawakan keluar bau..Nak dikentutkan pun keluar bau. Nak dipendam.. bahaya kelak menjadikan diri terperam dan jika terlepas amat sengsara.
Apa-apapun selamat berhijrah buat beliau yang disayangi, semoga mendapat kecemerlangan dan kejayaan berlimpah ruah disana. Jangan kami dilupakan. Kami mendoakan kerjaya Bos (Tn Hadzri bin Mohd Sabri). Be a good leader. We will follow you.

setuju.......
ReplyDelete