Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Wednesday, November 11, 2009

Hanif Herman - Bab I

Hanif merupakan pelajar terbaik tingkatan 1 SMKD. Selain dari ini beliau juga merupakan pelajar pintar seluruh tingkatan 1 dalam negeri Pahang. Berkat kejayaan beliau beliau telah dianggap sebagai tokoh, idola sekolah. Amat digilai oleh pelajar sebaya mahupun yang lebih senior. Beliau amat disayangi oleh semua. Jikalau sekarang ada musim AF maka Hanif lah calon juaranya.

Persekolahan telah dibuka, maka Hanif memasuki tingkatan 2. Pada perhimpunan pertama tahun itu beliau sekali lagi telah dipilih sebagai Ketua Pengawas sidang petang. Menggigil beliau, ketika nama diumumukan. Tepuk sorak sorai dari rakan-rakan dan guru membuatkan beliau kembali tenang. Hanif tanpak lebih confident dan bersinar. Tetapi mulai saat itu langit tidak selalunya cerah, ada sahaja cabaran yang mendatang. Oleh kerana beliau telah glamour maka ada sahaja pelajar senior yang tidak berpuas hati dan ingin menduga dan mencuba. Provokasi dari pelajar senior diatasi secara berhemah.

Hasnah Zakaria adalah salah seorang peminat fanatik terhadap Hanif. Terkenal dengan 'Hasnah Korek' . Entah kenapa gelaran diberikan sedemikian rupa, biarkan, lantaklah. Yang pasti Hasnah dan rakan-rakan wanita amat memuja Hanif. Tetapi hanif tetap cool. Hanya mengambil Hasnah sebagai adik angkat sahaja. Walaupun Hasnah amat cun melecun dan baru berada ditingkatan 1 tetapi gerak gaya lagak seperti remaja matang. Bemulalah kesah cinta pandang pertama mereka. Tetapi ketika itu percintaan dianggap murni dan suci. Yelah tiada berlaku sebarang perkara sumbang. Kalau zaman sekarang jangan buat pasal, baru kenal dan hilang segala-galanya. Lagi satu Hanif ni memang budak baik, tak pernah terlintas hihati beliau untuk menyentuh atau memegang mana-mana bahagian kulit Hasnah. Perhubungan ini dianggap istemewa kerana berterusan sehingga beberapa tahun. Tetapi tau-tau sahajalah ketika itu dapat jumpa intai dari luar kelas pun sudah dikira best. Apatah lagi berkirim-kirim surat. Masa tu mana ada handphone, email, yahoo masengger dan sebagainya.

Sedikit demi sedikit perangai Hanif berubah. Beliau terlalu terikut sangat dengan kawan-kawan. Rusdhan, Helmi, Rahman Togok, Halim, Nine dan lain-lain sentiasa menjerumuskan Hanif ke arah perkara-perkara negetif. Pernah satu ketika ketika habis kelas tambahan Hanif dan koncu-koncunyer pergi menyerbu kedai Pak Zailani Jalah. Iyelah kat kedai tu macam-macam ada diibaratkan macam stationery zaman sekarang. Dalam ramai-ramai tu, adalah member ni kaki rembat dan kaki lipat. Kok ye pun nak mengebas tu tengok-tengoklah kiri kanan mentang-mentang masa tu tak de CCTV. Tau-tau je esok Guru Dispilin panggil kena public canning. Yang si Hanif ni mana nak mengaku, buakan dia yang mencuri. Yang menjadi masalah towkey kedai tu kenal si Hanif ni seorang sahaja. Punyalah malu, bengang, rasa bersalah dan sebagainya. Apabila dalam keadaan terdesak, kawan-kawan menghilangkan diri, diam membatu. Hampes punya kawan-kawan. Tetapi memang respectlah kat Hanif ni beliau rela mengambil tanggungjawab dan risiko. Dia mengaku atas bukan kesalahan dan perbuatan dia untuk menjaga nama baik sekolah. Piap! Piap! Piap! bedalah rotan ditengah panas public canning. Hebat budak Hanif ni kalau orang lain kena rotan tu mau terkencing sambil melolong lolong. Maklumlah budak kampung Kuala Dong memang hebat. Dengar khabar dia pernah menuntut ilmu persilatan. Macam cerita Hang Tuah la pulak. Ekoran dari berita Hanif kena rotan heboh satu sekolah dan satu daerah. Apa yang tak seronok tu..sudahlah kena rotan.. kena panggil pulak oleh Cikgu Mohktar. Nah..5 liang perut kena cubit. Masih terngiang-ngiang lagi kata-katanya. "Lain kali buat lagi.."

Akibat peristiwa itu Hanif semakin glamour, bukan dibenci tetapi dianggap sebagai hero. Kesemua guru hairan dengan sikap Hanif yang cool, stedy, macam biasa sahaja. Diibaratkan seperti tiada apa yang berlaku. Sehinggakan guru-guru melabelkan Hanif sebagai master mind atau silent killer. Tetapi itu semua mendewasakan Hanif.

Musim peperiksaan hampir menjelang tiba. Tidak terkecuali Hanif dengan basikalnya. Seorang yang cekal berulang alik dengan basikal dari kampung Kuala Dong ke pekan Dong sejauh 4 km setiap hari demi untuk menuntut ilmu. Hendak tinggal diasrama tidak mampu membayar yuran asrama. Kadang-kadang untuk menampung perbelanjaan beliau, beliau sendiri terpaksa menoreh getah. Jikaklau nak diharapkan dengan pendapatan Ayah dan Ibunya hanya 'cukup-cukup makan' ataupun kais 'pagi makan pagi kais petang makan petang'. namun begitu dengar khabarnya keluarga beliau dahulu adalah orang paling kaya dalam daerah Raub. Siapa yang tak kenal Aki Untung. tetapi oleh kerana ketamakan mak saudara beliau maka habislah segala harta dikikis dan dijual. Tinggallah beberapa keping tanah bendang dan tanah getah untuk diusahakan. Harta seperti wang ringgit, emas perak dan suasa hilang dari pandangan. Jiakalau dahulu hartawan sekarang tiada lagi.. Kesian Hanif.

Apa-apapun keputusan peperiksaan SRP telahpun keluar. Hanif telah mendapat A11 dalam peperiksaan tersebut dimana beliau gagal untuk ke sekolah asrama penuh ataupun MRSM. Beliau kecewa yang teramat sangat. Namun begitu beliau masih layak untuk bersekolah di bandar Raub bagi menduduki tingkatan 4 aliran sains. Bersambung...





No comments:

Post a Comment