Maaf bercakap sementara cerita sukan masih hangat dibumi Malaysia kita maka saya ingin berkongsi cerita sukan. Semua orang tahu berita sensasi dan terkini mengenai Piala Malaysia. Yelah bolasepak merupakan sukan no.1 negara. Saya tidak mahu bercerita siapa menang siapa kalah. Semua orang tahu keputusan nya Negeri Sembilan (3) Kelantan (1). Skop kali ini lebih mengecil, dimana satu persoalan diajukan untuk dibincangkan bersama. Kemana hilangnya sikap dan sifat lemah lembut orang kita Melayu. Kemana hilangnya budi pekerti orang timur khususnya orang Kelantan. Kenapa perlu menang sorak kampung (stadium) tergadai. Mana semangat kesukanan yang dilaung laung-laungkan. Menang jadi abu, kalah jadi arang. Kerana nila (penonton fanatik) setitik rosak susu sebelangga. Mana nak letak muka pemimpin tertinggi negeri masing-masing? Polis yang ada beribu-ribu buat apa? gaji besar elaun banyak, lengkap bertopi penuh dengan backup tetapi buat bodo je.. Betul kata Mat Salleh orang Malaysia berbudi bahasa dan bersopan santun tetapi malangnya dijalanraya mungkin tidak. Betul orang kata orang KL orang Kelantan lemah lembut berbudi bahasa tetapi malang distadium mungkin tidak.
Bak kata Nabil, lu fikirlah sendiri. Perkara dah terjadi biarlah terjadi. Berbuih cakap dan bermandikan air mata darah sekalipun perkara telah terjadi. Cukuplah untuk dijadikan tauladan dan hari ini dalam sejarah. Janganlah jadikan kanak-kanak, juru gambar, pengadil sebagai pelepas geram dan tekanan. Kalau dah tak tahan sangat nak marah sekalipun. nah..pergilah ke hutan-hutan pergi berburu babi yang tengah banyak tu. Campak, balinglah mercun ke apa ke puas-puas. Silap-silap disondol dek babi hutan tuh. Berani pada yang lemah boleh lah. Betulah pepatah pujangga berkata, marahkan nyamuk kelambu dibakar. Dimanakah hilangnya tata susila bangsa Melayu, bangsa Malaysia? lain kali jangan buat Piala Malaysia tetapi buat pertandingan mercun Se Malaysia. Hah.. main, baling, campaklah sepuas-puasnya. Paling-paling tidak ada yang pecah kepala, putus tangan dan buta mata. Kadang-kadang sesekali bagus gak dimandikan mereka ni dengan air hijau FRU. Arch.. malaslah nak citer pasal keganasan sukan samanya je semuanya buat sikap acuh tak acuh..setakat denda semua orang leh bayar denda. Betul tak?

No comments:
Post a Comment