Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Sunday, November 22, 2009

berbicara sendiri..

Hari hari yang kulalui terasa semakin tidak seronok. Entah apa yang bersarang dikepala dan entah apa yang membuatkan aku rasa tidak selesa untuk kembali bertugas di pejabat. Yaah... pulang sahaja ke rumahku, inilah duniaku-inilah rumahku syurgaku. Hilang segala durja kencana yang berserabut dalam kepala. Rasa-rasa aku ni tak kacau hidup orang, tak kacau tepi kain orang. Dulu-dulu zaman jahilliyah ada juga mengacau-ngacau ni tapi itu dulu tapi aku tak menyusahkan orang lain. Kini zaman telah berubah. Dahulu... pulang sahaja ke rumah rasa macam panas, segala macam yang tak kena, tetapi kini disebaliknya pula. Aku sendiri hairan semakin lama bekerja mencari nafkah dan semakin lama bertapak di sesebuah organisasi aku rasa seperti semakin lama semakin kehilangan sahabat handai dan saudara mara. Entahlah. Selama mana aku boleh bertahan dibumi Bentong yang sangat aku sayangi, aku pun tidak pasti. Kekadang apabila kita terlalu berbuat baik, orang akan senang akan memijak kepala kita. Bila kita cuba berubah untuk kebaikan semua, dikatakan kita ni berlagaklah, sombonglah, eh eh kita yang begitu atau mereka yang begitu. pelik juga eik. Kekadang yang ada kuasa sedikit tetapi cerita dan lagak mengalahkan perdana menteri pulak. Ini belum termasuk kes serba semua tahu. Ish..apa yang aku mengarut nih.. Tak de kekadang rasa macam malas nak berurusan manusia-manusia di organisasi ni. Hai...brother jangan buat tabiat, abis nak berkomunikasi ngan sapa lak lepas ni? dengan bintang, hantu, syaitan atau....

Bukan cakap seperti sindir menantu. Tetapi kekadang asyik kita je yang nak menjaga hati kenkawan, sahabat, rakan dan taulan tetapi diaorang ada ke dia peduli tentang kita. Jawapannya aku peduli apa. Betul..dalam hidup penuh dengan pancaroba dan materialistik sekarang jangan jadi orang terlalu lurus dan terlalu bengkok. Dan ingat don't trust anybody kerana suatu masa kawan sebginilah yang akan makan kawan. bukan nak mengajar tetapi suruh beringat. 'Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'. Cakap jangan sebarang cakap, cakap siang pandang-pandang, cakap malam pelan-pelan. Bukankah pujangga dahulu telah menyiapkan perumpaan yang baik seadanya. Kerana mulut badan binasa. Ingatlah sekuat mana kita kuat, ada lagi yang lebih kuat. Sepandai dan sebijak mana kita berbicara, adalagi yang petah dan pandai berbicara. Sehebat mana kita berpolitik, ada lagi yang lebih hebat dari kita. Dan sepekara lagi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya suatu masa pasti jatuh jua. Dan yang paling mustajab ialah jangan dilupakan doa. Andaikata ada sebarang masalah atau ketidakpastian mohonlah dari yang Maha Esa. Sesungguhnya doa itu adalah senjata Mukmini. Biarlah orang nak buat apa, biarlah orang nak kata apa, berdoalah sebaik-baiknya.

No comments:

Post a Comment