Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Monday, November 30, 2009
sesekali merapu
Sunday, November 29, 2009
duit orang..bukan duit kita
Sekadar ingin bergkongsi pendapat dan pandangan sahaja. Kepada yang berduit gunakanlah duit secara berhemat dan janganlah membazir dan jagailah duit anda jangan tercicir. Kepada yang tak berduit tu kita diam-diam sahajalah. kenapa pulak tiba-tiba saya bercerita pasal duit ni? Bukan apa, cerita sebenar disebalik duit ni ialah jika kita terjumpa duit orang (tidak diketaui tuannya) janganlah tuan puan ambil. Begini.. kesah ini berlaku pada diri saya beberapa tahun dahulu.
Saya pernah terjumpa duit RM100 betul-betul dihalaman rumah saya. Ketika itu duit RM100 masih diperlakukan. Lantas itu saya terus mengambilnya tanpa berfikir panjang. Maklumlah rezeki terpijak kononya. Tiba-tiba sewaktu saya hendak pergi membeli surat khabar saya terus membayar menggunakan wang tersebut tadi. Secara logiknya mestilah lebihan wang tersebut berjumlah dalam RM99.00 kerana surat khabar hanya RM1.00 sahaja. Betul tak? Entah macam mana tuan kedai telah mengembalikan baki kepada sebanyak RM1.00 dan saya tidak menyedarinya. Apabila pulang masih tercengang-cengang kemana perginya duit lebihan RM99.00 tadi. Pelik kan? Sebab duit itu bukan hak saya.
Saya pernah terjumpa duit sebanyak RM100, lantas saya tetap mengambilnya untuk disimpan sementara. Kebetulan hari itu saya kena pergi bertugas ke Kuantan untuk menjadi Lisson Officer kepada Big Boss saya. Kebetulan saya mengeluarkan wang sebanyak RM1,000.00 untuk bayar bil air api, bil kereta, barangan dapur dan sebagainya. Kemudian saya pergi ke kedai bunga untuk membeli sejambak bunga untuk dipersembahkan kepada Big Boss (atas arahan pegawai atasan) Lantas saya membayar bunga tersebut dengan harga lebih kurang RM48.00 manakala lebihan baki duit dari RM100 tadi saya simpan didalam poket dompet. Sampai sahaja dirumah saya dapati wang saya sebanyak RM1000.00 +RM52.00 telah tercicir atau hilang. Uhuuuu...kerana jumpa RM100 hilang seribu, bermakna Tuhan balas cash 100% on the dot.
Sejak itu kalau terjumpa duit 1 sen or 10 sen saya tak ambil. Kerana jika ianya bukan hak kita jika kita ambil maka Allah akan balas cash. Begitu jugalah dalam kehidupan seharian kita, jika itu bukan harta dan rezeki kita maka ia tetap bukan rezeki kita. Walahualam.
persediaan Hari kematian
tak tau nak pi mana..
Bagi aku sambutan kali ini ala kadar sahaja. Al-maklumlah tak tau tak pulang ke mana. Tiada kampung, tiada modal, tiada segalanya. Nak pergi ke Shah Alam, rumah Kak Ngah kena pakai modai lebih. Bukan berkira berkaitan ongkos tetapi memang kali ini terpaksa menahan nafsu menziarahi kerana 'tak berapa nak ada'. Mungkin Kak Ngah bising, kenapa kami tak jengok mak. Tapi aku tau mak faham keadaan kami. Nak pulang ke kampung diRaub, siapa yang ada disana? Rumah tinggal, jiran-jiran dan pindah, kampung dan naik semak samun hampir menjadi belukar. Nak pulang ke Kg Damak, Jerantut Kak Siah belum tentu ada kat rumah. Tak kan nak pergi kesana dengan tangan kosong, walhal keadaan kantung sendiri pun tak cukup. Nak balik ke Sg Besar jauh.... Janjinya semua saudara mara datang berkumpul di rumah. Tapi itulah keadaannya, kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Mau tak mahu maka kami berhari rayalah empat beranak, isteriku, anakku dan emak saudara isteri ku. Nak pergi berjalan jauh tak boleh tinggalkan mak saudara beliau yang dalam keuzuran. Berayalah di Taman Bukit Chamang Bentong Pahang. Akupun turut berkorban dengan berdiam diri di sini.
Tambahan dulu keadaan kesihatanku yang tidak begitu mengizinkan apabila duduk lama dalam kereta. Sakit pinggangku datang kembali. Itulah pasal sapa suruh makan lemang dah pulut banyak sangat. Untuk makluman semua kepada yang tak tahan makan pulut lemang janganlah makan kerana ianya boleh mengakibat angin dan saluran pembuluh darah jadi mengecil lebih-lebih lagi jika dimakan bersama sayuran kekacang, kobis, susu dan serat. Jika perlu rujuk suratkhabar Minguan Malaysia semalam bertarikh 29 November 2009. Ini tandanya faktor umur dan bertambah. Awas banyak makan banyak risikonyer.
Walaupun kami tak terlibat secara langsung dalam acara korban di persekitaran. Bukan tak nak joint tapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Ada juga hamba Alllah yang sudi menghantar daging korban. Dekat 2 kilo, banyak tuh. Terimah kasih, jasa kalian amatlah dihargai. Ada juga hikmatnya bila badan sakit-sakit ni, jadi terpaksalah terperap kat rumah je sambil layan movie 2010, Ninja, Terminator Solv... dan macam-macam lagi. Boring-boring pi pekena canai kat Restoran Tawakkal sambil baca paper sapai abis Sinar harian, Metro, Kosmo, harakah dan lain. Roti satu, teh tarik kurang manis satu, roti telor satu ha ha ha
Sempat gak kami buat barbeque ikan patin, pirahna, jelawat dan ikan talapia bersama jiran sebelah umah (Abg Ishak dan Kak Nor) Depa pun tak balik kemana-mana raya tahun ni. Tapi aku cam biasa, tak makan ikan tuh. Maka digantikan dengan ikan cencaru, sotong, udang. Erg..kenyang. Ops sori
Tuesday, November 24, 2009
Sejauh mana masalah dan penyelesaiannya..
Manakala jika kita mempunyai masalah lain, kita jangan sesekali lupa kepada Pencipta kita Allah Taala. Kerana setiap masalah merupakan satu cabaran dan dugaan bagi kita. Itu merupakan salah satu ujian Allah. Kerana Allah hendak tahu sejauh masa pengorbanan kita dan kesetiaan kita terhadap Allah. Jangan sesekali berperasangka negetif kelak membawa jiwa kita akan menjadi lebih tertekan. Kekadang kita angkuh dan lalai kerana tidak mahu memohon dan berdoa kepada Allah sedangkan doa adalah merupakan senjata mukminin sejati. Tetapi kena bermunajat dan penuh keyakinan, rendah diri serta keinsafan. Kena yakin dan mengikuti ada berdoa dengan betul, kalau tak yakin bagaimana Allah hendak makhbulkan doa kita.
Kita ambil contoh masalah stress; dalam buku atau internet banyak cara-cara menghilangkan stress tetapi tidak kita tak pernah ambil tahu pun. Apa yang kita tahu jiwa muda hanya nak memberontak dan mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar. "Arch..pergi mampuslah" 'Engkau punya pasallah.." "Bodoh..beruk betul" "Gampang.." Tetapi itu bukan penyelesaian. Tak guna kita melaungkan kemarahan kepada orang lain, sedangkan stress itu ada dalam diri kita. Sekalipun punca stress dari orang lain tetapi ianya tetap masih bersebab dan musabab. Lagi satu kelemahan diri kita ialah sentiasa meletakkan kesalahan dan punca sesuatu maslaah kepada orang lain.
Setiap orang mungkin ada hari tertentu kita akan moddy, tiba-tiba kita rasa orang persekitaran tak mahu bercakap dengan kita. Kenapa? mengapa? cuba tanya kepada diri. InsyaAllah akan dapat jawapan nya. Mungkin kita terlepas cakap membuat orang terasa dan sebagainya. Mungkin bila kita tengah marah tadi, muka macam singa, patutlah orang takut nak bercakap dan berkomunikasi dengan kita. Jadi disini kita ambil pendekatan yang positif jangan terus mengandaikan yang negetif. Tak salah memulakan perbualan terdahulu atau kalau berat sangat mulut tu, hulurkan senyuman. Biasanya jikalau orang senyum kat kita jarang kita tarik muka masam mencuka. Dari situ sudah bermula satu komunikasi untuk menyelesaikan masalah. Mulakan dengan ayat "Ok ke!, sorilah tadi angin angin sikit, tapi sekarang ok dah.." sambil-sambil senyum melawak.
Ada diantara kita yang bermasalah dan telah melabelkan si polan ni susah nak berurusan dan sebagai lantas menggunakan pihak ketika untuk bertanyakan hal atau tugas. Ini tak elok, kerana secara tak langsung mengheret orang ketiga. dari tak tahu apa masalah dan persengketaan maka sekarang dah tau. Jika orang ketiga jenis yang malas nak layan bukan kah haru jadinya. Semua tu boleh diselesaikan secara berhemah. Kaji semula diri, selama mana kita ingin bermasalah, atau dilabel sebagi orang yang bermasalah. Tidaklah hebat seseorang itu jika terkenal dengan orang yang bermasalah ataupun sentiasa memberikan masalah kepada orang lain. Untuk kes ini perlu ada tolak ansur dan sikap tidak mementingkan diri sendiri dan sikap jangan berkira.
Kekuatan untuk menyelesaikan masalah ialah dengan berbincang dengan penuh kesabaran. Sabar adalah kunci setiap penyelesaian masalah. Sanggup memulakan dahulu dan sentiasa merendahkan diri dan merendahkan keegoan diri. Selain itu senyumlah ketika anda bermasalah sekurang-kurang akan terasa lega barang seketika masalah tersebut. Banyakkan menarik nafas sedalam-dalamnya dan lepaskan secara perlahan. Semua ini ada didalam amalan seharian seperti senaman melayu kuno, yoga, sains sukan dan sebagainya.
Tetapi tolonglah jangan jadikan masalah orang lain itu sebagai masalah kita. Banyak lagi masalah yang tak mampu nak diselesaikan. He he janganlah konon-konon nak jadi penyelesai masalah orang (tunjuk terror) , kita pulak terbeban dengan semua masalah mereka. Nahas kita jawabnya.
masih ingat pada teman..
Adalah bohong jika mengatakan diri ini tidak pernah ingat akan diri kalian. Kalian sentiasa dihati, namun kedudukan itu yang membuatkan aku tidak pasti. Perasan bercampur baur, rasa bersalah, rasa keinginan tinggi, rasa takut, rasa sensitif dan pelbagai lagi. Pendek kata halangan seperti kejauhan jarak, keadaan masa dan keluarga.
Dulu pun pujangga pernah berkata 'kekasihku milik orang', 'kekasihku suami/isteri orang.. buat hatiku suami/isteri orang'. Pernah juga ku berkata pada diri 'kenapalah aku dilahirkan cepat, kalau tak mungkin kita akan bercouple sekarang' itu antara kata-kata nakal yang pernah ku lemparkan.
Memaafi dan memohon maaf
Pada kesempatan ketika Muslimin dan Muslimat pergi mengerjakan ibadah haji dan ibadah korban maka secara terbuka saya memaafkan kepada sesiapa yang pernah melakukan kesalahan dan kesilapan terhadap diri ini secara zahir atau batin. Namun begitu jualah diri ini hendaknya berharap agar setiap perbuatan dan salah laku yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja dimaafkan. Begitu juga diri ini yang pernah menyakit hati insan lain sekali lagi menghulurkan kedua tapak tangan dan terima kata-kata hikmat dariku 'please forgive me, please...'
Kepada rakan seperjuangan dan sahabat handai serta taulan sekalian tidak akan rugi menurunkan ego masing-masing bagi menghulur kemaafaan. Takkan hilang bisa ular ketika menyusur di bawah akar. Tak kan hilang maruah seseorang dengan membisikkan 'maafkan aku'. Tidak akan susut satu sen nilai harta tuan dan puan andaikata sekadar mengungkapkan perkataan maaf.
Saya bukanlah orang bijak pandai dapat urusan maaf bermafaan sesama insan ni, tetapi andaikata orang telah meminta maaf tetapi tidak diterima maaf tak tau nak katalah, terserahlah... Semoga Allah jua yang membalas, redha dan terima balasan seadanya. Mungkin hukum karma telah disusun begitu rupa ada masanya kita dibawah ada masanya kita diatas. Telah tersurat di Luh Mahfuz bahawa si Polan bin Si Polan, Si Anu binti si Anu dan lain ditakdir bercakaran sesama sendiri dan disana juga tertulis mereka akan berdamai, ber.... Mana kita tau kan? Setiap amal dan perbuatan dibalas dengan dua cara samada cash atau dividen masa hadapan (akhirat). Jangan dilupa kepada percaya kepada Qadha dan Qadar yang telah ditetapkan. Sebelum saya merapu jauh lagi lebih secara akhir kata ampunkan salah silap diri yang hina ini. Salam Aidil Adha dan selamat hari raya korban.
mengertilah
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk memikul dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima baik buruk yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kesabaran untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan oleh wanita."
"Kau tahu;kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada."
Kepada yang bernama lelaki, supaya mereka sedarlah dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata. Selamilah hati wanita mu.. dan ingat lah...Setiap Wanita itu Cantik.
Monday, November 23, 2009
Ada kau kesah semua tu..
puas sudah ku berbuat bakti, wang ringgit dikejar orang,
puas sudah ku berbuat baik, kata nista keji juga dikata orang,
puas sudah bersabar berdiam diri, dinjak orang tidak terperi,
puas kucuba mententeramkan diri, namun kekadang ingin memberontak,
puas sudah memekakkan telinga, sok sek sok sek berbunyi juga,
puas sudah ku menatang minyak yang penuh, balasan tuba diterima balas,
puas sudah menampung benteng, sampai masa roboh jua,
puas sudah menanam tebu, tetapi lalang yang subur,
puas sudah menanam ubi, ubi ditanam tumbuhnya semalu,
puas sudah ku menutup kepala, namun akhirnya diludahi jua,
puas sudah berkata benar, cakap yang berkuasa didengar orang,
puas sudah ku berkawan, ada yang sawan ada yang merawan,
puas sudah menjaga hati, luka didalam siapa yang tahu..
Ada kau kesah semua tu..
singgah di Elektriksola.
Bukan lawatan kerja ke sini telah mengingatkan aku kepada Kobe Cooper (M) Sdn Bhd kilang tempatku bekerja dahulu sebelum berpindah organisasi. Hampir sama persekitaran kerja dengan EM. Teringat zaman bawak forklif dan susun-susun kotak. Pernah repair machine AB dan Chiyoda. Tetapi itu semua tinggal kenangan. Yang aku kagum, apabila bercerita tentang syarikat swasta ni ialah tentang keselamatan, kebersihan, disiplin dan ketekunan mereka. Selagi tak berbunyi siren rehat, maka mereka tetap terus bekerja. Tetap berbangga dengan budaya kerja mereka. Alangkah baiknya jika budaya kerja dan budaya ilmu dapat diserapakan ke dalam organisasi ku.
Sunday, November 22, 2009
Positif dan Bersangka Baik
Sebagaimana semua manusia maklum bahawa hidup ini tidak semudah bagaimana dikata. ia sentiasa diwarnai dengan air mata dan gelak tawa. pelbagai jenis ragam manusia yang membolehkan manusia tertawa dab pelbagai peristiwa berlaku mengundang tangisan dan air nata. Apa yang pasti, manusia tidak akan dapat melepaskan diri daripada musibah-musibah yang melanda.
Orang-yang mendakwa tidak pernah mengalami masalah sebenarnya merekalah yang bermasalah. Jalan yang paling baik ialah bersabar dan tabah dengan apa jua yang berlaku sambil kembali kepada Allah atas apa yang diturunkan. Jika seseorang bersikap positif, maka diatasinya masalah itu dengan berfikiran yang positif juga.
Ciri-ciri orang yang berfikiran positif @ husnuzhan ialah :
- Tidak berputus asa
- Tabah berhadapan dengan kesulitan hidup
- Menerima dengan reda takdir yang ditentukan ke atas diri.
- Mewujudkan daya saing sesama sendiri.
Manakala kesan daripada berfikiran positif dan bersangka baik ialah:
- Menjadikan badan sihat dan cergas.
- Mudah mendapat ilham
- Hati dan jiwa bertambah bersih
- Kejayaan mudah dicapai
- Hasilnya diberkati Allah
- Semua orang akan menyenangi cara kita berkerja
- Hati semakin kaya dan Otak semakis cerdas
berbicara sendiri..
Bukan cakap seperti sindir menantu. Tetapi kekadang asyik kita je yang nak menjaga hati kenkawan, sahabat, rakan dan taulan tetapi diaorang ada ke dia peduli tentang kita. Jawapannya aku peduli apa. Betul..dalam hidup penuh dengan pancaroba dan materialistik sekarang jangan jadi orang terlalu lurus dan terlalu bengkok. Dan ingat don't trust anybody kerana suatu masa kawan sebginilah yang akan makan kawan. bukan nak mengajar tetapi suruh beringat. 'Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'. Cakap jangan sebarang cakap, cakap siang pandang-pandang, cakap malam pelan-pelan. Bukankah pujangga dahulu telah menyiapkan perumpaan yang baik seadanya. Kerana mulut badan binasa. Ingatlah sekuat mana kita kuat, ada lagi yang lebih kuat. Sepandai dan sebijak mana kita berbicara, adalagi yang petah dan pandai berbicara. Sehebat mana kita berpolitik, ada lagi yang lebih hebat dari kita. Dan sepekara lagi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya suatu masa pasti jatuh jua. Dan yang paling mustajab ialah jangan dilupakan doa. Andaikata ada sebarang masalah atau ketidakpastian mohonlah dari yang Maha Esa. Sesungguhnya doa itu adalah senjata Mukmini. Biarlah orang nak buat apa, biarlah orang nak kata apa, berdoalah sebaik-baiknya.
biarkan
Perjalanan Merentasi Goh Tong Jaya-Batang Kali-Ipoh-Tapah-Cameron Highlands-Pos Betau-Raub-Bentong
Inilah kenkawan, telefon punya telefon dah tido rupanya. Orang Ipoh suka tidur awal eik. Telefon punya telefon kenkawan, "Maaplah yeop, teman nak menidokan anak dulu, pastu nak menidokan anak mak mentua pulak..."
Namun aku ni bukanlah jenis give-up, telefon punya telefon kenkawan, "Sorilah my dear, i tengah kursus, mama ada pulak ni....uhuuu"
Nak tak nak kami redah je bandar Ipoh, semata kerana Char Koew Teow. Akhirnya kami nampak gerai banyak berhampiran Greentown, Dataran Bandaraya Ipoh. Apalagi fullstop. Kami pekena Char Koew Teow sepuas-puasnya, macam tak pernah makan seminggu. Apa yang menariknya tetiba je nama kami tertukar menjadi, Yeop dan Kulup. Apa-apajelah mak cik oi... Lagi satu mak cik Bedah tu terkejut bila aku cakap pinggan saya bocor. Kelam kabut dia datang, "Hah.. macam mana kamu punya Yeop boleh bocor?" Bukan bocor kerana pinggan tu bocor, tetapi nak order satu pinggan lagi. Ha.. ha.. ha.. ha.. mak cik Bedah, mak cik Bedah.
Bila dah semua kenyang mula buat hal, ada yang bergambar berhampiran jam mati ditengah Bandaraya Ipoh dan sebagainya. Aku? Biasalah pi senam-senam sikit, lurus-luruskan pinggang sikit. Alamak! terlopeh.....he he
Tido lambat, esok ada kerja sikit. Selesai tugas masuk ikut Tapah konon-konon nak shortcut, nah ambik kau... jalan penuh liku-liku, corner maut dan berbukit bukau. Kalau tak tahan pasti muntah dan pasti terseceret-ceret. Tiba-tiba nak terkencing, terpaksalah tahan. Itulah pasal masa melintas di Lata Iskandar tadi tak nak membuang, padan muka. Bagi mengelakan rasa boring dan sakit ketika menahan, maka kami bercerita pasal kebun, kebun tak bertuan, kebun taman rimba he he he hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang faham. Nak berhenti tengah jalan nak membuang takut bengkak. Tahan punya tahan sampai juga akhirnya di Bertam. Apalagi melompat berlari ke Petronas macam cerita Terminator III. Puff... lega.
Bila sampai je di Cameron Highlands, masing-masing gila sakan nak beli sayur. Aku? aku bukan giler nak beli sayur, tetapi giler nak cakap mandarin he he. Entah betul entah tidak, tapi yang pasti mereka faham. Tak pasti apa yang aku beli, lagipun sayuran dekat Bentong pun ada. Ops.. cendawan goreng di Cameron Highlands memang sedap. Kalau tak silap nama gerainya Gerai Mak dipersimpangan Hotel Equatorial. Cuaca sangat dingin, gerimis tak henti-henti menjunam di kepalaku yang tiada filter ini.
Selesai sudah episod kerja dan membeli sayuran kami pun pulang. Mahu atau tak tidak terpaksa ikut jalan Lembah Bertam ke Post Betau-Sg koyan-Raub. Cemas dan riasu menghantui benak fikiran. Hujan semakin lebat, boleh ke kami meredah jalan yang belum siap yang disaluti tanah merah tu? Namun pilot kata semua ok InsyaAllah, maka lega sedikit rasa dihati. Namun perjalanan kami tidak semudah yang disangka. Jalannya teruk berlumpur, lecak, berbukit bukau dan berselut. Kekadang meredah lebihan air anak sungai. Tetapi halangan tersebut dapat diatasi dengan jayanya. Hati terubat lega kerana pemandangan di kiri kanan sangat indah dan memukau. Sehinggakan kami turun, untuk menikmati keindahan dan panorama tersebut. Inilah keindahan hutan hujan tropika di sepanjang jalan Cameron Highlands-Pos Betau. Jam 6.00 petang sampai di rumah. Tugas selesai.
Selamat Hari Lahir My Son
Sunday, November 15, 2009
Kalau malas ketawa...senyum pun jadi lah....
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa yang sayang baca tu..?
Isteri: Buku bank abanglah..
Suami: owh..
Ada kesah seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua katanya. Kebtulan kat rumah tu adalah budak kecil. Budak itu pun terus membuka pintu.
Budak : Derma ape bang?
lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Ada..nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
Cerita 3
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????
Cerita 4
Seorang posmen yang datang menghantar surat seperti biasa;
Posmen : ' Assalamualaikum '
Sameon :' Walaikumsalam '
Posmen :' Ni rumah encik Sameon ye?
Samen :' Ya ini rumah saya'
Posmen: ' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
Sameon : ' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'
Cerita5
Tunang Bedul , Markonah, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Bedul : Mengapa?
Markonah : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya. Tolonglah.
Bedul : Ok. boleh saja. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Markonah : Erkkkkkk.... .... Benci .........
Cerita 6
Terdapat 3 orang sahabat menaiki motor Modenas dan ditahan polis trafik. Namun pemandu dan pembonceng motor tersebut tidak berhenti. Sambil berkata, '"Sorry lah Tok! dan tak muat, Kami dah bertiga. Kalau campur Tok jadi berempat"
Cerita 7
Kesah Orang Asli Dan Polis di sebuah perkampungan lama di Batang Padang.
orang asli : selamat pagi encik
polis : selamat pagi..
polis : apa hal
orang asli : saya ni.. nak buat repot encik!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau pagi tadi encik!
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terus terkam je..
polis : habis?
orang asli : tak habis encik, tinggal kepala je..
Kesah 8
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Abu terpandang Raju sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Raju.
Abu : Kenapa menangis?
Raju : Saya datang untuk ujian darah.
Abu : Awak takut ke?
Raju: Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Abu, tiba-tiba Raju menangis.)
Abu : Eh, kenapa pula awak menangis?
Raju : Tak dalah saya datang mau ujian air kencing...
Kesah 9
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba-tiba diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...
ha.ha.ha.ha.ha..........jangan ketawa lebih-lebih nanti mati dalam ketawa.
madah cinta..
Selamat Pagi..
Thursday, November 12, 2009
Hanif Herman - Bab II
Rupa-rupanya gerak geri Hanif disedari oleh Norazah yang juga teman satu sekolah terdahulu (Sek Menengah Kebangsaan Dong). Tetapi Hanif cuba mengelak dari mengiyakan kebenaran tersebut. Norazah tau satu ketika Hanif juga turut menaruh hati terhadap beliau namun ketika itu Norazah hanya memikirkan pelajaran semata-mata.
Masa terus berlalu, perhubungan antara Hanif dengan Ana berterusan tanpa disedari oleh rakan-rakan dan taulan. Tambahan pula mereka tinggal diasrama. Walaupun tiada perhubungan asas komunikasi ketika itu hanya berbekalkan surat menyurat pun sudah dikira memadai. Ramai teman-teman tidak mempercayai perhubungan Hanif dan Herma. Bila masa diaorang dating? Bila masa berjumpa. Ada..terutama waktu selepas 'prep' dan juga selepas makan petang di asrama. Tambahan pula Hanif merupakan telah dilantiik sebagai pengawas asrama.
Perhubungan berterusan dengan surat saling berutusan. Maklumlah seorang di Kg Batu Malim seorang di Kg Kuala Dong. Jauh tu. Apabila weekend sahaja ada peluang untuk keluar dari asrama maka pertemuan diaturkan. Tempat perjumpaan antara Hanif dan Ana ialah di Kedai ABC no. 1 ataupun diRestoran Kari Ayam Sempalit. Kelihatan cinta mereka cukup mekar dan suci. Tidak tercalar langsung dengan titik noda atau garis-garis negetif. Keharmonian dan tatasulia perhubungan sangat-sangat dijaga, tiada langsung berlaku sebarang persentuhan kulit atau sebagai. Tetapi zaman sekarang ini lain.
Namun langit cerah tidak selalu indah buat Hanif dan Ana. Kali ini asrama puteri telah digemparkan oleh pencobohan pelajar asrama lelaki. Peritiwa ini berlaku ketika peserta berbahas Bahasa Inggeris seluruh Pahang menginap di asrama puteri Sek Menengah Tengku Kudin Raub. Gempar memang cukup mengemparkan. Hanif merupakan calon pilihan pelajar setelah diadakan public canning pada keesokan malamnya. Selain itu calon lain yang diundi oleh pelajar ialah David Liew. Kedua-dua pelajar ini memang baik dan adalah mustahil mereka melakukan kerja-kerja tersebut.
Dada dan nafas Hanif terus bergetar kerana Cikgu Shafie memanggil beliau ke pejabat. Pada awalnya Hanif hanya diam mencuka. Hanif diarahkan bersumpah dengan Al-Quran jika tidak bersubahat. Jika beliau tidak mengaku maka nama-nama besar sekolah seperti Dwen, Hisyam, Rotten, Zil akan terperangkap malahan satu malapetaka akan berlaku tambahan pula jika perkara sebegini diketahui oleh guru disiplin sekolah. Entah macam mana, Hanif menmdapat idea memohon agar sumpah dengan Al-Quran tidak boleh main-main. Beliau sanggup menerima akibat asalkan nama baik sekolah dan rakan-rakan tidak tercemar. David Liew terlepas.
Suhana menangis seakan tidak percaya Hanif melakukan perkara tersebut. Beliau cuba merapati Hanif tetapi gagal. Hanif seringkali menjauhi dari diri Ana. Seolah-olah perhubungan mereka telah putus sama sekali. Namun dalam hati kecil Hanif terasa amat malu dengan Suhana. Tambahan pula Hanif dikenakan hukuman gantung asrama selama 2 minggu. Namun begitu kelicikan idea Hanif amat dikagumi. Segala surat menyurat berkaitan 'kenakalan' tidak sampai ke keluarganya. Terlebih dahulu telah ditapis oleh kawan-kawannya di kampung. Dimana Hanif tinggal.. sedangkan beliau tidak pulang kerumahnya dikampung? Sedangkan pada hari persekolahan beliau hadir seperti biasa.
Hati Hanif tidak tenteram selagi belum dapat berbicara dengan Ana. Sehinggakan suatu hati empat mata bertentang mata. Suhana menangis tersedu sehinggakan hampir memeluk Hanif. Hanif cepat mententeramkan keadaan dan berlakulah persentuhan pertama sepanjang percintaan tersebut. Hanif menceritakan hal sebenar dimana beliau tidak terlibat tetapi terpaksa berkorban untuk menyelamatkan kawan-kawan. Pada mulanya agak sukar untuk Ana mempercayai namun dalam hati beliau telahpun berkata Hanif tak mungkin berbuat sedemikian tanpa sebab. Mujur konflik ini cepat diredakan. Hanif tahu, walaupun ramai yang membenci yang pasti Suhana tetap sayang padanya. Pertama suatu ketika dalam surat mereka tertulis dengan permulaan Qalam Bismillahirrahmanirrahim (warna merah) dikaulah kekasih awal dan akhir. Indah sungguh rupa-rupanya bercinta monyet. Ayat penuh bunga-bunga dan penuh perasaan.
Episod seterusnya nanti utusan berbalas surat.
sekuat mana kita berusaha..
Ujian merupakan lumrah didalam kehidupan, ada yang diuji dengan sedikit penderitaan di segi kekayaan, ada yang diuji dengan kerenah anak-anak, ada yang diuji dengan kesukaran pekerjaan, ada yang diuji dengan rakan yang mengambil kesempatan, ada yang diuji dengan kekurangan suami/isteri/kekasih/teman, ada yang diuji perasaannya dan ada yang di uji dengan kekurangan anggota tubuh badan. Namun semuanya adalah dari Allah swt yang maha berkuasa dan Allah swt mahu melihat sejauh mana kita bersyukur menerima apa sahaja yang telah ditentukannya kepada kita sebagai hambanya
Apa ertinya seorang yang tidak berjari apabila diberikan cincin, mungkin itu yang kita bayangkan tetapi jika sikudung mengambilnya ia mungkin tidak dapat memakai di jari tetapi boleh menjual untuk mendapatkan kewangan, yang penting apakah kebaikan yang mungkin dapat diperolehi dari apa sahaja yang berlaku. Bukan hidup ini untuk mengeluh, tetapi hidup ini untuk memberikan yang terbaik agar kita dapat merasai akan kebesaran ilahi merasakan walaupun serba kekurangan kita mampu untuk terus hidup seperti seorang yang sempurna.
Adakah kita bersedia menerima ujian dengan penuh ketabahan atau kita menyesali apa yang berlaku? Begitu banyak perkara yang berlaku didunia ini ada penuh dengan kegembiraan dan ada juga penuh dengan kedukaan kerana itulah sebenarnya warna-warna kehidupan yang mencorakkan dunia ini. Kita perlu mencari yang terbaik dan yang terbaik itu hanya akan dapat di jadikan sebagai reality sekiranya kita berusaha untuk mendapatkannya dengan bersungguh - sungguh. Kita hanya mampu untuk berusaha dan yang menentukan samada kita Berjaya atau tidak adalah sebenarnya Allah swt. Kita hanya menyediakan sebab dan natijah atau keputusan adalah milik Allah SWT.
Sekiranya apa sahaja yang diminta akan termakbul atau tertunai, mungkin manusia tidak akan dapat merasai erti kegembiraan, kesukaran demi kesukaran yang kita lalui akan memberikan perasaan kegembiraan setelah kita berjaya melepasi kesukaran tersebut. Setiap kesukaran pasti ada kesenangan, setiap kesukaran pasti ada kesenangan adalah dua ayat Allah didalam Al Quran untuk mengajar kita sebagai manusia yang lemah agar terus berusaha tanpa putus asa, kerana janji Allah SWT pasti benar dan kita selalu dapat mengatasi segala kesukaran setelah kita berusaha bersungguh- sungguh.
sakit gigiku patahkan sendiri
Kebetulan hari ini semasa menahan sakit saya cuba goyang-goyangkan gigi. Alamak, gigiku rapuh terus patah. Nasib baik tak berdarah. Tapi maklumlah ianya dah reput rupanya. Sudahlah reput dan tercabut lepas tu saya ramas gigi tu terbelah dua. Rupa-rupa usia sudah menjelang tua. 'Rumah kata pergi bibir kata mari'. Moral of the story kalau sakit gigi cepat-cepatlah pergi jumpa doktor gigi walaupun kosnya mahal RM5-80 setiap sebatang gigi yang dicabut ataupun jagalah gigi seperti menjaga baby. Jangan makan atau minum ketika terlalu panas serta terlalu sejuk (ais) kerana kelak ianya membolehkan pereputan gigi berlaku walaupun anda mengosok gigi setiap hari. Tiada gigi tiada lagi seri dan nikmat makan seharian. Awas jadikan ia satu pengajaran buat semua.
Wednesday, November 11, 2009
Hanif Herman - Bab I
Persekolahan telah dibuka, maka Hanif memasuki tingkatan 2. Pada perhimpunan pertama tahun itu beliau sekali lagi telah dipilih sebagai Ketua Pengawas sidang petang. Menggigil beliau, ketika nama diumumukan. Tepuk sorak sorai dari rakan-rakan dan guru membuatkan beliau kembali tenang. Hanif tanpak lebih confident dan bersinar. Tetapi mulai saat itu langit tidak selalunya cerah, ada sahaja cabaran yang mendatang. Oleh kerana beliau telah glamour maka ada sahaja pelajar senior yang tidak berpuas hati dan ingin menduga dan mencuba. Provokasi dari pelajar senior diatasi secara berhemah.
Hasnah Zakaria adalah salah seorang peminat fanatik terhadap Hanif. Terkenal dengan 'Hasnah Korek' . Entah kenapa gelaran diberikan sedemikian rupa, biarkan, lantaklah. Yang pasti Hasnah dan rakan-rakan wanita amat memuja Hanif. Tetapi hanif tetap cool. Hanya mengambil Hasnah sebagai adik angkat sahaja. Walaupun Hasnah amat cun melecun dan baru berada ditingkatan 1 tetapi gerak gaya lagak seperti remaja matang. Bemulalah kesah cinta pandang pertama mereka. Tetapi ketika itu percintaan dianggap murni dan suci. Yelah tiada berlaku sebarang perkara sumbang. Kalau zaman sekarang jangan buat pasal, baru kenal dan hilang segala-galanya. Lagi satu Hanif ni memang budak baik, tak pernah terlintas hihati beliau untuk menyentuh atau memegang mana-mana bahagian kulit Hasnah. Perhubungan ini dianggap istemewa kerana berterusan sehingga beberapa tahun. Tetapi tau-tau sahajalah ketika itu dapat jumpa intai dari luar kelas pun sudah dikira best. Apatah lagi berkirim-kirim surat. Masa tu mana ada handphone, email, yahoo masengger dan sebagainya.
Sedikit demi sedikit perangai Hanif berubah. Beliau terlalu terikut sangat dengan kawan-kawan. Rusdhan, Helmi, Rahman Togok, Halim, Nine dan lain-lain sentiasa menjerumuskan Hanif ke arah perkara-perkara negetif. Pernah satu ketika ketika habis kelas tambahan Hanif dan koncu-koncunyer pergi menyerbu kedai Pak Zailani Jalah. Iyelah kat kedai tu macam-macam ada diibaratkan macam stationery zaman sekarang. Dalam ramai-ramai tu, adalah member ni kaki rembat dan kaki lipat. Kok ye pun nak mengebas tu tengok-tengoklah kiri kanan mentang-mentang masa tu tak de CCTV. Tau-tau je esok Guru Dispilin panggil kena public canning. Yang si Hanif ni mana nak mengaku, buakan dia yang mencuri. Yang menjadi masalah towkey kedai tu kenal si Hanif ni seorang sahaja. Punyalah malu, bengang, rasa bersalah dan sebagainya. Apabila dalam keadaan terdesak, kawan-kawan menghilangkan diri, diam membatu. Hampes punya kawan-kawan. Tetapi memang respectlah kat Hanif ni beliau rela mengambil tanggungjawab dan risiko. Dia mengaku atas bukan kesalahan dan perbuatan dia untuk menjaga nama baik sekolah. Piap! Piap! Piap! bedalah rotan ditengah panas public canning. Hebat budak Hanif ni kalau orang lain kena rotan tu mau terkencing sambil melolong lolong. Maklumlah budak kampung Kuala Dong memang hebat. Dengar khabar dia pernah menuntut ilmu persilatan. Macam cerita Hang Tuah la pulak. Ekoran dari berita Hanif kena rotan heboh satu sekolah dan satu daerah. Apa yang tak seronok tu..sudahlah kena rotan.. kena panggil pulak oleh Cikgu Mohktar. Nah..5 liang perut kena cubit. Masih terngiang-ngiang lagi kata-katanya. "Lain kali buat lagi.."
Akibat peristiwa itu Hanif semakin glamour, bukan dibenci tetapi dianggap sebagai hero. Kesemua guru hairan dengan sikap Hanif yang cool, stedy, macam biasa sahaja. Diibaratkan seperti tiada apa yang berlaku. Sehinggakan guru-guru melabelkan Hanif sebagai master mind atau silent killer. Tetapi itu semua mendewasakan Hanif.
Musim peperiksaan hampir menjelang tiba. Tidak terkecuali Hanif dengan basikalnya. Seorang yang cekal berulang alik dengan basikal dari kampung Kuala Dong ke pekan Dong sejauh 4 km setiap hari demi untuk menuntut ilmu. Hendak tinggal diasrama tidak mampu membayar yuran asrama. Kadang-kadang untuk menampung perbelanjaan beliau, beliau sendiri terpaksa menoreh getah. Jikaklau nak diharapkan dengan pendapatan Ayah dan Ibunya hanya 'cukup-cukup makan' ataupun kais 'pagi makan pagi kais petang makan petang'. namun begitu dengar khabarnya keluarga beliau dahulu adalah orang paling kaya dalam daerah Raub. Siapa yang tak kenal Aki Untung. tetapi oleh kerana ketamakan mak saudara beliau maka habislah segala harta dikikis dan dijual. Tinggallah beberapa keping tanah bendang dan tanah getah untuk diusahakan. Harta seperti wang ringgit, emas perak dan suasa hilang dari pandangan. Jiakalau dahulu hartawan sekarang tiada lagi.. Kesian Hanif.
Apa-apapun keputusan peperiksaan SRP telahpun keluar. Hanif telah mendapat A11 dalam peperiksaan tersebut dimana beliau gagal untuk ke sekolah asrama penuh ataupun MRSM. Beliau kecewa yang teramat sangat. Namun begitu beliau masih layak untuk bersekolah di bandar Raub bagi menduduki tingkatan 4 aliran sains. Bersambung...
Puisi Merapu
kenapa pagi-pagi dah terbayang macam-macam
kenapa pagi-pagi dan rasa tak puas hati
hanya hati yang pasti...
kenapa tetiba tak tenteram
kenapa tetiba macam nak marah..
kenapa tetiba hangin tak tentu pasal..
hanya kepala hotak sendiri yang tahu..
kenapa resah gelisah..
pasti ada sebab dan musabab..
kenapa perlu rasa pecah kepala..
pasti ada punca segalanya..
Kenapa pagi ia baru datang
tidak semalam atau kelmarin..
kenapa pagi ini...kenapa sekarang
kekadang sakit kekadang sengal kekadang pedih..
kalau aku perempuan..
sudah pasti datang masa tu..
kalau aku lelaki..
sudah pasti datang sembelit...memerut
Jangan marah.....
Tuesday, November 10, 2009
10 K dalam erti sebenar Persahabatan
KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.
KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.
KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, InsyaAllah.
KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?
KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.
KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.
KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.
KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.
KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.
Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat disimpulkan mengenai persahabatan. Maaf kalau agak membosankan, sekadar untuk berkongsi dari apa jua ilmu yang diperolehi.
"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!"
sekadar peringatan dan luahan
Sentiasa menjaga hati seseorang pemimpin. Bukan bermaksud membodek atau lain maksud. Kekadang ini terpaksa anda lakukan. Apa yang mampu kita buat. Kita hanya mentimun mereka diibarat durian.
Sentiasa dan kerap bertanya khabar samada melalui handphone, Yahoo Messenger, email dan sebagainya.
Tidak melakukan perkara-perkara yang mengejutkan atau melebihi daripada seseorang pemimipin.
Jangan sesekali terpijak ekor kucing kelak kucing tersebut akan melompat, menerkam dan mengamuk. Gunakanlah budi bicara sebaik mungkin.
Wang ringgit juga terpaksa dikeluarkan demi menjaga semua ini. walaupun hakikatnya kita memang tak berapa nak ada. Tetapi jangan sampai mengadaikan maruah diri dan kerjaya.
Yang terbaik duduk diam-diam tanpa glamour.
Apa yang pasti kita dikehendaki sentiasa berdoa agar diri serta keluarga dilindungi dari anasir negetif dan hasad dengki manusia serta godaan syaitan dan iblis.
Kurangkan bercakap dan memberikan kenyataan kelak takut-takut atau dikhuatiri setiap perkataan yang dilontarkan akan disalah mengertikan oleh sesetengah pihak.
Jangan terlalu taksub kepada pihak tertentu agar kita tidak dicop sebagai orang kuat lawan kepada pemimpin kita.
Jangan sesekali kita melawan atau memberontak bukan didalam forum atau tempat yang sesuai kelak diri binasa. Kes 3 -4 tahun kebelakang akan menjadi senjata kepada orang-orang tertentu.
Sebelum (DULU) dan selepas (SEKARANG) kahwin
Angkat Beg – DULU Come sayang, let me carry the bag for u. Kesian you... SEKARANG Beg awak pun awak malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah
Tersepak batu – DULU Sayang, intan payung, you ok tak darling? SEKARANG Bodoh punye batu.. Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun tak nampak!
Bila Sexy - DULU Lawanye you pakai baju ni. Seksi! Turn on I, macam nak gigit-gigit you sekarang jugak! ' SEKARANG Ni ape ni, tetek terjojol, nampak longkang! Dengan babat berlipat-lipat! Tak malu eh?
Manja di Public - DULU 'Manjanye sayang i ni. Cium sikit sayang! Firm nye pipi you! Oi! Org tgk ah! SEKARANG Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang tengok?!
Takut Kempunan - DULU You nak makan burger BigMacc? Ok, besok i belikan untuk sayang. SEKARANG Burger tepi jalan pun sama pe! Jangan cerewet ah! Makan je!
Kecantikan - DULU Cantik nye you hari ni. Eye shadow you lawa la! Berseri-seri muka you! SEKARANG Ape ni make up mcm tepung gormak? Wayang Cina pun kalah tau! Bulan-bulan asyik beli make up je!
Kekayaan - DULU kalau you takde banyak duit pun, i tetap sayang you. Kekayaan tak menjanjikan kebahagiaan. SEKARANG Tu la, dulu tak nak blajar betul-betul. Sekarang baru nak menyesal! Ingat I cop duit ker?
Seks - DULU Kalau kita kawin, hari-hari i nak main dengan u. SEKARANG Eh, i penat tau! Ingat i robot ke? Gatal!
Merajuk - DULU Sudahlah sayang, jangan merajuk. Sorry eh Sayang. Memang salah I. I ni memang tak guna! Jangan merajuk lagi ye Sayang.. I minta maaf. I'm sorry eik. SEKARANG Salah awak, awak nak suruh i cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah tak nak mengaku. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak kuasa aku!
Masakan - DULU Sedapnye you masak (walaupun tak sedap) SEKARANG Mak awak tak ajar masak ke? Ni Nasi lemakor nasi basi?
Duit no Problem - DULU Sayang, kita makan dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, sekali skala... SEKARANG Mak oi! Pe mahal! Da la! Mee goreng mamak lagi sedap. Tak mau ah! Abis kan duit I je…
Love pergi love pulang - DULU Bye sayang, I love you too. Muaks! Miss you lah sayang. (Padahal semalam baru jumpe)Ah, ok bye! SEKARANG Tak bole lah. Kawan abang ada ni! Bye la bye la!
Pengorbanan - DULU Takpe Sayang, I tak kisah. I sanggup buat apa saja untuk you. I fetch you later eh? SEKARANG Awak ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja. Apa salahnya you balik sendiri.
Jumpa lambat - DULU Manja sangat ah! Takpe Sayang. Asalkan you selamat sampai SEKARANG Takpe la. Da biasa da!
Terbuang angin- DULU You kentot eik sayang? ha ha haCute la you ni! *cubit-cubit* SEKARANG Ooi, kentot bau tungkit… Makan tak baca doa ke?
Bila suami berpuisi...berkias nak kahwin lagi
jika engkau bumi... akulah mentarimu.
Aku akan menyinari dikau kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan kilauan ku.
Lantas aku ingat satu perkara bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi, malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...
(Lantas si isteri turut menyediakan satu puisi untuk membalas puisi sang suami tadi.)
Wahai.. Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang suria yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan.... akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...
Tetapi itu cuma mimipi mu..
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah berharap untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti....
Cuba lihat siapa dirimu...
Matahari atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja..
please lah.... jangan la nak berangan..nak terang planet..
owh..teringin nak kahwin lagi eik...
Sikap Pengkritik & Yang Dikritik
- Ayat-ayat kritikan secara berhikmah.
- dengan nada merendah diri.
- bercakap benar dan nada yang sederhana tidak pedas.
- menegur secara bersendirian jangan ditengah-tengah khalayak ramai.
- menyelidiki dahulu sebelum menuduh.
- niat kerana Allah dan sayangkan sahabat.
- kritikan mestilah jujur dan telus dari hati.
- bersangka baik @ thinking positive.
Sikap Orang Yang Dikiritik/Ditegur
- Berlapang dada dan jangan angin dan marah tak tentu pasal.
- tarik nafas dengan tenang dan hembuskan nafas perlahan-lahan.
- bersyukur kepada ALLAH.
- berterima kasih kepada kawan-kawan kerana memberitahu kelemahan diri.
- membetulkan fakta yang salah.
- berusaha mengubah ke arah yang lebih baik.
- menerima segala kritikan dan jangan membuat ulasan serta merta.
- muhasabah diri dan jika perlu senyum selepas dikritik.
- tekadkan diri untuk perbaiki diri selepas dikritik.
Kesan buruk apabila takut dikritik atau tidak boleh terima kritikan
- tidak mahu menerokai sempadan dalaman diri
- tidak akan berjaya mengapai kejayaan yang hakiki
- tidak disukai ramai
- menjadi orang yang sombong dan ego
- pimikiran akan menjadi streotype
- tidak tahu kelemahan dan kekuatan diri
- mencipta ramai musuh dan mengurangkan sahabat