Salam siber, bersua lagi dialam maya. Kali ini saya ingin berbicara tentang kampong yang tinggal nama sahaja. Apa yang saya maksudkan ialah Kg. Kuala Dong, Raub Pahang. Jika kita tinjau peta negeri Pahang, ianya jelas dan nyata Kg Kuala Dong masih ada dan tidak mungkin hilang. Pertemuan dua sungai diantara Sungai Lipis dan Sungai Dong menjadikan terbina Kg Kuala Dong. Dahulukala, Sg Lipis adalah laluan utama pahlawan terbilang seperti Mat Kilau, Datok Bahaman, Tok Gajah dan lain-lain mudik ke hulu memburu musuh. Pihak Komunis dan juga Jepun juga seringkali menunggu penentang mereka ditepian/laluan Sungai Lipis.
Tetapi kini kampong Kuala Dong hanya tinggal nama memandangkan kesemua penghuni tersebut telah berpindah menjadikan kampong ini lengang, sunyi sepi, semak samun, menakutkan dan terbiar. Keluarga Pak Itam Lagu, We Kiah, De Sani, De Bakar, We Long dan Pak Cu Deraman semua telah kembali ke Rahmatullah. Anak-anak mereka dah menetap dibandar, pulangpun sesekali sahaja, itupun ketika musim buah-buahan. Sekarang, satu apa buah pun dah tak berbuah. Merajuk kot. Rumah-rumah usang dengan sendiri, dimamah usia, dan dikerumuni oleh anai-anai. Tiada apa yang boleh diselamatkan. Termasuklah rumahku sendiri. Dahulu, bila sebut sahaja Kg Kuala Dong memang terkenal dengan kemashsyuran. Kampong orang kaya, orang kuat, orang saufi, tempat orang mencari ikan (lubuk Awang), tempat orang memburu dan sebagainya. Sedih memang sedih, namun apa yang boleh kulakukan. Jalan nak pergi kerumahku kini diibaratkan seperti hutan belantara. Macam zoo. Tak mungkin akan kubiarkan ibuku untuk tinggal pedalaman sebegini.
Namun ada juga yang berani pergi ‘menurun ekor’. Lagipun terdapat 2 kawasan kubur utama peninggalan orang dahulu. Iaitu kubur ‘orang cantik 5 sekawan terbunuh’ dan kubur para ulama saufi. Emmm.. hampeh betul, buat memalukan dan syirik buat kerja-kerja sebegini. Mat gian yang dikira berani, pun takut nak menghampiri kawasan ini. Sebagai pedoman buat teman-teman, tidak mustahil suatu masa Kampong saudara saudari akan hilang tidak berpenghuni. Yang tinggal hanyalah misteri.
No comments:
Post a Comment