Manakala orang yang huruf awalnya bermula dengan huruf 'A' bermaksud - Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Thursday, June 18, 2009
Ada apa dengan nama?
Apa ada pada nama? Ya, nama itu membezakan seseorang lelaki atau perempuan. Nama seseorang itu telah mempunyai erti yang tersendiri, baik dalam makna Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Mandarin, Siam dan sebagainya. Walaupun nama kita tidak seindah nama orang lain seharusnya kita mesti berasa bangga dan bersyukur dengan kurniaan ILLAHI. Dari segi persuratan nama disusun mengikut angka giliran secara abjad. Oleh yang demikian nama itu juga melambangkan keperibadian seseorang, tetapi ini mengikut pendapat saya. Jika anda tidak bersetuju dengan pendapat ini, saya tidak boleh memaksa anda untuk bersetuju dengan saya. Kali ini saya ingin memaparkan nama saya sendiri [ABDUL LATIF] mengikut kajian Dato' Dr. Fadzilah Kamsah selama 25 tahun. Anda boleh mengkaji sendiri tentang maksud nama kalian. Apa yang ada pada 'ABDUL LATIF'? A - Amanah
B - Bijaksana
D - Dinamik
U - Untung
L - Lemah-lembut
L - Lincah
A - Alim
T - Tulus
I - Ikhlas
F - Fleksibel
Abdul Latif - Hamba Allah yang Lemah Lembut, (Servent oh Allah)
Latif - Lembut, bersopan, (Gentle, kind, pleasant, friendly)
Wallahualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment