Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Monday, June 8, 2009

Kursus Lagi

Hello (Nĭ hăo). Tak sabar rasanya untuk pergi berkursus lagi. Bukankah penjawat awam kena berkursus/seminar/taklimat sekurang-kurangnya 7 hari. Dalam masa yang sama berguni-guni sumpahan dari ‘anak buah’ dan ‘bapak buah’. Biasalah, adat dunia ada yang suka kita pergi kursus lama-lama, ada yang tak berapa gemar kita pergi menimba ilmu. Tak mengapa (Méi guān xi). InsyaAllah jika diizinkan, aku akan meneruskan Kursus Bahasa Mandarin Tahap 1 dari 22hb Jun sehingga 14hb Ogos 2009 (liùyuè èrshíèr hào - bāyuè shíci hào) di INTAN, Jln Elmu, Petaling Jaya. Sekurang-kurangnya aku mendapat ilmu yang bermanafaat untuk agama, bangsa dan negara. Paling-paling tidak pun boleh berkomunikasi dalam bahasa Mandarin pun sudah dikira bagus. Walaupun di Bentong majority mereka menggunakan dailek Kantonis tetapi ini tidak mematahkan semangatku untuk meneruskan perjuanganku disamping menyahut cabaran mantan PKN Pahang Dato’ Hassan Ibrahim. Aku akan mencuba yang terbaik dan termampu. Maklumlah dah tua-tua ni, mana boleh lawan orang muda dari segi minda/IQ. Peluang yang diberikan tidak akan persia-siakan, memandangkan lebih 1000 orang yang memohon kursus ini. Jikalau tidak menghadirkan ianya akan merugikan diri sendiri dan jabatan masing-masing. Belajar bahasa nampak seperti mudah. Terpulanglah kepada penerimaan dan minda sesorang. Bagi aku belajar itu susah, tetapi kena buat-buat senang agar menjadi mudah. Hati serta minda kena cekal, kena kuat dan kena tenang. Jalan yang beribu batu bermula dengan satu langkah.

Checklist pun telah kusediakan. 2 bulan tu lama beb. Macam manalah orang tak bebulu kat aku. Itu rezeki namanya. Ia juga adalah diibaratkan hadiah pelajaran. Ingat senang ke nak dapat kursus kat INTAN, lebih-lebih lagi kursus bahasa. Berduyun-duyun orang menunggu baik secara online atau manual.

Terima kasih (Xièxie) kepada tenaga pengajar (lăoshī) yang banyak memberi dorongan. Gateway To Mandarin telah berlalu kini tiba pula Mandarin Part 1. I will be there. Jumpa lagi (zaijian)

2 comments:

  1. emmm...nak g kursus lagi ker??lama tu 2 bulan..gud lak ar bro..aku kursus induksi skang ni..bulan 7 baru habis..k ar gud laks..

    ReplyDelete
  2. Halo2! memang patut pun depa berbulu..heheh 3 bulan tu...lama siot
    anyway gud luck..ape2 ajarla orang lain samer-hehe

    ReplyDelete