Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Sunday, June 21, 2009

Lapor diri di INTAN

Terbangun lewat sedikit arini. Lagipun malam tadi tidor lewat tengok freindly bolasepak antara Kg Kuala Repas dengan Kuala Repas Juniors. aku bergerak dari Bentong jam 11.30 dan terus memecut melalui highway Karak-KL, DUKE dan terus sampai ke INTENGAH. Tepat jam 12.30 aku sampai ke KFC Jln. Elmu, PJ terus parking kereta serta rehat seketika sambil pekena 'pasembor' & cendol kat van mamak. Mak ai.. satu jam je dah sampai ke PJ. Selepas itu aku terus mendaftarkan diri untuk memulakan kursus Bahasa Mandarin Tahap Satu. Tahap boring paling atas telah menghantui diri ini. Sampai awal tak tau nak buat apa. Padan dengan muka hang Latif, sapa suruh dok datang awal. Apalagi semua yang ku buat semua serba salah. Kali ini aku ditempatkan di blok C9. Macam tak percaya pulak, maklumlah aku 3 orang je lelaki kat blok yu, lain semua perempuan. Seram.....


Tengah termenong di lobby INTENGAH, tiba-tiba muncul Kpt. Azman dengan selambanya. Yeah. Gang Nakal bertemu kembali. Ni Hao!. Selepas itu muncul gadis yg bernama Juliati Abd Jalil dari Penjara Sabah, juga peserta kursus bahasa Mandarin. Seperti biasa aku menghabiskan masa bersama Azman dan bro Jamaluddin (staff INTAN- penjaga asarama) dari waktu makan sampai tengah malam. Biasalah 'port' yang kami pilih ialah disuatu meja dan disuatu sudut 'otai' berhadapan dengan lobi asrama. Apa yang menariknya, waktu inilah ramai peserta kursus datang untuk melaporkan diri. Diaorang butakah? Ada ke patut depa dok kata kami penjaga asrama. Apalagi, kami pun mulalhh dok 'mengencing' he he. Habis kami interview. Siap cakap, siapa nak daftar asrama cepat daftar dengan kami. Aduh...pecah perut, rasa nak bergoleh-golek aje..

3 comments:

  1. agak menarik... penuh dengan saspen..

    ReplyDelete
  2. emmm..bro ada mangsa baru yang cun tk?hehehehe..
    lama ar tak lepak2 dgn korang..siot jer..aku ingat nak amik tahun depan..tahun ni tak bleh ar..

    ReplyDelete
  3. hoi..jan bila nak datang amik kitaorg n lepak2 or kita pilah hecha ke chifan er..mangsa tak de tu yg jadi sunyi tu

    ReplyDelete