Dalam kesibukan tugas, tiba-tiba aku terpanggil dan teringat satu cetusan hati nurani dari seorang teman. Teman yang pernah ku kenal beberapa tahun yang lalu. Lantas aku terus memberhentikan kerja seketika. Terus aku mencari dimanakah cetusan itu tersimpan. Ya.. jumpa juga akhirnya. Ianya tersimpan dengan rapi dalam folder khas yang compilekan dalam kabinet usangku. Aku mengambil keputusan untuk dipaparkan dalam blog ini sebagai satu pedoman, panduan, tauladan, hiburan, rawatan dan sebagainya:-
KITA TIDAK SEMPURNA...
Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kali,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja..
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisa ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang..
Setelah ia mula menyanyangi hendaklah kamu menjaga hatinya..
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu..
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukup sekadar keperluanmu..
apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang.....
......sedangkan jika kamu cuba membaikinya,
mungkin ia masih boleh digunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memilikki seseorang terimalah seadanya...
janganlah kamu terlalu mengkaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya terlalu istemewa..
anggaplah ia manusia biasa.
apabila sesekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu menerimanya..
akhirnya kamu akan kecewa meninggalkannya.
......sedangkan jika kamu memaafkanya boleh jadi hubungan kamu,
akan berterusan hingga ke akhirnya..
Jika kamu telah memilikki sepinggan nasi..
yang kamu pasti baik untuk dirimu, berkhasiat dan mengenyangkan,
mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain?
kerana terlalu ingin mengejar kelazatan,
.....kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..
kamu akan menyesal............
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu..
menyanyangimu, mengasihimu, mengapa kamu berlengah?
kenapa cuba membandingkannya dengan yang lain?
kerana terlalu mengejar kesempurnaan...
......kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain,
kamu jua yang akan menyesal..
kamu jua yang akan jadi 'gila'...
moral of the story -
- Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
- Peluang dan ruang hanya datang sekali dalam hidup.
- Redha dengan ketentuan ALLAH.
No comments:
Post a Comment