Perjalanan jauh dari timur (Pahang), ke tengah (Kuala Lumpur) dan ke utara (Langkawi) tidak merugikan, malahan sesuatu dirasakan amat berbaloi. Apa tidaknya, aku dan sahabatku Amin berpeluang untuk menjelajah dan bersantai Pantai Rhu dan beberapa buah pulau kecil disekitar Pulau Langkawi. Peristiwa ini tercatat pada 22.2.2009 (jika tidak silap aku) Antara lain, aku sempat snorkling, main jet ski, ronda speed boat, mandi-manda dan eagle feeding. Kos yang dikenakan tidak mahal cuma lebih kurang RM20 ringgit seorang selama 5 jam. Puas, sangat berpuas hati. Aku juga berpeluang untuk menerokai gua laut yang penuh dengan batu-batu granit dan kapor. Aku juga berpeluang untuk melihat 'keluang' dari jarak dekat ketika tidur. MasyaAllah banyaknya, disuatu kawasan yang tidak terusik. Peluang ini tidak dilepaskan ketika melihat berpuluh-puluh ekor burung helang (lambang Langkawi) menyambar makanan yang dicampak ke tengah laut. Begitu juga kami sempat meninjau 'Batu King Kong', dimana rupa memang seiras 'king kong'. walaubagaimanapun gambar dan visual tidak dapat disertakan atas sebab-sebab tertentu. Satu lagi pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila diserbu oleh ribuan pelbagai spesis ikan. Panik juga. Erm..apabila dikerumuni dan 'dikerutis' oleh ikan-ikan tersebut, seolah-olah diri berada di SPA, bagai satu urutan terapi. Jangan salah faham, ikan tu dok makan roti yang dicampak kearah badan aku. Tatkala sudah puas berendam tanpa kena panas cahaya matahari, maka kami beredar ke lain-lain pulau yang menghidangkan terik matahari. Panas pun panaslah. Merah kulit dibuatnya. 'Diaorang' lainlah, mereka memang tahan kerana sudah berkulit gelap. Segala mak datuk vitamin sudah ada pada kulit dan tubuh mereka. Tetapi maaflah kepada mereka yang berkulit gelap ni, mereka tak tahan dengan landak laut dan juga baru karang. Majoritinya apabila tergesel dengan batu karang dan landak laut, terus mereka naik dan tak mau mandi lagi. Mau tidaknyer pedih, sakit kena pulak air masin. Selain dari kami terdapat beberapa buat bot yang dipenuhi dengan pelancong 'mat saleh' dan juga 'minah saleh'. Dengan selamba je mereka snorkling tanpa menutup bahagian atas dada mereka. Ops bahaya untuk bawah 18SGX. Gambar-gambar tidak boleh dirakamkan. Harap maaf dan maklum. Erg...kenyang mata. Yang pasti nama aku dah ditukarkan kepada Latif Singh kerana kawan-kawanku semasa percutian boleh dikatakan 80% adalah singh. Sepanjang perjalanan kami sentiasa menyanyikan lagu Bangra.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment