Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Thursday, June 25, 2009

bila boring melanda

Adoi.....memang susah nak selesaikan masalah boring. Tiba-tiba je rasa boring, walaupun teman-teman dan rakan-rakan sekursus ada disekililing. Mulalah macam-macam bermain dalam kepala. Rasa-rasa nak contact member2 lama yang ada kat KL ni, tapi rasa takut pun ada, takut-takut diaorang tak layan. Entahlah rasa macam rendah diri sangat. Bukan apa tak nak menyusahkan diaorang. Nanti jikalau aku coll tak dapat sambutan keciwa lak. lebih baik menyendiri. tapi sampai bila? Tak pe seminggu dua lagi ok agaknya. Diaorang pun sibuk ataupun tak nak diganggu. Rasa macam nak balik Bentong je, tapi kos pulak membebankan kalau nak berulang-alik hari-hari. Duduk hostel lak macam ada yang tak kena je. Semua jadi serba salah. Mungkin minggu ni sahaja rasa begini kot? Harap-harap ia tak menggangu emosi dan perasaan semasa kursus. Yang herannnya semasa dalam kelas, best....memang best. Maybe niat nak belajar bersungguh kot. Tapi aku bukanlah tergolong dari pelajar yang pandai. Tetapi semangat tinggi beb!
Bila dah lama stay kat hostel mulah nampak perangai manusia yang bermacam ragam. Tak kiralah dari jabatan mana, sama je. Ada yang berlagak, ada buat 'bodo' dan ada juga yang 'jeling-menjeling'. Bagi aku lak, bukan nak jual mahal, tapi nak kurangkan dugaan dunia ni. Konon-konon dan berubah lah. he he. Ada yang ramah, ramah sangat. Arch..abaikan mereka bukan bayar gaji aku dan aku bukan bayar gaji diaorang. Aku tak kacau diaorang begitu juga sebaliknya. Yelah pelik bin ajaib, diaorang ni macam tak pernah berkursus. Macam tak pernah keluar dari rumah. Kalau bab makan..punyalah tamak. Mak oi.. tinggal orang belakang sikit. Cukuplah dok mengata perangai orang. Entah-entah orang dok mengata aku.. Zaijian...

1 comment:

  1. hahahaha..berubah ke bang..ermmm..x best ke dok hostel..mesti la best kan

    ReplyDelete