Always thingking of you. Wajahmu setiap saat dan ketika sentiasa bermain dimata. Andainya dikau terbaca blog ini, pasti dikau akan mengerti siapakah yang dimaksudkan. Tatkala semasa kita pernah bersama, semuanya indah belaka. Dikaulah kekasih awal dan akhir. Tiada dua dan tiada lain. Namun dikau telah tahu bahawa aku telah berpunya. Dikau sanggup kemana sahaja kerana diriku. Apa sahaja yang ku pinta dikau tunaikan begitu juga aku. Arch..tapi itu semua tiada lagi. Yang ada hanyalah kenangan yang melalaikan. Namun ianya tetap mengasyikkan. Aku juga sering mengimbau saat-saat manis kita berdua. Begitu romantis, ceria dan bagaikan disyurga. Kita tidak peduli dengan rintangan yang mendatang, tetap utuh bersama. Tetapi apabila 'tsunami' datang melanda, sekelip mata ianya berubah. Hancur, musnah, bersepai... Hanya dengan kehadiran kekasih lamamu. Kenapa disaat aku masih memerlukanmu, aku masih setia denganmu...semua ini berlaku. Kenapa sesudah keputusan dibuat, dikau masih lagi menghantui jiwaku, mindaku? Kerana i always thingking of you. Aku harap dikau pun begitu jua. Masih terngiang-ngiang tusukan dan sembilu kata dari bekas kekasihmu.
"Jikalau nakkan si dia kenapa kau bomohkan dia?"
Aduh..bisa, kalaupun bekas kekasihmu mau mengambil kembali haknya, tidak perlu dia menuduh ku sebegitu. Aku bukan jenis sebegitu. Lagipun kita suka sama suka. Itu semua telah ditakdirkan kita bersama walaupun bukan untuk selamanya. Ataupun dikau tercipta untukku di Syurga.
Jika diimbau kembali perkenalan kita, masih aku teringat ketika aku menyapa dengan tiba-tiba. Pasti dikau masih ingat. Ketika itu anak rambut dikau terkeluar dari tudungmu. Kita saling berpandangan. Mata bertentang mata dan hati turut merasainya. Dataran dan kaki gunung itu menjadi saksi. Bermula dari situ maka panjanglah ceritanya. Setiap cabaran dan dugaan berjaya ditempuhi sehinggalah ke puncak. Tidak mustahil ianya berlaku kepada diri kita. Kita telah melalui onak yang berliku. Kita telah mengapai puncak. Namun ketika dan saat menuruni gunung dan lurah kita tergelincir bersama-sama. Dikau mencium tanganku dan aku mengucup keningmu. Cis baru nak syok.. Akupun pun terjaga dengan tiba-tiba.
Jam baru 6.10 pagi. Mimpi rupanya.....
No comments:
Post a Comment