Sejak kebelakangan ni aku seringkali jatuh sakit. Macam-macam sakit ada. Lepas satu, satu. Baru je baik batuk, selsema pulak, pas tu demam. Bila demam dah 'kebah' sakit lutut pulak. La ni, sakit pinggang lak. Tulah pasal aktif sangat kot. Banyak-banyak sakit sakit pinggang memang power. Nak duduk susah, nak bangun lagi susah. Merangkak macam harimau kumbang bila bangun dari tidur atau baring. 'Mengengkang' macam orang baru masuk 'jawi' bila berjalan. Muka... jangan ceritalah punyalah kerut seribu bercampur sakit..... Depa kata barangsiapa dok sakit pinggang rasa macam putus urat selepas bersalin. Betul ke? Depa dok kata bukan saya. Adoi...bila nak bangun dari duduk, rasa macam nak minta sesiapa tolong angkatkan, bagai nak putus urat... Bilamana nak duduk terpaksa perlahan-lahan turun, macam cerita six million dollarman kena slow motion kalau tidak..sakitnya Tuhan sahaja yang tau. Yang paling menyiksakan diri bila nak pi bilik air. Kena pulak hajat tu 'besar'. Pearch...susahnya nak mencangkung, susahnya nak pegang dinding lagi. Kaki mesti rasa nak 'krem'. Oleh itu jangan biarkan sakit pinggang menghantui diri anda.
Urut dah urut. Makan ubat tahan sakit pun sudah. Sapu minyak panas sudah. Sapu yoko-yoko pun sudah. Sapu kapur pun sudah. 'Jampi' pun sudah. Check doctor pun sudah. Apalagi yang perlu ku buat. Jawapannya buat 'bodo' ajelah. Orang tua-tua ada cakap; Jangan makan pucuk paku, labu, kacang panjang, kundur kerana ianya berangin dan bisa. Kalau nak percaya, percayalah kalau tak, tak paksa. Yang pasti bila dah kena rasa resah gelisah, nyilu, berdenyut-denyut dan sakit macam kena sembilu. Semuanya rasa serba salah walaupun tengah berihat.

No comments:
Post a Comment