Pencarian Lata Khong (Sg. Olak) belum berakhir. Penantian dari jam 8.00 mlm sampai 1.30 pagi sangat menyeksakan. Hujan lebat dan gerimis menambahkan lagi berat hati untuk pergi menyertai Ekpedisi Lata Khong. Namun wajah teman yang bermain di benak fikiran dan juga kawan-kawan baru, akhirnya muncul tiba di Plaza Tol Bentong (Karak-KL). 5 buah kereta dengan kekuatan seramai 15 orang. King, Elmi, Fasha, Hafiz, Ijan, Ippin, Jajaz dll. (maaf nama lu orang gua lupa, tapi muka gua ingat). Lantaran itu kami bersalaman dan berkenal-kenal seringkas minima yang boleh. Sempat juga kami mengisi ruang perut yang masih kosong dan bernyanyi di Restoran Buluh lebih kurang 2km dari bandar Bentong.
Selepas itu kami terus bergerak ke lokasi. Terasa amat jauh sangat dan sejuk apabila menunggang EX5. Ianya hanya mengambil masa selama 20 minit, dimana terpaksa menghala ke Karak dan U-Turn kembali dan memamasuki susur ke kiri sebelum Kg Sg Dua. Cabaran bermula dengan corner 'U' yang sempit (hanya sebuah kereta) dan berliku. Penuh kegelapan dan hutan disebelah kiri-kanan. Terpaksa menempuh perkampungan orang asli. Turun bukit, naik bukit. Sesekali terpaksa mencantas lalang yang berjuntai menghalang perjalanan kami.
Akhirnya penat lelah kami berbaloi, jam 2.45 pagi. Kami terus parkir yang mengambil masa setengah jam, memandangkan tempat untuk U-turn sempit sangat. Peralatan dan perkakasan telah siap disandang dan dijinjing untuk menuruni bukit yang curam lebih kurang 500 meter. Dari jauh telah kedengaran desir air dan dengung air terjun Lata Khong. MasyaAllah! indahnya air terjun. Tinggi dan nyaman. Namun ianya hanya digambarkan dalam kegelapan malam. Tapi sayang seribu kali sayang, 'port' untuk kami camping telah penuh dengan 4x4 Group. Angin, frust, marah semua ada. Ingatkan nak joint tetapi tempat terlalu sempit, tak cukup untuk kami 15 orang. Tambahan pula air baru sahaja bah (pasang)(kepala air). Sempat juga kami meninjau persekitaran dalam kegelapan tersebut dan kami terpaksa membuat keputusan untuk beredar. Selamat tinggal Lata Khong. Kami akan kembali lain masa. Salah kami juga kerana siapa suruh buat kerja gila pukul 2.30 pagi.
Lebih kurang jam 3.30 pagi kami berkemas-kemas dan meneruskan perjalanan ke Air Terjun Chamang lebih kurang 30km jaraknya. Aku menunggu di Petronas dan terpaksa meninggalkan 'kuda' disana dan menumpang kereta Hafiz bersama King dan Ijan. Selepas itu, 1 kereta 1 couple telah quit. Kami terpaksa meneruskan Ekpedisi Gila Pagi dengan kekuatan seramai 13 orang anggota. Akhirnya kami sampai juga di Air Terjun Chamang. Lagi best, bunyi air lagi kuat, lagi besar, hembusan air sampai ke gigi telinga. Kami terus meniti jambatan gantung untuk ke camp site. Apalagi, kecoh ribut dengan badan letih, terhoyong hayang atas tali jambatan gantung ni. Pasang khemah dan pasang open fly terus baring. Penat! Ingat nak tido, tetapi diaorang still memekak je. Tepat jam 5.30 pagi apalagi terpaksa aku off 'lampu ayam'. Sedar-sedar jam 7.30 pagi. Apalagi pi gosok gigi dan lepas hajat terus bawa kenkawan menghampiri air terjun. (3 minit jalan kaki dari tapak) Indah, best, nyaman, bukan apa orang belum sampai lagi, itu yang membuatkan kami macam 'Raja' sakan.
Ialah celik-celik mata nak makan. Tukang masak penat. Akhirnya sama-samalah kami memasak. Aku tumpang 'tui' tolong basuh-basuh apa yang patut. Sesekali tumpang rasa dan tumpang ratah ayam dan pedal goreng. Kepada yang membuta, emm..memang bestlah. Ada gak yang main 'galah panjang' dan 'polis century'. Nak mandi sejuk lagi.. Makan breakfast+launch telah disediakan. Apalagi, anak-anak sila beratur ambil makanan. Jangan berebut yer. (sebiji.. macam pelarian kem) ha ha ha. Wow! macam kat rumah la pulak; ayam kurma, sayur campur dan udang goreng butter.
Selepas makan berteraburlah dengan aktiviti masing-masing, ada yang bergambar di kaki air terjun, terjun tiruk, santai-santai. Siap bergambar dalam air lagi. Maklumlah diaorang ada camera water proof. Aku? Apalagi.... aktiviti merendamkan badan sambil menyabun muka, kepala dan badan sampai berbuih. Entah macam mana diaorang ajak aku pergi body rafting dari ulu jeram ke hiliran. Apa itu body rafting? Mengapungkan diri dan membiarkan diri hanyut. Adoh sakit mak. Kepala lutut dan pinggang terhentak batu. Terminum air jangan ceritalah. 6 orang berpegang tangan tanpa lepas, memang cari nahas kerana lorong air hanya muat untuk satu orang, yang terpaksa lalu atas air, tersadong batu besar timbul, melambung terhentak batu dalam air macam cerita BOLOS Astro. Banyak pengalaman yang best. Terpegan dan terpeluk biasalah, maaf tak disengajakan demi nak menyelamatkan kenkawan. Sedih gak sebab aku tak boleh teruskan kerana lutut bengkak. Diaorang terus berhibur dan bersuka ria. Lama kelamaan air terjun Chamang dipenuhi oleh pengunjung. Meriah sangat-sangat. Ayuh berkunjunglah kesini. Kepada para 'skodeng' inilah syurga mereka. Group Young Couple terlalu ramai.

Jam 5 petang kami berkemas pulang.
No comments:
Post a Comment