Setelah seminggu lebih berada di Menara Ilmu, barulah aku dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Kawan-kawan yang pada mulanya macam 'tungau' dan 'ayam berak kapur' dan mula berubah sedikit demi sedikit. Yang dahulu serios dan tersengih macam 'kerang busuk'. Manakala yang dahulu menyendiri dan pandai membawa diri dan berkawan. Tetapi ada juga yang awal-awal dulu dok mengimpit aku, kini dah semakin jauh. Dah jumpa kawan baru tinggallah aku. Aku tau, siapalah aku. Arch..persetankan itu semua, aku datang ke sini untuk belajar. Betul tak? Tak rugi kalau hilang satu tetapi datang seribu. Bukan salah aku kan? Lama-lama nanti 'diaorang' cari aku gak. Mentang-mentang aku tak berapa nak ada, he he. Mentang-mentang aku ni 'gila-gila' sikit, cewah..ingat 'lu orang' bagus sangat ke.. Aku terpaksa buat begitu untuk reliez tenz. Orang nak kata apa lantak lah. Exam dan latihan mendengar ok gak.
Kini kelas sudah ada Ketua (Azman), Penolong Ketua (Marlin), Setiausaha (Resha) dan Bendahari (sawi). Tahniah kepada mereka dan agar menjadi AJK yang berjaya serta dapat menaikan moral dan semangat rakan-rakan seperjuangan. Aku? Aku lebih selesa begini. Tanpa gangguan tanpa bebanan. Bolehlah study 'maut'. Emmm.. tak lah. Otak pun dah berkarat. Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kepada Fara kerana bagi pinjam Broadband Maxis, dapat juga aku gatalkan tangan menulis apa yang terpahat di kepala. sekarang dah tak boring lagi. Cuma terasa berdebar debar kerana setiap ada topik baru, cabaran dan ujian dan tersedia menunggu. Memanglah agak sedikit frust kerana ujian pendengaran 2 tidak begitu memberangsangkan, (15/26) bukan apa, aku ni..telinga dahlah pekak badak. Kena pulak ujian pendengaran. Kena terimalah hakikat ini. Kepada gang asrama (su she) ayuh marilah kita sama-sama bersatu hati, kuatkan semangat kita sama-sama belajar secara positif. Lokasi dicadangkan betul-betul berhampiran dengan lobi asrama. Kalau nak joint jomlah. Kalau tak nak, sudah....
Esok (mintian) cabaran pertama untuk main peranan. Aku bersama-sama Alina dan Aminah akan membuat lakonan perjumpaan secara tidak sengaja. Diwajibkan bercakap dalam Bahasa Mandarin dalam tidak kurang dari 12 ayat. Aku? settle, ambil jalan mudah, tanpa mengubah teks. Masih terlalu awal nak ubahsuai ayat. Ikut sahaja apa yang Laoshi arahkan. Ops, lupa pulak nak bagitau, kami telahpun bergambar pada hari semalam (zuotian). Puh...handsome (jun) dan cantk (piaoliang). Biasa jejaka idaman Malaya dengan suit hitam. Apalagi bila bergambar aku memang suka sangat. Jangan marah.....
halo2!..wah..wah..best la dia ek..tak keje..heheh selamat belajau dan jangan lupa syer ilmu tu kat orang lain heheh
ReplyDelete