SINAR HARIAN 18 Januari 2010
Alhamdulillah.. akhirnya aku selamat sampai di Cameron Highlands bersama-sama ahli konvoi motosikal dari Kg Kuala Repas - Cameron Highlands. Tanpa halangan besar. Dengan kekuatan hampir 50 buah motosikal cubcai termasuk 3 motosikal besar selaku marshall. Sebuah lori, 1 Helux, 1 Pajero , 2 buah kereta Salon mengiringi konvoi ini. Macam tak percaya 'cubcai' aku WHT 7781 sampai di sana.
(16.01.2010)
- Jam 9.00 pagi semua peserta telah bersedia dan sempat sarapan pagi bersama penduduk kampung. Turut dibuat liputan oelh wartawan sinar - Norfarahah
- Jam 10.00 pagi bergerak dari Kg Kuala Repas dan berhenti di hentian pertama iaitu di Stesen Minyak Sg Lui -Jln Cheroh, Raub sejauh 35km. Ada yang 'melepaskan hajat', isi minyak dan beli sedikit jajan serta air mineral.
- Jam 11.00 pagi kami terus menuju ke hentian seterusnya iaitu Sg Koyan,Kuala Lipis sejauh 60km. keadaan fizikal aku dan motosikal masih stabil. Salah seorang peserta telah mengalami kebocoran tayar. Kami bersama-sama membaiki keadaan tersebut, dimana konvoi ini turut disertai oleh mekanik terlatih.
- Jam 12.00 tgh kami meneruskan konvoi ke CH melalui Pos Betau sejauh 75km. Belum pun sampai setengah jam, sebuah motor telah mengalami masalah yang sama, 'poncit'. Kami berhenti ditengah-tengah jambatan. Kiri kanan penuh dengan pemandangan hijau yang menarik, nyaman dan masih 'dara'. Lagipun jalan ini belum digazzete sebagai jalanraya, yang mana dijangka siap dalam bulan Mac 2010. Sementara menunggu kerja baikpulih dilakukkan maka kami terus bergambar dan melepaskan penat lenguh seketika. Perjalanan teruskan dan terpaksa melalui jalan yang tidak berturap sejauh lebih kuran 8 km. Ianya agak mencabar memandang jalan masih bertanah merah, berdebu serta berbatu kuari. Perjalanan sedikit terganggu kerana kerja pembinaan masih berlangsung. Lori hantu dan petugas berada dimana-mana. Ada juga dua kali tersalah jalan kerana jalan berliku tanpa penanda arah. Selepas sahaja jalan tidak bertar kami kembali menemui jalan bersimen. Cameron Highlands jauh kami lihat diatas sana. Sekali lagi kami berhenti seketika untuk melepaskan penat lenguh di Lembah Bertam.
- Jam 2.00 petang kami tiba di Ringlet. Apa lagi selepas sahaja isi minyak, kami terpaksa isi perut lah. Makan tengahari disini pun boleh tahan makan sedap, murah. Baru RM230 untuk 50 orang makan. Udara di Ringlet sudah mulai dingin.
- Kami terus ke Rumah Peranginan Persekutuan di Tanah Rata sejauh 15km untuk menginap dan aktiviti bebas. Tak sangka pulak keadaan bilik sangat selesa. Kami pilih 2 bilik asrama. 1 bilik tuk 15 orang lengkap dengan bilik air-hitter, double decker, parking berbumbung. Sebelum sampai dipintu masuk Rumah Peranginan disebelah kanan, kalian boleh singgah di Strawberry Health Farm.
- Aku macam biasalah, capai sahaja motor terus 'merempit' pusing di Tanah Rata. Lagipun cuaca sejuk perut tetiba jadi lapar. Cuaca bertambah dingin menjelang petang. Aku mengambil langkah untuk pulang kekediaman kami. Seorang pun tak de dibilik. Rupa-rupanya diaorang pergi ke Gunung Berincang. Apa lagi akupun terus memecut motor ke menghala ke arah simpang Gunung Berincang dalam 15 minit. Aku terpaksa melalui Ladang Teh BOH di Sg Palas. Tetapi perjalanan agak tidak selesa, jalan sempit dan berlubang-lubang. Kesian motor aku, meraung dengan gear 1 gear 2. Hampir terbabas ke gaung beberapa kali. Alhamdulillah selamat tetapi 'berderau' darah. Kawan-kawan dah berada di Puncak Gunung Berincang. Aku nekad untuk mengejar mereka walauapa pun terjadi. Ialah mana pernah naik gunung pakai motor. Hampir 3 suku perjalanan, kelibat mereka baru nampak itupun mereka dah nak turun. Tak pelah aku suruh mereka turun dulu manakala aku terus ke puncak seorang diri. Cuaca makin gelap, berkabus dan sejuk. Akhirnya aku sampai juga dipuncak seorang diri setinggi 2031M (6666Ft) dari aras laut . Sunyi dan hening disana. Kebetulan aku tak pakai jacket dan glove. Padan muka aku he he he. Semasa menurun gunung amat memeritkan, kesian moto aku, terlanggar lubang jangan cerita lah, siap hampir 'tertonggeng' maklumlah biasa first time guna motosikal turun naik gunung nih. Kesian sekali lagi kat motor aku, maybe ini first and last aku gunakan WHT 7781 naik turun gunung. Diaorang tabik kat aku. Diaorang cakap "engkau ni berani betul dengan keadaan motosikal tak berapa stabil (blok engine problem) boleh naik sorang-sorang, memang 'hati kering' betul." he he he
- Turun sahaja dari Gunung Berincang terus sahaja ke Pasar Malam CH. Best memang best. Macam-macam ada. Sayur, buah, bundle dll. Aku tak peduli itu semua yang penting isi perut. Lapar.....! kena Bakso special, memang A memang sedap. Seumur hidup inilah first time aku pekena Bakso. Berehat seketika di Rumah Persekutuan sambil mandi, sholat dan rehatkan pinggang. Selepas itu kami berbegas ke Kg Taman Sedia untuk menikmati ayam bakar. Kami proses dan bakar sendiri ramai-ramai. Seronok memang seronok. Tak cukup dengan itu kami disajikan dengan nasi goreng Cina. Apa-apalah bila sejuk tetiba je perut lapar. Ha ha biasalah orang lelaki ni kalau tak pekena teh tarik tak sah. Kepada gang-gang muda (rebung) kami arahkan pulang untuk aktiviti bebas. Kami gang 'otai' (buluh) terus ke kedai kopi untuk bercerita di kedai kopi, tiada hakim tiada saksi berita sensasi di kedai kopi. Punyalah ramai orang, terlupa pulak, malam itu malam minggu. CH penuh dengan pelancong domistik. 'Mat dan Minah Saleh' pun ramai juga. Awek disini boleh tahan gak. he he
- Malam terus berlabuh, masing-masing kepenatan. Bunyi jangan ceritalah, macam-macam bunyi. Bunyi ayam, burung, tukang besi dan macam-macam lagi. Itulah yang dikatakan 'berdengkur' atau 'berkeruh' Tetiba je sedar-sedar dah pagi. he he
(17.01.2010)
- Setelah bersiap kami bersarapan di Brincang pekena roti canai dan nasi lemak. Macam setahun tak pekena roti canai. Selepas itu kami terus ke Ladang Teh BOH untuk tujuan lawatan sambil belajar. Laluan yang sama untuk naik ke Gunung Berincang cuma setiba dipertengahan jalan menghala ke arah kanan. Punyalah ramai orang, jalan sempit, Adoi... Macam-macam ada dijual disana, semua berasaskan teh baik serbuk ke, uncang ke, tin ke semua brand BOH. Sempat bergambar di BOH Tea Centre, Sg Palas. (kepada teman-teman yang membaca bolg ini, jika berkesempatan lawati dan alamilah sendiri kepuasan nya disini) Selain itu kami juga melawat kilang dan ladang sekitar. Ha ha aku macam biasalah, bukan tak nak membeli tetapi 'tak berapa nak ada' sekadar beli ice lemon tea he he. Ingatkan nak pi melawat kebun sayur, tetapi masa dah suntuk sangat lagipun banyak kebun-kebun sayur cuti hari minggu. Maka kami terpaksalah membeli-belah sayuran betul-betul setentang dengan simpan ke Ladang Teh BOH/Gunung Berinchang. Selesai sahaja membeli belah kami terus packing barang di Rumah Persekutuan untuk bergerak ke Masjid Tanah Rata. Orang lelaki ni bukan pandai sangat pilih memilih sayur ni, tunjuk itu tunjuk ini, kira dan bungkus dah! Tiba di masjid terus melakukan kerja-kerja amal dan sholat serta mengumpul sedikit dana untuk disumbangkan kepada tabung amal jariah dan kebajikan masjid.
- Jam 2.00 petang dari masjid kami turun ke Ringlet untuk mengisi minyak dan makan tengahari disana. Kami memilih untuk makan digerai yang kami makan semalam, kerana disana makanannya murah dan sedap. Sekadar untuk alas perut sahaja. Tetapi aku macam biasalah, nasi separuh, lauk tahu goreng, sayur peria dan kari ayam serta sedikit sambal belacan. Pearch...tak hilang lak baunyer. Bergerak pulang ke destinasi/perhentian Kuala Lipis. Cuaca panas tetapi begitu terik. Satu pengalaman yang tak boleh ku lupakan. Orang biasa naik cubcai bukan motorcross, apa tidaknya habis satu badan berdebu kuning. Jalan yang tidak bertar macam ribut Nigina penuh debuan. Terperanjat anak-anak Orang Asli yang agak terkejut dengan kehadiran kami. Selesai cabaran berdebu dan berhabuk kami berhenti seketika untuk 'mengibas' baju dan seluar serta ada juga yang 'mengelap' motor. Apalagi sesudah itu kami masing-masing testing power. Episod potong memotong berlaku, bukan asyik duduk belakang jer mana tahan sesekali pi kat depan pulak tetapi dalam keadaan selamat. Oleh kerana kena 'bakar' oleh belia-belia muda ni, akupun mula 'bengang' apalagi aku mula memecut dengan kelajuan 80km, 100km, 120km dan mencecah 140km. Satu persatu aku pintas dengan selamba, baik Honda Lagenda, Kris, Yamaha RC, RXZ semua telah aku dahului. Sudah lama tak layan corner baring memang best dan puas melepaskan perasaan geram, tension dijalanan. Patutlah mat-mat rempit nak berlumba. Buka apa segaja nak alamai apa yang mereka rasa. AWAS jangan meniru lagak yang saya ceritakan ini kerana ia sangat merbahayakan diri. Aku selamat sampai di hentian hanya ketinggalan 30 saat dari pendahulu yang diterajui oleh 'Pak Lang' otai lama. 10 minit kemudian baru gerombolan konvoi tiba. Jangan salah faham aku ni marshall lepas tu perut pulak sakit memulas, itu yang laju semacam tu. he he he.
- Sebuah motosikal terpaksa naik Helux kerana tayar motornya pecah. Setelah dibaiki kami terus pulang ke Bentong dalam keadaan yang agak tidak selesa kerana kenderaan agak banyak untuk pulang ke Kuala Lumpur. Disinilah peranan marshall amat diperlukan. Kemahiran dan kecekapan amatlah kami kagumi. Aku tabik! sepanjang jalan penduduk tempatan meraikan kehadiran kami, macam pilihanraya pulak.
- Jam 7.00 petang kami selamat tiba di Gelanggang terbuka Kg Kuala Repas. Bacaan doa selamat pendek diaminkan. Syhukur Al-Hamdulillah semuanya selamat. Kami bercadang akan mengadakan konvoi bermotosikal ke Taman Negara selepas ini. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment