Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Monday, January 4, 2010

bijak menggunakan peluang

Seorang yang hebat tidak akan mensia-siakan peluang yang ada. Orang yang bijak menggunakan peluang, adalah orang yang hebat, akan mampu melangkah dengan lebih jauh lagi ke hadapan sekali gus memecahkankan sempadan diri. Minda orang yang bijak memanfaatkan peluang sentiasa pantas bergerak dan tidak berlengah-lengah apabila peluang datang menjengah. Kadang-kadang apabila menemui kegagalan dalam menghadapi ujian dunia, manusia mudah patah semangat akan meratapi dan menyalahkan takdir di atas musibah yang menimpa sehinggakan pintu-pintu peluang yang masih terbuka untuknya membaiki kesilapan lalu semakin tertutup dan terus menutup. Sedangkan orang yang keinginannya untuk menjadi hebat tinggi melangit, tidak semudah itu untuk dia patah semangat. Dia tetap bangkit walau beberapa kali jatuh tersungkur. Jadilah orang yang bijak menggunakan peluang. Setiap orang berpeluang untuk menjadi orang yang bijak. Ciri-ciri yang perlu ada ialah:
  • kreatif dan kritis
  • peka dengan keadaan sekeliling.
  • aplikasi kemahiran diri
  • minda cepat menilai tetapi tidak terburu-buru
  • pemikiran positif
  • sentiasa memuhasabah diri

Orang yang kreatif terutamanya sentiasa kreatif memikirkan bagaimanakah caranya untuk menjadikan dirinya hebat. Orang yang malas sentiasa rugi kerana selalu sahaja peluang-peluang yang muncul di hadapan tidak dimanafaatlan dengan bijak, malas bersarang di jiwa yang lemah. Jadi, bagaimana orang yang lemah mahu mencungkil rahsia kehebatan diri? Tanpa disedari, sikap malas yang merajai diri sekali gus meranapkan harapan orang yang mengharapkan dirinya menjadi orang yang hebat.

Masa adalah peluang yang tidak akan berlaku kali kedua. Peluang akan terbang bersama masa.

No comments:

Post a Comment