Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Sunday, January 31, 2010

dunia ping pong ku

31hb Jan 2010- Celik mata je teringat ping pong. Capai peralatan terus pergi ke bilik kecil dewan serbaguna terus training. 'ketuk' 'ketak' bunyi bola ping pong. Dalam masa yang sama otak berfikir tentang muslihat permainan ping pong. Satu sukan yang penuh dengan 1001 taktikal game. Kalau nak maju kenalah training sendiri sekurang-kuranya kena ada extra ordinary daripada orang lain. Lagipun Tournement Men3 (5-7 Feb) dan Bentong Open (13 Mac) semakin hampir. Aku ni biasalah, nak dikatakan profesional jauh lagi, nak dikatakan amatur bermain dah lama. Biasalah aku ni bukan pemain ping pong yang mengalami basic game yang betul just ikut-ikut lama kelamahan menjadi biasa. Bila 'start' game baru tau setakat mana kemampuan kita.
Untuk makluman buat masa ini aku menggunakan getah "Xiom Yanus DF' dan 'Blade Avalox'. Getah yang aku guna ni adalah rekmen dari Engku Ali (Malaysian Players OKU). Manakala blade (papan ping pong) adalah buatan sweeden untuk kegunaan National China Team.
Hari ini latihan dilebihkan, dari pukul 12 sehingga 7 malam. Berhenti seketika untuk sholat dan lap-lap badan sahaja. Yang hairan bin ajaib semasa latihan tak penat tetapi apabila selesai barulah terasa sengal-sengal badan. Tetapi yang palin ajaib, bangun sahaja pagi-pagi badan rasa ringan, sihat dan segar.

Sahabtku Zul berpindah

30 hb Jan 2010 - Sempat membantu Zulkurnai pindah barang ke dalam lori. Walaupun lori hanya kecil namun barangan beliau padat. Kebetulan pada hari itu, aku tidak kemana-mana, selalunya asyik sibuk je. Nak mengangkat barangan yang berat-berat tu al-maklumlah, pinggang nak pakai lama. Sekadar tunjuk muka dan bantu yang ringan-ringan sahajalah. Al hamdulillah kawan-kawan pun faham dengan keadaan aku. Rasa meriah pulak. Bukan rasa meriah nak 'menghalau' Zul, tidak! Bukan itu maksud ku, tetapi meriah pabila ramai yang datang membantu termasuk anak-anak dan kaum ibu. Tidak terasa sedih malahan suasana itu yang membuatkan kita lebih meriah dan ceria. Kami terasa sangat akan kehilangan beliau di Taman Bukit Chamang.
Penat lelah sedikit terubat dengan selingan 'jokes' oleh Jo dan Salleh. Boleh dikata semua hadir kecuali Asnari, Ammy dan Ruseele. Yang semua hadir dengan membanting tulang, menyediakan makan minum, pak mandor dan sebagainya. Yang pasti aku tidak mampu untuk mebantu secara 'berlebih-lebih' memandkan keadaan pinggangku masih dalam keadaan belum pulih sepenuhnya. Anak-anak pun satu masa inilah nak berlari sana sini tunjuk skill masing-masing. Apa boleh buat itulah zaman kanak-kanak yang tidak kenal erti penat lelah, semuannya indah. Hanya yang depa tau bermain dan 'bergumbira'.


Apa yang menariknya 'medan tempur' tetap menjadi perhatian kami yang sedang bertungkus lumus. Hilang penat seketika. Boleh tahan Zul ni. Hampir 5 -6 'medan tempur' yang turun naik lori. Yang pasti kepada Zul selamat berpindah ke tempat baru dan kenang kami dalam doa kalian.


Sempat lagi berposing tu: Zul kanan sekali.
Dari kiri: Mek Nah, Ema, Maziah, Normala & Kak Nor (Isteri Ishak)
Duduk dari kiri : Zah dan Kak Nor (isteri Salleh)

Wednesday, January 27, 2010

kekadang bosan kekadang seronok

Kekadang rasa bosan yang teramat sangat dengan kerja seharian. Kekadang saya seronok sangat. Mengapa yer? Entahlah tak dapat memberi jawapan yang sewajarnya. Kenapa aku berkata sedemikian? Ialah bosan kerana kekadang kerja-kerja kita tidak dihargai walaupun kita mengabadikan diri terhadap kerja dari celik mata sampai tengah malam. Kekadang disuruh buat benda yang sama berulang kali. Kadang-kadang mahu edit/ubah perkara yang kecil-kecilan dan teknikal sahaja. Kekadang terlampau nak perfect. Itu yang membuatkan jiwa tertekan dan hampir tidak pasti betul ke apa ke. Manakala rasa seronok datang apabila sesuatu perkara/projek/kertas kerja/laporan itu telah siap. Rasa bagai rengan kepala ni. Bagaikan satu kepuasan yang tidak ternilai rasanya. Puas puas hati sangat-sangat. Bila datang ada sahaja aduan atau komplen mulalah kepala jadi sakit, telinga merah, darah naik tinggi dan sebagainya. Semuanya dari elok menjadi serabut. Tetapi kita kena pandailah menguasai dan menyerap tekanan dari pelbagai sudut dan karenah. Ingatlah satu pepatah, they always right. We always doing wrong. But remember that's is not the end of world.
Ketika inilah laman soisal seperti facebook, friendster, blog dan sebagainya menjadi peneman, penenang dan sebagai bahan pelepas perasaan. Bohonglah kalau perkara sebegini tidak berlaku dalam diri anda. Layan....

Monday, January 25, 2010

Jom Pi Urut

Salam 1 Malaysia, salam blogger buat semua. Yeah...kali ini aku ingin berkongsi tentang ilmu orang Melayu turun temurun. Nak percaya, percayalah.. kalau tak nak percaya pun tak pe tak paksa. Al-kisah tempohari aku asyik kena sakit pinggang, ingat tak? Kalau tak ingat tu memang kalian tidak lawat blog akulah. Tak pe..abaikan.
- Maka al-kisah aku pergi berjumpa seorang yang bernama Pak Hamid, di Felda Lurah Bilut, Bentong. Rupa-rupanya beliau ni seorang tukang urut yang terkenal. Berasal dari Kg Temau, Raub dan mempunyai keturunan Mat Kilau Pahlawaan Melayu terbilang. Sudah 40 tahun melakukan kerja halal ini. sekarang beliau telah berumur 63 tahun tetapi masih gagah perkasa dan sasa. Tubuh badan dia ala-ala badan aku ni. Kategori saiz XL.
- Aku bukan nak bercerita tentang peribadi beliau. Tetapi sekadar nak berkongsi pengalaman sakit, nikmat, sedap, geli dan lega apabila diurut. Maklumlah aku ni bukan biasa sangat urut-urut ni. Nanti silap urut lain jadinya. Maka oleh kerana kesakitan yang teramat sangat, akupun pergi ke sana bersama seorang teman. Maka bermulah episod urut mengurut.
- Mula dia urut kepala, muka, bahu, tangan, perut dan kaki. Tak terkira sakitnya apabila urutan pertama kali, dimana dengar bunyi 'angin' berbiji-biji dari dalam badan seolah-olah pecah atau bergerak turun mengikut gosokan tangan Pak Hamid. Gosokan kali pertama sakit, kali kedua sakit kurang, kali ketiga hilang sakit timbul perasaan lega dan puas. Begitulah hingga selesai prosesnya. Nak dijadikan cerita sesudah itu Pak hamid menyuruh aku ni bangun, tunduk dan rukuk lantas bertanyakan kepada aku. "Sakit lagi tak?" Dengan selamba aku menjawab, "hilang dah" nampak macam tak percaya kan. Itulah hakikat urut tradasional. Jika kita berjumpa tempat yang betul maka hilang segala masalah, kesakitan dan penderitaan.
- Cukuplah kesah aku kali ini, kalau nak try aku boleh bawa berjumpa Pak Hamid. Badan kita ni bila dah berumur angin masuk. Ia masuk ikut makanan, air dan sebagainya. Jangan tahan-tahan angin nanti badan kalian berangin.

aku mahu kalian gembira

Tiada lain yang membuatkan diri ini gembira kecuali dapat mengembirakan semua orang. Biarpun didalam hati ALLAH jua yang tahu. Aku mahukan kenkawan semua gumbira dan ceria. Aku juga mahu teman, rakan seperjuangan, anak-anak buah serta sepupu sepapat kepada yang bergelar sahabat atau taulan berasa ceria. Aku tidak mahu seorang pun berasa kecil hati atas segala perbuatan dan tingkah laku ku ini. Apa jua salah faham atau salah pandangan ataupun salah tafsir akan ku bentang seluas padang bola untuk salam kemaafan.

Renungan dan akulah sang mantan

...Jangan terlalu memikirkan pandangan orang lain terhadap anda tetapi fikirkanlah pandangan anda terhadap diri anda..
Maaf mengambil petikan ungkapan diatas dalam sebuah Yahoo Masengger kawan-kawan yang on line hari ini. Walaupun sesibuk mana, sempat juga aku layan lagu..sang mantan oleh Nedji :
Dulu aku kau puja..
dulu aku kau sayang..
dulu aku sang juara..
yang selalu engkau cinta..
kini.. roda telah.. berputar..ar
kini aku kau hina..
kini aku kau buang..
jauh dari hidupmu..
kini aku sengsara..
roda.. memang telah berputar...ar
Mana janji manismu...
mencintaiku sampai mati..
kini engkau pun pergi...
saat ku terpurup sendiri..
akulah sang mantan..
akulah sang mantan..
sakit diri sendiri..
ketika cinta telah pergi..
akulah sang mantan....
akulah sang mantan....
mana janji manismu...
setia sampai aku mati
kini engkau pun pergi ...
saat ku jatuh dan sendiri...
mana janji manis mu...
mencintai ku sampai mati
kini engkau pun pergi
saat ku terpurup sendiri..
akulah sang mantan...
akulah sang mantan...
akulah sang mantan.......nnnnn
aaaaaaaaaaaaaaaaa......
mana janji-janji Mu

Thursday, January 21, 2010

never give up

Hidup tidak semestinya indah sebagai mana orang lain. Terpulanglah pada diri sendiri untuk mentafsirkan. Kekadang jika difikirkan sangat ianya akan menjadi satu masalah atau satu tekanan. Siapa yang tidak mahukan kebahagiaan semua kita mahukan kebahagiaan. Setelah kita berusaha dan untuk mencari dan terus mencari kebahagaian kita bertawakkallah kepada Yang Maha Esa.
Bila kita sendirian kekadang terfikir (berangan) : aku nak jadi orang senang, mahukan kereta sport besar, mahukan serba yang mewah. Tetapi tak semua itu menjadi kenyataan. Tetapi itu semua tidak mustahil akan diperolehi dengan usaha keras kita. Tetapi sebagai penjawat awam biasa sekadar biarlah bersederhana. Nak kaya tu tak delah. Whatever never give up at your life. That's not the end of the world. Renung-renungkan lah.

kemana menghilang..

Kemanakah perginya kawan-kawan. Kemanakah hilangnya teman-teman. Kemanakah sahabat handai yang pernah sesama susah senang dahulu? Mungkinkah luput diingatan? maybe mereka sibuk. Agak-agaknya nombor talian kita terhilang kot? Arch.. itu semua prasangka kita. Abaikan... Dimanakah kalian berada? Jikalau dikumpul-kumpul mungkin beribu atau lebih kawan-kawan kita. Ya memang itulah lumrah dunia sedikit demi sedikit ianya akan hilang daripada pandangan mata kasar, hilang dari dairi namun ianya tidak pernah hilang dari memori. kalaulah boleh rewind atau ulang seperti VCD/DVD bukankah bagus. Mustahil ianya boleh diterjemahkan kepada bentuk audio visual. Sekadar membayangkan. Tetapi cuba kalian renungkan pabila mengimbau kenangan lama, pasti kalian tersenyum sendiri betul tak? Baik yang kenangan yang indah, manis, suka, duka dan sebagainya. Yang pasti be happy.

be good, be cool, be strong

Sedar tak sedar telah hampir nak habis bulan Januari 2010. Rasa macam baru 2 atau 3 hari berlalu. Cepat benar masa berlalu. Maka telah hampir ajal kita. Maka semakin 'tua' semakin 'otai' dan semakin dekat dengan segala rintangan. Sehinggakan tiada masa untuk keluarga dan teman-teman. Ketika ini kuabadikan diri untuk kerja dan beriadah. Tak terasa sebarang masalah dan 'tension'. Padahal ianya tidak sebegitu tenang yang disangka. Tetapi Alhamdulillah ianya dipermudahkan segalanya. Beberapa tahun kebelakangan ini terasa amat sukar untuk bergerak kemana-mana memandang keadaan kewangan yang kritikal. Bukan mencari alasan untuk tidak bersama mereka atau menghadiri sebarang majlis. Hanya pada Allah ku berserah. Hanyalah Dia yang tahu betapa perit dan kerdilnya diri ini ketika ini dan kebelakangan ini. Tiada guna aku menyuruh orang memahami diri ini, tiada guna aku mengeluh sendiri, mungkin dengan pengalaman hidup telah membuatkan aku mampu bertahan setakat ini. Zaman sekarang semua zaman 'materialistik', zaman duit, zaman kekayaan dan zaman cyber serta zaman kesenangan. 'Ada duit semua jadi baik, tak dak duit hang pi balik'. 'Ada wang kita disayang tiada wang kita melayang'. Tetapi itu semua hanya sementara. Apabila kita berada diputaran hidup atau roda hukum karma yang paling bawah mungkin kita akan sedar akan tindakan kita. Hanya kekuatan doa dan kenyakinan yang mampu membuatkan aku bertahan dalam kehidupan alaf baru. Aku hanya mampu menasihati diriku sendiri mahupun teman-teman be cool, be good, be strong.

Sunday, January 17, 2010

Konvoi Motosikal dari Kg Kuala Repas - Cameron Highlands.

SINAR HARIAN 18 Januari 2010

Alhamdulillah.. akhirnya aku selamat sampai di Cameron Highlands bersama-sama ahli konvoi motosikal dari Kg Kuala Repas - Cameron Highlands. Tanpa halangan besar. Dengan kekuatan hampir 50 buah motosikal cubcai termasuk 3 motosikal besar selaku marshall. Sebuah lori, 1 Helux, 1 Pajero , 2 buah kereta Salon mengiringi konvoi ini. Macam tak percaya 'cubcai' aku WHT 7781 sampai di sana.


(16.01.2010)
- Jam 9.00 pagi semua peserta telah bersedia dan sempat sarapan pagi bersama penduduk kampung. Turut dibuat liputan oelh wartawan sinar - Norfarahah

- Jam 10.00 pagi bergerak dari Kg Kuala Repas dan berhenti di hentian pertama iaitu di Stesen Minyak Sg Lui -Jln Cheroh, Raub sejauh 35km. Ada yang 'melepaskan hajat', isi minyak dan beli sedikit jajan serta air mineral.

- Jam 11.00 pagi kami terus menuju ke hentian seterusnya iaitu Sg Koyan,Kuala Lipis sejauh 60km. keadaan fizikal aku dan motosikal masih stabil. Salah seorang peserta telah mengalami kebocoran tayar. Kami bersama-sama membaiki keadaan tersebut, dimana konvoi ini turut disertai oleh mekanik terlatih.

- Jam 12.00 tgh kami meneruskan konvoi ke CH melalui Pos Betau sejauh 75km. Belum pun sampai setengah jam, sebuah motor telah mengalami masalah yang sama, 'poncit'. Kami berhenti ditengah-tengah jambatan. Kiri kanan penuh dengan pemandangan hijau yang menarik, nyaman dan masih 'dara'. Lagipun jalan ini belum digazzete sebagai jalanraya, yang mana dijangka siap dalam bulan Mac 2010. Sementara menunggu kerja baikpulih dilakukkan maka kami terus bergambar dan melepaskan penat lenguh seketika. Perjalanan teruskan dan terpaksa melalui jalan yang tidak berturap sejauh lebih kuran 8 km. Ianya agak mencabar memandang jalan masih bertanah merah, berdebu serta berbatu kuari. Perjalanan sedikit terganggu kerana kerja pembinaan masih berlangsung. Lori hantu dan petugas berada dimana-mana. Ada juga dua kali tersalah jalan kerana jalan berliku tanpa penanda arah. Selepas sahaja jalan tidak bertar kami kembali menemui jalan bersimen. Cameron Highlands jauh kami lihat diatas sana. Sekali lagi kami berhenti seketika untuk melepaskan penat lenguh di Lembah Bertam.

- Jam 2.00 petang kami tiba di Ringlet. Apa lagi selepas sahaja isi minyak, kami terpaksa isi perut lah. Makan tengahari disini pun boleh tahan makan sedap, murah. Baru RM230 untuk 50 orang makan. Udara di Ringlet sudah mulai dingin.

- Kami terus ke Rumah Peranginan Persekutuan di Tanah Rata sejauh 15km untuk menginap dan aktiviti bebas. Tak sangka pulak keadaan bilik sangat selesa. Kami pilih 2 bilik asrama. 1 bilik tuk 15 orang lengkap dengan bilik air-hitter, double decker, parking berbumbung. Sebelum sampai dipintu masuk Rumah Peranginan disebelah kanan, kalian boleh singgah di Strawberry Health Farm.

- Aku macam biasalah, capai sahaja motor terus 'merempit' pusing di Tanah Rata. Lagipun cuaca sejuk perut tetiba jadi lapar. Cuaca bertambah dingin menjelang petang. Aku mengambil langkah untuk pulang kekediaman kami. Seorang pun tak de dibilik. Rupa-rupanya diaorang pergi ke Gunung Berincang. Apa lagi akupun terus memecut motor ke menghala ke arah simpang Gunung Berincang dalam 15 minit. Aku terpaksa melalui Ladang Teh BOH di Sg Palas. Tetapi perjalanan agak tidak selesa, jalan sempit dan berlubang-lubang. Kesian motor aku, meraung dengan gear 1 gear 2. Hampir terbabas ke gaung beberapa kali. Alhamdulillah selamat tetapi 'berderau' darah. Kawan-kawan dah berada di Puncak Gunung Berincang. Aku nekad untuk mengejar mereka walauapa pun terjadi. Ialah mana pernah naik gunung pakai motor. Hampir 3 suku perjalanan, kelibat mereka baru nampak itupun mereka dah nak turun. Tak pelah aku suruh mereka turun dulu manakala aku terus ke puncak seorang diri. Cuaca makin gelap, berkabus dan sejuk. Akhirnya aku sampai juga dipuncak seorang diri setinggi 2031M (6666Ft) dari aras laut . Sunyi dan hening disana. Kebetulan aku tak pakai jacket dan glove. Padan muka aku he he he. Semasa menurun gunung amat memeritkan, kesian moto aku, terlanggar lubang jangan cerita lah, siap hampir 'tertonggeng' maklumlah biasa first time guna motosikal turun naik gunung nih. Kesian sekali lagi kat motor aku, maybe ini first and last aku gunakan WHT 7781 naik turun gunung. Diaorang tabik kat aku. Diaorang cakap "engkau ni berani betul dengan keadaan motosikal tak berapa stabil (blok engine problem) boleh naik sorang-sorang, memang 'hati kering' betul." he he he

- Turun sahaja dari Gunung Berincang terus sahaja ke Pasar Malam CH. Best memang best. Macam-macam ada. Sayur, buah, bundle dll. Aku tak peduli itu semua yang penting isi perut. Lapar.....! kena Bakso special, memang A memang sedap. Seumur hidup inilah first time aku pekena Bakso. Berehat seketika di Rumah Persekutuan sambil mandi, sholat dan rehatkan pinggang. Selepas itu kami berbegas ke Kg Taman Sedia untuk menikmati ayam bakar. Kami proses dan bakar sendiri ramai-ramai. Seronok memang seronok. Tak cukup dengan itu kami disajikan dengan nasi goreng Cina. Apa-apalah bila sejuk tetiba je perut lapar. Ha ha biasalah orang lelaki ni kalau tak pekena teh tarik tak sah. Kepada gang-gang muda (rebung) kami arahkan pulang untuk aktiviti bebas. Kami gang 'otai' (buluh) terus ke kedai kopi untuk bercerita di kedai kopi, tiada hakim tiada saksi berita sensasi di kedai kopi. Punyalah ramai orang, terlupa pulak, malam itu malam minggu. CH penuh dengan pelancong domistik. 'Mat dan Minah Saleh' pun ramai juga. Awek disini boleh tahan gak. he he

- Malam terus berlabuh, masing-masing kepenatan. Bunyi jangan ceritalah, macam-macam bunyi. Bunyi ayam, burung, tukang besi dan macam-macam lagi. Itulah yang dikatakan 'berdengkur' atau 'berkeruh' Tetiba je sedar-sedar dah pagi. he he


(17.01.2010)
- Setelah bersiap kami bersarapan di Brincang pekena roti canai dan nasi lemak. Macam setahun tak pekena roti canai. Selepas itu kami terus ke Ladang Teh BOH untuk tujuan lawatan sambil belajar. Laluan yang sama untuk naik ke Gunung Berincang cuma setiba dipertengahan jalan menghala ke arah kanan. Punyalah ramai orang, jalan sempit, Adoi... Macam-macam ada dijual disana, semua berasaskan teh baik serbuk ke, uncang ke, tin ke semua brand BOH. Sempat bergambar di BOH Tea Centre, Sg Palas. (kepada teman-teman yang membaca bolg ini, jika berkesempatan lawati dan alamilah sendiri kepuasan nya disini) Selain itu kami juga melawat kilang dan ladang sekitar. Ha ha aku macam biasalah, bukan tak nak membeli tetapi 'tak berapa nak ada' sekadar beli ice lemon tea he he. Ingatkan nak pi melawat kebun sayur, tetapi masa dah suntuk sangat lagipun banyak kebun-kebun sayur cuti hari minggu. Maka kami terpaksalah membeli-belah sayuran betul-betul setentang dengan simpan ke Ladang Teh BOH/Gunung Berinchang. Selesai sahaja membeli belah kami terus packing barang di Rumah Persekutuan untuk bergerak ke Masjid Tanah Rata. Orang lelaki ni bukan pandai sangat pilih memilih sayur ni, tunjuk itu tunjuk ini, kira dan bungkus dah! Tiba di masjid terus melakukan kerja-kerja amal dan sholat serta mengumpul sedikit dana untuk disumbangkan kepada tabung amal jariah dan kebajikan masjid.

- Jam 2.00 petang dari masjid kami turun ke Ringlet untuk mengisi minyak dan makan tengahari disana. Kami memilih untuk makan digerai yang kami makan semalam, kerana disana makanannya murah dan sedap. Sekadar untuk alas perut sahaja. Tetapi aku macam biasalah, nasi separuh, lauk tahu goreng, sayur peria dan kari ayam serta sedikit sambal belacan. Pearch...tak hilang lak baunyer. Bergerak pulang ke destinasi/perhentian Kuala Lipis. Cuaca panas tetapi begitu terik. Satu pengalaman yang tak boleh ku lupakan. Orang biasa naik cubcai bukan motorcross, apa tidaknya habis satu badan berdebu kuning. Jalan yang tidak bertar macam ribut Nigina penuh debuan. Terperanjat anak-anak Orang Asli yang agak terkejut dengan kehadiran kami. Selesai cabaran berdebu dan berhabuk kami berhenti seketika untuk 'mengibas' baju dan seluar serta ada juga yang 'mengelap' motor. Apalagi sesudah itu kami masing-masing testing power. Episod potong memotong berlaku, bukan asyik duduk belakang jer mana tahan sesekali pi kat depan pulak tetapi dalam keadaan selamat. Oleh kerana kena 'bakar' oleh belia-belia muda ni, akupun mula 'bengang' apalagi aku mula memecut dengan kelajuan 80km, 100km, 120km dan mencecah 140km. Satu persatu aku pintas dengan selamba, baik Honda Lagenda, Kris, Yamaha RC, RXZ semua telah aku dahului. Sudah lama tak layan corner baring memang best dan puas melepaskan perasaan geram, tension dijalanan. Patutlah mat-mat rempit nak berlumba. Buka apa segaja nak alamai apa yang mereka rasa. AWAS jangan meniru lagak yang saya ceritakan ini kerana ia sangat merbahayakan diri. Aku selamat sampai di hentian hanya ketinggalan 30 saat dari pendahulu yang diterajui oleh 'Pak Lang' otai lama. 10 minit kemudian baru gerombolan konvoi tiba. Jangan salah faham aku ni marshall lepas tu perut pulak sakit memulas, itu yang laju semacam tu. he he he.

- Sebuah motosikal terpaksa naik Helux kerana tayar motornya pecah. Setelah dibaiki kami terus pulang ke Bentong dalam keadaan yang agak tidak selesa kerana kenderaan agak banyak untuk pulang ke Kuala Lumpur. Disinilah peranan marshall amat diperlukan. Kemahiran dan kecekapan amatlah kami kagumi. Aku tabik! sepanjang jalan penduduk tempatan meraikan kehadiran kami, macam pilihanraya pulak.

- Jam 7.00 petang kami selamat tiba di Gelanggang terbuka Kg Kuala Repas. Bacaan doa selamat pendek diaminkan. Syhukur Al-Hamdulillah semuanya selamat. Kami bercadang akan mengadakan konvoi bermotosikal ke Taman Negara selepas ini. Jumpa lagi.

Monday, January 11, 2010

Masa itu Nyawa..

Pernah dulu orang berkata masa itu emas. Tidak! Tidak! sebenarnya masa itu nyawa kita. Jangan kita bazirkan masa begitu sahaja. Jangan kita sesekali menyesali kerana perbuatan kita membazirkan dan dengan pengisian yang tidak tentu arah dan tidak berfaedah. Dunia belaka... Banyak perkara yang boleh diisi dan tidak dibazirkan begitu sahaja. Agih-agihkanlah masa untuk mereka yang ada dalam kamus kehidupan anda. Kekadang masa amat mencemburui kita kerana kesibukan, kerana ketidakpandaian kita mengurus masa, kerana memang tiada masa. Itulah ungkapan orang kita tentang bercerita tentang tiada masa. Rebutlah peluang masa senang sebelum tiba masa susah, rebutlah peluang masa sihat sebelum tiba masa sakit. Rebutlah peluang masa lapang sebelum datang masa sibuk. Jangan sesekali bermurah dengan kesedihan kerana kita alapa mencari ruang gemberi dan ceria. Ampun dan maaf kepada rakan-rakan ku yang mana suatu ketika pernah bersama-sama. Usia tuaku ini membataskan pergerakan untuk bersama kalian dalam sebarang aktiviti.

malam pertama kita

Salam buat blogger. Saya terpanggil untuk mencedok dan menciplak karya yang tidak diketahui asalnya tetapi cukup untuk memberi kesan yang amat mendalam. Bacalah sehingga selesai.

Satu hal sebagai renungan bersama..
Untuk direnungkan betapa indahnya malam pertama..
Tapi bukan malam pertama penuh kenikmatan duniawi semata..
Bukan malam pertama Adam dan Hawa..
Tetapi.. jesteru malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan esak tangis sanak saudara

Hari itu..mempelai sangat dimanjakan..
Dimandikan dengan seluruh badan terbuka..
Tiada sehelai benang menutupi..
Tiada rasa malu barang sedikitpun..
Seluruh badan dibersih dan digosok
Segala kotoran dibersihkan..

Dipakaikan dengan gaun cantik berwarna putih..
Kain yang jarang orang memakainya..
Wangian turut ditaburkan kepada baju ini..
Tataplah wajah ini sepuasnya..
kerana sebentar lagi pengantin akan bersanding bersendirian..

Pengantin diarak keliling kampung penuh tetangga..
menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul..
Diringi langkah lemah longlai seluruh keluarga..
Serta rasa haru para taulan dan handai..
Gamelan syahdu bersyairkan azan dan kalimah zikir..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahad..
Bersaksikan nisan-nisan yang terdahulu..
Sirawan air mawar perindu terakhir..
Dan akhirnya ..tiba masa pengantin beraksi..
Menunggu dan ditinggal sendirian..

Malam pertama cukup meresahkan..
Ditemani cacing tanah, lipan, jengking dan ulat..
Bertilamkan tanah..berlangitkan tanah..

Dan ketika 7 langkah berlalu..
maka Sang Malaikat pun bertanya..
Siapa...Tuhan Kamu..
Siapa...Nabi kami..
Apa..Agamamu..
Apa peganganmu..
Kita tidak tahu apakah akan diperolehi dari nikmat kubur
Atau kita akan dapat siksa kubur..
Aku tak tahu..dan kalian pun tak tahu..

Monday, January 4, 2010

bijak menggunakan peluang

Seorang yang hebat tidak akan mensia-siakan peluang yang ada. Orang yang bijak menggunakan peluang, adalah orang yang hebat, akan mampu melangkah dengan lebih jauh lagi ke hadapan sekali gus memecahkankan sempadan diri. Minda orang yang bijak memanfaatkan peluang sentiasa pantas bergerak dan tidak berlengah-lengah apabila peluang datang menjengah. Kadang-kadang apabila menemui kegagalan dalam menghadapi ujian dunia, manusia mudah patah semangat akan meratapi dan menyalahkan takdir di atas musibah yang menimpa sehinggakan pintu-pintu peluang yang masih terbuka untuknya membaiki kesilapan lalu semakin tertutup dan terus menutup. Sedangkan orang yang keinginannya untuk menjadi hebat tinggi melangit, tidak semudah itu untuk dia patah semangat. Dia tetap bangkit walau beberapa kali jatuh tersungkur. Jadilah orang yang bijak menggunakan peluang. Setiap orang berpeluang untuk menjadi orang yang bijak. Ciri-ciri yang perlu ada ialah:
  • kreatif dan kritis
  • peka dengan keadaan sekeliling.
  • aplikasi kemahiran diri
  • minda cepat menilai tetapi tidak terburu-buru
  • pemikiran positif
  • sentiasa memuhasabah diri

Orang yang kreatif terutamanya sentiasa kreatif memikirkan bagaimanakah caranya untuk menjadikan dirinya hebat. Orang yang malas sentiasa rugi kerana selalu sahaja peluang-peluang yang muncul di hadapan tidak dimanafaatlan dengan bijak, malas bersarang di jiwa yang lemah. Jadi, bagaimana orang yang lemah mahu mencungkil rahsia kehebatan diri? Tanpa disedari, sikap malas yang merajai diri sekali gus meranapkan harapan orang yang mengharapkan dirinya menjadi orang yang hebat.

Masa adalah peluang yang tidak akan berlaku kali kedua. Peluang akan terbang bersama masa.

Jika diri masih belum sedar

Cepat benar masa berlalu. Sedar tak sedar usia semakin memanjat dan mengekori diri ini. Rasa-rasa masih seperti macam muda belia. Padahal petanda dan amaran telah diterima dari Allah. Kenapa saya katakan begitu? Yelah rambutpun dah bertukar menjadi warna silver, sesetengah tempat rambut tak mahu tumbuh dahi pun dah berkedut, kulit dagu dah berlapis, lutut mula sakit-sakit, pingang asyik lenguh-lenguh dan banyak lagi petanda yang telah digambarkan secara live. Mungkin diri ini yang masih tidak sedar akan perkara tersebut. Apa yang boleh dikatakan kapada diri ini dan rakan-rakan, marilah kita berubah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. Dari yang buruk kepada yang elok. Dan yang baik kepada yang lebih baik.
Semoga tahun 2010 ini akan memberikan hidup yang lebih bermakna dan lebih keceriaan. Carilah ia, galilah ia. InsyaAllah sinar kebahagiaan, sinar kesenangan, sinar kemenangan akan diperolehi.